Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkongsi berita duka berhubung kematian madunya, Datin Bahazanariah Baharudin. Allahyarhamah yang mesra disapa Kak Nana meninggal dunia akibat kanser.
Perkongsian berita sedih itu dimuat naik Datuk Nurulhidayah atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Long menerusi laman instagramnya.
INNALILLAHIWAINNALILLAHIRROJIUN
Bismilillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum. Saya, NurulHidayah Ahmad Zahid bersama suami Dato Saiful Nizam Mohd Yusoff mewakili seluruh keluarga kakak Madu, Datin Bahazanaria, yang sangat kami sayangi, ingin memaklumkan Datin Bahazanariah binti Baharudin telah pulang ke Rahmatullah pada pukul 4.16 pagi (5 November 2020) ini di Hospital KPJ Damansara, setelah bertarung penyakit barah Tahap 4 sejak Ogos tahun ini. Mohon sedekahkan Al-Fatihah dan mohon ampunkan segala salah silapnya sepanjang kehidupannya. Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayanginya, dan semoga Kakak saya ditempatkan dalam kalangan para solehin.
Dato’ Nurulhidayah Ahmad Zahid Dato’ Saiful Nizam Mohd Yusoff Dan Anak-anak serta Keluarga
Ads
Kakkkkkkk .. Allahuakbar 😭😭😭
Dalam pada itu, menerusi tembual bersama Astro Awani, Kak Long menyifatkan pemergian Allahyarhamah satu kehilangan yang cukup besar.
Ads
“Saya kehilangan seorang kakak, seorang wanita yang hebat. Saya amat menghargai kejujuranya menerima saya sebagai madu dalam kehidupannya. “Kejujurannya, pengorbanannya dan kasih sayangnya tiada tolak bandingnya. Saya akan merindui Kak Zana.”
Nurulhidayah bwerkongsi cerita bagaimana Allahyarham Bahazanariah bersungguh-sungguh yang memintanya berkahwin dengan suami mereka, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff.
“Arwah yang beriya-iya minta saya menikahi suaminya kerana beliau mahu memberikan sepenuh perhatian pada kesihatannya sebaik disahkan mengidap kanser payu dara. “Saya tidak tahu bagaimana lagi mahu gambarkan kehebatan arwah. Pengorbanannya akan saya kenang sehingga ke akhir hayat saya. Terima kasih Kak Nana atas segala-galanya. Saya akan bawa kebaikan dan kasih sayang kakak sehingga ke lahad,” ujar Nurulhidayah atau lebih dikenali sebagai Kak Long dalam kalangan keluarga dan rakan-rakannya.
Allahyarham Bahazanariah yang berusia 50 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.16 pagi ini di sebuah hospital swasta di Damansara akibat kanser payu dara.
Bahazanariah disahkan menghidap kanser tahap empat pada Ogos lalu.
Beliau menutup usia semasa dalam tidur dan disedari oleh suaminya, Saiful Nizam.
Menurut Nurulhidayah, beliau dan Saiful Nizam yang bergilir-gilir menjaga Bahazanariah semasa Allahyarham menerima rawatan di hospital.
Ads
“Arwah Kak Nana seorang yang sangat positif. Sekalipun dalam kesakitan, beliau sentiasa tabah menerima dugaan daripada Allah, tidak pernah sekalipun Allahyarham mengeluh, bahkan sentiasa mengingatkan diri agar bersabar. “Inilah keperibadian yang akan saya rindui,” kata Nurulhidayah lagi.
Kisah Nurulhidayah berkongsi suami dengan Allahyarham Bahazanariah sentiasa menjadi rujukan dalam pelbagai perbincangan melibatkan isu poligami.
Ini kerana, hubungan kedua-dua wanita itu amat akrab sekali dan sering dilihat bersama-sama dalam pelbagai acara.
Bahkan, Nurulhidayah dan Bahazanariah juga tidak pernah kekok keluar bersama-sama suami mereka dalam satu masa.
Nurulhidayah juga sering memuat naik pelbagai foto mereka dalam akaun Instagram peribadinya. Kehidupan bermadu mereka amat dikagumi ramai.
Kata Nurulhidayah dalam beberapa wawancara sebelum ini, beliau dan madunya itu sentiasa mengamalkan sikap diplomasi dan saling memahami antara satu sama lain.
Bahkan, kedua-dua wanita itu juga bertuah kerana suami mereka, Saiful Nizam memainkan peranan yang bijaksana dalam memimpin rumah tangga mereka.
“Kak Nana adalah orang yang sentiasa memberi semangat untuk bergelar isteri kedua. Arwah Kak Nana sentiasa ada di sisi saya ketika saya memerlukan dia pada bila-bila masa. “Sekali lagi ingin saya katakan, saya kehilangan seorang kakak dan wanita yang sangat hebat. Terima kasih Kak Nana atas pengorbanan kakak. Terima kasih kerana menerima saya dalam hidup kakak. Saya akan kenang kakak sehingga ke akhir hayat saya,” kata Nurulhidayah lagi.
Jenazah Allahyarham Bahazanariah kini berada di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara sekitar pukul 10 pagi.
Rezeki kepada ibu bapa yang ada anak berstatus orang kelainan upaya (OKU) kerana mereka layak mendapat caj cukai jalan (road tax) percuma.
Ini merupakan berita baik dan keistimewaan yang diberikan kepada ibu bapa yang mempunyai anak istimewa.
Tentu tidak ramai ibu bapa yang ada anak OKU tahu tentang perkara ini. Sebenarnya bukan OKU sahaja yang layak memohon, tetapi ibu, bapa atau penjaga sah layak memohon kelebihan tersebut.
Bagaimanapun ia mesti tertakluk kepada syarat yang ditetapkan iaitu waris yang didaftarkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mestilah nama pemilik kenderaan.
Perkara tersebut dikongsi oleh Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertugas di cawagan Teluk Intan, Akhi Akmal di laman Facebook milik beliau.
Cara Buat Permohonan
Bukan roadtax RM2 je dapat percuma, roadtax Honda Accord Rm536 setahun pun dapat percuma.
Roadtax sahaja, bukan INSURAN. Sebab ramai yang tanya insuran kena bayar jugak ke. Ya, insuran masih kena bayar. Roadtax sahaja percuma.
Masih ramai lagi yang tak tahu untuk roadtax percuma bagi ibu bapa yang mempunyai anak oku.
Bukan untuk oku sahaja yang layak mohon, ibu ATAU bapa ATAU penjaga pun layak mohon. Dengan syarat waris yang didaftarkan di JKM mestilah nama pemilik kenderaan.
Contoh, Ali ada anak oku berumur 5 tahun. Dalam sistem JKM Ali sebagai waris. Kereta atas nama Ali, dan Ali ada lesen memandu.
Secara automatik Ali layak memohon roadtax percuma dengan syarat kereta tersebut buatan Malaysia atau pemasangan tempatan.
Bagi waris yang nak mohon roadtax percuma, boleh mohon di JPJ CAWANGAN atau JPJ NEGERI sahaja. UTC memang tak boleh ya.
Bawa dokumen original dan salinan 1 keping berikut:
Permohonan hanya sekali sahaja boleh digunakan. Contoh sekiranya oku tu sendiri nak mohon untuk dirinya, waris dah kira tak layak.
Syarat
1.ada lesen memandu
2.kenderaan pemasangan tempatan dan kenderaan nasional sahaja
3.hanya satu kenderaan kereta dan satu motosikal sahaja untuk satu permohonan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua ibu bapa yang dianugerahkan anak istimewa.
Menimang cahaya mata menjadi impian setiap pasangan berkahwin sebagai pelengkap kepada rumah tangga. Namun hanya isteri sahaja yang tahu betapa proses kehamilan, sehinggalah melahirkan bukan sesuatu yang mudah. Pelbagai dugaan dan ujian yang terpaksa di lalui terutama bagi yang bermasalah.
Jika sang suami merasakan selepas melahirkan, selesai sudah segala masalah. Namun itu salah, sebaliknya ada lagi dugaan buat si ibu. Demikian yang diluahkan oleh saudara Hafiz Mahamad ini cukup menarik untuk dibaca.
Harini rasa bersalah pula dengan wife & diri sendiri
Saya ingat, selepas bersalin. Yang kena focusnya baby sebab saya tengok wife macam okay. Baru saya faham, luar nampak okay tapi dalaman wife sahaja yg tahu.
Saya ingatkan, saya jaga baby dah okay. Malam bangun panaskan susu & sbgnya. Tapi ada satu malam saya terjaga tengok wife “breast pump” sampai tertidur tidur.
Saya tak perasan kalau Aina bangun, Aina kalau dia penat ke apa dia tak cakap, tapi saya tau dia lemah lagi siang malam.
Semalam pulak, dia kena bengkak susu. Saya ingatkan, keluarkan jela susu tu then should be ok. Rupanya tak, kena amik masa. Haih la Ya Allah kuatkan isteriku.
Saya ada baca tips, husb & wife kena ada shift untuk jaga baby siang malam. Tapi saya rasa tips tu tak berguna untuk saya. Saya & Aina kena faham each other dengan lebih kuat lagi
Sepanjang Aina pregnant, saya tak pernah missed teman dia checkup sampailah ke labour room. Saya ingatkan pengorbanan saya dah kuat & balance, rupanya tidak. Saya baru usaha 5%, yg kuat siang malam itu Aina. I’m so sorry @syafiqahaina.
Anak adalah anugerah, isteri juga adalah hadiah. So saya bersyukur dapat isteri yg kuat macamni. I love you so much @syafiqahaina
@raisyaarisa besar nanti jadi budak pandai, budak kaya, budak solehah. Jaga mummy awak baik baik okay sayang.
Okay harini kita kasi tukar, Daddy buktikan yg saya boleh kuat macam dia @syafiqahaina ❤️
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Soda Bikarbonat banyak manfaatnya baik dalam pembuatan kek mahupun kecantikan. Kalau nak kulit wajah berseri dan bebas jerawat bolehlah gunakan bahan ini.
Nota Penting
Petua ini hanya sesuai untuk kulit muka jenis normal. Kulit sensitif sila elakkan guna soda bikarbonat.
Masker Scrub 2 In 1 yang dikongsikan oleh Awatif Osman ini bantu buang jauh-jauh kulit kusam. Yang pasti ia juga menjimatkan kerana cuma guna dua bahan dapur anda saja.
Bahan-bahan
2 biji limau nipis@ limau kasturi atau 1 biji yang sederhana.
1 sudu besar soda bikarbonat
Langkah Demi Langkah
Potong limau nipis secara melintang. Ni PETUA mak mak kita, kan? Katanya air limau akan keluar banyak.
2. Picit limau pada soda bikarbonat.
3. Terkejut ya? Normal. Bagi ia dan kita masa untuk bertenang ye.
Gaul sekata hingga boleh rasa tepek di muka.
Cara Pakai
Dah okay? Boleh tonyoh pada muka untuk buat scrub. Tonyoh lembut-lembut je. Baru lah ayu dan kewanitaan. Atau tepek kat muka jadikan sebagai masker sambil tengok drama.
Jangan simpan untuk esok ya. Habiskan je. Kalau tak sengaja terbanyak, hulur kat jiran tetingkap. Barulah hubungan #TillJannah. ❤
Syarat Pakai Masker Alami
Kulit Jenis Kering: Pilih masker madu, minyak zaitun, oatmeal.
Kulit Berminyak: Pilih masker lumpur, pisang, madu, putih telur, tomato, lidah buaya dan strawberi.
Sebaiknya pakai 2-3 kali seminggu sudah memadai. Tak perlu pakai setiap hari.
Masker jenis skrub pula sebaiknya pakai seminggu sekali saja.
Tunggu sampai masker kering dalam 30 minit, jangan tersenyum atau ketawa mahupun menggerakkan otot wajah.
Semasa mencuci wajah, gerakkan jari dalam gerakan memutar.
Hati-hati semasa memakai masker, jangan sampai kena bahagian mata.
Sumber/Foto: Awatif Osman
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce yang kini hamil anak keduanya mengakui berat badan badannya kini semakin bertambah secara mendadak biarpun kandungannya baru berusia lima bulan.