Sebagaimana yang diumumkan berkenaan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 telah mencatatkan pencapaian yang lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80, berbanding 4.86 pada 2019. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pencapaian tersebut merupakan pencapaian terbaik SPM dalam tempoh lima tahun.

Pastinya semua antara kita berasa bangga dengan pencapaian yang diraih oleh setiap calon SPM 2020 ini kerana sebagai kita maklum, belajar dalam norma baharu bukan mudah penuh dengan cabarannya. Pun begitu, setelah berhempas pulas belajar dan berkat usaha yang berterusan maka detik dan ketika ini telah menjadi hari paling bersejarah buat semua.

Ramai pelajar-pelajar dan ibu bapa berkongsi mengenai keputusan cemerlang yang diperolehi. Tidak terkecuali pasangan kembar yang berjaya ‘menghadiahkan’ 22 A kepada ibu ayah tercinta.

“Mak Kami Berdua Dapat 22 A”, Kembar Cemerlang SPM Buat Mak Ayah Bangga & Warganet Tumpang Gembira!

Menerusi perkongsian Nurul Syazwina di twitter, telah memuatnaik sekeping gambar yang memberi makna yang cukup istimewa bersama pasangan kembar dan ibu ayahnya.

 

Dengan keputusan cemerlang yang diperolehi oleh Nurul Syazwani yang bersekolah di Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya dan manakala Nurul Syazwina yang merupakan pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah, pastinya cukup membanggakan ibu dan ayahnya.

IKLAN

Berkongsi rahsia kejayaan meraih 11A walau keduanya bersekolah berasingan ini katanya, “Kami membantu di antara satu sama lain mengenai subjek yang lemah dan sukar, bangun awal untuk belajar bersama-sama dan membuat rujukan dengan guru masing-masing jika kurang faham mengenai sesuatu subjek.”

“Mak Kami Berdua Dapat 22 A”, Kembar Cemerlang SPM Buat Mak Ayah Bangga & Warganet Tumpang Gembira!

Syabas dan tahniah diucapkan semoga terus menjadi kebanggaan keluarga. Tentunya kenangan manis ini akan tersemat indah di dalam ingatan sampai bila-bila.

Begitulah yang cuba dijelaskan oleh  Dr Ezairy M. Sallih, menurutnya, “Setiap kali keputusan SPM diumumkan, setiap kali itu juga peristiwa ini terimbau kembali. Mama papa, kami berdua bagi 22 A1 hari ini!”

IKLAN

“Saat itu, orang paling gembira adalah kedua-dua orang tua saya. Mulai saat itu juga kami berazam untuk mencapai cita-cita kami disamping mengecap impian kedua orang tua untuk menjadi seorang doktor pakar perubatan.”

“Mak Kami Berdua Dapat 22 A”, Kembar Cemerlang SPM Buat Mak Ayah Bangga & Warganet Tumpang Gembira!

“Impian itu tidak pernah sekali pudar selepas itu. Kami bersama-sama melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah. Alhamdulillah berjaya menghabiskan pengajian perubatan selama enam tahun setengah di sana.

“Kembali semula ke tanah air, memulakan tugas sebagai doktor pelatih, berhempas pulas, mengharungi saat-saat jatuh bangun, dimarah, menangis, dan semua cerita-cerita yang terlalu istimewa untuk dikongsi di sini. Ya, alam doktor pelatih yang pasti memberi memori paling lekat di dalam setiap yang bergelar doktor.”

IKLAN

“Selepas dua tahun, kami bersama-sama menyambung tugas sebagai pegawai perubatan. Impian untuk menjadi seorang pakar bedah tidak sama sekali hilang. Pengalaman sebagai doktor pelatih sekadar menjadikan impian itu lebih kuat.”

“Mak Kami Berdua Dapat 22 A”, Kembar Cemerlang SPM Buat Mak Ayah Bangga & Warganet Tumpang Gembira!
“Alhamdulillah. Selepas 10 tahun bertugas sebagai seorang doktor, hari ini kami sama-sama berjaya menyempurnakan impian kedua-dua orang tua kami. Kami tidak hanya beri 22 A1. Hari ini kami berikan mereka juga kejayaan menjadi pakar bedah. Orthopedic surgeon and ENT surgeon in the house!”

Ujarnya lagi, “Doakan kami dapat membantu lebih ramai orang. Untuk adik-adik di luar sana. Kejayaan hari ini bukan bermakna kejayaan untuk selamanya. Kegagalan hari ini juga bukanlah titik noktah, tetapi ia adalah permulaan untuk kalian bangkit menjadi seorang yang lebih kuat lagi di masa hadapan.”

Sumber : nurulsyazwina & Dr Ezairy M.Sallih

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR BUAT ROTI UNTUK KELUARGA secara online, daftar segera! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

“Mak Kami Berdua Dapat 22 A”, Kembar Cemerlang SPM Buat Mak Ayah Bangga & Warganet Tumpang Gembira!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI