Umumnya kalau sebut begedil mesti kita terbayang ubi kentang yang direbus dan dilenyek kemudian dikepal bersama-sama bahan lain untuk disalut dengan telur dan digoreng. Cukup enak rasanya dan tidak lengkap pula hidangan soto tanpa adanya begedil ini.
Keenakan rasanya memang tidak dinafikan, pun begitu tidak kurang enak juga rasanya bila anda menyediakan begedil menggunakan tempe sebagai bahan utamanya. Tentu ada yang berasa pelik namun rasanya memang sedap dan mudah disediakan. Ini sebagaimana perkongsian resipi daripada Rosmy Hashim.
Jadi usah tunggu lagi, jom masuk dapur dan kita sediakan menu istimewa ini untuk santapan seisi keluarga.
Bahan-bahan:
Ads
Tempe 2 keping, telor 2 biji ,daun bawang ,bwg besar, bwg putih, lada hidup & secubit rasa…lesung batu kena ada ye?
Cara Penyediaan:
1. Patahkan kecil2 tempe..dan tumbuk sampai lumat.
2. Tempe yang dah ditumbuk lumat.
Ads
3. Gaulkan tempe…dengan daun bawang, bawang besar ,bawang putih, lada hidup ,secubit rasa & telor sebijik je..
4. Dah gaul mesti jadi camni…hehe..
5. Kemudian kepalkan…bentuk nak bulat boleh…nak leper pun bleh…ikut suke je…masuk dalam petiais kejap..kejap je…supaya tak nak dia hancur masa goreng nanti.
6. Telor yang sebiji tadi..pukul…untuk celop bergedil tempe tadi sebelum goreng…goreng dengan api kecik tau…hakak tak leh nak tunjuk cara goreng…sebab kuali hakak..so….lejen
Siap…bergedil tempe..suke
Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah sepanjang masa. Jika sudah namanya menjadi seorang ibu atau ayah, pasti kita akan cuba untuk melakukan dan usahakan yang terbaik untuk kebahagiaan anak-anak tercinta.
Berkongsi kisah di facebook, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli berkongsi satu kiriman email yang menarik perhatiannya. Dimaklumkan kiriman email tersebut diterima daripada seorang ayah yang mahu anaknya didoakan agar diterima belajar di institusi pengajian tinggi awam setelah mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM.
Namun apa yang lebih menyentuh hati adalah di mana anak tersebut kini sedang menghidapi penyakit ‘nephrotic syndrom’ (penapis buah pinggang gagal serap protien).
Ini perkongsian Dr Zulkifli di akaun fbnya.
KASIH SEORANG AYAH
Masih di pejabat, menyelesaikan beberapa tugasan, mesyuarat dan menyemak timbunan dokumen.
Saya banyak menerima emel daripada orang ramai, namun emel ini menarik perhatian saya. Seorang ayah mengirimkan emel kepada saya dan meminta saya mendoakan anakandanya disembuhkan daripada penyakit “nephrotic syndrome” dan diterima masuk ke UiTM Shah Alam.
Beliau juga ada mengepilkan keputusan SPM anakanda beliau. Subhanallah. Bijak orangnya.
Moga Allah SWT mengabulkan semua hasrat En. Raja Azman. Seorang ayah, pasti sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.
Biasanya lelaki yang bergelar ayah tidak semahir ibu dalam menzahirkan kasih sayang kepada anak-anak. Tapi percayalah, dia sentiasa berusaha semampu mungkin untuk kebahagiaan anak-anaknya. Riak wajahnya mungkin tegas, tetapi siapa tahu berapa kali hatinya “menangis” untuk memastikan anak-anaknya berjaya. Emel ini membuktikan kasih seorang ayah.
Pakcik sentiasa doakan anakanda Raja Muhammad Ameir Nabil. Jangan lepaskan genggaman tangan ibu dan ayah, walaupun anakanda sudah jauh di puncak suatu hari nanti.
Meraih kebahagiaan dalam rumahtangga itu impian setiap kita. Pun begitu ketahui dahulu apa perlu kita suami isteri patut lakukan dan wajar juga ketahui ada perkara jangan dibuat agar impian menjadi nyata.
Atas sebab itu juga, penting untuk kita saling ingat mengingatkan antara satu sama lain, agar dapat menjaga hubungan dan kasih sayang suami isteri berkekalan dan harmoni sentiasa.
7 KESILAPAN BESAR DALAM HUBUNGAN SUAMI ISTERI
1. Jangan berlebih-lebih dalam memberi gambaran dan memuji orang lain. Bagi seorang isteri, janganlah terlalu memuji suami orang lain dihadapan suami sendiri.
Begitu juga dengan suami. Jangan sesekali memuji isteri orang lain berlebih-lebihan.Ia boleh menyebabkan isteri terasa hati dan berjauh diri.
Disamping itu, isteri juga janganlah terlalu memuji wanita lain dihadapan suaminya.
Jangan diceritakan semua perkara berkenaan wanita lain tambahan lagi sekiranya melibatkan aurat atau perkara sensitive.
2. Elakkan melontarkan kritikan pedas dan tidak menghargai pandangan pasangan masing-masing.
Memberikan komentar terhadap pasangan masing-masing adalah normal.Namun melontarkan kritikan yang pedas adalah sangat tidak wajar.
Kritikan yang boleh mencalar perasaan perlu dielakkan kerana ia menyebabkan berlakunya perbalahan diantara suami isteri.
Walau tidak sempurna mana sekalipun pasangan kita, pasti ada kelebihannya.
Maka, disebalik kelemahannya yang kita dapat lihat, maka lihatlah jua pada kelebihannya.
Cara ini dapat mengelakkan kita daripada memfokuskan kepada kelemahannya dan menjauhkan kita daripada mengkritiknya.
Kita boleh melihat diri kita dihadapan cermin. Kita boleh melihat kekurangan wajah kita melalui cermin.
Namun, apa aib kita dibelakang, kita tidak mampu untuk melihatnya.Orang yang nampak aib kita itu tidak lain tidak bukan adalah isteri atau suami kita.
Disebabkan itu, pasangan kita nampak apa yang kita tidak perasan.Maka apabila pasangan menegur kita, maka terimalah teguran berkenaan.
Perlu diingat, teguran yang diberikan kepada kita langsung tidak berniat buruk.Ia adalah dengan niat yang baik kerana sudah pasti pasangan kita mahukan yang terbaik untuk kita.
3. Jangan mengangkat suara dengan nada tinggi
Meninggikan suara kepada pasangan sama ada ketika dia berseorangan, atau ketika bersama-sama rakan-rakannya adalah satu tindakan yang silap.
Jika kita merasakan bahawa ia untuk menunjukkan ketegasan kita, itu tidak betul. Sebenarnya hanya menunjukkan keegoaan kita.Malah juga turut menjatuhkan air mukanya di hadapan ramai.
Sebaliknya, panggillah dengan sebaik-sebaik cara.Walau geram dan marah sekalipun, panggillah dengan penuh kelembutan.
Ingatlah, ia akan lebih menjaga maruah pasangan dan kita sendiri juga.
Malah pendekatan lembut dapat menjadikan hubungan yang tegang menjadi baik.Walaupun pasangan kita melakukan kesilapan sekalipun, carilah pendekatan terbaik untuk menegurnya.
Cara terbaik adalah menjadi kawan kepadanya.
Apabila wujud hubungan persahabatan antara dua pihak, maka nasihat senang untuk disampaikan.Malah pasangan kita juga mudah untuk menerimanya.
Ingat, untuk setiap perkara menjadi mudah, kita perlu rapat dengannya.
Apabila kita telah rapat dengannya, perkara yang kita tegur secara lembut pun mudah diikutinya.
Sebaliknya, jika kita menggunakan kaedah kekerasan, maka ia hanya mendatangkan kekasaran dan pasangan akan menjauhkan diri daripada kita.
4. Jangan sesekali menipu dalam hubungan suami isteri
Pantang bagi kaum wanita adalah orang yang suka menipu.Para suami, sekali kita menipu, ia akan meninggalkan sebuah lubang dalam hati isteri.
Jadi mengapa mesti kita berbohong?
Bukankah ia adalah tabiat yang tidak baik. Bahkan, ingatlah, orang yang bercakap bohong tiada tempat untuknya dalam syurga.
Suami yang suka berbohong tidak akan memperoleh kepercayaan isterinya.Keadaan ini tidak baik untuk hubungan suami isteri.
Ia boleh meruntuhkan rumah tangga berkenaan. Perbuatan berbohong tidak pernah ada dalam hidup kita. Maka mengapa perlu kita berbohong?
Begitu juga dengan isteri.Jangan sesekali membohongi suami kita.
Pembohongan terhadap suami boleh mengikis keyakinan dan kepercayaannya.Sentiasalah jujur dengan suami dalam apa juga perkara yang kita lakukan.Beranilah berkata benar kerana ia boleh menyelamatkan keadaan.
5. Elakkan berasa tidak bersalah dan diri sendiri selalu betul
Jika kita melakukan kesilapan, beranilah untuk mengakuinya.Jangan pula menjadi sebaliknya.
Hormatilah perasaan dan pandangan pasangan kita. Sebaik-baik diri kita, pasti akan ada jua kelemahannya. Ini tidak boleh dinafikan.
Tiada manusia yang sempurna, apatah lagi dalam hubungan suami isteri.
Namun apabila kita telah melakukan kesilapan, maka akuilah dan perbetulkan kesilapan berkenaan.
Jangan pula demi mempertahankan ego, kita berasakan diri kitalah yang sentiasa benar dan pasangan pula sentiasa salah.
6. Jangan selalu meninggalkan isteri di rumah. Ia selalu dipandang remeh oleh para suami.
Jangan selalu meninggalkan isteri kita tanpa sebab yang munasabah, ini kadangkala boleh mengguris perasaannya.
Ia boleh menyebabkan isteri berasa seolah-olah dirinya tidak dihargai.Malah jika terlalu kerap, ia boleh meninggalkan kesan yang tidak baik dihatinya.
Isteri kita penat berusaha untuk keluarga kita.
Maka perbuatan meninggalkan isteri tanpa sebab lama kelamaan akan menyebabkan rasa dia tidak wujud langsung dalam hidup kita.
Sedangkan isteri sebaliknya kerana perlu memikirkan banyak tanggungjawab yang digalas.
Oleh itu, cubalah bawanya dan berikan masa yang terbaik terhadapnya.
Tidak salah sekiranya sesekali kita membawa isteri bersiar-siar ke tempat-tempat yang menarik untuk bersamanya.
Isteri juga mahukan hiburan bersama kita.Dan apa yang lebih penting lagi adalah meluangkan masa bersama.
7. Jangan tidak bermesra ketika isteri sedang haid
Jangan kerana isteri sedang haid, suami pula menjauhkan diri.
Ingat, apa yang Islam tidak benarkan adalah melakukan persetubuhan sahaja. Bermesra tidak dilarang sama sekali.
Maka jangan kerana isteri sedang datang bulan, para suami sekalian menjauhkan diri daripadanya.
Bermesra dengan isteri adalah salah satu tanda suami yang penyayang. Tidak kira bagaimana keadaan isteri, jika bermesra dengannya boleh mendatangkan kebaikan dalam hubungan, maka lakukanlah.
Kemesraan sesama suami isteri adalah lambang kebahagiaan yang diharapkan.
Berbahagialah kepada pasangan suami isteri yang cuba membahagiakan sesama mereka. Kelak akan harmonilah rumah tangga mereka.
Air rebusan kunyit memang selalu kita lakukan untuk memulihkan kesihatan dalaman wanita. Namun berbeza dengan air susu kunyit. Dua gabungan ini rupanya masih lagi serasi malah mampu mengatasi masalah batuk dan selesema.
Paling menarik, resipi gabungan dua bahan ini juga baik untuk merawat masalah tidur. Kata Sue Bertley yang mengongsikan resipi ini di laman Facebook miliknya, resipi ini membantu suaminya yang juga menghidap strok untuk tidur lebih nyenyak. Malah tidak mudah kena demam selesema. Menarik kan?
Hujan, sejuk malam ni, dah mula musim demam beramai- ramai pula. Sejak suami kena stroke di usia muda, saya kena rajinlah buat home remedy untuk dia. Maka, malam ni mula lagi buat susu kunyit.
Susu kunyit, cara traditional melawan batuk, selesema atau penyakit biasa atau ringan yang melibatkan saluran pernafasan. Susu kunyit juga membantu pencernaan. Biasa kami minum sebelum tidur, sangat membantu suami, pesakit stroke untuk tidur lebih lena dan tidak mudah demam selesema.
Bagus juga untuk joint, arthritis, almaklum mudah sakit badan, pinggang juga. Kawan- kawan boleh Google lagi kebaikan Turmeric Milk ni.
Bahan- bahan:
2 cawan susu (susu segar, susu tepung )
2 isi kunyit lebih kurang size ibu jari, dibersih, ditumbuk dalam lesung batu dan perah jusnya.
Sedikit air
Secubit dua serbuk Lada Hitam
Sedikit madu asli (jika mahu)Kalau rajin, buatlah untuk diri sendiri dan keluarga ye. Sangat bagus untuk kesihatan dalaman.
Caranya:
1. Didihkan sedikit air dalam periuk (untuk elak susu hangit).
2. Kecilkan api dan masukkan susu.
3. Kemudian masukkan lada hitam, serta jus kunyit.
4. Kacau hingga sebati, beberapa minit hingga susu mula berbuih kecil.
5. Tutup api dan buat ala susu tarik.
6. Dah suam, boleh masukkan sedikit madu dan minum.
7. Moga sihat walafiat semuanya, tak mahu demam ye.
Kami minum 1 hingga 2 kali saja seminggu. Kalau kena demam, kami amal 2 hari berturut-turut. Biasanya hari ke 3 dah sihat semula.
Sumber: Sue Bertley
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.