Jerawat ini boleh dikatakan suatu gangguan pada kesihatan kulit wajah hingga kadang kala menyebabkan orang boleh hilang keyakinan diri jika terlalu banyak jerawat di muka.
Bukan sahaja anak-anak remaja yang sering dikaitkan mempunyai jerawat kesan daripada perubahan hormon namun jangan hairan andai jika berusia sekali pun namun masih juga mengalami masalah jerawat.
Selain penyebab jerawat di wajah dikaitkan dengan pemakanan, produk penjagaan kulit dan sebagainya, ada satu perkara yang kadang kala kita sering terlepas pandang dalam penjagaan kulit wajah ini, lain tidak bukan adalah bab kekerapan menukar sarung bantal.
Apa kaitannya sarung bantal dan jerawat ya?
Ads
Ini dijelaskan di dalam perkongsian artikel ini, dan jom kita baca untuk info bersama.
Kita menghabiskan 1/3 dari seluruh kehidupan untuk tidur. Oleh itu, sangat penting untuk memastikan persekitaran tempat tidur bersih terutamanya BANTAL.
Bantal sebenarnya ada sisa sel kulit, air liur , kelumumur dan pelbagai jenis bakteria dan kulat. Sel kulit yang tertinggal dibantal adalah makanan hama dan kutu kecil.
Selepas makan, kutu dan hama ini akan meninggalkan najis. Sisa tinggalan hama inilah yang akan menyebabkan gejala alahan seperti selsema, batuk dan bersin.
Ads
Sebab itu sarung bantal sepatutnya perlu ditukar setiap 1-2 minggu sekali dan perlu dibasuh (jika boleh basuh) setiap 6 bulan.
Jemur bantal dibawah cahaya matahari panas juga berkesan untuk membunuh segala bakteria dan membuat hama yang bersarang lari. Bau bantal juga akan lebih segar selepas ia dijemur seharian.
Owh ya, jika anda ada masalah jerawat.. sarung bantal perlu ditukar lebih kerap. Ia akan akibatkan outbreak jerawat yang lebih serius jika anda terus menggunakan sarung bantal yang sama.
Admin tak berani untuk minta anda untuk membuang bantal busuk atau melarang penggunaan bantal busuk… cuma pastikan ianya BERSIH dan santiasa di ganti sarungnya.
sumber : Public Health Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila lihat bunga telang ni terus teringat ia sebagai pewarna untuk masakan iaitu digunakan untuk memasak nasi kerabu.
Nasi kerabu ini popular di kawasan pantai timur. Oleh itu, pokok telang ini sering kelihatan di halaman rumah bagi penduduk di negeri Terengganu dan Kelantan.
Bagaimana pun, pokok bunga telang ini juga mempunyai banyak khasiat dan ramai yang mengetahui mengenai manfaatnya.
Pokok ini juga dikenali sebagai kacang telang atau nama botaninya Clitoria ternatea. Sebatian anthocyanin dalam pigmen bungannya didapati memberikan bunga ini berwarna biru.
Nak tahu khasiatnya jom ikuti perkongsian wanita ini siap bagi resipi cara nak buat terutama hal berkaitan dengan kesihatan dan kecantikkan.
KHASIAT BUNGA TELANG, MEMANG SUPERB!
1.Teh bunga telang penjagaan dalaman wanita
Untuk membetulkan kitaran haid, ambil akar dan bunganya kemudian masukkan ke dalam air yang mendidih. Rebus bersama sedikit gula dan diminum ketika suam.
Resepi teh bunga telang yang boleh diminum untuk penjagaan dalaman wanita.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Segenggam Bunga Telang, Segelas Air Panas, Gula secukup rasa, 1/2 biji limau nipis
Cara Membuat:
Masukkan segenggam bunga telang ke dalam gelas. Kemudian, masukkan air panas dan rendam bunga telang tersebut selama 5 hingga 7 minit. Setelah airnya bertukar warna biru pekat, tapiskan bunga telang tersebut. Akhir sekali, masukkan setengah biji limau nipis dan gula secukup rasa. Air teh ini akan bertukar warna ungu yang cantik dan rasa yang amat menyegarkan.
Ambil beberapa helai daun pokok bunga telang, hancurkan dan ditampal pada muka yang berjerawat. Biarkan selama 30 minit kemudian bersihkan.
Kacang telang dipercayai amat bermanfaat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut serta dapat menyuburkan kulit kepala. Caranya, ramas bunga telang didalam segayung air, cuci rambut seperti syampu dengan air ramasan tadi.
Teh herba bunga telang juga membantu anda detox untuk menguruskan badan. Caranya minum air bunga telang setiap pagi untuk detox.
Bunya telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah ambil beberapa keping bunga telang, masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur.
Amalkan meminum rebusan Air bunga telang setiap hari kerana ia sangat baik untuk diamalkan untuk mencuci darah yang kotor.
Air rebusan bunga telang juga mampu boleh merawat cirit-birit. Amalkan minum air rebusan setiap hari selama seminggu.
Caranya hancurkan biji kacang telang hingga menjadi serbuk dan bancuh dengan air kemudian minum.
Bagi anda yang tiada selera makan, amalkan memakan daun telang bersama nasi. Ia akan membuka selera makan anda.
Caranya ialah rendam bunga dan kacang telang air panas. Minum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut.
Air rendaman bunga telang juga mampu merawat insomnia. Amalkan meminum setiap hari untuk menyembuhkan Insomnia.
Caranya hancurkan daun pokok bunga telang kemudian tampal pada bisul untuk mengubatinya.
Caranya ialah rendam bunga telang dalam 1 gelas air kemudian gunakan air rendaman tersebut untuk mencuci mata. Amalkan setiap hari sehingga mata sembuh.
Kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam di India yang telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan seseorang.
Rebus akar bunga telang dan amalkan meminum sebagai teh boleh mengurangkan gejala asma.
Akar bunga telang juga dikatakan dapat mengubati batuk.
Rebus 40 gram akar bunga telang dengan 5 gelas air sampai tinggal separuh. Minum 1 gelas 2 kali waktu pagi dan waktu malam.
Caranya ambil beberapa helai daun telang, ramas dalam air dan campur garam. Kemudian sapu pada telinga yang mengalami sakit.
Kandungannya yang bersifat anti depresan yang ada di dalam bunga ini mampu memberikan ketenangan dan rasa damai yang mampu mengatasi stress. Amalkan meminum air rebusan setiap hari.
Revolusi gaya rumah serba moden nyata makin digilai wanita zaman sekarang. Sebolehnya kita berusaha nak nampakkan rumah dengan gaya moden. Mungkin nampak lebih selesa dan cantik serta tak sarat barat gaya hiasannya. Sederhana.
Tapi nak sempurnakan konsep yang satu ni harus ada ilmu dan paling penting sedikit bajet untuk lengkapkan konsep yang dimahukan. Sepuluh elemen ini ibu-ibu wajib tahu ketika nak menghias.
Gaya moden dilihat lebih ringkas gaya susun aturnya dan paling penting nampak cantik serta bertahan lama. Tak lapuk dek zaman. Bagi menjadikan syurga anda bercitarasakan moden, apa elemen yang perlu ada? Begini caranya.
1. Bentuk Ringkas
Paling utama gaya moden dilihat daripada senibina bangunan dan rekaan yang bersifat ringkas. Tidak menjurus kepada mana-mana bentuk tetapi ringkas. Kalau ada bajet lebih, bolehlah ubah rumah kita yang sedia ada supaya nampak lebih ringkas.
2. Cat
Itu cerita luar rumah. Hiasan dalam rumah moden juga tidak keterlaluan. Cat adalah perkara paling utama kita nampak ketika masuk ke sesebuah rumah. Nak nampak moden, jangan cat rumah dengar warna sembarangan.
Banyak kajian mengatakan supaya elakkan warna hijau, ungu atau oren di dalam ruang tamu. Pemilihan warna asas putih dan hitam, elemen warna bumi sebagai gabungan sekunder dan warna tertier yang dramatik adalah citarasa moden.
3. Perabot Kena Ringkas
Selain cat, perabot pun memainkan peranan. Elakkan pakai sofa dan perabot lain dengan kemasan yang sarat dan berkerawang. Pilih sahaja rekaan perabot yang ringkas tanpa kemasan sarat dengan pemilihan elemen warna yang bersesuaian konsep.
4. Besi, Kaca & Cermin
Kalau nak nampak lagi moden, waktu pilih gaya hiasan suntik sedikit elemen besi, kaca atau cermin dalam rumah. Mungkin boleh pakai sofa dengan besi di bawahnya atau besi pada pencangkuk langsir dan bingkai gambar. Pasu berkaca telus pandang yang besar misalnya menampakkan gaya moden.
Cermin besar di ruang yang sempit buat serlah ilusi moden. Nak tambah moden kontemporari, campurkan sedikit elemen kayu-kayuan.
5. Tukar Pencahayaan
Pencahayaan juga kena tepat. Rumah citarasa moden selalunya jarang gunakan pencahayaan terus seperti lampu kalimantang. Tukarlah pencahayaan asas downlight digabung pencahayaan aksen warna warm light. Mood pasti berubah.
6. Hiasan Dinding
Kena berani dan tak kekok menampal pelbagai hiasan pada dinding. Tapi janganlah gantung gambar yang kurang sesuai. Berikan nafas moden ikutkreativi sendiri seperti gambar hitam putih. Nak buat sendiri corak geomatrik pun boleh.
7. Langsir Tanpa Corak
Langsir pun memainkan peranan penting. Jangan pakai langsir yang sarat dengan corak. Less is more. Gunakan warna polos dan moden sepertikelabu, putih atau warna pastel. Kalau suka warna terang, kena berani mainkan warna dinding supaya lebih seimbang.
8. Kabinet Ringkas
Kalau di dapur, kabinet citarasa moden memang selalu jadi pilihan. Warna ringkas seperti hitam dan putih menampakkan gaya ekslusif dan moden.
Nak cantik lagi, jangan pakai warna yang banyak di dapur, baik pada kabinet dan keseluruhan perkakasan seperti pinggan mangkuk dan gaya hiasan lain.
9. Teknologi
Teknologi kenalah seiring. Di dapur, kalau dah pasang kabinet, gunakanlah dapur moden dengan hud lengkap serta dapur rata berkaca yang selari. Tapi terpulanglah pada kemampuan anda.
10. Bunga Segar
Kalau suka dengan bunga, elakkan bunga jenis artificial atau jenis plastik. Bunga segar lebih menampakkan gaya alami dan moden. Tapi kalau anda bukan kategori yang rajin nak menjaga, boleh sahaja gunakan artifical tetapi belilah jenis bunga yang nampak mahal. Belanja lebih sedikit untuk nampak cantik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyentuh tentang stress yang dirasai oleh seorang wanita bergelar isteri dan ibu pada masa kini, dapat dirasakan semakin menjadi lebih berat kerana ibu hari ini memainkan dua peranan dalam satu masa. Dialah juga membanti mencari rezeki keluarga dan menjaga anak-anak.
Andai tidak diurus emosi dengan baik, bimbang boleh mengganggu perasaan dan mendatangkan tekanan. Sekali gus dalam sedar atau tidak, akan turut terkesan pada seluruh keluarga terpaksa menjalani kehidupan yang tidak tenang.
Untuk itu, ayuh kita baca perkongsian daripada Puan Nurul Iiyani berkenaan tip menjadi ibu yang tenang untuk kebaikan bersama.
Tip jadi mak tenang-tenang oleh Dr. Ng (Pakar psikiatrik)
Tidak semua perkara yang berlaku depan kita perlukan tindakan. Kadang-kadang kita tengok je, perhatikan saja. “Sometimes, you just need to observe”, kata dia.
Contoh:
Rumah sepah
Sinki penuh
Kain berlonggok
Kalau rasa tak mampu masa itu, jangan buat. Buat lewat sikit, bila dah tenang.
Anak bergaduh, pukul-pukul, tak perlu leraikan dan tegur. Observe saja selagi tak ada benda bahaya di tangan. Tegur, betulkan, disiplinkan masa kita dah okay.
Mak-mak stress sebab nak betulkan anak, nak didik anak, nak rumah kemas, nak semua tip top.
Keypoint:
Untuk SELURUH family rasa tenang, mak kena tenang dulu. Tak semestinya bertindak terus. Tak apa delay action.
Nota saya: Ini coping skill di rumah sendiri, bukan juga untuk yang ada pembantu rumah, bukan juga untuk suami jenis lipas kudung tolong handle rumah. Bukan. Bukan. Ini untuk mak-mak yang mudah stress. Sebab stress tanpa kawalan boleh melarat hingga sakit mental.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.