Di saat kita sedang bahagia dan mewah dengan segalanya, jangan dilupa akan mereka yang dalam kesusahan. Bukan semua orang bernasib baik, justeru sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Kisah ini dikongsikan oleh saudara Mohd Faisal Yusuf menerusi laman facebooknya.
Dia yang kebetulan sedang beratur untuk membeli makan di sebuah kedai, kemudiannya didatangi seorang pemuda yang tidak dikenalinya meminta untuk dibelanjakan sebungkus roti. Pemuda itu memaklumkan dia kelaparan tapi masih menunggu gaji. Kisah yang cukup menyentuh hati ini mendapat simpati netizen. Ada satu malam saya dengan kawan singgah Family Mart. Teringin nak makan “oden”. Masa sampai tu panjang pulak beratur. Lapar benda sedap punya pasal, gigih juga kami tunggu.
Sedang berbaris, saya perasan ada seorang lelaki mundar mandir di bahagian roti.
Kejap dia pegang, tengok, kemudian letak balik salah satu bungkusan roti. Dia berlalu ke bahagian rak lain. Tak lama lepas tu dia kembali ke bahagian roti yang dipegang tadi.
Dia sentuh lagi bungkusan roti tadi sambil pandang kiri kanan. Saya tak lah perhati beria, tapi boleh perasan muka dia macam resah.
Sedang saya ralit scroll handfone, tiba-tiba sahaja saya ditegur. “Bang, oo bang. Minta maaf bang”.
Saya dongakkan kepala. ‘Oh ni lelaki tadi’.
“Ya saya”. Mata saya pandang atas bawah. Tak pasti apa yang dia nak.
“Bang, saya nak beli satu roti ni. boleh tak kalau abang belikan saya? Saya lapar. nak beli tapi tak gaji lagi.” Minta lelaki tadi teragak-agak. Cuba nasib mungkin.
Ads
“Oh ya ka. Roti mana bang? Cuba ambil bagi saya tengok.” Saya tak berganjak dari barisan menanti giliran membeli.
Dia terus pergi ke depan dan ambil roti yang dia belek tadi. Kemudian kembali kepada saya.
“Ni rotinya bang. Harganya RM4.90.”
“Oh ya ka. Nah ambil duit ni pergi bayar di kaunter sana”. Saya tengok yang dia pilih kemudian hulur sekeping duit RM 5. Terus dia ambil dan bayar. Muka terus berubah ceria. Dia datang kembali ke saya dan ucap terima kasih. Kemudian cepat-cepat berlalu keluar kedai.
Ads
Ada satu benda yang buat saya berfikir masa tu. Saya jadi kurang senang sebab tak ada jawapan. Punyalah banyak roti, sandwhich, kek dan bermacam lagi. Semua nampak sedap. Tapi kenapa dia pilih untuk saya bayarkan roti itu?
Dah la dalam wallet saya memang baki duit ngam-ngam untuk beli oden lepas saya kasi dia duit.
Curious sangat nak tahu, saya terus ke rak mencari roti yang lelaki tadi ambil. Saya tinggalkan kawan lagi sorang berbaris.
‘Oh roti Cheese rupanya. Sedap sangat ka?’. Saya fikir panjang. Perut lapar oden. Duit ada ngam-ngam. Tapi teringinnya nak rasa roti ni. Apa yang special sangat.
Ads
Saya pegang dan tengok isi. Nampak macam sedap. Sebungkus ada 4 slice. Entah-entah mungkin 4 slice ni adalah roti yang dia nak berkongsi dengan isteri dan anak. Kalau ambil sandwhich nak makan ramai mana nak cukup. Kalau ambil roti lain nak kena potong-potong. Nak beli roti Gardenia, memang lagi murah, mungkin tak sesedap yang ini.
Akhirnya saya buat keputusan untuk beli. Tak apa lah oden tu, makan je lah lain kali. Tak pun pau je lah member punya. Huhu.
Settle kawan beli, kami pun balik. Dalam kereta saya terus makan roti cheese tadi. Lapaq woih. Dah rasa tu, baru tahu rasanya. Memang boleh tahan sedap pun rotinya.
Sedih pulak tiba-tiba. Kita ni macam-macam Allah dah beri. Namun kita masih rasa tak cukup dan hidup susah. Ada orang tunggu gaji untuk beli phone baru, baju baru, kasut baru, tapi ada lain pula nak beli roti pun berharap pada gaji.
Part yang paling best malam tu adalah, saya tak sangka kawan akan beli oden dengan banyak. Hampir 20 ringgit juga di beli. Dia ajak makan sama. Belanja katanya. Kongsi berdua, dapatlah merasa makan sorang RM10.
Masa ini entah kali berapa, saya tetap kagum dengan hebatnya balasan kita tak berkira bila memberi. Saya beri 5, saya dapat 1O.
Lagi banyak kita beri, lagi berganda rezeki.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebagai ibu bapa, semestinya anda tercari-cari apakah kaedah mendidik anak lelaki yang terbaik dengan kesan yang memberangsangkan.
Ini 5 perkara yang ibu ayah kena tahu untuk membesarkan anak lelaki untuk lebih berjaya. Ikurti perkongsian Doktor Kanak-Kanak ini, Redza Zainol untuk ikhtibar bersama.
Ruginya kalau kita anggap anak lelaki usia 9-15 tahun dah tak perlukan perhatian kita. Padahal inilah masa yang paling penting dalam hidup mereka. Kenapa penting?
1) Pada usia inilah mereka mencapai akil baligh. Walaupun mereka pergi ke sekolah setiap hari, tapi ilmu tentang akil baligh ini belum cukup untuk mereka menempuhi zaman remaja.
2) Mak ayah wajib bantu anak dengan terangkan mengenai perubahan fizikal pada tubuh badan: – Suara semakin garau – Lagi banyak berpeluh – Semakin tinggi – Badan makin sasa – Bulu tumbuh di muka, ketiak dan kawasan kemaluan – Muka ada jerawat – Mula tertarik pada jantina berlainan – Badan mula ada bau tersendiri
3) Jika kita terangkan perubahan ni lebih awal, anak akan rasa lega sebab perubahan ni berlaku pada semua kawan lelakinya juga.
4) Yang paling penting, anak sedar yang semua perubahan ini adalah cara Allah memberitahu yang mereka sudah mencapai akil baligh.
5) Kawan-kawan, pada waktu ni juga hidup mereka mengalami transformasi yang besar. ✔️ Setiap dosa mereka mula dicatatkan. ✔️ Wajib solat fardu 5 kali sehari. ✔️ Perlu menundukkan pandangan. ✔️ Perlu minta izin sebelum masuk ke bilik makcik mereka. ✔️ Tak perlu berada berdekatan dengan wanita yang bukan mahram.
Besar sungguh tanggungjawab seorang ayah sebab dia lah orang paling utama dalam mendidik anak.
Perasaan cinta berkekalan antara suami dan isteri merupakan salah satu anugerah bagi mereka yang ikhlas mendirikan rumah tangga dari awal.
Kerana cinta, baik suami mahupun isteri sanggup menolak kepentingan diri sendiri ke tepi dan mengutamaka keperluan pasangan terlebih dahulu. Kata orang, itu adalah salah satu cara untuk memanifestasikan rasa cinta kepada pasangan halal kita.
Apatah lagi apabila pasangan kita mungkin sudah tidak sekuat dahulu, ketika di usia mudanya. Kehidupan seharian perlu bergantung kepada bantuan orang lain. Maka saat itu, kekuatan cinta antara suami dan isteri semakin teruji. Hanya yang benar-benar berpegang pada cinta sejatinya sahaja sanggup berkorban apa sahaja demi orang tersayang.
Fetrah Bt Abu Samah yang berkongsi pengalamannya ketika menunaikan umrah sebelum ini mendedahkan dia pernah melihat situasi dipercayai antara suami dan isteri yang sangat menyentuh hati di Kota Mekah.
Katika berada di hadapan Maqam Ibrahim, Fetrah melihat sepasang suami isteri sedang berada di hadapan Kaabah, dan si isteri sedang menunaikan solat.
Apa yang menjadikannya sebagai satu momen yang luar biasa apabila si suami sanggup berkorban, menjadikan dirinya sebagai kerusi untuk isterinya yang sukar untuk solat secara berdiri.
Untuk makluman, si isteri berkemungkinan mengalami sakit kaki yang menyebabkan dirinya tidak dapat bersolat seperti biasa. Mungkin, ketika itu tiada kerusi roda hingga membuatkan si suami mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sendiri sebagai tempat duduk si isteri untuk beribadah.
Berdasarkan tulisan Fetrah di Facebook, si isteri mungkin cuba untuk melaksanakan tawaf sebanyak tujuh kali sedaya upayanya, tanpa menggunakan kerusi roda.
“Atas kegigihan sang isteri melaksanakan tawaf 7 pusingan tanpa bantuan kerusi roda, akhirnya sang suami menghadiahkan belakangnya sebagai kerusi untuk isteri bersolat.”
Justeru, pengguna Facebook tersebut merasakan suasana tersebut amat indah dan mengharukan serta mendoakan agar pasangan tersebut kekal bahagia sehingga ke Syurga.
“Sungguh indah dan mengharukan pemandangan. Moga pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah. Juga amalan ikhlas semua jemaah (termasuk saya) diterima Allah SWT.”
Meninjau di ruangan komen, ramai yang mendoakan untuk dipanjangkan umur buat pasangan ini. Tidak lupa juga, ada yang terharu dengan tindakan si suami pada isterinya.
Dalam kita semua bimbang dengan penyebaran virus Covid-19, lantas terus akur dengan arahan PKP bagi memastikan rantaian ini dapat dihentikan.
Namun, ramai antara kita juga berasa pelik bila mana masih ada lagi yang ingkar arahan dan tindakan tersebut bukan sahaja bahayakan kesihatan sendiri malah orang lain juga.
Ini sebagaimana yang dilaporkan di akhbar Sinar Harian, bila ada dua beradik ini ingkar PKP dan telah pun dikenakan kompaun RM 1,000.
Petikan penuh akhbar tersebut dikongsikan di sini agar dijadikan tauladan kepada yang lain.
KUALA PILAH- Pasangan adik-beradik menjadi individu pertama di daerah ini dikenakan tindakan kompaun RM1,000 setiap seorang selepas polis menguatkuasakan tindakan itu semalam susulan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan koronavirus (Covid-19).
Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, mereka ditahan polis semasa melalui sekatan jalan raya di Ulu Bendul pada jam 10.50 malam tadi.
“Berdasarkan siasatan awal, wanita berkenaan berusia 26 tahun dari Johor Baharu manakala abangnya berusia 29 tahun dari Bahau.
“Wanita berkenaan bekerja di Singapura tetapi pulang ke negara ini dan diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari di Johor.
“Bagaimanapun dia bertindak melanggar arahan, pulang ke Negeri Sembilan dengan menaiki bas hingga ke Seremban dan dijemput abangnya,” katanya.
Amran berkata, ketika ditahan mereka memberi alasan tidak munasabah dan wanita berkenaan mendakwa, dia mahu melawat ibunya di Bahau.
Menurut beliau, oleh yang demikian, mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh di hukum di bawah Peraturan 11 akta yang sama.
“Mereka telah dibawa ke Balai Polis Melang seterusnya dikenakan tindakan kompaun RM1,000 setiap seorang dibawah Seksyen 22 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
“Bayaran kompaun perlu diselesaikan dalam tempoh dua minggu di Pejabat Kesihatan daerah berhampiran dan mereka boleh didakwa di Mahkamah sekiranya gagal berbuat demikian (bayar kompaun),”katanya.
Sementara itu, Amran berkata, wanita berkenaan kemudian dibawa ke Institut Aminuddin Baki (Pusat Kuarantin Nilai) oleh pasukan dari Pejabat Kesihatan Kuala Pilah untuk kuarantin.
Untuk rekod, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menguatkuasakan tindakan kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar PKP.