Siapa yang tak kenal dengan pasangan selebriti popular ini, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Radza. Setelah pasangan ini mendapat cahayamata sulung, peminat turut mengikut perkembangan anak kecil ini.
Kini sudah mencecah usia lima bulan, Isaac Raees turut mendapat jolokan ‘Dimple Baby Isaac’ sentiasa menawan hati warganet.
Terbaru, menerusi Instagram milik bayi comel ini didapati sebuah video, Isaac Raees seakan sedang membaca buku.
Bayi yang dilahirkan pada 5 Januari lalu di Perth Australia, ini bersuara ‘babbling’ dengan nyaring. Tentu peminat mendengar pun geram melihat keletahnya.
Ads
Usually Mummy reads to me. Now it’s my turn to read to Mummy
Ayda Jebat syukur anak tunjuk perubahan positif selepas didik ‘No Screentime’, dah mula bercakap & kurang tantrum. Perkongsian pelakon dan penyanyi ini nyata menyentuh hati ramai ibu bapa, terutama yang sedang berdepan cabaran membesarkan anak kecil dalam dunia serba digital hari ini.
Sebagai ibu, sudah tentu setiap perubahan pada anak menjadi sesuatu yang sangat bermakna. Lebih-lebih lagi apabila perubahan itu melibatkan perkembangan emosi, tingkah laku dan komunikasi si kecil. Itulah yang dirasai Ayda Jebat apabila anak keduanya, Aali Mateen, menunjukkan perubahan yang memberangsangkan selepas dia mempraktikkan rutin No Screentime Ayda Jebat secara konsisten.
Menerusi perkongsiannya di Threads, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 33, mendedahkan sudah masuk hari ke-11 anaknya langsung tidak menonton televisyen. Menurut Ayda, sebelum ini dia perasan anaknya menjadi cepat tantrum, suka menjerit, sukar mendengar kata dan susah untuk fokus setiap kali terlalu terdedah kepada skrin.
Malah, untuk meminta anak duduk diam walaupun sekejap juga bukan sesuatu yang mudah. Ayda sendiri tertanya-tanya sama ada keadaan itu berlaku kerana anaknya terlebih rangsangan atau overstimulate akibat terlalu banyak screentime sebelum ini.
Namun, selepas rutin No Screentime Ayda Jebat diamalkan, Ayda mula melihat perubahan yang sangat ketara pada anak kecilnya itu. Katanya, Aali Mateen kini sudah mula bercakap, lebih mudah mendengar apabila diajak berbual, memberi respon dengan lebih baik dan menjadi lebih senang untuk dikendalikan dalam kehidupan seharian.
Perkongsian ini nyata membuka mata ramai ibu bapa bahawa penggunaan skrin yang berlebihan sememangnya boleh memberi kesan kepada tingkah laku anak. Dalam usia kecil, anak-anak sangat memerlukan interaksi secara langsung, komunikasi dua hala, permainan aktif serta perhatian daripada ibu bapa untuk membantu perkembangan mereka dengan lebih sihat.
Apabila anak terlalu lama terdedah kepada skrin, mereka cenderung mengalami masalah fokus, lambat bercakap dan mudah mengalami perubahan emosi seperti cepat marah atau tantrum. Ini kerana otak anak kecil masih dalam proses perkembangan dan memerlukan rangsangan semula jadi, bukan hanya visual dari skrin semata-mata.
Ayda turut mengakui, kejayaan membiasakan anak dengan rutin tanpa skrin bukan hanya bergantung kepada ibu bapa semata-mata, tetapi orang sekeliling juga memainkan peranan penting. Ini kerana jika ada pihak yang masih memberi telefon bimbit atau membuka televisyen tanpa kawalan, usaha tersebut mungkin menjadi lebih sukar untuk dikekalkan.
Dalam konteks No Screentime Ayda Jebat, konsistensi adalah kunci utama. Tanpa sokongan ahli keluarga lain, usaha ini mungkin terganggu dan tidak memberikan hasil yang maksimum kepada perkembangan anak.
Apa yang dikongsikan Ayda ini boleh dijadikan inspirasi buat ibu bapa lain yang sedang berusaha memperbaiki rutin anak di rumah. Tidak dinafikan, mengurangkan screentime bukanlah sesuatu yang mudah, namun hasilnya mungkin sangat berbaloi jika dilakukan dengan sabar dan konsisten.
Ibu bapa boleh bermula secara perlahan, seperti menetapkan had masa penggunaan skrin, menggantikan masa tersebut dengan aktiviti bermain bersama, membaca buku atau berkomunikasi secara aktif dengan anak.
Dalam membesarkan anak, setiap usaha kecil yang dibuat dengan penuh kasih sayang pastinya memberi makna besar. Semoga perkongsian No Screentime Ayda Jebat ini menjadi pemangkin buat lebih ramai ibu ayah untuk lebih peka terhadap perkembangan anak-anak, demi melihat mereka membesar dengan emosi yang lebih stabil, fokus yang lebih baik dan komunikasi yang semakin berkembang dari hari ke hari.
Bukan minta Diviral ,namun hati terdetik untuk mendidik masyarakat agar tidak meratapi kematian dengan raungan tangisan. “Usah gundah gulana jika anak syurga telah kembali ke Rahmatullah. Bersyukurlah sbb Allah pilih kita utk jaga anak syurga biarpun hanya setahun 2 bulan. Alhamdulillah…Allah beri kekuatan pd saya & isteri utk urus dgn tenang dan redho dgn pemergian anak syurga kpd penciptanya.”
Memang benar, mana mungkin setiap ibu dan ayah akan lupakan keletah comel anak tersayang. Lebih-lebih lagi inilah anugerah terindah dan sebagai tanda cinta. Namun siapa sangka, momen indah ini hanya sementara sahaja. Buat pasangan Amizudin Bin Ahmat dan isteri, yang baru kehilangan anak akibat sakit jantung redha dengan ketentuan Ilahi. Luahannya untuk berkongsi cerita di laman facebooknya telah meruntun jiwa ramai netizen yang melihat perkongsiannya sehingga menjadi viral.
Usah gundah gulana jika anak syurga telah kembali ke Rahmatullah…
Bersyukurlah sbb Allah pilih kita utk jaga anak syurga biarpun hanya setahun 2 bulan
Alhamdulillah…Allah beri kekuatan pd saya & isteri utk urus dgn tenang dan redho dgn pemergian anak syurga kpd penciptanya….
Terima kasih pd semua yg mendoakan anak syurga ini….
Menceritakan detik-detik sebelum anaknya menghembuskan nafas terakhir, kata bapa ini, ia berlaku ketika dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.
Innalillahiwainnailaihirojiun….
Dari Allah kita dtg kpdnya kita akan kembali…
Auliya Amani Bt Amizudin telah kembali ke Rahmatullah ketika dlm perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.
Kami singgah sebentar di rumah Mak Ngah di Ipoh sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.
Tiba2 Auliya menangis tp air mata x keluar… puas juga saya membaca ayat2 Al Quran akhirnya setengah jam Auliya dah ok x nangis tp nampak dia lain sikit ….nampak dia lemah longlai…terus sy bergegas ke Hospital Ipoh tp takdirnya Allah lebih menyayanginya….
Saya redho dgn pemergiannya…. Auliya Amani anak syurga….
Hak Mengundi, Tiket Bas Habis, Pelajar OKU Nekad Pulang Ke Kampung Jalan Kaki
Bahang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang akan menjadi penentu dalam usaha kerajaan memulihkan kembali kestabilan negara kian terasa.
Hari ini ramai yang telah pulang ke kampun menaiki kenderaan sendiri atau pengangkutan awal demi melunaskan tangunggjawab sebagai pengundi di kawasan masing-masing.
Bahkan kegigihan seorang remaja kelainan upaya (OKU) pertuturan dan pergerakan gigih berjalan kaki untuk pulang ke kampung halamannya di Kelantan bagi menunaikan kewajipan sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) harus diberi pujian.
TIKET BAS HABIS, NEKAD JALAN KAKI PULANG KE KAMPUNG
Muhammad Haikal Noor Azmin,18, yang merupakan pelajar Kolej Komuniti Kepala Batas di sini nekad berbuat demikian selepas tiket bas ekspres untuk pulang ke kampung dikatakan habis dijual.
Demi hak mengundi, pelajar ini sanggup berjalan bersendirian sambil menyorong beg pakaian itu ditemui seorang pensyarahnya yang kebetulan dalam perjalanan pulang di sekitar Jalan Bertam Indah 2 kira-kira pukul 7 petang semalam sebagaimana laporan Kosmo
Pengarah Kolej Komuniti Kepala Batas, Ts. Jasni Mohd. Yusof ketika dihubungi berkata, pelajar tersebut ditemui dalam keadaan kelihatan namun tetap mahu meneruskan perjalanan pulang ke kampung halamannya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Muhammad Haikal adalah pelajar bidang Sijil Animasi 2D dan dia juga kurang sempurna daripada segi pergerakan dan pertuturan namun semangatnya kuat.”
“Kita mengambil inisiatif dengan menghantar Muhammad Haikal pulang Kelantan menggunakan kenderaan jabatan hari ini supaya boleh mengundi Sabtu ini.”
“Sumbangan turut dibuat oleh semua kakitangan kolej bagi memudahkan urusan perjalanan pelajar berkenaan.”
DAPAT SUMBANGAN
Cakna mengenai kesukaran pelajar berkenaan pihak kolej telah membuat kutipan sumbangan untuk meringkan beban pelajar berkenaan.
Muhammad Haikal berkata, beliau amat terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh pihak kolej berkenaan. Bantuan yang diberikan itu dapat meringankan beban keluarganya.
Difahamkan, beliau kematian ayah sejak berusia 11 tahun lagi dan memikul tanggungjawab sebagai anak sulung daripada lima beradik.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.