Setiap ibu bapa tentu sayang kepada anak. Namun jika seorang ayah bersikap garang tegas tentu ada sebabnya. Hakikatnya semua itu adalah untuk membentuk jati diri dalam diri anak supaya apabila dewasa nanti mampu berdikari untuk menghadapi masa hadapan yang penuh cabaran.
Sebak baca kisah ayah yang bergelar guru ini di laman facebooknya,Mohd Fadli Salleh III yang dirinya perlu bertindak tegas dan garang disebabkan untuk mempersiapkan anak sulungnya untuk berdikari.
Walaupun perkongsian ini telah dipaparkan pada pertengahan tahun ini, namun pengisian yang disampaikan begitu tersirat buat mereka yang bergelar bapa.
Sesungguhnya, bukan mudah untuk mendidik anak dalam dunia yang penuh cabaran ini. Ikuti perkongsian cikgu ini.
“Ayah. Sakit. Abang nak tidur kat riba ayah,” kata Arshad Arumi malam tadi. Aku lipat sweater dia dan suruh dia baring. Aku dah tak ingat bila kali terakhir dia minta nak baring atas peha aku. Agaknya masa umur dia 3-4 tahun kot.
Arshad kalau sakit demam, dia takkan mengadu kat aku. Dia hanya mengadu dekat ibu dia sahaja. Dia tahu, bila dia mengadu dia kena marah. Dengan ibu dengan atuk dia baru dia dapat bermanja-manja dan mengada-ngada.
Dia anak sulung. Sedikit manja. Kadang luka sedikit tangisan macam putus kaki depan ibu dia. Bila datang aku memang kena jerkah. “Alah. Luka sikit macam putus jari! Dah, senyap!”
Begitulah biasanya. Terus diam raungan menggila. Tinggal esakan dan air mata sahaja.
Sebab itu Arshad kalau nak apa-apa dia tak pernah minta dengan aku. Dia dilatih berdikari. Pihak sekolah buat lawatan pun dia pecah tabung dia nak join sama lawatan tu.
Duduk di celah kerusi mengira duit yang orang bagi kat dia. Hari tu duit dia tak cukup rm4, dia pergi jumpa atuk dia dan cakap,
“Atuk. Abang nak duit RM4 boleh tak? Duit abang nak pergi lawatan tak cukup RM4 sahaja lagi.”
Ads
Atuk dia cerita kat isteri aku. Isteri aku cerita kat aku. Rasa nak menitik air mata anak sulung punya cara dah macam anak yatim.
Basikal dia kena curi, duit dia dah tak ada. Maka dia cakap,
“Nanti raya abang nak simpan duit raya buat beli basikal.”
Dia kalau rasa nak ke kedai beli apa-apa, dia akan pujuk adik dia ajak aku. Dia takkan bagitahu sendiri. Padahal nak beli Kinder Buenos je kot. Begitulah biasanya. Tapi aku pun tak adalah kejam sangat. Duit lawatan dia bayar tu, aku ganti balik dalam tabung dia.
Basikal dia hilang baru dua minggu, aku beli basikal lajak yang mahal terus untuk dia. Yang selalu dia tengok dalam youtube, yang selalu dia cerita dengan adik dia yang berumur 5 tahun itu. Gembira dia bukan kepalang bila sesekali aku bagi sesuatu.
WAHAI ANAKKU, ADA SEBAB AYAH GARANG DAN TEGAS!
Arshad anak sulung. Lelaki pula. Dari kecil aku tak ajar sangat memanja-manja. Aku selalu pesan,
Ads
“Abang. Bukan semua yang abang nak abang akan dapat. Bukan semua permintaan abang ayah akan tunaikan. Nak sesuatu, usaha sendiri. Kena jaga adik-adik.”
Dia jenis pegang kata-kata aku dan patuh. Dia hanya minta duit sekolah je dengan aku. Aku pesan kat dia seawal hari pertama persekolahan, di sekolah aku ini cikgu. Bukan ayahnya.
Maka suatu hari duit dia habis. Aku yang lupa beri. Dia datang ke kantin saat aku tengah minum dengan kawan-kawan dan cakap,
“Cikgu. Duit saya habis.” Pelik kawan-kawan aku anak sendiri panggil ayah dia cikgu. Budak darjah satu kot. Bukan budak besar.
Bilik guru dan tempat makan guru itu tempat larangan bagi dia. Dia tak pernah merasa makanan guru. Dia makan sama dengan murid lain makan, bahkan jika dia buat salah, dia kena hukum dengan aku sama macam aku hukum murid lain.
Tegas sangatkah aku?
Abang, mungkin ayah agak tegas. Mungkin sedikit garang. Namun itu sebagai persiapan.
Ayah takkan selalu ada untuk melindungi kamu. Kamu perlu dididik untuk menjaga diri sendiri dan adik-adik saat ayah tiada lagi di dunia ini.
Dunia ini kejam. Ayah tak nak kau tunduk dan mengalah. Kau kena bangkit dengan gaya anak jantan. Kau kena terus redah dengan semangat mempertahankan adik-adik dan maruah diri.
Ads
Hidup kita bukan untuk meraih simpati. Hidup kita bukan untuk dipijak dan dihina. Kau anak sulung. Maka kau punya tanggungjawab besar suatu hari nanti, bang.
Saat ayah dan ibu dikambus bumi, saat itu segalanya akan kau pikul dengan tabah dan berani. Setabah dan sekuat ayah melatih kamu hari ini.
Ya benar abang. Ayah mungkin agak garang. Namun ayah tidak pernah mendidik dengan sentuhan. Jauh sekali menggunakan kekerasan. Hanya ketegasan.
Walau selalu tegas dan keras, itu bukan petanda benci. Tidurmu ayah selimutkan. Makanmu kali ini ayah yang suapkan. Tangan kanannya kena cucuk, dia berusaha keras makan dengan sudu guna tangan kiri.
“Kul biyamini,” kata aku padanya.
Dia faham. Maka tangan kanan yang sakit itu cuba dia guna sehingga jatuh sudu dan berterabur nasi dan lauk.
Saat itu tiada lagi didikan tegas. Aku yang suap sendiri dan belai rambutnya. Dia tidak lagi takut mengadu sakit, dia tahu aku akan gosok dan urut kali ini.
Namun untuk menangis meraung depan aku dia masih tidak berani. Baguslah begitu. Masih kental dan tabah semangat dia.
Semoga kau membesar menjadi insan yang berguna dan berjasa anakanda. Doa ayah sentiasa bersama.
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arsyad, 29, sah bergelar isteri lelaki penyanyi, Raja Syahiran, dengan sekali kali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Colony by KLCC pada jam 9.03 pagi tadi. Pasangan ini dinikahkan oleh abang kandung kepada Uyaina, Mohd Attaful Uzair Arsyad.
Dalam majlis itu, Syahiran atau nama sebenarnya, Syahiran Raja Azhanrianshah, 28, menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin dan gelang tangan emas buat suri hatinya.
Bagaimanapun, tiada pertukaran dulang hantaran yang dibuat diantara kedua belah pihak dan jumlah wang hantaran tidak didedahkan atas persetujuan kedua belah keluarga.
Majlis akad nikah pasangan ini turut dihadiri 100 orang yang terdiri daripada keluarga dan rakan saudara terdekat. Pasangan ini juga belum ada perancangan tarikh Untuk majlis resepsi.
Usai majlis, Uyaina melahirkan rasa syukur kerana segalanya berjalan lancar biarpun pelbagai dugaan yang perlu ditempuh.
“Alhamdulillah… majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar pada hari ini. Sebenarnya kami sudah merancang pernikahan ini sejak beberapa bulan lalu namun banyak pertukaran dari segi perancangan majlis.
“Ia berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang cepat berubah dan terkini. Selain itu, kejadian banjir terburuk yang berlaku pada dua hari sebelum nikah turut memberi cabaran kepada kami.
“Asalnya pelamin yang ditempah adalah berbeza namun sehari sebelum majlisnya berlangsung pihak perancang perkahwinan terbabit memaklumkan gudang penyimpanan kelengkapannya yang terletak di Puchong, Selangor telah musnah akibat banjir.
“Sepatutnya malam berinai diadakan pada malam tadi dengan tema ‘Arabian Night’ tapi terpaksa dibatalkan. Bukan itu sahaja, pelamin saya juga musnah.
“Pelamin asal yang sepatutnya dipasang pada pagi ini tidak dihantar gara-gara hanyut dibawa arus banjir pada Ahad lalu.
“Kami terpaksa berlapang dada.Mujurlah ada perancang perkahwinan lain yang jadi bidan terjun walaupun pada saat-saat akhir.
“Sejujurnya kami tidak berasa terkilan pun sebab yang penting ijab qabul dan dikelilingi keluarga dan rakan terdekat,” katanya.
Selain itu, kata Uyaina, dia dan suaminya sangat tenang dalam berdepan dengan ujian yang melanda meski sedar hari bahagia mereka seharusnya berlangsung dalam keadaan sebagaimana yang dirancang.
“Sebenarnya rumah Syahiran di Subang pun terjejas akibat banjir. Kami berdua saling ketawa apabila mengenangkan pelbagai ‘drama’ yang berlaku sebelum majlis ini dapat dijalankan.
“Saya tidak menangis langsung apabila keadaan begini terjadi. Sebab sepanjang proses Syahiran sentiasa ada bersama. Kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan,” ujarnya.
Sebelum ini, mereka memilih Eropah sebagai destinasi bulan madu. Namun, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkn ekoran Varian baharu Covid-19.
“Jadi buat masa ini, kami bercadang untuk melawat keluarga dan saudara mara yang tidak dapat menghadiri majlis pernikahan untuk memperkenalkan satu sama lain dengan keluarga besar masing-masing,” ujarnya.
Pasangan selebriti ini mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program terbitan Astro dan Uyaina menerima rombangan merisik keluarga Syahiran pada Julai tahun lalu.
Keluarga pemain Badminton Lagenda Negara, Datuk Lee Chong Wei bertambah ceria dengan kelahiran anak ketiganya bersama isteri Datin Wong Mew Choo pada Isnin.
Chong Wei, 40, menerusi laman Facebooknya, berkongsikan khabar gembira tersebut bersama peminat selain menamakan bayinya itu sebagai Anson.
Chong Wei dan Mew Choo berkahwin pada 9 November 2012, dikurniakan anak pertama Kingston Lee, yang kini berusia sembilan tahun dan Terrance Lee, 7.
“Welcome. Third single. Much thanks to my lovely wife for all the sacrifice (Selamat datang. Perseorangan ketiga. Terima kasih tidak terhingga buat isteri tercinta atas segala pengorbanan),” tulisnya Chong Wei dalam perkongsian itu.
Terdahulu, Ikon sukan badminton negara itu pada 2019, mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton atas faktor kesihatan.
Sementara Mew Choo, juga bekas pemain perseorangan wanita negara mengambil keputusan bersara pada 2011 selepas beberapa siri kecederaan yang melandanya.
Biarpun telah bersara daripada aksi kompetitif, kisah pasangan suami isteri itu tidak pernah lekang daripada bibir peminat sukan badminton negara.
Sumber : facebook Lee Chong Wei
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nama personaliti media sosial, Maryam Younarae sekali lagi menjadi bualan hangat susulan ramai pihak yang mempertikaikan mengenai caranya menjalani proses berpantang.
Baru sahaja melahirkan cahaya mata sulung pada Oktober lalu, isteri kesayangan Ryzal ini dikatakan tidak berpantang dengan cara yang betul.
Isu ini mendapat reaksi pelbagai daripada ramai pihak. Ramai yang kurang senang cara yang dipraktikkan Maryam, ibu kepada bayi perempuan bernama Rina ini.
Begitupun ada yang tampil memberikan reaksi berhubung isu ini termasuklah penyanyi, Ernie Zakri.
Dalam perkongsian nya, Ernie menekankan konsep menghormati pendirian orang lain lebih-lebih lagi buat Maryam yang juga merupakan wanita asal Ansan, Gyeonggi-do, Korea Selatan itu.
“Tapi.. dia kan Korean. Mana boleh dipaksa adat kita. Yang penting tubuh badan sihat, tahu la mereka jaga diri inshallah,” kongsinya.
Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada penyanyi, Syamel itu menerusi sebuah ciapan di laman Twitter.
Tambah Erni lagi yang sedang menantikan kelahiran bayi sulungnya, setiap orang bebas untuk mengamalkan cara berpantang mereka sendiri asalkan kesihatan mereka sentiasa terjaga.
Tapi.. dia kan Korean.. mana boleh dipaksa adat kita.. yang penting tubuh badan sihat, tahu la mereka jaga diri inshallah.. https://t.co/BJsOc6mXFz
Perkongsian Ernie turut mendapat sokongan yang turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar trend seperti ini dapat diubah pada masa akan datang.
masalahnya normal la tu kalau orang biasa badan pun makin berkedut apa semua bila makin tua. Kau expect badan ko mantap macam kylie jenner jugak ke bila umur dah 40🧍🏻 nasibla mak aku ni diff breed sikit, kalau cakap dia kakak aku pun orang percaya 🤌🏻
kesian tak dapat attention dulu² sekarang bitter orang :/, dulu and sekarang dah lain jangan kaitkan zaman, ada je ubat or cara modern lepas beranak ni,,masalah nya sekarang makcik ni orang korea ke?? kot perempuan tu ada cara dari tempat dia sendiri 😐😐
sebenarnya kena ikut tuan punya badan, tengok apa aktiviti masa muda dia dengan cara pemakanan/gaya.
sekarang ni penyakit datang, tak kira lepas bersalin ke sebelum salin ke kalau dah nak sakit tetap sakit. Ikut tuan punya badan sebelum/selepas apa yang dia buat😇
— Fateha { I follow the accounts of anyone I like} (@3Fatehaizzati) November 30, 2021
Tidak hadir ke sekolah, guru wanita ditemui tidak bernyawa di rumah. Seorang guru wanita berusia 55 tahun ditemui tidak bernyawa di kediamannya di Taman Satelit, Bahau, pagi Isnin.