Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Demikian perumpamaan yang boleh diungkapkan pada kegigihan pasangan suami isteri ini dalam membina empayar bisnes mereka bersama. Segala-galanya bermula apabila mereka mahu mencari sumber kewangan untuk berkahwin.
Penangan kek jenama Absolut Chocolat yang diusahakan pasangan suami isteri, Ben Ali dan Nadiyah Shahab mencipta sensasi dan pengaruh tersendiri. Hanya dipromosikan di Instagram selain menggunakan populariti rakan artis mempromosikannya, kek itu pantas mencuri tumpuan ramai.
Bermula dengan kek coklat, pilihan kini juga dikembangkan untuk jenis Boba Milk Tea dan Milk Lava. Ben atau nama sebenarnya Nur Ali Nadzwan, 27, mengaku pada masa itu dia tidak mampu untuk menampung semua kos perbelanjaan apatah lagi dirinya tidak begitu aktif dalam karier seni.
“Bisnes ini semuanya bermula sebab kami nak cari duit lebih untuk berkahwin (November tahun lalu). Daripada suka-suka nak cari duit tambahan, siapa sangka minat kami terus bercambah untuk lebih serius dalam dunia perniagaan. Saya sendiri tak yakin dengan perniagaan kek ini tetapi diyakinkan isteri.
“Saya ni lelaki kot takkan nak jual kek pula kan, tapi Nadiyah yakinkan dan ‘paksa’. Jadi nak tak nak saya turutkan sahaja. Dari A-Z kami lakukan sendiri termasuk editing, ambil gambar dan sebagainya. Sebab itu modal permulaan kami hanya RM50 sehinggakan ada yang tak percaya dan anggap kami tipu. Padahal duit itu kami guna untuk beli barang keperluan untuk buat video.
“Kami sama-sama membuat proses memasukkan kek ke dalam kotak. Malah kami jugalah yang melakukan penghantaran kek terus kepada pelanggan. Daripada hari pertama dapat tempahan awal hanya empat biji kek, ia bertambah hari demi hari. Dari 10 hinggalah sampai 200 biji sehari kami sediakan,” jelas Ben lagi.
Ads
Bermula dengan operasi kecil-kecilan di gerai jualan hinggalah ke tahap menyewa premis kedai dua tingkat di Cheras, Ben dan rakan kongsi yang juga isterinya, Nadiyah Shahab boleh tersenyum bangga kerana usaha mereka membuahkan hasil hingga menjadi terkenal.
“Bayangkan, dari sekadar nak cari duit kahwin, akhirnya bisnes ini membawa pada sumber pendapatan yang lumayan. Sebab itu sekarang fokus kami lebih pada bisnes berbanding lakonan,” ujar Ben Ali sambil memberitahu mempunyai 20 orang staf tetap selain yang bekerja secara part time.
13,000 kek terjual
Ads
Malah pada festival Mood Republik baru-baru ini yang berlangsung di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MiTEC), Jalan Duta juga mencipta kejayaan serta fenomena membanggakan apabila lebih 13,000 kotak kek terjual selama tiga hari ia dianjurkan.
“Habis licin… 13,000 kotak dalam masa tiga hari memang sesuatu yang cukup mengejutkan dan pada masa sama menjadi pencapaian serta kebanggaan peribadi kami,” kata Pengarah Urusan Absolut Brands Sdn Bhd, Ben Ali yang turut melancarkan minuman Teh Susu Boba di bawah cabang Absolut Brew.
Kini di bawah Absolut Brands Sdn Bhd selain mempunyai Absolut Chocolat, pihak mereka juga berkembang dengan menjalankan cabang perniagaan Absolut Brew, Absolut Event dan Absolut Management.
Ads
Teringin main mercun
Pertama kali bergelar suami isteri, pastinya raya tahun ini cukup bermakna buat pasangan ini. Akui Nadiyah, keterujaan menyambut lebaran kali ini lebih kepada ingin bermain mercun. Lucu tetapi itulah keinginan pelakon Drama Lafazkan Kalimah Cintamu yang bakal menyambut raya di rumah mentuanya di Perlis sebelum pulang ke Singapura.
“Sejak dulu lagi, saya memang teruja nak main mercun, tetapi di Singapura benda ini dilarang jadi memang tak ada harapan la. Sepanjang umur 28 tahun memang tak pernah dapat rasa bermain mercun. Bukan itu sahaja, saya tak sabar nak berkumpul ramai-ramai dengan saudara mara Ben dan menikmati malam raya dengan memasak bersama mereka nanti. InsyaAllah kalau tak ada aral, kami akan membuat rumah terbuka di kampung Ben nanti di Perlis.
“Soal anak kalau ikutkan kami berdua memang tak sabar dan teringin sangat. Tetapi belum ada rezeki lagi buat masa sekarang. Memang kami tidak merancang kerana mahu memiliki anak cepat,” ujar Nadiyah yang mengakui belum berkesempatan berbulan madu dan akan ke Itali tidak lama lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Desas-desus perkahwinan selebriti popular, Neelofa, 32, dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26, akhirnya terjawab apabila pasangan kontroversi itu akhirnya disatukan dalam ikatan suami isteri, pagi ini.
Majlis akad nikah Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada jam 11.43 pagi tadi. Akad nikah Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor disempurnakan oleh adik kandungnya, Mohd Aqief Mohd Noor.
Dalam majlis tersebut, Neelofa sah bergelar isteri kepada lelaki dicintainyaPU Riz, dengan sekali lafaz sahaja.
Majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz hanya dihadiri sekitar 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua pihak dan rakan baik.
Pihak pengantin perempuan tidak menyatakan jumlah hantaran, sebaliknya hanya memberitahu menerima sebentuk cincin daripada pihak lelaki.
Neelofa dan PU Riz menzahirkan rasa syukur apabila majlis berjalan dengan lancar seperti dirancang.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami.
“Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah,” ujar pasangan berkenaan.
Mengulas detik perkenalannya, Neelofa berkata, dia mengenali PU Riz pada Jun, 2017.
“Bagaimanapun, saya bekerjasama buat kali pertama dengan suami untuk sebuah projek pada 2018. Selepas kolaborasi ini, kami tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian.
“Dari titik pertemuan semula ini, kami mula mengenali hati budi masing-masing,” katanya.
Bekas pengacara MeleTOP itu berkata, suami seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang.
“Apabila berbual dengannya, saya boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa.
“Dia juga pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran dan masalah,” kata Neelofa.
Memilih konsep Jabal Rahmah, majlis tersebut dihadiri tetamu yang memakai sepersalinan berwarna putih sesuai dengan tema pilihan pengantin.
Memiliki anak istimewa adalah anugerah buat ibu bapa yang bertuah. Tidak semua terpilih untuk menerima ujian ynag hebat ini. Biarpun ada ‘kekurangan’ namun anak-anak Autisme ini juga memiliki keistiimewaan yang tidaka da pada orang biasa yang lain. Mereka dianugerahkan otak yang bijak namun dalam cara mereka sendiri.
Begitu juga dengan kisah inspirasi yang dikongsikan oleh si ibu ini dimana anaknya yang menghidapi Autisme mula mengumpul kereta Hot Wheels sejak dari umur 7 tahun. Apa yang menarik lagi adalah kesemua kereta ini dibeli dengan sendiri dan disusun seperti di kedai pameran kereta Hot Wheels!
ANAK AUTISME KUMPUL KERETA KECIL DARI UMUR 7 TAHUN
Anak austism saya 20 tahun.
Pengumpul kereta hotwheels tegar. Sanggup tak belanja masa sekolah dulu semata-mata nak beli kereta. Kereta-kereta tu dia kumpul dari umur 7 tahun masa kecik dia hyper sangat.. Bergantung pada ubat kalau nak ke sekolah. Rak-rak tu semua dia buat sendiri… Siap letak plastik jernih macam cermin.. Akak tanya beli kat mana dia kata kat popular…
ORANG TAK SUDI BERKAWAN PUN…
Tak minta tolong dengan sesiapa pun….semua dia buat sendiri…Dia tak ada kawan langsung… Hidup dengan dunia dia sendiri… Orang pun tak sudi berkawan dengan dia kan..
Bangga sangat… Jangan down bila kita ada anak istimewa.
Kita tak tahu kebolehan dia apa. Boleh tengok dekat ig yoshine75 aktiviti dia. Sepatah pun tak ada tulis bahasa melayu… Walaupun sepatah pun tak pernah dengar dia speaking.
Zaman kenaikan barang sekarang ni, alternatif nak berjimat semestinya masak sendiri dan bawa bekal. Bukan sahaja save bajet, malah makanan yang dibawa juga lebih enak dan semestinya diyakini kerana di masak sendiri.
Baru-baru ini tular seorang suami yang membawa bekal ke tempat kerja dan disakat oleh rakan kerana membawa bekal tersebut dari rumah. Dek kerana usikan itu, isterinya daripada bekalkan menggunakan bekas makanan bertukar ke bekas pakai buang seperti dibeli di kedai makan.
Menerusi YouTube mStar, pasangan bahagia yang bernama Zahratunur Ismail dan Faisal Hamzani itu berkongsi tentang kejadian dimana si suami selalu disakat apabila membawa bekal makanan ke tempat kerja. Jelas pasangan tersebut, mereka dahulunya sempat PJJ dan ini merupakan tahun pertama mereka tinggal bersama.
Menurut lelaki berkenaan, kebiasaannya dia akan membeli makanan bersama rakan-rakannya. Namun, disebabkan isteri tercinta rajin memasak, individu tersebut berasa teruja untuk membawa masakannya.
Menerusi temu bual tersebut, Zahra memberitahu bahawa tetap mahukan si suami membawa hasil air tangannya ke tempat kerja. Demikian itu, wanita tersebut ambil alternatif lain membungkus makanan dengan gaya seperti di kedai makan mahupun restoran. Jelas mereka, sama sekali tidak terlintas perasaan malu untuk membawa bekal malahan lebih kepada teruja.
Walaupun menerima pelbagai kecaman daripada netizen berikutan posting berkenaan, namun kedua-dua pasangan tersebut sama sekali tidak ambil kisah dengan apa yang diperkatakan. Malah masing-masing hanya memandang dari sudut positif sahaja. Tambahan pula, si suami merasa bersyukur dapat tinggal bersama serta menjamah air tangan pasangannya setiap hari.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di