Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Demikian perumpamaan yang boleh diungkapkan pada kegigihan pasangan suami isteri ini dalam membina empayar bisnes mereka bersama. Segala-galanya bermula apabila mereka mahu mencari sumber kewangan untuk berkahwin.
Penangan kek jenama Absolut Chocolat yang diusahakan pasangan suami isteri, Ben Ali dan Nadiyah Shahab mencipta sensasi dan pengaruh tersendiri. Hanya dipromosikan di Instagram selain menggunakan populariti rakan artis mempromosikannya, kek itu pantas mencuri tumpuan ramai.
Bermula dengan kek coklat, pilihan kini juga dikembangkan untuk jenis Boba Milk Tea dan Milk Lava. Ben atau nama sebenarnya Nur Ali Nadzwan, 27, mengaku pada masa itu dia tidak mampu untuk menampung semua kos perbelanjaan apatah lagi dirinya tidak begitu aktif dalam karier seni.
“Bisnes ini semuanya bermula sebab kami nak cari duit lebih untuk berkahwin (November tahun lalu). Daripada suka-suka nak cari duit tambahan, siapa sangka minat kami terus bercambah untuk lebih serius dalam dunia perniagaan. Saya sendiri tak yakin dengan perniagaan kek ini tetapi diyakinkan isteri.
“Saya ni lelaki kot takkan nak jual kek pula kan, tapi Nadiyah yakinkan dan ‘paksa’. Jadi nak tak nak saya turutkan sahaja. Dari A-Z kami lakukan sendiri termasuk editing, ambil gambar dan sebagainya. Sebab itu modal permulaan kami hanya RM50 sehinggakan ada yang tak percaya dan anggap kami tipu. Padahal duit itu kami guna untuk beli barang keperluan untuk buat video.
“Kami sama-sama membuat proses memasukkan kek ke dalam kotak. Malah kami jugalah yang melakukan penghantaran kek terus kepada pelanggan. Daripada hari pertama dapat tempahan awal hanya empat biji kek, ia bertambah hari demi hari. Dari 10 hinggalah sampai 200 biji sehari kami sediakan,” jelas Ben lagi.
Ads
Bermula dengan operasi kecil-kecilan di gerai jualan hinggalah ke tahap menyewa premis kedai dua tingkat di Cheras, Ben dan rakan kongsi yang juga isterinya, Nadiyah Shahab boleh tersenyum bangga kerana usaha mereka membuahkan hasil hingga menjadi terkenal.
“Bayangkan, dari sekadar nak cari duit kahwin, akhirnya bisnes ini membawa pada sumber pendapatan yang lumayan. Sebab itu sekarang fokus kami lebih pada bisnes berbanding lakonan,” ujar Ben Ali sambil memberitahu mempunyai 20 orang staf tetap selain yang bekerja secara part time.
13,000 kek terjual
Ads
Malah pada festival Mood Republik baru-baru ini yang berlangsung di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MiTEC), Jalan Duta juga mencipta kejayaan serta fenomena membanggakan apabila lebih 13,000 kotak kek terjual selama tiga hari ia dianjurkan.
“Habis licin… 13,000 kotak dalam masa tiga hari memang sesuatu yang cukup mengejutkan dan pada masa sama menjadi pencapaian serta kebanggaan peribadi kami,” kata Pengarah Urusan Absolut Brands Sdn Bhd, Ben Ali yang turut melancarkan minuman Teh Susu Boba di bawah cabang Absolut Brew.
Kini di bawah Absolut Brands Sdn Bhd selain mempunyai Absolut Chocolat, pihak mereka juga berkembang dengan menjalankan cabang perniagaan Absolut Brew, Absolut Event dan Absolut Management.
Ads
Teringin main mercun
Pertama kali bergelar suami isteri, pastinya raya tahun ini cukup bermakna buat pasangan ini. Akui Nadiyah, keterujaan menyambut lebaran kali ini lebih kepada ingin bermain mercun. Lucu tetapi itulah keinginan pelakon Drama Lafazkan Kalimah Cintamu yang bakal menyambut raya di rumah mentuanya di Perlis sebelum pulang ke Singapura.
“Sejak dulu lagi, saya memang teruja nak main mercun, tetapi di Singapura benda ini dilarang jadi memang tak ada harapan la. Sepanjang umur 28 tahun memang tak pernah dapat rasa bermain mercun. Bukan itu sahaja, saya tak sabar nak berkumpul ramai-ramai dengan saudara mara Ben dan menikmati malam raya dengan memasak bersama mereka nanti. InsyaAllah kalau tak ada aral, kami akan membuat rumah terbuka di kampung Ben nanti di Perlis.
“Soal anak kalau ikutkan kami berdua memang tak sabar dan teringin sangat. Tetapi belum ada rezeki lagi buat masa sekarang. Memang kami tidak merancang kerana mahu memiliki anak cepat,” ujar Nadiyah yang mengakui belum berkesempatan berbulan madu dan akan ke Itali tidak lama lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Beliau sebelum ini berlepas ke Gaza dalam misi bantuan kemanusiaan di sana. Semalam, beliau dan pasukannya tiba di Malaysia dan kini sedang menjalani kuarantin yang telah ditetapkan KKM.
Belum pun hilang penat menaiki kapal terbang, beliau sudah mula menggerak misi membantu golongan yang memerlukan. Cukup menyentuh hati akan semangat yang ada dalam diri Ustaz Ebit Lew ini.
Dalam bingkisan terbaru di laman facebooknya, Ustaz Ebit Lew memuat naik nombor yang boleh dihubungi sekiranya memerlukan bantuan barangan dapur. Setiap negeri tidak terkecuali termasuklah Sabah dan Sarawak.
Pohon doakan ye. Bantuan barang dapur buat seluruh Malaysia. Sedih sayu berat ujian kita semua di Malaysia. Menangis baca berita-berita di Malaysia orang bunuh diri. Sesiapa yang benar-benar perlukan bantuan barang dapur di seluruh Malaysia boleh hubungi nombor ini.
Bantuan diberikan tanpa mengira bangsa atau agama. Kita semua sebuah keluarga. Team Kasih Umat di Seluruh Malaysia akan membantu. Esok mereka hantar setakat yang mampu.
Lokasi & No Telefon
1.Kota Kinabalu,Sabah 01121820646
2.Seberang Perai Utara,Penang 0184636181
3.Semporna,Sabah 01159023120
4.Bintulu,Sarawak 0164035460
5.Senawang,Negeri Sembilan 0173164974
6.Bandar Kuantan,Pahang 01161096263
7.Kudat,Sabah 0169771243
8.Pasir Mas,Kelantan 0179478716
9.Sungai Petani,Kedah 01127226330
10.Ipoh,Perak 01151523766
11.Kunak,Sabah 0166033149
12. Pasir Gudang JB 0107068364
13. Kuala Terengganu 01120507611
14. Melaka Tengah 01139900575
15.Kuala Lumpur,Selangor 0176296906
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Puas dan berbangga. Itulah yang dirasai Sarjan Saidatul Husna Kamarudin, selepas lompatan mengagumkannya merentasi 66 motosikal Royal Enfield pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 pada Khamis.
Lebih membanggakan, lompatan pertama kali di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah itu disempurnakan pada hari lahir ke-35.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang teruja melihat aksi mendebarkan Saidatul Husna memberikan tepuk sanjungan kepada anak kelahiran Kedah itu yang turut mendapat tepukan gemuruh daripada ribuan pengunjung yang hadir di Dataran Putrajaya pagi ini.
“Aura lompatan hari ini cukup hebat dan lain dari lompatan-lompatan saya sebelum ini. Buat lompatan merentasi 66 motosikal Royal Enfield di hadapan (Yang di-Pertuan) Agong dan Permaisuri Agong serta disaksikan lautan manusia di kiri dan kanan landasan cukup mendebarkan.
“Seperti kebiasaan sebelum buat lompatan, saya kosongkan fikiran dan banyakkan berdoa berharap semuanya dilancarkan. Keluarga yang hadir menyaksikan saya di sini turut menyumbang selesaikan amanah yang besar ini,” katanya kepada Bernama.
Tambah wanita yang telah 13 tahun menyertai pasukan Akrobatik Motosikal Tentera Darat Army Red Warrior itu, masalah teknikal yang dihadapi motosikal jenis Scrambler Kawasaki 250cc kendaliannya pada sesi raptai penuh Selasa lepas sedikit mencemaskannya.
Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut pasukan mekanik akhirnya membolehkan lompatan paling jauh dalam rekod peribadi dan pasukan Army Red Warrior berjaya disempurnakan semalam.
“Alhamdulillah berkat kerjasama rakan sepasukan yang umpama satu keluarga ini, semuanya berjalan lancar. Kami saling menyokong antara satu sama lain untuk jayakan setiap misi lebih-lebih lagi misi besar untuk negara, hari ini,” kata ibu kepada seorang cahaya mata itu.
Saidatul Husna sebelum ini pernah mencipta rekod Lompatan Motosikal Terpanjang (Wanita) yang dicatatkan di Malaysia Books of Record (MBOR) pada persembahan TATU Tentera Darat (TDM) bersempena Hari Tentera Darat ke-90 di Port Dickson, Negeri Sembilan, Mac lepas.
Lompatan ekstrem bermotosikal itu antara persembahan menarik Army Red Warrior sempena Hari Kebangsaan 2023 selain aksi akrobatik motosikal membabitkan motosikal carrier menerusi aksi penunggang membawa motosikal menaiki tangga setinggi lapan kaki, formasi bunga Raflesia, tugu negara dan merak.
Sumber : BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menerusi hantaran facebook, ustaz Ebit Lew berkongsi aktiviti terkininya sedang bergerak pantas mempersiapkan bentuan untuk di hantar kepada warga penjara yang dikuarantin.
Nyata usaha murni ini mendapat respon positif dan ramai warganet meluahkan rasa syukur.
Sayu rasa. Pagi ini saya dapat surat dari Penjara HQ dan Penjara Pokok Sena memohon bantuan untuk warga penjara untuk mereka yang dikuarantin.
Terus bergegas belikan dan uruskan lori untuk penghantaran ke penjara. Saya doakan lori bantuan selamat sampai. Saya tak kesana.
Kita semua sebuah keluarga.
Syukur selesai dapat belikan keperluan untuk 200 orang. 200 tilam. 200 bantal, tuala dan cadar. Kipas 10 biji. Face shield 2000 pcs. Barang-barang makanan dan barang asas.
Ya Allah selamatkanlah dan permudahkanlah buat warga penjara pokok sena dan Alor setar. Ya Allah selamatkan saudara kami di seluruh Sabah. Selamatkanlah kami semua ya Allah. Semua saudara kami yang sakit sembuhkan. Yang dijangkiti pulihkan. Yang kehilangan keluarga tersayang beri kekuatan kesabaran. Buat petugas negara barisan hadapan terus kuat dan diberi kekuatan.
Gadis kudung kaki dan tangan terharu dapat sambung pengajian. Kekurangan fizikal bukan penghalang buat seorang remaja perempuan dari Kampung Padang Setebu, Kuala Berang untuk meneruskan impian dalam bidang kemahiran.