Selepas tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga, aktres Nad Zainal mengesahkan ikatan perkahwinan dengan Muhammad Faliq Amiruddin terlerai, baru-baru ini.
Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin mengakui, ikatan perkahwinan sudah terlerai, namun, enggan mendedahkan tarikh berpisah. Spekulasi mula tercetus apabila semakan dalam Instagram milik Nad mendapati tiada lagi foto bersama Muhammad Faliq.
Dalam nada tenang dengan penuh emosi, Nad berkata, keputusan berpisah bukan perkara mudah.
“Iya, kami sudah bercerai, baru-baru ini. Keputusan berpisah ini juga dicapai dengan kata sepakat.
Ads
“Kami masih berkawan baik demi anak-anak,” katanya pada BH Online.
Diasak bila dan punca bercerai, Pelakon Drama Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2018 itu enggan mengulas lanjut.
“Cukup dikongsi status terkini. Saya perlu menjelaskannya agar tidak mengundang fitnah.
Ads
“Apa yang lebih utama, saya perlu kuat untuk meneruskan survival membesarkan dua cahaya mata serta membiasakan diri dengan status ibu tunggal,” katanya.
Terdahulu, Nad dan Muhammad Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015.
Sepanjang perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, 1.
Lazimnya apabila semakin dekat Aidiliftri pelbagai persiapan bakal diadakan untuk meraikan kegembiraan bersama keluarga.
Pastinya sejumlah peruntukkan kewangan diperlukan untuk membuat persiapan termasuk membeli baju raya, kuih muih dan juadah hari raya.
Namun, akibat masalah kewangan, ramai yang menghadkan perbelanjaan. Menyedari akan hal ini, kerajaan telah mengumumkan khabar gembira semalam menerusi kenyataan media Pejabat Perdana Menteri bertarikh 22 April 2021 iaitu Bantuan Khas Kewangan Aidiliftri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah. Manakala golongan pesara juga menerima sejumlah RM250.00.
Bantuan khas ini akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara. Manakala, turut menerima ‘duit raya’ itu termasuk kakitangan Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.
Perdana Menteri dalam kenyataan rasminya memaklumkan pemberian ini menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam.
“Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini,” kata Muhyiddin dalam kenyataan rasminya.
PEMBAYARAN BANTUAN PADA BULAN MEI
Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei ini.
Katanya lagi, pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal berbanding tahun-tahun sebelum ini kerana keprihatinan kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri.
“Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Desas-desus hubungan cinta antara Engku Emran dan Noor Nabila yang bertiup kencang sebelum ini reda bila mana pasangan ini selamat diijabkabulkan pagi tadi.
Detik 19 Mac 2021 menjadi tarik bersejarah apabila pasangan ini sah bergelar suami isteri. Berita gembira tersebut dimuat naik menerusi Instagram ahli keluarga pasangan tersebut, mereka telah memuat naik suasana majlis pernikahan tertutup mereka.
Noor Nabila menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin. Bagaimanapun tiada dulang hantaran diberi dan dibalas pasangan pengantin berkenaan.
Jumlah wang hantaran juga tidak dimaklumkan.
Dekorasi dan pelamin direka cantik Rekateemor.
“Alhamdulillah semuanya berjalan serba ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
“Hanya dihadiri ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan rapat sekitar 20 ke 30 orang tetamu saja.
Kita buat yang wajib saja selain bersederhana. Apa yang penting kami mahukan keberkatan. Kami pun tak merancang nak buat majlis lain selepas ini,” kata Nabila
Tidak ketinggalan berbuat demikian, Neelofa yang dilihat sempat memuat naik IG story ketika majlis pernikahan tersebut.
Dalam majlis itu, Nabila kelihatan manis dalam persalinan busana serba putih begitu juga Engku Emran yang sedang berjabat tangan untuk melafazkan akad nikah.
Keluarga baru Engku Emran dan Nabila
Nabila turut menafikan desas desus yang mereka mengikat tali pertunangan seperti digembar gemburkan sebelum ini.
“Memang kami tak bertunang seperti yang disangka. Saya mula mengenalinya sekitar Ogos tahun lalu. Waktu itu kami hanya berkawan.
“Hanya sekitar hujung tahun lalu, kami mula rapat. Malah sama sama berkongsi minat sama termasuk dalam sukan berbasikal,” katanya.
Mengenai suami, Nabila menyifatkan hubungan antara mereka mekar tanpa diduga.
“Kami pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini. Jadi masing masing sudah matang dan dah tahu apa yang diinginkan dalam pasangan hidup.
“InsyaAllah kami akan buat yang terbaik dan sentiasa ada untuk satu sama lain,” katanyaTerdahulu pasangan berkenaan sebelum ini mencetuskan tanda tanya apabila gosip mengaitkan mereka kononnya menjalinkan hubungan cinta.
Pasangan berkenaan juga masing-masing berkongsi gambar aktiviti berbasikal bersama teman lain melalui paparan foto dalam laman sosial.
Lebih disensasikan apabila foto Engku Emran yang dikatakan menyertai majlis usrah bersama Ustaz Wadi di kediaman Nabila, tular baru baru ini.
Nabila bercerai dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga. Mereka dikurniakan anak lelaki diberi nama Jebat Jayden.
Engku Emran juga berpisah dengan Laudya Cynthia Bella, Julai tahun lalu, selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Terdahulu, Engku Emran berkahwin dengan aktres, Erra Fazira dan dikurniakan cahaya mata, Engku Aleesya.
Sempat lagi rasanya jika ibu-ibu hendak menyediakan biskut raya buat sekeluarga. Maklumlah dah semakin hampir raya, ibu-ibu pastinya memikirkan juadah utama pagi raya seperti rendang dan ketupat.
Kalau biskut raya masih kurang mencukupi apa kata sediakan biskut dua bahan ni. Paling menarik cara buatnya teramatlah mudah. Cuma gaulkan sahaja dan sudukan ke dalam acuan kertas. Serius, anak-anak pun boleh buat biskut mudah ni.
Jom kita cuba.
Biskut Almond Nibs
Bahan-bahan:
Badam cincang
Coklat Masakan
Cara penyediaan:
1. Sangai (goreng tanpa minyak) badam hingga masak atau keperangan.
2. Biarkan badam sejuk.
3. Cairkan coklat masakan secara double boiler.
4. Satukan badam yang telah disangai tadi dengan coklat.
5. Gaul rata kemudian masukkan dalam paper cup.
6. Masukkan dalam peti ais selama 2 hingga 3 minit dan simpan dalam bekas kedap udara.
Siap dah..
P/s:
Boleh juga tabur coklat rise yang warna warni tu kat atasnya, bagi nampak berseri lagi.
Kredit Resepi : Muhammad Aizat via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...