
Bagi pelakon Puteri Aisyah, menjaga bentuk badan bukan lagi focus utamanya kini sebaliknya dia berusaha untuk membekalkan susu badan buat putera kesayangannya, Muhammad Faliq.
Pun begitu, selepas melahirkan anak ternyata penampilan Puteri Aisyah tetap kekal cantik seperti anak dara.
Akui Puteri Aisyah lagi ketika menjawab pertanyaan pengikutnya di Instagram, dia tidak terkecuali mengalami perubahan bentuk fizikal selepas melahirkan anak namun reda kerana fokusnya kini adalah kepada anaknya.
Bahkan kata Puteri Aisyah lagi, ia bersifat sementara dan yakin setiap wanita mampu mengembalikan bentuk tubuh mereka jika dijaga dengan baik.
“Siapa kata saya maintain? Saya pun ada baju tak muat dan terpaksa beli pakaian baru.
“Jangan risau ibu-ibu semua, sekejap sahaja kita berisi nanti lagi setahun dua kita kurus balik okay.
“Sekarang ni kita enjoy sahaja dengan badan berisi sebelum kurus..hehe. Anak-anak dan suami pun suka peluk, best apa?,” katanya berkongsi.
Tak diet demi susukan anak
Bahkan kata Puteri Aisyah lagi, dia tidak lagi berdiet untuk cantik sebaliknya makan secara sederhana namun yang penting makan makanan berkhasiat untuk menyusukan bayinya.
“Saya tak diet. Saya makan secara sederhana. Saya jogging juga cuma tak selalu. Saya pakai pakaian warna hitam. Jadi mungkinlah nampak kurus.
“Sejujurnya ini bukan bentuk badan saya yang terbaik. Saya sedang menyusukan anak, tak jaga sangat diet tetapi saya makan secara sederhana.
“Saya makan untuk susu yang banyak, bila susu banyak Faliq pun kenyang dan gembira. Bila dia gembira, mommy pun gembira juga,” ceritanya lagi.
Terdahulu, Puteri Aishah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan iaitu Muhammad Firdaus pada November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Faliq.
Jemaah Malaysia Maut Dilanggar Kereta Sewaktu Pulang Dari Solat Terawih. Permergian Yang Dicemburui, Disolatkan Oleh Jutaan Umat

Baru-baru ini, sebuah agensi perkhidmatan umrah dan haji telah berkongsi kedukaan tentang pemergian seorang jemaah umrah perempuan yang telah meningga dunia sewaktu menunaikan umrah di Tanah Suci, Mekah.
Jemaah yang bernama Neshah Binti Abdullah dillaporkan baru sahaja selesai melakukan Solat Terawih dan sedang dalam perjalanan pulang. Saat melintas jalan, dengan tidak semena-mena dia dihentam oleh sebuah kereta yang melalui jalan tersebut.
Beliau gagal diselamatkan disebabkan kecederaan yang dialami dari kemalangan tersebut.
Sesungguhnya pemergiannya walaupun diiringi dengan kedukaan namun pastinya ada kebaikan yang dilakukan sepanjang hidupnya sehingga dia diberikan’hadiah’ sebegitu besar daripada Allah. Ianya dinyatakan sendiri oleh mutawif yang menyifatkan pemergian allahyarmah begitu indah dan patut di ambil ikhtibar.
Perginya selepas beribadah dan di tempat suci, paling mengharukan dia juga sempat disolatkan oleh jutaan jemaah yang berada di Masjidil Haram.
Menurut orang-orang yang menguruskan pengebumian Allahyarhamah, segala urusan dari malam ke siang amatlah mudah. Bahkan ada wakil memberitahu Puan Neesha masih dalam keadaan berwuduk ketika kembali ke Pencipta. Meskipun sedih, ahli keluarga pasrah dengan takdir Allah dan berterima kasih pada semua yang sudah membantu.
@abukhaleef2 MasyaAllah, sebelum ni biasa dengar je jemaah malaysia meninggal di Tanah Suci, belum ada pengalaman sendiri. Kali ni Allah swt hadirkan depan mata, dari lokasi kemalangan, bawa ke hospital, dapatkan pengesahan kematian, berurusan dengan embassy, naik turun balai polis, berurusan dgn bilik mayat, bawa ke bilik mandian jenazah seterusnya bawa jenazah ke Masjidil Haram dan akhirnya urusan pengkebumian di Maqbarah Soraya. Banyak sangat ilmu baru yang dapat dipelajari dari pengalaman kali ini. Alhamdulillah semuanya dilancarkan Allah swt, kagum sangat dengan petugas Harmony Excellence. Semua bertungkus lumus dalam menguruskan kematian dan pengkebumian Al Marhumah. Siap buat google live dgn semua ahli keluarga, dari Masjidil Haram hingga ke perkuburan. Sayu sangat bila dengar suara tangisan dari keluarga di malaysia, namun semua mengucapkan kata2 positive kpd suami arwah, Abg Muhamad Nur. Sampai je tanah perkuburan dgn van jenazah, uncle Nor Hashim dan standby kat sana dgn petugas yg lain. Suami dan adik arwah sama2 masuk liang lahad, semua puas hati dan redha dgn pemergian Al Marhumah. Firman Allah swt dalam Surah Ali Imran ayat 185 كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ “Setiap yang bernyawa akan merasakan kematian. Dan hanya pada hari Kiamat kelak sajalah akan diberikan balasanmu dengan sempurna. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.” إنّا لله وإنّا إليهِ رَاجعُون االلَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِهِا وَاعْفُ عَنْها وَأَكْرِمْ نُزُلَها وَوَسِّعْ مُدْخَلَها وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّها مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِها وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ #harmonyexcellenceholidays #matiitupasti😔 #husnulkhotimah #matidimekah #syahiddijalanallah ♬ original sound – AbuKhaleef
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Aidil Adha Paling Bemakna, Awie Jumpa Anak Selepas 8 Tahun

Selepas lapan tahun berpisah, penyanyi dan penerbit Datuk Awie meluahkan rasa syukur apabila berpeluang untuk bertemu kembali dengan dua cahaya matanya iaitu Putra Ahmad Rezzki, 15, dan Puteri Qasseh Atasha, 13.
Memetik dari artikel OhBulan!, Awie berkata dia bercadang untuk berjumpa dengan dua anaknya itu pada hari raya Aidiladha. Jelas Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 54, detik – detik tersebut bakal menjadikan sambutan hari Raya Haji tahun ini yang paling bermakna buat dirinya.
“Raya Haji tahun ini mungkin saya dapat berjumpa dengan dua anak saya yang sudah terpisah lapan tahun lalu.
“Mungkin ini akan menjadi Raya Haji yang bermakna untuk saya. Ikut perjanjian pada Aidiladha ini. Saya sangat teruja untuk momen itu, harap-harapnya dapatlah.
“Kemana nak dibawa berjalan masih belum tahu lagi. Jika diberikan peluang untuk bawa keluar saya akan bawa anak-anak itu keluar.
“Sekiranya tidak dibenarkan, dapat datang melawat di rumah sahaja seharian itu. Dapat tengok setengah hari pun cukuplah.” Kata beliau kepada OhBulan!
Awie berkata demikian apabila ditemui pada malam gala tayangan filem terbitannya berjudul Sue-On yang diadakan di Starling Mall, pada Selasa.
Dalam pada itu, ditanya bilakah anaknya menghubungi dirinya untuk bertemu, vokalis kumpulan Wings itu berkata dia mendapat mesej pesanan ringkas daripada Qasseh selepas pulang mengerjakan ibadah Umrah, pada Ramadan lalu.
“Selama lapan tahun langsung tak pernah berhubung. Ada suatu hari anak saya yang perempuan, Qasseh telah hantar mesej kepada saya.
“Tetapi sebelum itu, waktu saya berada di Makkah ketika bulan Ramadan. Saya ada berdoa di sana dan kemudian balik ke Malaysia saya dapat mesej tersebut, berderai airmata saya.” Kata beliau kepada OhBulan!
Sementara itu, diminta berkongsi perkataan pertama yang diucapkan dalam mesej tersebut, Awie berkata anaknya meluahkan rasa rindu serta sayang kepada dirinya.
“Assalamualaikum daddy, ini Qasseh. Saya sayang dan rindu daddy sangat-sangat.”
Untuk makluman, Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Atasha merupakan anak daripada hasil perkahwinan terdahulu Awie bersama bekas isteri Rozana Misbun.
Selain Rezzki dan Qasseh, mereka juga mempunyai seorang lagi cahaya mata bernama Putra Ahmad Merrah.
Untuk rekod, Awie dan Rozana mendirikan rumah tangga pada 20 Jun 2005 dan disahkan bercerai pada 1 November 2014.
Sementara itu, Sue-On merupakan filem pertama terbitan Datuk Awie di bawah syarikat Rumah Produksi Merah yang akan ditayangkan di pawagam mulai 6 Julai 2023.
Selain bertindak sebagai penerbit, Awie juga memegang watak utama sebagai Mat Dosa dalam filem seram komedi berkenaan.
Turut membintangi filem tersebut adalah Reen Rahim, Achey, Azlee Senario, Ropie dan ramai lagi.
Sumber: OhBulan!
Baca artikel menarik lain di sini:
- “Bijaknya Adik Ni…”-Warganet Tumpang Bangga, Senang Je Jawab Beza Pemimpin Tempatan & Eropah!
- “Abang Sentiasa Buat Saya Rasa Dihargai ..”-Coretan Isteri Reda Permergian Suami, Undang Sayu!
- Kuih Telaga Emas, Rupa Cantik Rasa Pun Sedap. Ni Resipi Boleh Cuba Buat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Susun Pakaian Harian Paling Efisyen, Pantas Dan Kemas, Tak Ada Masalah Lipatan Baju Menggunung Lagi, Ibu-ibu Wajib Praktik Ni!

Semua wanita punya masalah yang satu ni. Apa lagi kalau bukan melipat pakaian yang sudah siap dibasuh. Menggunung tingginya gara-gara mengumpul pakaian terlalu lama. Sudahnya bila stok pakaian dah mula habis barulah sibuk mencari
dan akhirnya melipat dengan berat hati.
Sebenarnya kalau kita rajin dan ada usaha yang tinggi tak susah manapun untuk melipat baju. Cuma perlukan cara dan teknik yang betul nak melipatnya.
Pun begitu, cara paling efisyen lagi tersusun kemas adalah dengan menggantungkan kesemua baju. Tak perlu nak lipat! Bagaimana?
Cuba ikut langkah wanita bernama Hani Mynis ini yang berkongsi caranya menguruskan kesemua pakaian hariannya di rumah. Super awesome!
Pengurusan Pakaian
Seperti dijanjikan, ini perkongsian Hani mengenai pengurusan pakaian. Macam kebanyakan mak-mak, isteri-isteri, house chores yang Hani paling malas nak buat ialah melipat baju.
Punyalah malas nak melipat baju, sampaikan hani cakap kat Alif nak korbankan satu dinding kat bilik tidur kedua untuk dijadikan “open wardrobe”.
Memandangkan sebelum ni pun memang dah sangkut dua penyangkut tu untuk jemur baju lembap (rumah flat; jemur baju dalam bilik je); so hanya tambahkan lagi dua penyangkut kat sebelah tu, makanya semua baju harian kami suami isteri sangkut kat situ.
Untuk tips pengurusan pakaian Hani:
Kena buat spring cleaning baju yang banyak-banyak (sebetulnya enam bulan sekali kena rombak baju-baju). i.e
❤ Baju yang dah tak muat boleh diberi orang.
❤ Baju yang koyak (yang kita rasa kita akan jahit tapi dah lebih sebulan tak jahit-jahit, bolehlah dibuang)
❤ Baju, tuala, cadar yang kotor dan lusuh (tak boleh dihilangkan kotorannnya, bertaik lalat) bolehlah dibuang
❤ Baju free atau baju promosi yang kita tak akan pakai dah boleh diberi orang atau diguna semula.
Gunakan rule ni:
1. Satu baju masuk satu baju mesti keluar. Selagi tak perlu baju baru masuk, jangan beli.
2. Gunakan penyangkut baju satu jenis, bentuk dan paling tidak pun satu warna je supaya semua nampak kemas dan
seragam.
3. Menggosok pakaian dan tudung ke tempat kerja seminggu sekali (gosok lima pasang terus; jimat masa dan jimat tenaga). Suai padankan terus pakaian dan tudung. Jimat masa pagi-pagi nak pergi kerja.
4. Untuk tuala, khaskan dua helai tuala untuk seorang. Sebab setiap minggu kita akan basuh tuala, nak tunggu tuala tu kering, ada tuala ganti.
5. Untuk cadar dan sarung bantal, masa lipat cadar, masukkan sekali set sarung bantal dalam lipatan cadar tu. Memudahkan proses menukar cadar setiap minggu.
6. Mana-mana pakaian yang lebih-lebih yang rasa nak simpan, boleh simpan tapi simpan dalam bekas tertutup untuk elakkan debu bertahun dan pastikan setiap bekas berlabel.
Lain-lain tips pengurusan pakaian pada caption gambar ya.
Open wardrobe bahagian ibu dan ayah Aqil, atas bahagian Hani, bawah bahagian suami.
Atas bahagian baju basah untuk jemur. Lepas kering, transfer je ke tempat baju kering kat sebelah kanan tu.
Selalu buka langsir supaya cahaya matahari boleh masuk dan keringkan baju.
Bila jemur baju, Hani akan pastikan baju tu diterbalikkan ready to wear. So kalau dah kering terus ambil dari sini je pun ok.
Tips kalau nak jemur baju dalam rumah:
1. Pakai pencuci baju yang sesuai untuk indoor drying (ada tulis anti-malodour).So baju tak akan berbau kepam dan hapak.
2. Jemur sebelah tingkap sedekat mungkin.
3. On kipas sentiasa supaya ada pengudaraan tambahan.
4. Jangan jemur baju banyak-banyak sekali gus dan jarak-jarakkan baju)
Open wardrobe bahagian Aqil.
Baju jalan dan baju raya Aqil.
Baju harian Aqil. Atas baju kering, bawah baju basah sebab Aqil selalu tolong ibu jemur baju dia sendiri. So rendah senang dia sangkut.
Baju kurung/baju raya/baju kerja -susun ikut warna ye.
Baju harian.
Tudung – sangkut ikut warna. Shawl – susun ikut warna, satu warna satu sahaja.
Kredit: Hani Mynis