Pada satu tahap dia pernah dilemparkan dengan tuduhan ‘gila’ kerana buat macam macam termasuk jual kek, durian dan kini bisnes tempahan makanan atas talian demi menyelamatkan syarikat dan stafnya.

Jujur mengakui Mila atau nama penuhnya, Nursyamila Jirin, 34, sejak memperlahankan rentak dunia seni dan beralih ke bidang niaga, dia tak pernah ada sekelumit rasa seperti hilang arah atau kecewa.

“Kita tak pernah duga Allah beri ujian besar (pandemik) ini. Memang ramai yang bergelut. Bayangkan orang yang susah lagi bertambah keperitan. Yang ada kerja diberhentikan. Dan macam macam lagi paparan realiti kehidupan kita boleh saksikan ketika ini

” Saya yakin pilihan Tuhan berikan ke cabang niaga ini ada hikmah tersendiri. Cuma sekitar April tahun lalu saya tak boleh tipu, memang rasa paranoid apabila syarikat kena tutup berbulan bulan.

“Dalam hati apa akan jadi kepada survival enam syarikat saya dan 117 orang pekerja sepenuh masa serta sambilan. Tapi saya dan suami atasi kegetiran itu dengan mempelbagaikan skop niaga dengan sumber yang ada. Memikirkan nasib pekerja yang ramai, hati jadi sayu. Tak gamak buang mereka sebab ada yang sudah sedekad bekerja untuk saya,” katanya.

Restoran terpaksa ditutup

Kata Mila, Restoran Embun Urai menyajikan restoran makanan laut ala Thai yang beroperasi di Tasik Prima Puchong juga saat ini terpaksa ditutup sementara waktu.

“Dalam perniagaan pasti ada yang kita dapat selamatkan dan sebaliknya. Itu lumrah.

“Yang boleh diusahakan dengan cara lain, kita usaha teruskan. Insya-Allah Tuhan beri jalan. Kita jalan terus,” katanya yang sudah 20 tahun menceburi perniagaan.

Kempen RM5 Juta

Sedar ramai yang bergelut dan terkesan dengan pandemik COVID-19, orang kuat jenama perniagaan Bizmilla  bersyukur kerana ruang membantu itu dipermudahkan menerusi Kempen RM5 Juta Tunai Percuma dengan kerjasama Malakat Mall.

Kempen bermula 31 Julai itu menurut Mila atau Noorsyarmila Jirin diharap dapat mengurangkan beban masyarakat termasuk mereka yang berdepan kesukaran saat ini. Bahkan kempen itu juga dianggarkan mampu membantu lebih 100,000 keluarga di Malaysia.

“Memang besar harapan saya supaya kempen ini dapat membantu sedikit sebanyak mengurangkan beban masyarakat kita. Cita cita saya memang mahu membantu lebih 100,000 keluarga ini.

“Saya bukan ahli politik, insan berpengaruh ataupun nak tunjuk hero. Tapi saya juga manusia biasa yang tahu kesukaran dilalui masyarakat ketika ini bukan sesuatu yang mudah. Saya juga seorang ibu, jadi tak sanggup melihat anak kecil tak ada makanan. Saya tak dapat membayangkan situasi sebegitu terjadi. Luluh hati.

“Lalu, inisiatif kempen ini dijayakan Bizmilla bersama Malakat Mall diharap mampu menyuntik sedikit rasa bahagia buat mereka yang bergelut meneruskan kehidupan,” kata  isteri kepada Ailis Mustapha ini.

IKLAN

Pulangan tunai kepada pelanggan

Bercerita lanjut mengenai kempen itu, Bizmilla dan Malakat Mall memperuntukkan RM5 juta dalam bentuk ‘Cash Back’ atau pulangan tunai kepada semua pelanggan.

“Peruntukan wang tunai RM5 juta itu diberikan kepada pelanggan yang membeli kredit
tambah nilai untuk membeli barangan harian secara fizikal di kesemua lokasi Malakat Grocer di Selangor, KL dan Melaka.

“Kempen ‘RM5 Juta Tunai Percuma’ ini akan dilancarkan pada 31 Julai ini di laman sesawang www.bizmillagrocer.com bermula jam 10 Pagi.

“Kesemua pelanggan yang membeli kredit beli belah akan mendapat 10 peratus tambahan tunai untuk berbelanja bila bila masa menggunakan E – Wallet di Malakat Eco App,” katanya.

Hadiah percuma baucar tunai RM300

Kata Mila lagi, kesemua pelanggan yang mendaftar sebagai Vip Members dari 31 Julai hingga 2 Ogos ini di www.bizmillagrocer.com akan diberikan hadiah percuma baucar tunai berjumlah keseluruhan RM300.

IKLAN

“Baucar tunai itu dapat digunakan di Malakat Eco Mall Cyberjaya. Tak hanya itu saja, mereka yang menjadi VIP Members akan mendapat empat ekor ayam segar bernilai RM68 yang akan diberikan secara berperingkat setiap minggu apabila pelanggan membeli belah di Malakat Grocer.

“Lima individu terawal yang mendaftar juga berpeluang memenangi hadiah istimewa termasuk baucer makan malam dan hadiah misteri lain,” katanya.

Mila menambah, Bizmilla juga sedang dalam fasa akhir menyiapkan Bizmilla Grocer iaitu pasaraya atas talian yang akan menjual pelbagai jenis keperluan asas dan barangan harian dengan harga yang berpatutan.

“Bizmilla Grocer ini akan dilancarkan pada awal Ogos depan. Inisiatif ini dilihat dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat di semenanjung Malaysia kerana penghantaran percuma diberikan bagi pembelian 5 kilogram dan ke bawah melalui pembelian dari platform Shopee,” katanya.

Manfaat untuk lebih 100000 keluarga

Sementara itu, pemilik dan pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim atau lebih dikenali dengan nama Coach Fadzil, sangat teruja dengan kempen dianjurkan yang dijangka akan memanfaatkan lebih 100,000 keluarga.

Beliau berkata, pelanggan yang mendaftar akan diberikan tambahan 10 peratus daripada nilai wang dibelanjakan.

“Contoh jika perbelanjaan barangan keperluan bagi sebuah keluarga yang besar mencecah RM1,000 sebulan, mereka akan mendapat tambahan ‘cash back’ sebanyak RM100. Ia boleh terus dibelanjakan di Malakat Grocer,” kata Coach Fadzil.

Selain di Cyberjaya, cawangan pasaraya (Malakat Grocer) ini juga terdapat di Taman Putra Perdana Puchong, Taman Kosas Kuala Lumpur, Pandan Mewah Kuala Lumpur, Kota Warisan Sepang, Alam Damai Cheras, Green Wood Gombak dan Masjid Tanah Melaka