Sedangkan barang pun nak berkongsi dengan orang lain kadangkala rasa berat, antara adik beradik iri hati anggap ibu ayah ‘berat sebelah’ untuk melayani antara satu sama lain. Inikan pula suami yang kita nak sehidup semati perlu berkongsi kasih dengan yang lain. Sudut kecil hati seorang wanita, pasti akan terhiris bila berhadapan situasi ini.
Sama juga buat pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun yang tetap dengan pendiriannya serta memberitahu bahawa dia enggan menerima kehadiran wanita lain sekiranya suaminya hendak berkahwin lain meskipun soalan tersebut tidak pernah ditanya suami.
“Saya jawab terus terang saya tak nak. Saya tak boleh terima. Saya daripada dulu sampai sekarang saya cakap benda yang sama.
“Tapi suami saya tak pernah tanya pendapat tu. Sebelum dia berniat nak tanya, saya dah bagitahu yang saya tak nak,” katanya dalam perkongsiannya di aplikasi Tiktok.
Ads
Dalam pada itu, dia juga mengatakan bahawa dia juga insan biasa yang memiliki sifat kuat cemburu sama seperti wanita lain. Malah, dia bimbang kegagalan mengawal diri akan mendatangkan keburukan kepada dirinya.
Ads
“Saya seorang wanita yang sangat kuat cemburu. Saya sangat bimbang saya tidak boleh mengawal cemburu saya dan akhirnya hilang akhlak saya, hilang diri saya.
“Saya tak boleh kawal emosi saya, akan jadi mudarat pada diri saya,” tambahnya.
Meninjau di ruangan komen rata-rata bersetuju dengan jawapan yang diberikan oleh Ustazah terutamanya golongan wanita yang menganggap sifat cemburu merupakan lumrah perempuan terutama jika pasangan tidak dapat berlaku adil.
Sumber: TikTok @ustazahasmaharun
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada angin tiada ribut, aktor Azlee Khairi dalam satu perkongsian mengesahkan dia kini sudah berkahwin buat kali kedua. Rupa-rupanya, dia sudah setahun memegang status sebagai suami dan ayah.
Pelakon yang pernah meledak menerusi drama Love You Mr Arrogant pada 2013 bernikah pada Januari 2021 dengan kru penerbangan dikenali dengan nama Nurul Hidayah atau Dhiya.
Azlee sebelum ini pernah berkahwin ketika namanya berada di puncak populariti dengan wanita dari Brunei sekitar tahun 2014. Ketika itu dia memilih menetap di sana dan tidak lagi aktif berlakon.
Bagaimanapun sekitar November 2019, Azlee kembali ke Malaysia dan berlakon semula. Pada 2020, dia turut mengesahkan yang dirinya bukan lagi suami orang.
“Ya, saya sudah bernikah buat kali kedua. Ini juga perkahwinan kedua buat isteri dan memiliki dua anak. Cuma saya tak boleh berkongsi butiran tepat mengenai isteri kerana dia tak gemar akan hal itu.
“Alhamdulilah perkongsian hidup kami kini turut dikurniakan anak lelaki berusia lima bulan.
“Majlis nikah kami pun secara atas talian secara sederhana dan dibuat membabitkan ahli keluarga serta sanak saudara masing masing,” katanya.
Terdahulu, entri perkongsian gambar sambutan hari lahirnya yang ke 33 tahun dimuat naik empat hari lalu di Instagram turut mengundang pelbagai spekulasi.
“Saya rasa ini waktu yang terbaik untuk menjelaskan perkara sebenar. Lagipun saya jenis yang tak suka menggembar gemburkan hal peribadi.
“Cuma ada yang yang netizen salah faham dan mengandaikan saya sudah ada dua anak. Salah seorang itu, anak tiri saya sebenarnya,” katanya.
Azlee atau nama sebenarnya Azlee Khairi Zulah Hainee berkata dia dan isteri sepatutnya mengadakan majlis persandingan pada Mac tahun lalu.
Bagaimanapun kerana situasi semasa COVID-19, perancangan itu tergendala.
“Selepas setahun juga, majlis yang ditunda itu akan diadakan pada 18 Mac depan di sebuah lokasi di ibu kota.
“Masa itu, saya akan berkongsi juga gambar pernikahan kami. Saya kena hormat permintaan keluarga masing masing,” katanya.
Ditanya mengenai kisah perkahwinannya yang terdahulu dan kedua kelihatan penuh misteri dan rahsia, Azlee percaya semua yang terjadi sesuatu yang tak terduga.
“Saya percaya soal kahwin ini paling penting keluarga tahu sudah memadai. Selepas itu, apa juga percaturan atau kesudahannya kita ikut rentak saja. Saya ‘just go with the flow’.
“Seperti mana manusia dan lelaki lain yang mendambakan kebahagiaan, saya tidak terkecuali. Cuma ada kalanya apa yang kita harap dan impikan tidak berakhir dengan kemanisan.
“Macam perkahwinan pertama saya yang tidak kekal. Sebelum berjumpa isteri pun saya ada kenal dan bercinta dengan orang lain. Tapi putus di tengah jalan. Ia proses kehidupan yang semua kena lalui.
“Apa pun, saya harap ikatan perkahwinan kali ini akan dirahmati dan kekal sampai bila bila,” kata pelakon drama Hari Kita Jatuh Cinta ini.
Sebagai ibu bapa, kitalah yang harus mencorakkan anak-anak. Tidak hairanlah orang kata guru pertama pada anak ialah ibu bapa bukan cikgu masa di sekolah. Justeru, banyak benda yang ibu bapa perlu ambil berat. Salah satu adalah soal penggunaan gajet dikalangan anak-anak yang memerlukan pemantauan daripada ibu bapa.
Dengan situasi sekarang, penggunaan gajet dikalangan anak-anak bukanlah satu isu baru yang diperkatakan. Banyak pro dan kontranya jika anak lebih banyak menghabiskan dengan gajet.
Terbaru, kes kanak-kanak 12 tahun yang dikatakan merogol anak asuhan ibunya yang baru berumur 4 tahun mengejutkan semua pihak. Segalanya bermula dengan pengaruh gajet.
Justeru wanita ini berkongsi satu aplikasi dalam membantu ibu bapa memantau penggunaan gajet di kalangan anak-anak. Ikuti perkongsian dari Azmuhaini Aini.
Terkejut dengar berita budak 12 tahun merogol anak asuhan. Ya Allah lindungilah anak-anak kami semua.
dari berita tu kata semua tu pengaruh gadget. Yerlah kan zaman sekarang semua di hujung jari, cari je apa tekan je apa share je apa semua keluar.
Maybe ada yang dah tau app ni tapi yang belum tahu harap membantu.
App ni saya install lama jugak lah untuk monitor setiap pergerakan kegunaan hp si kakak.
Yup kakak ada hp sendiri dan hp dia memang saya pasang kan line so unlimited internet dan call. supaya dia senang nak call family member, kegunaan kerje sekolah.
Tapi semua ada limit.
so saya install app ni Family link.
kat app ni saya boleh monitor apa yang kakak sedang buat. contoh dia tengah online ke. dia tengah tengok youtube ke. tengok game ke apa ke semua saya boleh tahu. dan berapa lama dia tengok dan last dia online semua saya tahu. dan paling penting saya tahu location hp nya berada dimana. tak kisah saya tengah kerje dia di rumah semua saya boleh monitor sebab nya ada notifiication.
dan di app ni juga saya kawal penggunaan nya so saya akan set masa ikut saya. so sampai masa hp ni akan padam sendiri dan dia tak leh tekan mana-mana button melainkan call sahaja. kalau dia perlu buka hp juga perlukan code no daripada hp saya.
update :: 1) application ni perlu di install kat telefon parent yang nak monitor tu dan juga HP anak anda ye. nanti app ni akan minta email bagai so ikut sahaja arahan yang diberikan. — Untuk hp parent kena install google family link for parent dan kalau untuk hp anak kena install google family link for children & teens
2) anak nak uninstall. biarlah sebab tak boleh pun ?? . kalau hp si ibu atau bapa uninstall pun masih boleh install balik dan monitor anak macam biasa balik. melainkan parent tu tekan STOP SUPERVISION.
3) Kita boleh kawal dan set untuk tontonan movie umum sehingga 18sg atau 18sx. game pun boleh kawal.
4) semua kawalan/perubahan adalah hanya boleh dilakukan di hp si ibu/bapa sahaja.
Berkenalan sejak di bangku sekolah lagi, suami isteri ini adalah contoh pasangan cinta monyet yang kekal sehingga ke jenjang pelamin.
Ajak Shiro dan isterinya, Afifah Amin mula berkenalan ketika di tingkatan 1. Daripada kawan sehingga kepada suami isteri, kini sudah 10 tahun pasangan ini melayari alam rumah tangga dengan dikurniakan 3 cahaya mata.
Terbaru, pasangan ini menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-12. dalam satu perkongsian di laman instagramnya, Ajak memuat naik satu video mengenai detik perkenalan dengan isteri tercinta sejak di bangku sekolah lagi.
Aku budak nakal
Aku budak nakal yang selalu kena cabar dengan awek dia. Budak nakal yang selalu kena bebel dengan awek dia. Budak nakal yang kena paksa belajar matematik. Alhamdullilah, sampai sekarang awek tu juga lah yang selalu berada di belakang dia.
Awek tu juga lah yang masih bebel dia. Awek tu juga lah yang jaga akaun duit dia. Aku harap sampai aku tutup mata, aku tetap dengan awek yang sama. Doakan keluarga kami terus bahagia. Selamat Ulang tahun sayang.
Dalam video tersebut, Afifah dilihat membuat panggilan video sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka. Sambil bertanyakan kepada suaminya mengenai berapa tahun mereka sudah mengenali antara satu sama dan berapa tahun mereka sudah mendirikan rumah tangga.
Jelas Ajak, dia mengenali isterinya itu sejak di bangku sekolah. Hubungan mereka semakin rapat apabila kedua-duanya menetap di asrama semasa zaman persekolahan. Tambah Ajak, dia sering menganggu isterinya pada waktu itu.
Siapa sangka akhirnya, perkenalan tersebut membawa pasangan ini ke jenjang perkahwinan dan kini dikurniakan tiga cahaya mata.
Sementara itu, Afifah turut berterima kasih kepada Allah kerana mengurniakan seorang suami, seorang sahabat dan seorang bapa yang sangat baik dan penyayang buat dirinya dan anak-anak.
Dalam pada itu, dia turut menitipkan doa semoga ikatan perkahwinan mereka berdua kekal buat selama-lamanya.
Terima kasih ya Allah. Kau ciptakan dia untukku. Kau ciptakan aku untuk dia. Berkenalan, berkahwin dan berumah tangga. Buat hidup aku lebih bermakna. Tamaknya aku, aku inginkan lebih daripada itu.
Ku inginkan dia sehingga menutup mata. Sehingga ketemu di syurga menjadi bidadarinya di sana. Terima kasih sayang atas segalanya. Kuat cinta kamu begitu juga aku. Kuat kasih kamu begitu juga aku. Doaku, kuat hubungan kita selamanya. Amin.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.