Sejak petang tadi, seluruh warga maya seakan dapat melepaskan kerinduan kepada negarawan Malaysia dan juga bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Muhammad atau lebih mesra di panggil Tun M.
Sejak gagal mempertahankan kerusi di Parlimen Langkasi, Tun Dr Mahathir Mohamad seakan sepi daripada arena politik negara. Namun menerusi hantaran terbaharunya di laman sosial, rata-rata seluruh warga maya seakan dapat melepaskan kerinduan kepada insan yang banyak berjasa dalam pentadbiran serta pembangunan negara sewaktu kepimpinannya dulu.
Menerusi hantaran Tun M di laman sosialnya itu menceritakan mengenai seorang kanak-kanak cilik bernama Umar Amirul Shakur Haiccal atau mesra dipanggil Umar yang telah mewawancara negarawan ini untuk sebuah saluran Youtube.
Inilah Umar. Kanak-kanak cilik yang telah menambat hati Tun M.
Jika sebelum ini subjek utama yang akan dikongsikan di laman sosial milik Tun M adalah aktiviti yang berkaitan dengan tugasannya atau perkembangan parti yang dinaungi namun untuk hantaran kali ini amat berbeza.
Seakan teruja menceritakan mengenai Umar, warga maya dapat dilihat kemesraan mereka walaupun pertama kali berjumpa.
“Dalam temuramah tadi, saya cukup seronok dengar celoteh Umar dan dia begitu petah bercakap.”
Kepetahan Umar telah menambat hati Tun M.
Untungnya Umar apabila dipuji oleh lagenda negarawan yang menjadi idola ramai itu.
Ads
“Umar baru berusia 12 tahun dan minat bolasepak.”
“Tanya Umar, macam mana nak capai umur 97 tahun. Saya jawab kena tunggu lagi 85 tahun lagi baru tahu macam mana boleh capai.”
“Banyaklah soalan ditanya umpamanya bagaimana saya di zaman bersekolah, apa pesanan ibu saya, kenapa bina KLCC, Putrajaya, KLIA, pandangan bolehkah jadi influencer saja tanpa belajar dan banyak lagi,” kongsi Tun M mengenai wawancara bersama kanak-kanak cilik itu.
Apa yang paling menarik perhatian warga maya adalah Umar sempat ajar Tun M buat mini love.
Amboi Umar, pandai ajar atuk buat mini love yeh. Manalah Tun M tak tertarik.
“Sengaja saya usik minta jelaskan apa itu ‘mini love’. Yang saya faham, rapatkan ibu jari dan jari telunjuk tu.. itu simbol minta duit!
“Umar terangkan simbol love asalnya besar, kena guna dua tangan untuk cantum jadikan love, tapi ada orang cipta pula simbol love dengan dua jari. Pandai dia menjawab. “ Cerita Tun M lagi mengenai Umar.
Patutlah Tun M teruja bercerita tentag Umar ini, memang petah orangnya. Anda boleh melihat sendiri Umar menerangkan mengenai Mini Love dalam sat hantaran video di TikTok Bintang Kecil.
Rupanya Umar adalah salah seorang kanak-kanak yang terpilih untuk bertemu dengan idola dan menjadikan Tun M sebagai tokoh yang ingin ditemui.
Umar juga pernah menjadi host dalam program Pa&Ma TV melalui segmen Adik Tanya terbitan Nu Ideaktiv Sdn Bhd.
Dalam sebuah segmen khas, saluran Bintang Kecil yang aktif di Youtube telah merealisasikan impian Umar untuk bertemu legenda iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad.
Team Bintang Kecil yang telah merealisasikan impian Umar untuk bertemu tokoh negarawan, Tun Dr Mahathir Mohammad.
Di akhir hantaran, Tun M sempat menitipkan pesanan buat Umar.
Ads
“Saya pesan kepada Umar, rajin-rajinlah belajar supaya masa depan lebih terjamin. Semoga impiannya tercapai suatu hari nanti. InsyaAllah.” Tulisnya mengakhiri hantaran tersebut.
Sementara itu, menjengah di ruangan komen ramai yang memuji tokoh negarawan itu kerana begitu ‘sporting’ melayan ketelah Umar.
Malah Tun M sempat memakai helmet Star Wars apabila ditanya ‘Kenapa ada helmet Star Wars dalam pejabat saya – The Mandalorian dan Darth Vader.’
“Tun tetap idola dan jadi inspirasi untuk anak-anak dan generasi akan datang. Semoga satu haru nanti lahir seorang great leader seperti Tun untuk Malaysia.” – Robin Labu
Teruja Umar bila Tun M memakai helmet Star Wars.
@chedetofficialSaya ditemuramah Umar Amirul Shakur Haiccal untuk satu rancangan di YouTube. Umar baru berusia 12 tahun dan minat bolasepak. Tanya Umar, macam mana nak capai umur 97 tahun. Saya jawab kena tunggu lagi 85 tahun lagi lah baru tahu macam mana boleh capai. Dalam temuramah tadi, saya cukup seronok dengar celoteh Umar dan dia begitu petah bercakap. Banyaklah soalan ditanya umpamanya bagaimana saya di zaman bersekolah, apa pesanan ibu saya, kenapa bina KLCC, Putrajaya, KLIA, pandangan bolehkah jadi influencer saja tanpa belajar dan banyak lagi. Umar tanya saya, kenapa ada helmet Star Wars dalam pejabat saya – The Mandalorian dan Darth Vader. Sebenarnya helmet ini dicetak mengguna 3D-printer. Saya berminat dan beli printer ini untuk buat sendiri beberapa barang, cumanya perlu belajar program dan sabar tunggu hingga siap. Kalau dahulu saya ukir kayu guna pisau dan tangan, sekarang semuanya pakai mesin. Lebih mudah. Cuma perlu faham dan mahir untuk program mesin saja. Semasa bergambar di hujung temuramah, Umar minta posing dengan “mini love”. Sengaja saya usik minta jelaskan apa itu “mini love”. Yang saya faham, rapatkan ibu jari dan jari telunjuk tu itu simbol minta duit! Umar terangkan simbol love asalnya besar, kena guna dua tangan untuk cantum jadikan love, tapi ada orang cipta pula simbol love dengan dua jari. Pandai dia menjawab. Saya pesan kepada Umar, rajin-rajinlah belajar supaya masa depan lebih terjamin. Semoga impiannya tercapai suatu hari nanti. InsyaAllah.♬ Full Senyum Sayang – Evan Loss
Suatu ketika dahulu, beliau sangat digilai oleh anak gadis. kemunculannya baik dalam bidang peragaan mahupun lakonan dinantikan.
Namun, kelibatnya hilang di halaman bidang seni tanpa dikesan. Edika Yusof dalam satu sesi temu ramah sebelum ini pernah berkongsi kisah hidup dan perasaannya menjaga isterinya yang sakit dan lumpuh selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, kira-kira 14 tahun lalu.
Rata-rata mengkagumi beliau kerana sanggup berkorban menjaga isterinya yang sakit itu. Bahkan, dia juga enggan berkahwin lain, dan sanggup mengharungi susah payah bersama isterinya.
“Dua tahun lepas kahwin, isteri jatuh sakit dan lumpuh. Tak boleh cakap dan dengar. Banyak peristiwa memori yang dia lupa.
“Saya waktu itu tak stabil, keliru dan rasa kenapa ini berlaku pada saya. Membuatkan saya nak berkongsi dengan seseorang, jadi jalan yang saya cari adalah dengan berkongsi dengan Tuhan. Daripada situ saya dapat hidayah dan kekuatan untuk menempuh segala yang berlaku.
“Waktu itu saya memang sudah putus asa tetapi isteri saya bersungguh-sungguh dan tak give up. Daripada situ saya mendapat kekuatan. Malah saya tak anggap dia OKU atau yang lumpuh malah saya anggap dia seperti manusia biasa yang sempurna.
“Kerana itu, isteri kadang-kadang tidak sedar yang dirinya lumpuh kerana saya layan sama rata seperti beri kasih sayang, bercakap, bergaduh dan sebagainya. Jadi, saya create benda ni supaya dia dapat tahu yang dia ni normal.
Ada yang tanya kenapa tak kahwin lagi satu. Tapi katanya kata kahwin lain bukan selesaikan masalah.
“Mungkin isteri kedua akan sakit dan lumpuh. Jadi berapa banyak wheelchair yang perlu saya jaga. Ada yang satu ni pun Alhamdulillah dan ini adalah cabaran yang Tuhan berikan untuk saya dan saya terima dengan hati terbuka.
“Isteri juga pernah beritahu , kalau nak kahwin lagi saya dia benarkan. Tetapi saya sendiri tak mahu. Sebab saya berfikir satu hati nanti kalau dia undur diri, saya pernah cakap saya ambil dia waktu dia boleh berdiri dan berjalan.
“Jadi kalau saya nak ‘pulangkan ‘ kembali pada ibu bapanya, saya mahukan dia dalam keadaan yang sama.
“Daripada situ isteri faham yang saya tiada keinginan untuk berkahwin lain atau menambah lain kerana sudah cukup yang ada ini sudah sempurna di hati saya dan saya suka dengan apa yang saya buat.
Pesanan Edika Yusuf kepada para suami di luar sana, dia menyarankan supaya sama-sama susah dan senang.
“Anggaplah kita ni bila dah berkahwin kita dengan pasangan 50-50, sama susah sama senang. Kita tanggung semuanya bersama. Janganlah bagi beba kepada isteri sahaja sebab kita ni ketua keluarga.
“Jangan anggap isteri sebagai maid, tetapi anggaplah mereka sebagai soulmate kita. Dan nak buat apa pun buatlah bersama-sama, ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
"Yang saya tak pernah berfikir untuk berkahwin lain atau menambah isteri sebab satu yang saya ada ini pun dah alhamdullilah cukup sempurna dan saya suka apa yang saya buat " Itulah kata Edika Yusof yang telah menjaga isterinya yang lumpuh selama 12 tahun sehingga sekarang. #SinarKongsi
Kalau makan nasi takdak sambai belacan rasa lagu mana tak tau. Sambai belacan ulam perghhh memang bertambah nasi.
Kakyana nk share cara kakyana buat sambai belacan. Ni style mak tok kakyana. Apa apa pun sambai belacan ni belacan main peranan penting. Dapat belacan sedap sedap la sambai tu.
Cara ada kat gambar. Cara kakyana tau… ikut selera dan citarasa ampa.
Bahan :
Cabai melaka
Belacan – bakar
Asam jawa
Gula
Garam
Cara Membuatnya :
Cabai melaka (nak campur cabai hidup yang merah pun boleh tapi kakyana ikut style mak tok n mak mentua depa suka pakai cabai melaka ja lagi marvelousss) , belacan (wajib bakaq baru umphhh), asam jawa (pakai yg biji ni lagi sedapp walaupun ada yg. ready use tpi untuk sambai umphhh pakai yg biji ni lagi terangkat) , gula garam.
Haaaa ni asam jawa biji ni. Nampak x kakyana boh aiq panas sikit lepas tu ramai nak ambik air dia.. Pekatt kann pekat ni sedapp nihhh.
Hobi berkebun menjadi terapi buat menenangkan fikiran, tapi jika tanamam ditanam tidak seperti diharapkan terasa serabut juga dibuatnya.
Tapi tidak lagi bila anda menggunakan baja booster untuk tanaman yang boleh dihasilkan sendiri sepertimana yang dikongsikan ini.
Assalamualaikum sahabatku semua dalam group, ” Beginner Tanam pokok dan sayur”, saya gembira nak kongsi Booster mudah memanjakan pokok2 cili dan sayur atau pokok2 bunga, saya dah cuba dan ternyata berhasil hanya dengan 2 M “MURAH & MUDAH.
Seperti dalam gambar :-
* botol Yakut
*3biji telor
1 botol untuk adunan Yakut.
Caranya:- masuk 2 biji telor dalam botol dan kemudian masukkan Yakut dan goncang botol sampai tercampur sebati.
*Peram di ruang bilik selama 3 hari sebelum digunakan.
*Cara:- Dengan bancuhan 2 tutup botol dengan 2 litre tanpa chlorine dengan spray botol dan spray di daun dan batang pokok dan air selebihnya siram ke dalam tanah pokok. Selamat mencuba.
***Jika tak habis guna bancuhan yakut boleh masuk dalam peti sujuk.
Gambar-gamvar pokok2 cili yang dalam posting ini adalah pokok dikebun saya sendiri yang mana telah dicuba dengan spray booster Yakut.
Daun pokok bermasalah
Setelah dicantas dan menerima semburan yakult, tumbuh sihat.
Tumbuh daun baru yang sihat.
Sumber : Saadiah Madon
Siti Saja juga turut berkongsi penangan baja yakult pada pokok adenium di Kenun Bandar : Jom Tanam Sendiri.
Menurutnya, setelah potong pendek dahan-dahan adenium ini akak bubuh baja kopi. Beberapa minggu lepas tu, setelah tumbuh tunas baru dan pokok dah stabil akak spray pula dengan baja yakult.
Fuyooo…Berketul-ketul kudup bunga muncul.
Nihaa..Sekarang dah kembang mekar setaman gitu.
Bahkan Siti Saja turut berkongsi cara penyediaan baja yakult.
GM Klang melangkah ke era baharu dengan pelanjutan waktu operasi 10 pagi hingga 10 malam, menjadikannya lebih daripada pusat borong – kini sebagai hab komuniti dan gaya hidup moden yang hidup siang dan malam di Klang.