Melihat perjalanan hidup seseorang wanita bergelar isteri tentunya orang paling dekat yang kita nampak adalah corak kehidupan ibu kita sendiri. Betapa susah payahnya ibu mengurus hal rumah tangga, menyediakan makan pakai anak-anak, dan segalanya terletak di bahunya. Seakan begitu berat untuk dipikul namun ibu tidak sedikit pun merungut melakukan tanggungjawabnya.
Atas sebab ini juga, suatu ketika wanita ini masih belum berkahwin bertekad tidak mahu bergelar suri rumah sepenuh masa. Dan lain pula kisahnya setelah berkahwin. Melalui beberapa fasa dan sehinggalah akhirnya lebih merasakan betapa bahagianya bergelar suri rumah sepenuh masa.
Nak tahu apa sebabnya, ikuti perkongsian penuh daripadanya dan semoga kisah ini bermanfaat.
Saya memang sangat skeptikal dengan title ‘suri rumah.’
Melihat mak besarkan kami 9 beradik, takde masa untuk diri sendiri, semuanya hanya pelbagai lagi untuk anak-anak, dengan dunia sekecil rumah, banyak masa di dapur, memang saya bertekad, saya tak mahu jadi suri rumah.
Saya belajar betul-betul, sungguh-sungguh, salah satu sebabnya ialah : saya tak mahu jadi suri rumah. Titik.
Saya buat master pun, saya pernah dapat 4 flat. Punya gigih nya nak plan masa depan sebagai perempuan yang bekerja. Ada duit sendiri. Ada masa untuk diri sendiri. Dapat bergaul dengan ramai orang.
Jujur, saya berkahwin dalam keadaan saya memang tak pandai bab dapur. Tak tahu masak langsung. Nak buat nasi goreng pun kena call mak. Bahan-bahannya perlu detail. Kalau main ‘ikut sedap rasa’ memang saya tak buat. Takkan menjadi.
Setahun lepas kahwin, Allah takdirkan saya menjadi seorang suri rumah. Sudah tentu tanpa kerelaan saya. Saya hilang kerja, saya hilang duit sendiri.
Ads
Stress nya hanya Tuhan yang tahu. Saya benci segalanya. Saya benci dapur. Saya benci penyapu. Lebih teruk, saya benci diri sendiri.
Duduk pula dengan mertua. Memang saya banyak diam. Salah satunya sebab perbezaan bahasa. Saya orang n9, mertua orang kelantan. Pekat kelantan. Bila bercakap macam ayam dan itik. Daripada tersalah cakap, lebih baik diam.
Makanya, saya lebih banyak simpan semuanya sendiri. Roda hidup saya betul-betul di bawah. Biras saya semua kerja hebat. Lagilah saya rasa terpinggir. Malu dengan status suri rumah. Saya depress!
Emosi makin teruk bila saya dapat temuduga untuk jawatan geneticist di salah sebuah hospital. Saya contact semua kawan-kawan yang dapat temuduga yang sama. 90% persediaan dah dibuat. Bila tiba masa interview, saya tak boleh pergi. Suami saya sakit. Memang flat habis tak boleh bangun.
Saya kecewa. Semangat saya hilang. Baju yang dah siap bergosok, saya buang dalam tong sampah. Saya buang semua nota yang saya dah buat. Berkali-kali saya cakap pada diri sendiri, “kau gagal! Kau dah gagal!”
Saya sabotaj diri sendiri.
Ads
Terperuk dalam rumah. Taknak jumpa orang. Selalu lesu. Selalu sakit kepala. Kesihatan saya merudum.
1 hari, Allah temukan saya dengan seorang manusia yang sangat banyak mengubah persepsi saya terhadap suri rumah.
Kami berjumpa di hospital. Umurnya hampir 40 tahun tapi baru dapat tahu yang dia mengandungkan anak pertamanya. Permata yang ditunggu hampir 15 tahun. Waktu tu, saya masih belum mengandung.
“Akak baru berhenti kerja tau. Tak sabar nak tengok baby akak ni keluar. Nak besarkan sendri dengan tangan akak. Ikut acuan akak. Akak nak jadi orang pertama yang ajarkan dia perkataan baru, orang pertama yang ajarkan abc, alif ba ta, ajar tentang akhlak, ajar tentang Tauhid. Akak nak jadi guru pertama untuk anak akak. ”
Saya termenung lama. Betapa selama ni, saya melihat ‘suri rumah’ tu dari sudut pandangan yang salah.
Saya lupa, saya mula membaca seawal usia 4 tahun adalah berkat kegigihan mak yang menjadi guru pertama saya. Mak tersenyum puas bila saya mula membaca surat khabar pada usia 5 tahun. Mak tersenyum bangga bila saya khatam quran pada usia 6 tahun.
Ads
Inilah kebahagian, kejayaan, dan kebanggaan sebenar seorang suri rumah bila anak-anak dapat capai sesuatu melalui acuan yang kita sendiri buat.
Saya baru nampak semua ni lepas Allah temukan saya dengan kakak tadi. Subhanallah, baiknya Allah pada saya.
Terlampau lama saya ambil masa untuk bangun. Hampir 3 tahun saya down. Teraba-raba mencari diri. Hampir 3 tahun saya ambil masa untuk sedar yang jadi suri rumah tu ok je. Bukan masalah besar pun. Malah, banyaknya kelebihan dalam proses tumbesaran dan pembelajaran anak-anak.
Baiknya Allah. Tak lama lepas tu, baru saya disahkan mengandung. Itupun setelah saya mula bangun setelah 3 tahun saya sabotaj diri sendiri.
Suri rumah sekalian,
Kita mungkin takde duit yang banyak di tangan. Jangan sedih! Hidup kaya bukan syarat untuk bahagia.
Bahagia tu kita yang pilih. Berhenti sabotaj diri sendiri. Allah pasti sedang tentukan sesuatu yang baik untuk kita. Bersangka baik saja pada aturanNya.
Orang mungkin boleh pinjam baju kita. Kita pun boleh pinjam baju orang lain. Tapi selesanya tetap tak sama. Walaupun baju kita biasa-biasa, tapi itulah yang buat kita selesa, gembira, dan bahagia. Baju kita sendiri.
Sri A’jilah Samsir,
Mak memang idola saya, dulu, kini, dan selamanya Terima kasih, mak!
Baru-baru ini tular tentang soalan matapelajaran matematik yang tanda arasnya tidak bersesuaian dengan murid-murid darjah 1.
Tidak terkecuali, matapelajaran yang wajib lulus iaitu Bahasa Melayu (BM) juga dijadikan isu apabila ada seorang ibu dan juga pengguna laman Facebook memuatnaik dua gambar soalan BM yang terdapat di pasaran.
Macam manalah saya tak sokong Cikgu Fadli Salleh . Ini soalan contoh BM ,tahun 2 dari salah satu buku yang ada di pasaran. 1.Punca-punca kemerosotan disiplin murid-murid. 2.Perbandingan antara bekerja sendiri dengan makan gaji.
Meninjau di ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata orang dewasa akui mereka sendiri sukar untuk memikirkan jawapan untuk soalan tersebut. Malah, ada yang menganggap soalan yang diberikan terlalu sukar untuk murid darjah 2.
Mungkin ramai yang masih ingat peristiwa di mana pelakon Abby Aabdi melahirkan anak keduanya di dalam kereta. Ketika itu, dia masih lagi bergelar isteri kepada pelakon dan hos, Norman Hakim.
Bersempena hari kelahiran anak perempuan mereka ini, Norman Hakim baru-baru ini telah berkongsi ucapan hari jadi kepada Marissa Dania Hakim yang kini sudah genap berusia 15 tahun.
Di dalam entrinya, Norman sempat mengimbau semula kenangan ketika menyambut kelahiran anak keduanya, dimana ketika itu merupakan saat yang tidak akan dilupakan.
Di dalam perkongsian tersebut, Norman bercerita bekas isterinya, Abby telah melahirkan Marissa di dalam kereta dimana Norman sendiri yang menyambut anaknya itu.
Hari ni 15 TAHUN lepas,mama @abby_abadi112 bertarung nyawa dalam kereta untuk lahirkan anak ini & Allah s.w.t pilih papa untuk sambut kelahirannya dalam kereta…(sorry bok terpaksa crop pic sbb tak berhijab time ni..banjer telinga ckit jek) Soalannya,siapakah anak itu?Boleh tolong tag dia tak & bagitau yang kitaorang sayang..sayang..sayang sangat kat dia dunia akhirat dan mohon sama2 doakan segala yang terbaik buat dia sempena ulangtahun kelahirannya hari ni… Menurut Norman lagi, dia yang sedang memandu ketika itu terpaksa memberhentikan keretanya tak jauh dari rumah mereka bagi menyambut kelahiran Marissa.
Duit syiling bersepah di rumah? Nak kira malas sebab banyak sangat nak kira satu persatu. Atau duit dalam tabung yang disediakan sudah penuh?
Apa kata cuba cara yang dikongsikan oleh saudara Anan Adli ini.
Assalamualaikum! Morning! Pagi ni saya nak share tentang mesin deposit syiling. Korang ada banyak siling tak kat rumah? Dalam tabung ke, dalam bekas ke. Kalau ada, korang boleh masukkan syiling-syiling tersebut ke dalam mesin deposit syiling. Maybe ada yang tak tahu lagi kan. Mudah sangat! Ok yang ni saya share kan menggunakan Maybank ye. Bank lain saya tak cuba lagi.
Ini step-step dia:
Pergi ke cawangan yang ada mesin ni. Tak semua cawangan Maybank ada. Utk cawangan yang ada mesin ni, anda boleh rujuk kat bawah nanti.
Masukkan syiling anda. Tak perlu asingkan pun duit syiling tu. Mesin ni intelligent utk asingkan setiap syiling. Hehe. Syiling yang diterima ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Duit baru dan lama dia terima. Tapi duit negara lain dia tak terima tau.
Tekan butang ‘A’ utk start. Mesin akan start masukkan syiling. Setelah seketika mesin akan stop. Tekan balik butang ‘A’ utk continue. Duit-duit yg tak diterima ketika itu akan dimasukkan ke bahagian bawah mesin. Ambil dan cuba masukkan balik.
Setelah selesai, tekan butang ‘B’. Mesin akan keluarkan 2 resit. Satu utk anda simpan, satu lagi pihak bank akan ambil. Anda kena isikan nama, no acc dan juga no telefon.
Tunjukkan resit tersebut kat kaunter khidmat pelanggan. Anda akan diberikan form utk diisi. Isi nama, no acc dan jumlah wang syiling yg dah di deposit tadi.
Beri form dan resit tersebut ke kaunter khidmat pelanggan. Siap! Wang anda akan masuk ke acc petang nanti (kalau pergi pagi la)
Sedikit info dan peringatan : Sebelum pergi, cuba call dulu cawangan tersebut utk check availaibility of the machine. Kot2 tengah maintenance ke kan. Kot2 dah takde ke kan. Buang masa je datang. Waktu operasi bank ialah 9.15am – 4.30pm. Mesin ni ikut waktu operasi bank. Dia bukan mcm cash deposit machine mcm biasa tu. Sebab resit tu kena bagi balik kat kaunter khidmat pelanggan. Resit tu valid satu hari je tau. Lepas dapat resit kat machine, terus ke kaunter khidmat pelanggan. Jangan gatal pegi esok pulak. Haha. Kira betul2 jumlah syiling tu. Make sure jumlah sama dgn yang dikira di mesin.
Maybank Coin Deposit Machine: (list diambil dari website M2U)
KL Main Branch
Seksyen 5, Wangsa Maju Branch
Shah Alam Main Branch
USJ Subang Jaya Branch
Seremban Branch
Jelapang Branch
Melaka Main Branch
Johor Bahru Main Branch
Jelutong Branch
Alor Star Branch
Taman Tas Branch
Kuala Terengganu Branch
Kota Bharu Branch
Wisma Satok Branch
Kota Kinabalu Branch
Rawang Branch
Bandar Baru Selayang Branch
Bandar Sunway Branch
Equine Park Branch
Station 18, Ipoh Branch
Skudai Branch
Batu Pahat Branch
Prai Industrial Estate Branch
Legenda Heights Branch
Pulau Langkawi Branch
Paka Branch
Tanah Merah Branch
Mutiara Damansara Branch
So jangan letak merata rata duit syiling tu. Kumpul dlm tabung, dah banyak boleh masukkan dlm mesin tadi . Selamat menabung!