“Saya inginkan maklumkan bahawa telah pulih, tapi tak sepenuhnya.”
Perkara itu dikongsikan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menerusi twitter,miliknya @chedetofficial.
Katanya, kini telah pulang ke rumah namun berulang alik ke hospital untuk menjalani beberapa rawatan.
Anggota parlimen Langkawi dan pemimpin Parti Pejuang Tanah Air itu ini juga mengucapkan terima kasih yang mendoakannya dan berkata bahawa dirinya tidak lama lagi dia akan pulih sepenuhnya.
Dalam pada turut sebuah kenyataan media daripada Pejabat Dr Mahathir pada Jumaat (4 Feb) memaklumkan mantan Perdana Menteri Malaysia itu dibenarkan pulang ke rumah pada 2 Februari lalu dan kemudian kembali ke IJN untuk menjalani sesi fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut.
Ads
Ramai yang mendoakan kesihatan dan bersyukur Mahathir kembali sihat.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jenis hantu ulam, bagi la sayur apa mesti akan makan! Terutamanya pucuk paku yang enaknya di buat masak lemak, gu dengan udang. Fuhhh memang terangkatlah time makan!
Yang nak makan selalunya beli kat pasar tu, boleh la jinak-jinak tanam sendiri kat rumah ikut cara yang dikongsikan oleh Zaid Azizy Yaakob.
Menurut Zaid, dia antara peminat hidangan pucuk paku. Tapi bila beli selalu dapat pucuk tua di samping harganya mahal. Pernah cuba untuk mencari sendiri di tepi sungai kawasan kampungnya tapi kejadian bertemu dengan ular buat dia serik.
Jadi untuk memudahkan mendapat pucuk paku dia cuba untuk menanamnya sendiri.
1. Cari anak pokok paku yang tumbuh di tepi pokok paku (kalau nampak tepi jalan ada pokok paku boleh ambil. Minta izin, kalau tanah bertuan).
2. Boleh tanam dalam pasu, guna tanah yang sedia ada di rumah pun boleh.
3. Pastikan ambil banyak anak pokok. Bila banyak rumpun baru dapat banyak pucuk. Jika subur satu rumpun ada 2-3 pucuk saja, kalau kurus, satu pucuk saja.
4. Pokok paku ini kena siram hari-hari tambah lagi musim panas.
5. Tip supaya pucuk paku gemuk menghijau boleh buat air siraman ini. Ambil sisa dapur dari kulit bawang, kulit telur (tumbuk dan kisar dulu). Kemudian masuk dalam bekas yang dicampur air hujan, perap selama 3 hari.
6. Selepas 3 hari boleh guna untuk siraman. Selepas itu siram pula dengan air biasa. Pokok paku memang suka basah Iencun.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi memutuskan rantaian pandemik COVID-19 harus dilihat dari sudut yang positif. Memasuki fasa ketiga bermula 15 April hingga 28 April 2020, lanjutan PKP ini dilihat sebagai rahmat dalam bencana.
Manakan tidak, hampir dua bulan lamanya masa cuti ini dapat diisi dengan penuh berhemah bersama keluarga tercinta. Namun, PKP ini menjadi pembunuh psikologi secara senyap terhadap sebilangan besar masyarakat.
Justeru, AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah) melancarkan slot MyCareCoV19 inisiatif stesen televisyen Islamik itu di bawah MusaadahCOVID19 bagi memberi bantuan kerohanian dan psikososial untuk rakyat Malaysia.
Menerusi slot MyCareCoV19 yang dilancarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam program Assalamualaikum hari ini, lebih dua juta penonton TV AlHijrah berpeluang berinteraksi dengan panel professional yang dijemput ke studio setiap hari berkisar kerohanian dan psikososial.
Program itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kumpulan Media Karangkraf, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Majalah Pa&Ma dan Majalah Keluarga.
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata stesen TV islamik itu membuka pintu siaran seluas-luasnya untuk program yang memanfaatkan ummah.
“MyCareCoV19 adalah usaha kami untuk memeluk emosi masyarakat yang sarat dengan pelbagai isu psikologi semenjak serangan wabak COVID-19.
“Manusia secara fitrahnya diciptakan untuk bergerak bebas tanpa sekatan. Jadi kita boleh bayangkan betapa sesaknya nafas dan serabutnya minda apabila perlu berkurung seharian di rumah. Malahan ada di antara kita yang terpaksa berjauhan dengan yang tersayang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menggunakan tagline Bina Syurga Di Rumah. Bina Rumah Di Syurga. Berjuang Masuk Syurga Sekeluarga, program MyCareCoV19 akan bersiaran sebagai segmen di dalam rancangan bual bicara pagi Assalamualaikum setiap hari pada jam 8 hingga 8.30 pagi bermula esok.
“Penonton boleh menghubungi talian 03 – 2260 2412 untuk berkongsi rasa jiwa bersama pakar-pakar yang kita bawa setiap hari di dalam rancangan ini. Sebagai permulaan pada episod pertama siaran kita akan bawa Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) untuk menjawab segala persoalan penonton.
“Anggaplah begini, kami adalah sebahagian dari keluarga anda yang sayang dan peduli serta ambil berat tentang kemaslahatan jiwa kalian. Kita tidak mahu pertimbangan kemanusiaan, keinsanan dan kewajaran hilang dek ujian wabak ini,” kata Namanzee.
Melalui program MyCareCoV19, pakar-pakar dalam bidang psikologi, kekeluargaan, pengurusan emosi dan yang berkaitan dijemput untuk menjawab soalan-soalan penonton serta berkongsi tips-tips dan saranan yang mampu menyuntik semangat semua untuk menjalani perubahan dalam aktiviti seharian.
Antara tajuk yang akan dibincangkan adalah Penderaan Domestik, Sahsiah Suami Isteri, Anak Tantrum Dek PKP, SOP Keluarga PKP, Konflik Penceraian, Adab Media Sosial dan E-Kuliah Keluarga.
Sementara itu, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam perkongsiannya di facebok, tekanan ekonomi keluarga dan himpitan isu dalam rumahtangga dilihat menjadi pencetus kepada pelbagai isu emosi seperti tekanan perasaan dan kemurungan (depresi).
“Saya maklum, ini adalah saat yang sukar buat segelintir masyarakat kita. Justeru, izinkan kami untuk cuba memeluk emosi dan menenangkan jiwa anda seupaya kami. Dengan izin-Nya, kita mesti menang,” Ujarnya lagi.
Selain MyCareCoV19, TV AlHijrah turut menyantuni rakan-rakan artis nasyid melalui rancangan Munajat dengan kerjasama Nasyeed.com dan Munsyid Malaysia untuk membantu penggiat seni nasyid yang terjejas akibat COVID-19.
Munajat akan memulakan siaran Ramadan ini setiap Sabtu selama 60 minit. Antara rakan-rakan artis nasyid yang akan membuat persembahan adalah Daqmie, Hazamin In-Team dan banyak lagi nama-nama besar yang akan mempersembahkan lagu-lagu berunsur dakwah, ketuhanan, kemanusiaan dan kemasyarakatan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sekali sekala persoalan ini perlu juga dijawab oleh diri kita yang telah sekian lama mendirikan rumah tangga.
“Kenapa berkahwin kalau tak nak membahagiakan…?”
Sebaiknya jangan hanya tahu ingin diri rasa bahagia dibelai dan dimanja oleh pasangan, namun tidak pula memberi rasa bahagia dan tanggungjawab yang diharapkan oleh pasangan. Hidup ini saling perlu memerlukan di antara satu sama lain.
Berkongsi pandangan tentang persoalan mencari bahagia dalam perkahwinan, Firdaus Shakirin ada berkongsi nukilan di akaun fbnya.
Ini perkongsiannya.
Kenapa berkahwin kalau tak nak membahagiakan…?
Kenapa berkahwin kalau tak nak menjalankan kewajipan…kenapa berkahwin kalau tak nak bertanggungjawab…kenapa berkahwin kalau hanya ingin menyakiti dan melukai…
Perkahwinan ini didirikan utk saling kasih mengasihi, sayang menyayangi…
Perkahwinan ini bertujuan untuk membahagiakan satu sama lain dengan menjalankan kewajipan, tanggungjawab dan hak ke atas satu sama lain…
Tiada hati yang akan disakiti dan dilukai andai perkahwinan itu kena dengan nawaitunya…
Kita berkahwin bukan sekadar atas dasar suka sama suka…kita berkahwin bukan sebab orang lain kawin, kita pun nak kawin…kita berkahwin bukan sebab usia kita dah lanjut atau org tua kita paksa kita untuk berkahwin…
Fikir balik kenapa kita berkahwin…
Sia-sia kita berkahwin dan hidup bersama jika tujuan, matlamat, nawaitu kita tu tak sama dengan si dia yang kita kahwini…
Perkahwinan adalah penyatuan dua hati yang dapat mencari persamaan dan meraikan perbezaan untuk menuju ke pengakhiran kehidupan…
Tanya diri kita, apa sebenarnya yang kita cari dalam perkahwinan kita pada hari ini…
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.