“Saya Yang Cari Dan Approach.” Ustazah Asmak Husin Buat ‘Plan Marketing’ Pinang Suami.

“Jadi saya pun mula plan marketing, kemudian saya dan kawan siasat latar belakang dia. Cek solat jemaah kat masjid, kawan-kawan rumah sewa, kawan-kawan sekelas.”- Ustazah Asmak Husin

Jodoh rahsia ALLAH, menyatukan dua jiwa. Sememangnya perkahwinan itu adalah yang indah dan juga dituntut oleh Islam.

Lazimnya lelaki akan ‘approach wanita’ untuk menjadi suri hati. Namun tidak pelik jika wanita meminang lelaki.

Buktinya selain Saidatina Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.

Inspirasi kisah pendakwah bebas, ustazah Asmak Husin yang berkongsi cerita bagaimana dia membuat ‘plan marketing’ untuk meminang suaminya.

Mengimbau kisahnya dulu, dia bersyukur pada usia perkahwinan 20 tahun itu, mereka bahagia.

Katanya oleh kerana dia merupakan pelajar yang cemerlang akademik membuatkan lelaki takut untuk mendekati dirinya.

Seterusnya ikuti kisah ustazah Asmak  ini.

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

“Saya Yang Cari Dan Approach.” Ustazah Asmak Husin Buat ‘Plan Marketing’ Pinang Suami.

Lelaki takut nak memilih perempuan yang terkehadapan? Meh sini saya nak cerita kisah saya dulu. Semasa belajar di universiti Malaya saya ni jenis yang terkehadapan, kaki belajar dan suka berdebat dalam kelas.

Memang orang lelaki takut nak dekat dulu. Lagipun rupa pun kurang. Tapi saya bukan jenis tunggu dia datang pada saya. Saya yang cari dan approach dia.

Waa berani kan saya? Ya sebabnya dulu semasa di kampus, saya ada terbaca surat luahan senior yang merupakan seorang pelajar terbaik dan cemerlang. Kebetulan surat itu terselit dalam buku yang saya pinjam darinya.

 

Dia sedih kerana masih belum berkahwin di usia yang agak lewat kerana tiada lelaki yang mendekatinya. Mungkin kerana dia terlalu hebat dan cemerlang. Lelaki jadi “insecure”.

Seronok melihat rakan-rakan sebaya sudah berkeluarga & mempunyai anak, pasti timbul keinginan dalam dirinya untuk berkeluarga.

Saya bersyukur saya membaca surat tersebut ketika saya masih muda.

Saya berazam untuk tidak mengulangi kesilapannya. Saya tahu kalau saya tunggu je ramai yang takut nak dekat.

Jadi saya sendiri kena berani dan pilih. Lagipun jodoh akan menentukan masa depan kita.

Saya kata pada diri saya,

“Asmak nak membina keluarga terbaik perlu usaha yang terbaik.”

Jadi saya pun mula plan marketing, kemudian saya dan kawan siasat latar belakang dia. Cek solat jemaah kat masjid, kawan2 rumah sewa, kawan2 sekelas dll

Saya minta mak ayah istikharah. Akhirnya apabila sudah ada keyakinan, saya pun minta adik saya hubungi dia untuk nyatakan hasrat.

Alhamdulillah akhirnya dia terima saya. Dan kini kami telah 20 tahun berkahwin.

Sebenarnya untuk wanita yang terlalu aktif kehadapan ada caranya untuk ikhtiar jodoh.

Perlu berani, perlu lakukan perancangan dan marketing yang betul dulu.

Sumber: 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

“Saya Yang Cari Dan Approach.” Ustazah Asmak Husin Buat ‘Plan Marketing’ Pinang Suami.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI