Peribahasa Melayu ‘Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia’ itu antara peribahasa yang melambangkan betapa seorang wanita bergelar ibu, meskipun di luarnya mempunyai sifat lemah lembut namun bukanlah suatu yang mustahil dapat menyumbang tenaga yang luar biasa untuk keluarganya bahkan sekali gus untuk negara.
Inilah yang dapat dikaitkan dengan kisah seorang ibu tunggal ini dalam membesarkan anak-anaknya. Sungguh untuk dia menjadi ibu dan dalam masa yang sama menjadi bapa untuk mencari rezeki, bukanlah mudah.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Namun demi anak-anak, ibu ini kuat dan perkara inilah yang dilakukan oleh pemilik akaun TikTok @nur87ladytruckers. Wanita yang dikenali sebagai Nurazlinda Mahadi memilih untuk menjadi seorang pemandu lori kontena bagi menyara lima orang anaknya itu.
Ads
“Saya seorang pemandu lori kontena. Sayalah ibu dan sayalah ayah kepada lima orang cahaya mata,” kata Nurazlinda melalui video yang dikongsikan.
Ketika berada di rumah, Nurazlinda akan menjadi seorang ibu kepada anak-anaknya, yang terdiri daripada seorang anak lelaki dan empat anak perempuan.
Ads
Namun, watak ibu itu sekelip mata berubah ketika dia berada di luar rumah, di mana wanita berpurdah ini mencari rezeki dengan melakukan tugas seorang bapa iaitu sebagai pemandu lori kontena.
Kisahnya ini cukup memberi inspirasi buat wanita yang lainnya, hinggakan setiap kali berkongsi video berkenaan kerjayanya sebagai pemandu kontena sering mendapat perhatian dan pujian daripadan warganet.
Bermacam cara boleh dilakukan untuk berbuat kebaikan, bahkan dengan niat sekadar suka-suka untuk bercucuk tanam di halaman rumah bagi mengisi masa lapang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akhirnya menjadi salah satu cara untuk dua sahabat ini bersedekah kepada jiran-jiran.
Kini laman rumah mereka sekali pandang memang seperti kebun sayur, ada bermacam-macam sayur di tanam.
“Share rezeki….semua lepas ambil nak bayar, tapi saya cakap tak payah. Ambil je,” demikian kapsyen yang tertulis pada video yang dikongsikan di aplikasi TikTok milik @zulahmad34
Menerusi video tersebut, dilihat pemilik tanaman sedang mengagih-agihkan sayur-sayuran yang telah dituai kepada jiran-jiran tetangga. Nampak dilihat banyak juga hasil tuaiannya dan dapatlah diberi kepada ramai orang.
Sehingga kini video tersebut telah ditonton oleh 38.6K orang dan mendapat daripada netizen yang memuji usaha yang dilakukan oleh mereka itu dan dibanjiri dengan doa dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.
Manakala memetik perkongsian di mSar difahamkan idea bercucuk tanam sayur-sayuran tersebut tercetus secara spontan yang dilaksankan pada Jun yang lalu.
“Asalnya sekadar hobi suka-suka saja. Nak kata saya minat sangat nak bercucuk tanam , tidak juga. Tapi masa PKP tu nak keluar pun tak boleh, jadi saya bersama seorang rakan serumah, Jorizal Yazit, kami perlahan-lahan mula menanam sayur.
“Asalnya sebelum ini cuba tanam stevia tapi tak menjadi, jadi tukar tanam sayur pula. Syukur alhamdulillah, seronok pula tengok hasilnya kali ini menjadi. Dulu tanah dekat laman bahagian tepi ini tumbuh rumput je, sekarang ni dari belakang hingga depan penuh dengan pokok-pokok sayur.
“Kami niat memang nak sedekah saja, jiran-jiran yang satu lorong dengan rumah kami semua dapat sayur free.
“Rumah teres kami ni dekat dengan kedai runcit. Bila ada orang lalu lalang dan nampak sayur ni, mereka tanya nak jual ke? Kami beritahu tak jual, siapa nak boleh ambil. Niat kami memang nak sedekah,” jelasnya panjang lebar.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Suami terindah bukanlah yang mampu memberikan segalanya. Tetapi suami yang setia dan selalu ada dalam tangis dan tawa bersama isteri serta anak-anak. Sifat sabar dan bertolak ansur perlu ada dalam sesebuah rumah tangga. Termasuklah juga ringan tulang membantu isteri tambah lagi jika kedua-dua anda bekerja.
Jangan biarkan isteri berpenat lelah di luar, apabila pulang, sendirian melakukan kerja rumah. Tidak perlu tunggu isteri meminta tolong, sebaliknya sama-sama melakukannya. Percayalah, isteri pasti tersenyum bahagia.
Sebak bila melihat seorang isteri….
Malam tadi jumpa seorang abang 4 pagi di kedai mamak…ustaz, sakit jiwa saya bila balik rumah berserabut. Malas rasa duk rumah. Isteri selekeh, rumah bersepah, dan kuat membebel dan marah-marah..apalah kerja dia di rumah. Anak 2 orang. Saya balik penat-penat nak rehat. Rasa nak berehat..dia cuma suri rumah jer…Ke ustaz rasa macam mana?
Kerja seorang isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa atau wanita yang bekerja. Dua-dua sangat penat abang. Sebab kerja rumah ini tak pernah habis..
Terutama jika ada anak-anak. Kerja di rumah tak pernah habis..
Cuba suruh isteri kerja 3 hari. Kita lelaki urus rumah 3hari. Rasanya Allah jer yang tahu. Penat, letih, lesu dan rasa nak menangis. Nabi saw paling memahami dan melayan perasaan isterinya. Tak marah dan sentiasa prihatin dan suka menawan hati mereka..
Saya jika balik tengah malam atau balik kerja isteri senyap atau tengah baring. Saya tolong picit kakinya. Urut tapak kaki. Saya tahu dia letih. Dan tolong tolak tarik bagi badan bunyi-bunyi. Sebenarnya bukan apa, saya tahu dia penat sangat..Bidadari saya buat semuanya kerana Allah. Begitulah semua isteri di dunia ini…kerana cinta kerana Allah mereka buat semua tu. Itulah ubat hati mereka..
Perkara asas dalam hidup mereka terabai. Makan minum, rehat tidur, waktu mandi dan ke tandas, urus diri dan kasih sayang..mereka kena layan kerenah anak-anak. Jika ada anak di rumah. 24 jam nak makan. 24 jam rumah bersepah. Baru kemas sejam. Sekejap isteri urus benda lain. Rumah dah tak rupa rumah. Bersepah semula…mereka menjerit marah penat…belum kira anak menangis 24 jam. Nak susu, nak berak, main air, berebut mainan…Boleh darah tinggi 24 jam kena menjerit. Melihat dan nak menegur anak-anak..
Basuh baju jer. Dari pagi kutip baju. Basuh baju. Lepas tu jemur baju. Lepas tu angkat baju. Lipat baju. Kemas dalam almari ikut jenis. Ikut almari masing-masing. Kadang almari tak cukup beli bekas dekat giant. Sekejap lagi anak terbalikkan. Kasihankan. Ya Allah…
Duduk seorang diri di rumah. Takde orang lain. 24 jam mengadap pintu rumah. Takde kawan bercakap. Banyak nak cakap. Suami balik. Ingat nak cerita. Salah luah. Sebab dah penat. Cakap merapu. Suami pula cakap awak duduk rumah apa kerja? Awak duduk rumah macam mana duit habis? Awak duduk rumah tak boleh urus rumah? Terus rasa nak pecah kepala mereka. Kat mana nak mula. Kerja rumah kalau terang habis satu buku. Kalau cerita 3 hari 3malam tak selesai. Suami mengamuk pergi lepak dengan kawan. Lepak mamak. Cian isteri..isteri nak lari mana. Siapa nak jaga anak di rumah..ya ALLAH…
Kita kahwin ini amanah ALLAH. Tolak ansurlah. Kerjasamalah. Biar ada hati budi. Ada hati perut. Doaakn isteri. Sayangi mereka. Bantu mereka. Beri masa dengar kisah hidup mereka. Ya Allah kami suami sangat sayang isteri amanahmu. Sayangilah mereka. Kekurangan kami dalam sayang dan beri masa bangunkan mereka dengan Islam kau maafkanlah.
Abang tadi menangis. Ya Allah… ustaz. Terima kaseh. Sedih rasa. Rindu isteri saya. Betul lah ustaz. Tuler abang, saya lagi rindu isteri anak-anak saya. Bila tadi saya suap anak-anak 3 pagi duduk lepak. Jauh mereka merayau. Ya ALLAH selamatkanlah keluarga kami semua. Dari tadi saya sebak. Maaf saya emosi sikit cerita pada abang ini.
Wanita mana yang tidak mendambakan kehadiran insan kecil terisi di dalam rahim mereka. Doa dan usaha tidak putus-putus agar Tuhan memakbulkan rezeki yang satu ini.
Namun Kun Fa Ya Kun, yang berusaha hanyalah insan biasa, penentu segalanya adalah sang Pencipta. Jika belum diberikan rezeki itu, maka reda dan terima dengan hati terbuka. Pasti suatu hari nanti, doa tersebut didengari.
Bagi isteri pelakon popular, Datuk Adi Putra, Datin Aida Yusof akui reda menantikan rezeki kehadiran cahaya mata walaupun sudah lebih 14 tahun berkahwin.
Berkongsi kisah dalam satu temu bual bersama majalah Nona baru-baru ini, akui isteri kesayangan pelakon Dato’ Adi Putra ini, dia reda biarpun Tuhan belum mengurniakan rezeki zuriat buat mereka.
Berkongsi satu video pendek menerusi laman instagramnya, Aida mengakui sudah empat kali menjalani kaedah rawatan kesuburan persenyawaan luar rahim atau in-vitro (IVF).
Hasil rawatan tersebut, dia pernah hamil kembar sebanyak tiga kali manakala yang terakhir adalah kembar tiga (triplet).
“Sepanjang 14 tahun berkahwin, jujurnya saya dah pernah buat IVF empat kali… Tiga kali mengandung kembar dan yang terakhir sekali triplet.
“IVF tak membebankan walaupun saya terpaksa ambil suntikan setiap hari di kiri dan kanan perut. Saya tetap tidak berputus asa kerana saya sukakan kanak-kanak. Dapat seorang pun okay.
“Suami banyak beri semangat. Selagi belum ada rezeki kami akan terus cuba. Saya ambil semangat Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dia tunggu 11 tahun untuk dapatkan zuriat,” ujarnya yang memiliki dua anak angkat reda walaupun tak dikurniakan anak sendiri.