Pernah dengar kata-kata ini? “Ajarlah anak-anakmu solat ketika umur mereka tujuh tahun dan rotan mereka (sekiranya enggan solat) pada umur sepuluh tahun.” Tidak dinafikan mendidik dan mentarbiyyah anak-anak untuk solat bukan suatu yang mudah. Sememangnya, mendidik anak solat ini memerlukan kesabaran yang tinggi, tetapi yakinlah ia akan menjadi mudah jika dilakukan dengan hati yang ikhlas dan anak pula diberikan pendedahan sejak kecil lagi.

Ibu Bapa Kena Alert Cara Ini Agar Mudah Nak Didik Anak Suka Solat Sejak Kecil

1) Ajar anak suka dengar azan
– Sewaktu azan, suruh anak diam, dengar dan menghayati sama-sama.
– Kuatkan suara ketika menjawab azan supaya anak dapat dengar.
– Jelaskan kepada anak anda tentang azan iaitu panggilan untuk solat.
– Ketika mahu solat, suruh anak anda yang azan atau iqomah. Ini dapat menaikkan semangat mereka untuk solat.
2) Ajak anak cara berwuduk
– Sebaik sahaja azan, cepat-cepatlah ajak anak anda berwuduk bersama-sama.
– Tampalkan poster wuduk yang menarik minat anak anda di bilik air. Boleh sahaja gunakan karakter animasi yang digemari anak anda. Pasti hari-hari mereka mahu lihat dan belajar untuk wuduk.
3) Ajar anak sejak dari kecil
– Biasakan solat depan anak.
– Latih anak anda pergerakan solat ketika mereka bermain. Contohnya ajak mereka bersenam tetapi dengan gaya bersolat.

IKLAN

”Ya Tuhanku, Jadikanlah Aku Dan Anak Cucuku Orang-Orang Yang Tetap Mendirikan Solat. Ya Tuhan Kami, Perkenankanlah Doaku.
Surah Ibrahim
Ayat 40

4) Memberi pujian
– Tingkatkan kecintaan anak anda tentang solat dengan memberi pujian.
“Alhamdulillah, hari ini abang solat. Bagus anak mama ini. Mama dan abah sayang abang. Allah lagi sayang abang.”
– Tambahkan lagi dengan pelukan kasih sayang agar anak anda rasa lebih dihargai.
5) Dengarkan bacaan dalam solat
– Lafazkan bacaan ketika solat dengan sedikit kuat dan dapat didengari dengan jelas oleh anak anda. Ayat-ayat al-Quran sememangnya boleh memberi ketenangan dan perhatian untuk anak lebih fokus mengikuti setiap pergerakan solat.
– Tapi perlu diingatkan, pilihlah ayat-ayat yang lebih pendek agar anak anda mudah fokus dan tidak mengganggu perhatian mereka.
6) Solat Berjemaah dan ajak ke masjid
– Biasakan diri untuk solat bersama-sama. Dan paling terbaik jika ajak anak anda ke masjid.
– Tanamkan perasaan cintakan masjid dan menjaga tingkah laku ketika berada di dalam masjid. Jika mereka sukar untuk mengawal diri, jangan marah. Nasihat dengan lemah lembut.

IKLAN

7) Sediakan ruang solat khas di rumah
– Tampal poster-poster solat berwarna-warni yang dapat menarik minat anak anda untuk selalu masuk ke ruangan solat.
8) Hadiahkan kelengkapan solat
– Alangkah seronoknya anak anda apabila menerima hadiah kelengkapan solat yang cantik dan berwarna-warni. Ia dapat mendorong anak anda lebih bersemangat dan seronok untuk solat setiap hari.
– Anda juga boleh mengajak anak anda untuk beli kelengkapan solat mengikut pilihan kesukaan mereka. Semoga usaha mendidik anak akan lebih berkesan jika anak anda menggunakan pakaian solat kegemaran mereka sendiri.
9) Betulkan Cara Solat Anak Anda
– Tegur dan ajar cara solat anak anda dengan berlemah lembut dan berhemah.
– Sentiasa perbetulkan dan ajar cara solat anak anda untuk dia solat dengan betul.
10) Selalu berdoa untuk anak
– Jangan pernah berhenti berdoa untuk mendapatkan anak-anak yang soleh dan solehah yang mudah diajak solat dan cintakan solat.

IKLAN

Sumber: www.khalifahdidik.com

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI