Bercuti bersama keluarga memang menyeronokkan. Ada sahaja momen indahbuntuk dikenang tak kurang juga yang melucukan. Datin Dr Halina berkongsi satu cerita yang telah terjadi kepada anak keduanya, Sophea Natasha ketika mereka sekeluarga pergi bercuti baru-baru ini.
Menurut ibu anak enam ini, ketika mahu check out dari hotel, dia sibuk mengemas baju anak-anaknya untuk disimpan dalam beg.
Setelah itu, Dr Halina telah meminta staff hotel untuk membantu membawa kesemua beg pakaian mereka sekeluarga dibawa turun ke lobby.
Berlaku Insiden lucu bila mana Dr Halina terlupa menyimpan satu salinan pakaian untuk anak keduanya, Tasha yang masih lagi berendam dalam bathtub. Sebaliknya, yang tertinggal ketika Itu hanyalah beg baju Dr Halina dan sepasang kain telekung.
Dek kerana tiada pilihan, Tasha memilih baju ibunya itu untuk dipakai. Seloroh Dr Halina, Tasha tiada pilihan lain melainkan dia ‘sanggup’ untuk memakai kain telekung.
Alkisahnya tadi.. Kitorg nak check out dah from hotel. Maknya tgh sibuk2 kemas bag.. Brg2makanan, baju2 kotor, baju2 basah, nak make sure Semua org dah mandi sebelum balik KL, nak susukan yg kecik2 tu… So, bila dah habis packing.. We all mintak tolong hotel staff hantar lah bag kitorg yg kemain byk tu turun bawah dulu… Yg tinggal mak punya bag je sbb mak punya bag tu dah jadi macam catch-all bag.. Mana yg tak de kategori / tertinggal Last minute tu semua masuk bag mak.. Hahaha..
Tapi, maknya lupa ada lagi sorang anak (Tasha lah…) yg masih berendam dlm bathtub tak nak keluar.. Dia diam je.. Tiba2 dia keluar.. Tapi bag semua dah hantar ke lobby.. Yg tinggal, hanyalah baju mak dalam satu2 bag yg masih ada dlm bilik.. Kalau tanak pakai baju tu, kena pakai telekung mak.. Hahaha.. Pilih mana nak..
Sebelum balik singgah kedai runcit beli aiskrim dulu… Van yg nmpk bayang dari cermin kedai tu lah van pekerja Rebung yg kitorg pinjam 🤭
Lega rasanya dah rasanya dpt tgk laut.. Alhamdulillah…
Perkongsian gambar Tasha memakai baju Dr Halina telah mencuri perhatian ramai. Meninjau ruangan komen, rata-rata terhibur membaca perkongsian Dr Halina itu. Tak kurang yang memuji Tasha tetap nampak stailo.
nurul.izzatihamid Dr. Tak boleh imagine kalau Tasha pilih nak pakai telekung 😂
damiiii_4Style gilaaa baju, seriously ingat memang style baju Tasha😂😂
goldencaveNasib baik tak tertinggal Tasha dalam bilik hotel dia sorang
the_nalieasTak apalah pakai macam tu pun nampak segak, helok jee 😍
bonda_weweKlu anak ramai mesti ada jak sorg yg berperangai kn.. Org mandi dia msh tdur org mkn dia baru nak mandi.. Org bkemas dia pulak baru nak mkn.. Bikin naik darah😂😂😂
nh_hudaomar😂😂 begini la mak anak ramai. Ke mana2 always kira2 anak cukup ke tak. Btw, tasha pakai la baju camne pun. Comey jer.
nurainsharifYg penting nmpak stylo tasha Konpident tu lg penting 😂
Nabila Razali masih bekerja, tak boleh duduk diam, berdebar bersalin anak pertama. Dalam keterujaan menantikan kelahiran anak sulung pada Januari depan, penyanyi dan pelakon Nabila Razali mengakui gementar untuk melalui proses bersalin.
Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd. Razali masih aktif bekerja meski usia kandungann sudah mencecah sembilan bulan. Wanita berusia 32 tahun itu banyak bertanya tentang pengalaman wanita lain yang pernah melalui proses tersebut sebelum ini.
“Kini saya hanya menunggu minggu untuk melahirkan anak pertama yang dijangka pada Januari depan.
“Ya rasa gemuruh, saya sudah tanya ramai orang mengenai pengalaman bersalin termasuk Bella Astillah.
“Sekarang alhamdulillah masih diberi tenaga bekerja. Mengikut perancangan, saya sepatutnya dah berehat dari kerjaya seni bulan lalu tetapi disebabkan saya seorang yang tak boleh duduk diam, saya memilih untuk terus bekerja,” katanya.
Dalam masa sama, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami, Nik Iruwan Nik Izani yang sangat menyokong dirinya terutama dalam tempoh kehamilan cahaya mata sulung mereka.
“Suami okey dengan keputusan saya untuk aktif bekerja cuma dia pesan jaga diri elok-elok dan jangan terlalu bekerja keras takut penat.
“Rezeki saya juga memiliki seorang suami yang sangat memahami dan menyokong.
“Cuma setakat tempoh kehamilan, semuanya berjalan dengan baik dan minta semua dapat doakan agar urusan bersalin nanti dipermudahkan,” katanya lagi.
Berkongsi tentang persiapan barangan bayi, Nabila mengakui perkara itu mula dilakukan sejak minggu lalu kerana jadual kerja yang padat sebelum ini.
“Persiapan barang bayi saya mula lakukan sejak minggu lepas. Dalam sibuk bekerja, sempat juga saya curi masa untuk beli beberapa keperluan seperti kereta sorong dan sebagainya.
“Ramai juga nasihatkan saya termasuk ahli keluarga agar berpada-pada dalam berbelanja sebab lihat terlalu galak membeli macam-macam barang,” ujarnya yang dijangka bercuti selama dua bulan untuk berpantang selepas bersalin sebelum kembali mula bekerja pada Ramadan tahun depan.
Nabila hadir ketika majlis pelancaran single terbaharunya bersama Bella berjudul CACACA di sini, semalam.
Berkongsi tentang lagu CACACA, Nabila teruja dapat bergandingan dengan Bella untuk menyanyikan sebuah lagu yang sarat dengan elemen nasihat dan ‘self love’.
“Lirik dan mesej dalam CACACA sangat positif dan mahu lari dari lagu-lagu lain sekarang ini yang banyak mengandungi lirik berbaur negatif.
“Harap peminat dapat menerima CACACA sebab ramai sudah menanti untuk saya muncul kembali dengan elemen pop selepas tampil dengan karya galau sahaja sebelum ini,” kongsinya.
Awal Oktober lalu, Nabila memaklumkan dirinya sedang hamil dan dijangka bakal bersalin pada awal tahun hadapan sebelum mengumumkan jantina bayinya iaitu lelaki pada November lalu.
Nabila dan Nik Iruwan sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis di Bukit Tinggi, Pahang pada 18 November 2023.
German Cookies ni antara Biskut Raya paling senang nak buat. Selain bahan yang digunakan sedikit, cara mengadunnya juga mudah. Hanya gentel-gentel, bakar dan siap. Mudah kan!
Paling best biskut ini yang mudah cair di dalam mulut. Gerenti anak-anak suka. Untuk ibu-ibu yang nak cuba, boleh gunakan resipi yang dikongsikan oleh Azura Felulaini.
Cara penyediannya:
1- Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap. bahagikan kepada 7 bahagian dan masukkan warna yg disukai
2- Ambil sedikit adunan, kemudian bulat-bulatkan dan susuh atas dulang pembakar. guna garfu dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
3-. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Amboi, comel sungguh kucing jiran sebelah tu! Geram je tengok bulu dia yang lebat dan cantik,” getus Hani dalam hati bila ternampak kucing jirannya.
Teringin juga nak bela seekor kucing sebagai haiwan peliharaan di rumah. Tapi tak berapa mahir dengan penjagaannya pula, risau terbiar pula si bulus nanti.
Hari ini ramai masyarakat di Malaysia menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan mereka tetapi sejauh mana mereka benar-benar memahami penjagaan, perkembangan fizikal dan emosi kucing?
Jangan hanya semata-mata bela kucing sebab suka tengok fizikalnya yang comel dan seronok bermain dengannya tetapi langsung tiada pengetahuan tentang perkembangan fizikal, emosi, sosial dan pemakanan si bulus.
Menurut Dr Dylan Choy, Veterinar Berdaftar dan juga Pengurus Komunikasi Saintifik di Royal Canin Malaysia, adalah penting pemilik kucing memahami fasa perkembangan seekor kucing bermula dari lahir hingga dia dewasa.
“Tumbesaran anak kucing dibahagikan kepada dua fasa. Dalam fasa pertama ini (antara 4 minggu hingga 4 bulan), anak kucing sedang membesar dalam kadar yang amat tinggi. Oleh itu, pemakanan yang diperkenalkan kepada anak kucing dalam tempoh cerai susu (sekitar umur 4 minggu) haruslah senang dihadam, mudah dijadikan konsistensi lembut dan mempunyai kandungan kalori yang bersesuaian.
Pada fasa kedua pula, meskipun kadar tumbesaran anak kucing masih tinggi tetapi adalah tidak setinggi seperti di fasa pertama. Oleh itu, pemakanan yang dirumus khas untuk peringkat umur ini pula seharusnya diberikan untuk memastikan tumbesaran anak kucing yang sihat.
Lazimnya, anak kucing akan mencapai kedewasaan pada umur 1 tahun. Kucing baka besar seperti Maine Coon pula lazimnya mencapai kedewasaan dalam umur 15 bulan (sekitar 1 tahun 3 bulan.”
Dr Dylan turut menegaskan pentingnya memastikan kucing peliharaan makan makanan yang berkhasiat untuk mereka hidup sihat.
Tambahnya lagi, pemilihan makanan kucing adalah langkah yang paling penting dalam penjagaan kucing dari segi nutrisi. Pemilihan makanan yang menyeluruh dan seimbang dapat mengekalkan kesihatan anak bulus melalui nutrisi dan khasiat yang mencukupi untuk tumbesaran dan kesejahteraan mereka.
“Ramai pemilik kucing sering memberi sisa makanan ataupun campuran nasi dengan ikan. Hal ini sebenarnya amat memudaratkan si kucing disebabkan pemakanan yang tidak menyeluruh dan seimbang. Kucing-kucing yang diberi makanan sebegini selalunya kekurangan vitamin dan zat-zat besi yang boleh menjadi masalah kesihatan yang kronik dan serius,” katanya lagi.
Secara ringkasnya, pemilik kucing dinasihatkan untuk mendapatkan makanan kucing yang berkualiti tinggi dan dirumus khas untuk kucing mengikut fasa tumbesaran dan usia mereka.
Kucing pun ada emosi
Walaupun kucing itu haiwan tetapi ia tetap ada emosi dan perasaan yang perlu dijaga. Tahukah anda, kucing yang dijaga emosinya dan sentiasa gembira akan membesar dengan sihat.
Oleh itu pemilik kucing kena belajar memahami emosi kucing. Dr Dylan mengingatkan pemilik kucing, haruslah mempelajari sedikit sebanyak tentang bahasa badan (‘body language’) kucing kerana ini merupakan cara komunikasi mereka dengan manusia.
“Pemilik kucing amat digalakkan untuk mengenali tanda-tanda stres pada kucing, seperti menjilat bulu secara berlebihan, posisi telinga ke belakang dan lain-lain.
Keadaan yang stres kepada kucing boleh menyebabkan sistem imun seekor kucing terjejas, dan akibatnya kucing senang menghidap penyakit seperti selesema, penyakit saluran kencing dan lain-lain.”
Selain menjaga emosi kucing, haiwan comel ini juga perlu dirangsang perkembangan sosialnya. Maka seawal usia lagi kucing perlu diajar berinteraksi dengan manusia di sekelilingnya.
Dr Dylan berpesan supaya interaksi antara manusia dan kucing haruslah dilakukan dengan kadar segera untuk mengeratkan ikatan dan membina kepercayaan kucing terhadap manusia. Interaksi ini akan menjadi lebih mudah ketika umur mereka masih kecil.
“Interaksi dengan kucing peliharaan lain pula seharusnya dilakukan selepas kucing tersebut menyempurnakan vaksinasi yang diperlukan mengikut jadual. Amat disarankan untuk mengasingkan kucing yang ada dengan kucing baharu sekurang-kurangnya 7 hari. Cara ini boleh mengelakkan jangkitan penyakit dari kucing baharu ke kucing yang sedang dipelihara, sekiranya ada.
Grooming kucing itu penting!
Selain penjagaan kesihatan, ramai pemilik kucing jarang menyediakan keperluan penjagaan kebersihan kucing atau grooming kepada kucing mereka sedangkan ia adalah elemen penting dalam penjagaan kucing yang bertanggungjawab.
Ramai pemilik kucing menganggap kebersihan kucing (grooming) hanyalah dengan memandikan mereka atau merapi bulu. Sebenarnya grooming ini turut memerlukan pembersihan pada bahagian telinga, memberus gigi (ya betul, gigi kucing turut perlu diberus!), memotong kuku serta menyikat bulu kucing.
Kucing yang berbulu panjang dan tebal memerlukan penjagaan yang lebih kerana mereka lebih cenderung menghasilkan bebola rambut (hairball) dari bulu mereka sendiri ketika pembersihan diri.
Pengumpulan dan cara yang tidak berkesan untuk menghilangkan bebola rambut dari sistem pencernaan boleh menyebabkan keadaan serius seperti pembentukan trichobezoars (penggumpalan rambut di saluran pencernaan), yang boleh menyebabkan penyumbatan akhirnya memerlukan pembedahan. Oleh itu, pemilik kucing amat digalakkan untuk menyikat bulu kucing setiap hari untuk membantu menghilangkan bulu yang gugur yang mungkin boleh tertelan. Di samping itu, pemakanan yang dirumus khas untuk menyingkirkan bulu yang ditelan semasa pembersihan diri juga dapat mengurangkan risiko pembentukan trichobezoars.
Memberus gigi kucing jarang dilakukan oleh pemilik kucing tetapi tabiat ini amat penting untuk mencegah pembentukan tartar gigi dan radang gusi (gingivitis). Seperti manusia, kucing juga boleh mengalami masalah kesihatan berkaitan dengan gigi. Oleh itu penjagaan gigi amatlah penting. Seelok-eloknya, pemilik kucing melatih mereka untuk membiasakan diri dengan memberus gigi ketika usia mereka masih muda.
Pembersihan pada bahagian telinga kucing tidak perlu dilakukan dengan kerap – mungkin sekali dalam 3-4 minggu sudah mencukupi. Untuk langkah ini, pemilik kucing hanya perlu menggunakan kain untuk membersihkan tahi telinga atau kekotoran yang terkumpul di pada bahagian luar telinga. Walaubagaimanapun, tidak digalakkan untuk membersihkan telinga kucing anda dengan menggunakan cotton bud atau memasukkan bebola kapas ke dalam bahagian dalam telinga kerana ini boleh menyebabkan kecederaan pada telinga jika tidak dilakukan dengan betul. Digalakkan pembersihan telinga ini dilakukan oleh doktor haiwan atau penjaga yang terlatih. Sekiranya terdapat lendir atau bau busuk dari telinga, jangan teragak-agak untuk membawa kucing anda ke doktor haiwan untuk pemeriksaan lanjut.
Memotong kuku kucing juga sangat penting untuk kucing dan manusia yang tinggal bersama. Kuku yang terlalu panjang boleh menyebabkan cengkam kuku, dan ini boleh mendatangkan kecederaan dan jangkitan pada bahagian kaki dan seterusnya menyebabkan masalah pergerakan lain. Selain itu, kucing dengan kuku yang tumbuh terlalu panjang mungkin tidak dapat menarik kembali kuku mereka sepenuhnya yang boleh menyebabkan kecederaan pada anda dan ahli keluarga semasa interaksi dengan kucing anda.
Penggunaan alat yang sesuai adalah penting dalam penjagaan kucing. Sentiasa gunakan syampu yang diformulasi khas untuk kucing dan bukan untuk manusia kerana kulit kita sangat berbeza dengan kucing. Penggunaan syampu yang tidak betul boleh menyebabkan masalah kulit pada kucing anda. Saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mendidik pemilik kucing agar tidak menggunakan pembersih tangan (hand sanitiser) pada kucing kerana ia tidak dirumuskan untuk haiwan dan boleh menyebabkan kerengsaan kulit pada kucing kesayangan anda.
Penting bawa kucing berjumpa doktor haiwan selalu
Dalam menjaga kesihatan si bulus, amat disarankan bagi pemilik kucing untuk menghantar kucing kesayangan ke klinik haiwan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Amalan ini amat penting untuk mengetahui jika kucing peliharaan mempunyai tanda-tanda penyakit dan membolehkan rawatan dapat dilakukan dengan segera dan efektif.
Sehubungan dengan itu, Royal Canin kini sedang giat mengadakan kempen “Take Your Cat To The Vet”. Objektif kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran pemilik kucing tentang pentingnya membawa kucing kesayangan berjumpa doktor haiwan dengan kerap melalui pelbagai aktiviti yang disediakan oleh Royal Canin. Aktiviti yang disediakan adalah sangat sesuai untuk semua peringkat umur bagi kebajikan dan kebahagian kucing peliharaan.
Anda boleh mendapatkan maklumat semua aktiviti yang sedang berlangsung dari kempen ini di www.royalcanin.com
Salah satu aktiviti yang disediakan untuk kempen ini adalah Permainan Web Pendidikan Interaktif MyCat2Vet. Melalui permainan web ini, para pemain dapat mempelajari petua-petua betul dalam penjagaan kucing serta mengumpul mata permainan. Lebih menarik lagi, 10 pengumpul mata tertinggi akan diberi ganjaran produk Royal Canin selama sebulan. Permainan web ini sedang berlangsung sekarang sehingga 2 Disember. Layari www.animalhappiness.asia untuk penyertaan.
Utamakan kesihatan si bulus
Kucing pun macam manusia, kadangkala ada masa jatuh sakit. Jadi, ianya amat penting untuk pemilik kucing mengamalkan penjagaan kebersihan diri terutamanya ketika waktu pandemik Covid-19 ini untuk kepentingan ahli keluarga termasuklah haiwan peliharaan.
Sebagai doktor veterinar, Dr Dylan menyarankan untuk mengasingkan diri dengan ahli keluarga dan kucing peliharaan jika anda jatuh sakit. Jika boleh, elakkan untuk mendekati haiwan peliharaan sehingga anda sihat. Jika tidak dapat dielakkan, haruslah diingatkan untuk sentiasa membasuh tangan dengan sabun sebelum dan selepas anda bersentuhan dengan kucing kesayangan.
Turut disarankan untuk membenarkan kucing kesayangan anda dijaga oleh orang lain yang anda percaya sehingga anda sembuh.
“Jika kucing kesayangan anda jatuh sakit, amat disarankan untuk mengasingkan kucing ini dari kucing peliharaan yang sihat untuk mengelakkan jangkitan. Mangkuk makanan, pasir kucing dan tempat tidur juga tidak boleh dikongsi di antara kucing yang sihat dan kucing yang sedang sakit.
Seperti biasa, patuhi arahan doktor haiwan anda selepas konsultasi atau sebaik keluar dari wad. Patuhi janji temu yang telah dijadualkan untuk sesi susulan bagi memastikan doktor haiwan ketahui keadaan terkini kucing peliharaan anda.
Jawab soalan ini dan anda berpeluang menang hadiah makanan kucing Royal Canin. Tarikh tutup penyertaan pada 9 Disember 2020
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bella Astillah mendedahkan pernah mendapatkan bantuan pakar psikiatri ketika melalui fasa sukar lapan tahun lalu serta berharap masyarakat menghentikan stigma terhadap isu kesihatan mental.