Ekoran pandemik covid-19, ramai antara kita terkesan akibat wabak ini. Ada yang kehilangan pekerjaan, gaji yang dipotong, perniagaan terjejas dan ada juga terpaksa menutup perniagaan.

Nyata, impaknya begitu ketara apabila pendapatan untuk menyara keluarga terjejas. Namun, tidak boleh berpeluk tubuh dengan mengharapkan bantuan kerajaan semata, kehidupan harus diteruskan.

Begitulah situasi yang dihadapi kini ramai dikalangan kita yang terpaksa mengubah haluan hidup. Antaranya perkongsian seorang wanita ini di facebook miliknya, puan Cik Puan Ammy mengenai perjuangan abang kandungnya meneruskan kehidupan setelah pengusahaan bas sekolah dan perniagaan van pelancong terkesan akibat pandemik ini.

Menurut beliau sebelum ini abangnya mengusahakan perkhidmatan bas sekolah di kawasan Subang bestari Shah Alam, Selangor kini terjejas ekoran menutupan sekolah bagi mengelak penularan wabak ini.

IKLAN

Sekolah Tutup, Pengusaha Bas Sekolah Ini Buka Gerai Jual Burger, Tampung Perbelanjaan Keluarga.

Kini bagi menyara kehidupan keluarga, sebagai sumber pendapatan meneruskan kehidupan bagi menyara anak-anak dan keluarga, abangnya telah membuka gerai menjual makanan seperti burger dan roti John di kawasan Subang Galaxy,Shah Alam Selangor.

Jelas, situasi sekarang ini, biarpun sukar, jika kita berusaha, pasti ada rezeki buat keluarga. Percaya kepada rezeki tidak salah alamat, pasti ia datang mencurah tanpa kita duga.

IKLAN

Moga kisah ini menjadi inspirasi buat yang mengalami kesukaran kini, Usah berduka, pasti ada jalan bahagia buat keluarga.

Ikuti perkongsianya. 

IKLAN

Sekolah Tutup, Pengusaha Bas Sekolah Ini Buka Gerai Jual Burger, Tampung Perbelanjaan Keluarga.

Ini adalah abang kandung saya. Beliau pengusaha bas sekolah area Subang Bestari Shah Alam, Selangor dan van pelancongan… Akibat PKPB perniagaan van sekolah dan van pelancongan beliau telah terjejas…
Menggunakan tulang empat kerat yang dikurniakan oleh Allah SWT, beliau suami isteri membuka gerai burger dan roti john sebagai sumber kedua mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan keluarga, tidak seperti segelintir manusia yang tahu mengeluh… Mengeluh… Mengeluh… Tidak bersyukur dengan nikmat pancar indera dan anggota badan yang sempurna kurniaan Allah Swt…
Isteri yang sentiasa memberi semangat.
Sekolah Tutup, Pengusaha Bas Sekolah Ini Buka Gerai Jual Burger, Tampung Perbelanjaan Keluarga.
Alhamdulillah beliau dianugerahkan seorang isteri yg sentiasa berada di samping memberi semangat untuk terus berusaha selagi bernafas…
Doakan perniagaan abang CPA maju dan rezeki mereka sekeluarga bertambah…
Jika sesiapa yg duduk erea berdekatan boleh lah cuba jualan beliau kerana rasanya tidak pernah mengecewakan…
Semoga berjaya abang Lie Liekuantan dan kak Qaseh Aafiyah…
Lokasi, Pangsapuri Seri Pelangi. Jalan Bumi U5/137, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor. Jom singgah warong kami di Subang Galaxy. Kami ada burger goreng special menanti anda.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI