Siapa yang tak kenal dengan Selebriti, Hanis Zalikha. Ada ibu-ibu muda menjadikan isteri kesayangan Hairul Azreen ini sebagai Idola terutama dalam bab mendidik anak-anak.
Terbaru ,ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi pengalaman anaknya, Yusuf Iskandar yang cuba menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan tahun ini buat kali pertama.
Menurut Hanis, anak sulungnya itu berjaya berpuasa selama sehari meski usianya baru hampir mencecah usia enam tahun.
“Setakat ini dia dapat puasa sehari sahaja lah dan dia buat pun dengan rela hati.
“Mungkin sebab dia tengok saya dengan suami puasa, jadi dia pun cakap teringin nak cuba untuk puasa,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Hanis dan suami sepakat untuk tidak mahu bersikap keterlaluan dalam usaha mendidik anak-anak.
Akui senang dengan sikap dua permata hatinya yang bersemangat untuk melakukan amalan kebaikan, jelas Hanis sebagai ibu dia tidak mahu terlalu memaksa.
“Sejujurnya, perkara lain macam solat dan puasa ni semua saya sebagai ibu tidak mahu terlalu memaksa
“Sebolehnya saya cuma mahu tunggu bila dia dah betul-betul bersedia untuk buat.
“Kalau orang kata cara saya didik anak tu lembut tetapi sebenarnya tidak sebab saya ni seorang yang tegas cuma tak garang.
“Bagi saya, anak ini satu amanah kan jadi memang kita kena tegas kalau nak didik anak,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Hanis kini secara rasmi telah dilantik untuk menjadi duta rangkaian pakaian fesyen muslimah jenama Innersejuk.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini ketika ditemui di majlis perlantikan tersebut menzahirkan rasa syukur apabila diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai duta jenama berkenaan.
“Saya rasa berbesar hati sangat apabila dipilih untuk pegang dan galas amanat ini.
“Apa yang membuatkan saya terima tawaran ini bukan hanya kerana kadar bayaran yang akan ditawarkan semata-mata seperti dalam perjanjian.
Untuk rekod, pemilik nama sebenar Hanis Zalikha Zainal Rashid mendirikan rumah tangga bersama pelakon Hairul Azreen pada Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Yusuf Iskandar, 5 dan Alisa Aisyah, 3.
ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!
ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur
BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club