Setiap kali muncul di kaca tv, pasti ada sahaja gelagatnya yang mencuit hati. Lakonannya biasa-biasa sahaja namun lawak yang ditonjolkan membuatkan ramai tak kering gusi.

Tidak hairanlah andai dikatakan dia antara pelawak tanah air yang konsisten sejak dahulu hingga kini.

“Mana Satu Ayah Ni. Nampak Sebaya, Macam Kawan-Kawan.” Gambar Keluarga Raih Perhatian, Bell Ngasri Dipuji Tetap Muda!

Bahkan terbaru, lakonannya dalam filem berjudul 18 Puasa Di Kampung Pisang menjadi bualan ramai. Manakan tidak, watak  yang dibawa oleh Bell bernama Barkoba tersebut nyata meninggalkan kesan sehingga diingati para penonton.

“Mana Satu Ayah Ni. Nampak Sebaya, Macam Kawan-Kawan.” Gambar Keluarga Raih Perhatian, Bell Ngasri Dipuji Tetap Muda!

Filem arahan Mamat Khalid ini berjaya mengutip sebanyak RM1 juta dalam masa tiga hari ditayangkan di Astro First. Setelah 3 minggu ditayangkan, kutipan telah mencecah RM4 juta, satu jumlah yang amat menakjubkan.Sekali gus menaikkan kembali nama Bell dalam industri seni tanah air.

“Mana Satu Ayah Ni. Nampak Sebaya, Macam Kawan-Kawan.” Gambar Keluarga Raih Perhatian, Bell Ngasri Dipuji Tetap Muda!

Namun, jarang sekali media memuat naik kisahnya bersama ahli keluarga. Namun, sempena Syawal yang lalu, Bell  berkongsi gambar raya bersama isteri dan anak-anaknya. Memang cantik semuanya memakai baju raya warna sedondon rona merah jambu.

IKLAN

“Mana Satu Ayah Ni. Nampak Sebaya, Macam Kawan-Kawan.” Gambar Keluarga Raih Perhatian, Bell Ngasri Dipuji Tetap Muda!

 “Selamat hari raya kepada semua. Saya nak minta maaf zahir dan juga batin yep. Dah macam kawan-kawan semua.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bell Ngasri (@bellngasriofficial)

 Dalam pada itu, Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri berkata, biarpun Aidifitri berlangsung dalam serba kekangan akibat krisis Covid-19, namun baginya, raya tetap raya.

“Mana Satu Ayah Ni. Nampak Sebaya, Macam Kawan-Kawan.” Gambar Keluarga Raih Perhatian, Bell Ngasri Dipuji Tetap Muda!

Jelas Bell lagi, kelazimannya mereka sekeluarga pulang beraya di Johor dan Kedah (keluarga belah isteri).

IKLAN

“Kami biasa akan balik beraya di Kota Tinggi dan Ulu Tiram, Johor. Tetapi apa yang boleh buat, kita semua diuji dengan wabak Covid-19.

“Memang tak rasa raya sebab tak dapat jumpa sedara-mara. Tapi, ada hikmahnya juga. Disebabkan Covid-19, tak perlulah kita peruntukkan banyak sangat duit raya (ketawa).

“Mana Satu Ayah Ni. Nampak Sebaya, Macam Kawan-Kawan.” Gambar Keluarga Raih Perhatian, Bell Ngasri Dipuji Tetap Muda!

“Raya ini akan paling seronok andai kita pegang status atau tiket kanak-kanak. Dapat beraya di rumah sesiapa pun dan paling ‘best’, semasa kutip duit raya. Ketuk sahaja pintu rumah sesiapa, mesti bawa balik ‘ongkos’.

“Sekarang dah tak macam dahulu. Nyawa bukan satu perkara yang boleh dibuat main-main. Saya rasa anak-anak pun dah reda. Semua orang rindukan suasana beraya dahulu yang bebas ke mana-mana tanpa sekatan. Tetapi ini semua dugaan. Sama-samalah kita hadapinya dengan tabah.” ujar Bell lagi.

IKLAN

“Mana Satu Ayah Ni. Nampak Sebaya, Macam Kawan-Kawan.” Gambar Keluarga Raih Perhatian, Bell Ngasri Dipuji Tetap Muda!

Melihat gambar berkenaan, ramai yang menulis dan memberi respon. Antaranya ada menulis bahawa dalam gambar ni semuanya nampak muda. Bagaikan semuanya sebaya umurnya.

“Mana Satu Ayah Ni. Nampak Sebaya, Macam Kawan-Kawan.” Gambar Keluarga Raih Perhatian, Bell Ngasri Dipuji Tetap Muda!Bukan itu sahaja, ada yang memuji Bell Ngasri dan isteri sama cantik dan sama padan. Pada usia 41 tahun, ternyata Bell Ngasri tetap tampak muda remaja.

“Mana Satu Ayah Ni. Nampak Sebaya, Macam Kawan-Kawan.” Gambar Keluarga Raih Perhatian, Bell Ngasri Dipuji Tetap Muda!Untuk rekod,  Bell Ngasri bernikah dengan isterinya Farhana Syasya pada tahun 2007 dan mempunyai tiga orang anak.

“Mana Satu Ayah Ni. Nampak Sebaya, Macam Kawan-Kawan.” Gambar Keluarga Raih Perhatian, Bell Ngasri Dipuji Tetap Muda!

Sumber: Kosmo & bellngasriofficial

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI