Sayang anak ketat-ketat bukan bermaksud ibu bapa mengikut segala kehendak anak-anak tanpa pernah berkata tidak.

Sekiranya kita beranggapan cara keibubapaan sedemikian sebagai bukti kasih sayang terhadap ia sebenarnya salah.

Menurut Dr Rozieta Shaary atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose, Pakar Motivasi, Family & Love Guru yang berpengalaman luas dalam bidang keibubapaan sejak 28 tahun lalu menjelaskan apa sebenar maksud sayang anak ketat-ketat.

Dalam mendidik anak-anak, kasih sayang ibu bapa terhadap mereka memang tanpa syarat tetapi bukan bermakna kita menuruti segala kehendak mereka tanpa ketegasan atau halangan.

“Bahaya kalau ibu bapa ikut semua kehendak anak. Ibu bapa memimpin sebab anak belum ada kematangan. Dalam sayang ada tough love.

Sayang anak ketat-ketat maksudnya memberikan kasih sayang dan membina anak-anak,” demikian jelas beliau ketika sesi FB Live Borak Pa&Ma.

Sayang Anak Ketat-Ketat: Parenting Pengasih & Tegas

Ibu Rose mengingatkan ibu bapa agar menggunapakai cara keibubapaan pengasih dan tegas semasa mendidik anak-anak. Keduanya perlu datang seiring.

IKLAN

Ibu bapa kena membimbing supaya anak tak tersalah hala tuju.

Sayang Anak Ketat-Ketat, Tegas & Kasih Sayang Perlu Seiring Dalam Mendidik Anak
Photo by Ketut Subiyanto from Pexels

“Sayang anak ketat-ketat adalah sayang tanpa syarat tapi bukan maksudnya takde apa-apa halangan pun.

“Sekiranya anak buat silap bukan ibu bapa membenci anak tu. Kalau anak silap atau tak mencapai dalam perkembangannya, kita bantu dia sampai dia capai.

“Setiap teguran, kita perlu beritahu pada anak apa sebabnya dan itu sebagai tanda ibu bapa sayang kepada anak.

“Contoh jika seorang ibu tegur anak kecil supaya tidak memegang objek bahaya, kena beritahu sebab benda tu bahaya dan sebab ibu sayang kepada anak. Baru anak faham dan tak keliru akan ketegasan ibu terhadap situasi tersebut.”

IKLAN

Webinar Keibubapaan Sayang Anak Ketat-Ketat PERCUMA

Justeru itu ibu bapa perlu mencari ilmu keibubapaan daripada mereka yang berilmu dan mahir bab keibubapaan supaya kita tahu cara betul mendidik anak-anak.

Menurut Ibu Rose, usia 0-3 tahun anak membentuk identiti diri dan jadi imej dirinya sampai besar. Bila dah besar kita akan membawa imej diri yang tertanam sejak kecil. Jadi pastikan imej diri yang terbina dalam diri anak adalah imej yang positif.

Ada banyak lagi tips dan ilmu yang akan dikongsi oleh Ibu Rose dalam Webinar Sayang Anak Ketat-Ketat yang akan berlangsung pada 20 Mac 2022 (Ahad) secara online pada pukul 9.30 pagi hingga 6.30 petang.

Selain Ibu Rose, ada ramai lagi speaker lain yang berkaliber termasuk Prof Dr Nik Salida, Puan Maryam Jamadi, Dr Ahmad Rostam, Puan Azlina Roszy dan selebriti Irma Hasmie.

IKLAN

Antara topik menarik yang akan dikupas oleh speaker termasuk Sayang Anak Ketat-Ketat, Strategi Didik Anak Ikut Perspektif Islam, Rangsang Perkembangan Anak Tanpa Stress, Sistem Ganjaran Bukti Sayang Anak, Benarkah?, Tolong, Saya Burnout! dan Didik Anak Jadi ‘Orang’, Perlu Ke Mak Garang?

Rugi kalau tak rebut peluang menimba ilmu yang sangat bermanfaat ini demi mendidik anak-anak di zaman sangat mencabar.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi peserta Webinar Keibubapaan PERCUMA. Selain dapat ilmu, peserta turut berpeluang menang pelbagai hadiah cabutan bertuah.

Daftar nama anda di sini WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT

Sayang Anak Ketat-Ketat, Tegas & Kasih Sayang Perlu Seiring Dalam Mendidik Anak

Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join  Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI