Berkebun memang seronok kan, tambah lagi jika tanaman kita hidup subur. Tak sabar rasanya nak menuai hasil titrik peluh sendiri. Bagi yang memiliki kawasan yang terhad, biasanya pasu menjadi pilihan utama.
Begitu pun, kena ambil tahu juga apakah jenis tanaman yang sesuai untuk di tanam di dalam pasu. Selain itu, penggunaan tanah juga penting.
Apabila kita berkebun menggunakan pasu, antara perkara penting perlu kita fokuskan adalah pada medium tanaman yang kita gunakan. Ramai yang membeli campuran tanah yang dijual di nurseri pokok dan kedai pertanian.
Tetapi tahukah anda bahawa sebenarnya kita boleh buat sendiri campuran tanah ini?
Saya akan terangkan tiga formula yang biasa digunakan oleh pekebun nurseri dalam menanam tanaman mereka dalam pasu.
Sebelum itu, kita ketahui dahulu bahan-bahan asas yang perlu ada dalam campuran tanah ini.
Tanah Atas
Tanah atas adalah lapisan tanah yang paling atas di atas tanah (sama seperti namanya). Tanah atas ini berfungsi membekalkan nutrien dan menyimpan air untuk akar pokok nanti.
Kalau kita nak tahu, tanah atas yang terbaik adalah tanah atas yang diambil di pinggir hutan. Tanah yang hitam kaya dengan bahan organik.
Jika tiada, gunakan tanah merah.
Jika tiada juga, boleh guna tanah campuran yang dijual di nurseri.
Bahan Organik
Bahan organik berfungsi sebagai pemberi nutrien dan kesuburan tanah.
Contoh bahan organik yang ada adalah mana-mana najis haiwan ternakan (ayam, arnab, kambing, lembu, kuda), kompos, dan sabut kelapa halus. Mana-mana bahan organik kita boleh gunakan dalam campuran tanah nanti.
Pasir
Pasir berfungsi memberi ruang rongga pada campuran tanah. Ruang rongga ini memberi ruang untuk akar berkembang dengan baik. Seterusnya dapat menyerap oksigen dengan baik.
Pasir yang terbaik adalah pasir sungai atau pasir lombong. Untuk mudah, kita boleh gunakan pasir yang dibeli di kedai hardware. Alah, pasir buat rumah tu?
Pasir pantai tidak sesuai digunakan atas sebab pasir pantai terlalu halus dan mengandungi garam yang tinggi. Ini akan merencat pertumbuhan tanaman kita nanti.
Alternatif lain, kita boleh ganti pasir dengan perlit, vermikulit ataupun zeolit. Ketiga-tiga bahan ini sesuai untuk menjaga struktur tanah campuran.
Setelah kita tahu tiga asas dalam campuran tanah, barulah kita masuk ke dalam formulasi campuran tanah ini.
Tambahan
Selain daripada tiga bahan asas yang saya nyatakan di atas, kita boleh menambah sabut kelapa halus, sekam padi, dan sekam bakar sebagai bahan tambahan. Bahan tambahan ini membantu perkembangan bibit dalam pasu.
Formula 1: Campuran Tanah 3:2:1
Formula 3:2:1 paling banyak digunakan oleh pekebun nurseri untuk tanaman pasu. Nisbah 3:2:1 ini dimulai dengan tanah atas, bahan organik dan pasir.
Secara mudahnya, 3 tanah atas, 2 bahan organik dan 1 pasir.
Formula ini sesuai untuk segala jenis tanaman termasuk sayur, buah dan bunga.
Formula 2: Campuran Tanah 2:1:1
Campuran 2:1:1 ini sesuai untuk tanaman sayur. 2 tanah atas, 1 kompos, 1 sabut kelapa halus. Ramuan ini mampu memberi nutrien dan penyerapan air yang bagus untuk pokok.
Formula 3: Campuran Tanah 1:1:1
Campuran tanah 1:1:1 ini sesuai untuk tanaman semaian. Kita boleh gunakan campuran ini untuk menyemai benih sayur dahulu sebelum terus dipindahkan atas batas atau pasu lebih besar.
Setelah kita campurkan semua bahan-bahan di atas, kita perlu gaulkan sehingga semua bahan menjadi sebati.
Apabila kita membuat campuran tanah ini, perkembangan pokok akan lebih teratur dan subur.
sumber: Izham Alias & Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menu ringkas ini sentiasa jadi pilihan, baik ketika di rumah mahupun makan di luar. Tetapi, ibu-ibu pasti tertanya – tanya macam mana nak dapatkan telur dadar yang gebu, tebal macam kat kedai?
Jom admin kongsikan resipi asal dari saudara Khairul Hakimin Muhammad yang pernah tular sehingga dikongsikan lebih 6000 perkongsian sebelum ini.
Sementara laki kau sedang menonton Lee Chong Wei menang badminton itu, eloklah abang kasi tahu kau orang bagaimana nak masak telur dadar sampai naik lawa seinci. Senang amat.
Boleh jadi ini makanan kegemaran laki kau nanti. Ya lah, ia kaya dengan protien. Kahkahkah. Kali ini abang buat untuk makan sekeluarga yang ramai ya ampun. Jadi besarlah bahagiannya. Kau nak buat kecil-kecil, pandai-pandailah nak bahagikan bahan.
Bahan-bahan:
10 biji telur ayam gred suka hati kau.
1/2 cawan susu cair
2 biji bawang besar India
2 biji cili merah
1 cekak daun kucai
1 sudu besar serbuk penaik
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
Cara-cara:
2. Kemudian, cincang semua bawang, cili dan kucai.
3. Masukkan dalam bekas telur tadi.
4. Gunakan pemukul belon (whisk) dan pukul bahan-bahan tadi.
6. Kemudian masukkan serbuk penaik, serbuk kunyit dan garam. Pukul lagi sampai kembang sekali lagi.
7. Panaskan kuali Tefal yang kau ada. Tak payah minyak okeh.
8. Pasang api kecil.
9. Masukkan telur tadi dalam kuali.
10. Kemudian tutup dengan penutup periuk.
11. Dalam 10 minit. Kau bukak, akan dia kembang lawa. Kau ambil sudu atau garfu, kuis-kuis dia kat tengah kasi ada lubang. Tutup semula. Kalau kau terer, kau boleh balikkan. Dalam 10 minit lagi, boleh siap dah itu.
12. Tadaa.
13. Haaa amacam? Sedap woih. Lembut, moist dan segar ya Tuhan.
Selamat mencuba! Jemput share sampai pengsan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rezeki yang berkat, walaupun gaji sikit memang buat keluarga bahagia. Sebagaimana yang dipapar oleh lelaki ini, Muhammad Hassan yang mengenai keberkatan rezeki.
Sempena bulan ni kita muhasabah diri.
Sekarang baru saya betul-betul faham. Jika rezeki kita berkat gaji RM 1000 sebulan pun boleh survive.
Rupanya dengan rezeki yang berkat Allah akan bagi kesihatan yang baik.
Rupanya dengan rezeki yang berkat Allah bagi kebahagian dan ketenangan.
Dengan rezeki yang berkat anak-anak akan taat ibu bapa,isteri akan taat suami,suami akan faham tanggungjawab.
Dengan rezeki yang berkat jiran tetangga akan senang hati dengan kita,tanah-tanah akan subur,tanaman akan tumbuh dengan baik.
Dengan rezeki yang berkat Allah s.w.t akan tanamkan dalam jiwa kita untuk sayang semua makhluk.
Dengan rezeki yang berkat setiap hari rindu akan sedekah.
Dengan rezeki yang berkat apabila ditimpa ujian terus mereka akan mengadu kepada Allah s.w.t.
Rakan saya gaji rm30-40 sehari. Tapi mampu solat 5 waktu berjemaah,kereta tunai,rumah tunai,keluar berdakwah setiap bulan. Anak di madrasah hafal al-Quran,. Lagi saya senyum beliau pernah dapat hadiah sebuah kereta viva praduan di pasaraya. Sebelum ini ya Allah tengok kereta memang sedih, tiada penghawa dingin,selalu rosak atas jalan,di traffic light. Tapi berkat doa beliau Allah bagi kereta viva.
Saya tanya beliau apa formula hidup senang dan berkat?
“Jangan tinggal ini”
Beliau tunjuk dalam poket. Ada Al-Quran kecil.
Allahu. Sayang beliau. Setiap kali jumpa pasti peluk dan cium dahi beliau. Selalu minta beliau doakan untuk saya.
Tuan puan,kita jahat,kita banyak dosa. Tapi Allah tetap sayang kita,Allah tetap bagi rezeki kepada kita.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...