“Sayang Betul Kat Abang, Tak Lepas Peluk. Suka Tengok.” Keakraban Anak Fasha & Anak Nora Danish Dapat Pujian Ramai!

Share

Fasha Sandha baru-baru ini telah mengadakan sambutan majlis hari jadi buat anak perempuannya, Putri Raysha Jemyma yang kini sudah genap usia 7 tahun.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan memuat naik perkongsian tersebut menerusi laman instagramnya.

My seven 7.11 baby, Cinta hati ibu, my BFF Rasa macam cepat sangat sayang ibu besar

I love you sweetheart, Semoga membesar menjadi anak yang baik dan solehah ya sayang.

“Kita buat majlis sederhana ya sayang, asalkan sayang ibu happy. Terima kasih family dan teman rapat Jemyma untuk doa, hadiah dan ucapan.

Happy birthday sayang ibu I love you babygirl @putrirayshajemyma #jemymaturns7 Esok ibu sambung letak gambar n video k @putrirayshajemyma,” tulis ibu kepada tiga cahaya mata ini menerusi kapsyennya.

Majlis berlangsung meriah dengan konsep pyjamas, kanak-kanak yang hadir memakai set pyjamas yang sangat comel.

Namun,apa yang mencuri tumpuan adalah kehadiran anak pertama kepada pelakon Nora Danish iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang turut meraikan majlis tersebut.

Di Dalam majlis tersebut kelihatan Jemyma begitu manja Dan rapat dengan Rayqal. Sehinggakan selamba berada dalam dukungan abangnya itu.

Rata-rata memuji hubungan baik yang terjalin di antara kanak-kanak itu sejak dahulu lagi.

lolimaria19 Ya Allah byk nya kasih syg dlm pic ni❤️❤️❤️
ernaizzureen Adik manja abang Rayqal betul ya Jemaima ni so cutee peluk je abang dia😍
ainaaairaofficial so cute adik peluk abgnya 😍 mcm kita laa , totally ada 16adik beradik 1ayah 3mak berlainan 🥰 kami semua rapat , susah senang bersama , dan sy paling bongsu anak ker 16 😂 allhamdulillah
jamila_zahrat93 Loveee sgt semua pic atas ni, so much in love ❤️❤️❤️
puteri_baya sayang betul dia pd abang nya..tak lepas2 peluk..comel
shifameriam Sayang betul @fashasandha dgn Rayqal 😍 Sweet sangat anak @noradanish very loving! Abang sulung yg sayangkan semua adik beradik dia 😭 I is terharu
aishacik78Alhamdulilah. Baik adik beradik ni walau berlainan ibu. Itulah sebaiknya. Alhamdulilah
Sumber: fashasandha

 

 

 

IKLAN