Kuali atau periuk kesayangan bocor pasti membuatkan ibu-ibu berasa ralat. Apa lagi jika itulah yang selalu digunakan untuk memasak. Walaupun ada yang lain, namun tidak sama dengan satu ini.
Jika sayang sangat dan bocornya sedikit sahaja, jangan terus buang, jom cuba beberapa cara ini untuk menampal kembali tempat berkenaan.
KAPUR MASAKAN
Kapur sirih atau kapur masak ini biasanya orang gunakan untuk merangupkan gorengan, menjadikan masakan lebih kental dan tahan lebih lama. Rupanya ada kegunaan lain yang ramai tak tahu – iaitu menampal periuk bocor.
Mula-mula, bersihkan dulu periuk dan keringkan. Kemudian, ambil kapur makan dan tampal di bahagian periuk yang berlubang. Tepek ikut ketebalan yang sesuai hingga betul-betul menutup lubang.
Bila tampalan dah kering, bolehlah gunakan periuk itu semula. Biasanya boleh test dulu dengan rebus air. Kalau periuk dah tak bocor lagi, bolehlah guna untuk masak macam biasa.
ASAM JAWA
Petua seterusnya adalah dengan menggunakan asam jawa. Caranya lebih kurang sama saja macam guna kapur makan tadi.
Ambil sedikit asam jawa dan pastikan tiada biji. Kemudian sapu dan tampalkan pada bahagian belakang kuali atau tempat yang bocor tadi. Tunggu sampai kering dan cuba gunakan periuk macam biasa.
KULIT PISANG
Ads
Satu lagi cara yang menarik untuk tampal periuk bocor ini dikongsikan oleh Puan Normah Bahari. Senang betul, cuma guna kulit pisang!
Untuk menampal, pertama sekali panaskan periuk yang bocor. Kemudian, panaskan api dan gunakan sebelah dalam kulit pisang untuk ditenyeh berulang kali pada tempat yang bocor. (Seeloknya buat di kedua-dua bahagian dalam dan luar). Selepas itu, biarkan sekejap di atas api.
Mengikut pengalamannya, walaupun dah basuh berkali-kali, periuk dah tak bocor lagi. Mungkin getah pada kulit pisang itu yang menahan kebocoran dengan begitu berkesan. Cubalah!
KERTAS ALUMINIUM
Akhir sekali, cara yang paling biasa orang buat untuk tampal periuk yang bocor adalah dengan menggunakan kertas aluminium. Rupa kertas ini sikit-sikit macam aluminium foil dan biasanya dah siap berpelekat. Tinggal tampalkan saja di bahagian periuk yang bocor tadi.
Boleh cari di kedai hardware. Kadang-kadang di pasar malam pun ada. Harganya pun murah, mungkin sekitar RM2 saja sekaki.
SELAMAT, TAK PAYAH BELI BARU!
Ads
Memang jimat kalau praktikkan tips ini. Tapi, ia praktikal untuk lubang yang kecil saja ya.
Kalau tak ada periuk yang bocor buat masa ini, save dulu untuk kegunaan akan datang. Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan agar lebih ramai dapat memanfaatkannya.
Sumber: Petua Ibu
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buat Tomyam Pok Tek, Ada Satu Menu Ni Je Pun Dah Cukup Lengkap Buat Berbuka!
Sebagai isteri dan ibu, sudah semestinya kita mahu menghidangkan menu yang pelbagai dan enak untuk dinikmati bersama seisi keluarga sepanjang Ramadan ini.
Pun begitu, buat ibu yang berkerjaya bukanlah mudah untuk direalisasikan. Apatah lagi andai saban hari terpaksa berdepan dengan masalah kekangan masa untuk menyediakan juadah berbuka dek kerana lewat sampai di rumah.
Lantaran itu tidak hairanlah andai kata dapat sediakan walau satu menu sekali pun, itu sudah boleh membuatkan ibu-ibu ini rasa bahagia dan puas hati.
Apa yang penting untuk memasak di dalam waktu yang terhad,kita perlu bijak memilih resipi yang mudah disediakan dan enak rasanya sepertimana resipi yang dikongsikan oleh Wan Nur Dalila iaitu resipi Tomyam Pok Tek!
Tomyam Pok Tek
Bahan-bahan:
* Sedikit minyak masak untuk menumis
* 5 ulas bawang putih (dihiris nipis)
* 1 biji bawang holand dikisar,1/2 biji bawang holand dihiris nipis
* 1 inci lengkuas
* 2 batang serai
* 2-4 helai daun limau purut
* 1 biji tomato
* 1 biji limau nipis
* 5 biji cili padi
* Daun ketumbar
* 1/2 batang lobak merah
* 7 keping cendawan tiram
* 1/2 mangkuk kecil sos cili
* ½ mangkuk kecil kicap sotong
* 3 sudu besar pes tomyam
* 2/3 mangkuk kecil santan
Bahan untuk lauk:
* 1 ketul dada ayam (kalau campur tengkuk dan kaki ayam lagi best)
* 4 ekor sotong
* Udang ikut suka
* Lala ikut suka
Cara- cara:
1. Rebus lauk-lauk secara berasingan dengan air yang paras lauk je. Untuk lauk seafood jangan rebus lama sangat tau, dah mendidih tutup api. Untuk ayam, rebus biar betul-betul daging ayam masak
2. Tumis bawang putih dan semua bawang holand hingga garing dan naik bau
3. Ramas daun limau purut dan masukkan
4. Ketuk serai dan lengkuas, masukkan
5. Hiris tomato dan masukkan
6. Ketuk cili padi dan masukkan
7. Masukkan pes tomyam
8. Bila bahan-bahan dah naik minyak, masukkan air rebusan lauk tadi
9. Masukkan hirisan lobak merah
10. Masukkan lauk-lauk satu persatu bermula dengan ayam dan di akhiri dengan udang
11. Bila dah mendidih, masukkan sos cili dan kicap sotong
13. Perah limau nipis
14. Masukkan cendawan tiram dan santan
15. Bila nampak cendawan hampir lembut, masukkan daun ketumbar dan Boleh dihidangkan
Tips: Air rebusan lauk tu jangan banyak sangat tau, nanti tak best
Antara menu yang paling mudah dan popular di kalangan rakyat Malaysia adalah ayam goreng. Tak kira bagaimanapun caranya, menu ini sememangnya menjadi kegemaran ramai.
Selalu lihat ayam yang digoreng dengan menggunakan minyak masak biasa dan perlu tambah pelbagai bahan perasa untuk mendapatkan rasa yang sedap. Tapi dengan resipi ayam goreng mentega yang dikongsikan oleh @cikmel_masak ini dapat memberikan hasil rasa yang lebih unik dan paling penting sedap.
“Bila goreng je, boleh bau semerbak bau ayam digoreng bersama mentega ni. Nk buat dia, sangat-sangat la simple”.
Bahan-bahan:
Butter
Ayam
2 sudu sos tiram
4 sudu kicap lemak manis
2 sudu sos cili
1 sudu lada sulah
1 biji bawang holland
3 ulas bawang putih
Daung bawang
Cara Penyediaan:
– Masukkan butter, kemudian masukkan ayam.
– Goreng ayam hingga masak dan keperangan.
– Masukkan 2 sudu sos tiram, 4 sudu kicap lemak manis, 2 sudu sos cili dan 1 sudu serbuk lada sulah. Gaulkan sebati.
– Masukkan1 biji bawang holland, 3 ulas bawang putih dan gaul sampai ayam masak.
Petua mengelakkan rambut gugur, andai selama ini kita biasa dengar terdapat pelbagai cara menggunakan bahan-bahan tertentu seperti santan, aloe vera dan pelbagai lagi.
Manakala perkongsian pengalaman seorang wanita ini yang telah amal petua, nyata membuahkan hasil yang diingini. Rambut tidak gugur lagi malah lebih lembut terurus.
Nak tahu lanjut, jom semak.
TIPS UNTUK KURANGKAN RAMBUT GUGUR
Hari ni Aisyah nak share tips paling best untuk rambut gugur. Masa memula nak try tips ni, Aisyah macam tak barapa nak yakin. Ye laa, simple naa tips ni. Tambah satu bahan jek kat shampoo rambut boleh kurang gugur.
Sekali bila try, ehhh serious laa rambut memang kurang gugur. Dah la kurang gugur, pastu Aisyah perasan rambut lagi lembut plus bersinar gitu.
Ehh, Aisyah tak de guna bahan pepelik pun tau. Cuma tambah aloe vera gel jek kat shampoo rambut. Korang picit jek sikit aloe vera gel pastu gaul rata rata dengan shampoo rambut korang masa nak mandi tu.
Nanti lepas korang basuh rambut, korang perasan rambut rasa ringan dengan lembut. Perghh, masa tu memang korang fefeling rambut macam model iklan pantene kat tv tu ha.
Kalau korang nak tau, aloe vera ni ada vitamin C dan E, sebab tu bila pakai kat rambut, rambut kita lembut jek. Kalau ada masalah kelemumur pun bagus guna tips ni tau. Sebab aloe vera ni akan merawat kulit kepala kita supaya bersih dan sihat.
Jadi pasni siapa yang ada masalah rambut gugur ke kelemumur, boleh la try campurkan aloe vera gel dengan shampoo korang.
Alaa, beli jek brand apa apa. Aisyah memang suka brand guardian sebab harga dia murah pastu kesan dia memang best. Kalau korang kaki jimat cam Aisyah, beli brand guardian jek okey.