Berbuat baik, memuliakan dan berbakti kepada ibu bapa adalah menjadi kewajipan anak-anak. Malah Allah akan memperbanyakkan rezeki kepadanya.
Sesungguhnya ibu bapa merupakan insan yang telah menjaga dan membesarkan kita dengan pelbagai karenah tanpa mengeluh penat dan lelah. Ibu sanggup berkorban menanggung sakit saat melahirkan anak. Manakala jasa seorang ayah yang bekerja penat lelah menjaga dan menyara keluarga.
Justeru, sebagai seorang anak haruslah menghargai pengorbanan mereka.
Nak hargai ibu bapa dengan pelbagai cara sama ada mendoakan kesihatan, menghubungi bertanya khabar, santuni mereka, mengingati hari jadi, memberi hadiah, memberi wang setiap bulan untuk perbelanjaan harian dan pelbagai lagi. Apa yang pasti ia mengikut kemampuan anak itu.
Nyata, banyak cara untuk menggembirakan ibu ayah kerana kasih sayang dan perhatian adalah perkara yang paling diharapkan.
Jangan sesekali menganggap ibu bapa sebagai bebanan. Bagi yang mampu, tak salah berhabis ratusan ribu. Ikuti kemampuan masing-masing. Yang penting sentiasa berbakti kepada ibu ayah sementara mereka hayat masih ada.
Bagi Puan Seri Wahyuni binti Khaidir ini, ibu ayah tiada galang gantinya. Kurniaan rezeki yang dimilikinya, beliau sanggup berhabis hampir RM180,000 untuk transformation rumah lama ibu ayahnya kepada sebuah banglo tiga tingkat.
Keselesaan dan gembirakan ibu ayah
Puan Seri wahyuni binti khaidir bersama keluarga
Ketika dihubungi Majalah Keluarga, jauh disudut hatinya transformasi yang dilakukannya bukan untuk menabik dada tetapi demi pengorbanan ibu ayahnya iaitu Yusma binti Bustami, 64 tahun dan ayah, Khaidir bin Abdullah, 69 tahun.
“Semua ini adalah untuk mak ayah selesa dan memberi kegembiraan buat mereka. Mak ayah sudah duduk rumah lama itu dalam 10 tahun. Untuk transform ambil masa 4 bulan. Kos keseluruhan RM180,000 termasuk kelengkapan rumah,”
Ads
Ikuti lanjut perkongsian beliau di facebook miliknya mengenai dekorasi rumah buat ibu bapa tersayang.
Sesudah siap..yang penting mak ayah seronok dan selesa. 🏡🌹 Mak & ayah ku, syurgaku.
Sebelum
Selepas
Sebelum
Ads
Selepas
Sebelum
Ads
Selepas
Sungguh inspirasi cara puan Seri Wahyuni menghargai ibu ayahnya, tahniah puan!
Apa yang pasti, gunakan sebaik mungkin peluang dan ruang yang ada terutama apabila insan istimewa itu masih bernyawa. Walaupun tidak terbalas segala jasa dan pengorbanan mereka, cubalah sedaya upaya memberikan kebahagiaan dan gembirakan mereka!
Dalam menjalani kehidupan suami isteri, sama ada dalam keadaan susah atau senang kita akan lalui bersama-sama. Umpanya ketika di awal perkahwinan, meskipun hidup tidak semewah mana namun kita tetap rasa bahagia bila saling menyanyangi dan menghargai pasangan masing-masing.
Lama kelamaan dengan usaha dan ketabahan menjalani kehidupan, rezeki semakin dipermudahkan sekali gus terasa hidup cukup sempurna.
Berkongsi pengalaman daripada seorang suami ini yang dikenali sebagai Ariff Budiman Zainal Abidin, yang menyifatkan perkahwinan bersama isteri tercinta merupakan suatu perkara yang amat dihargai di dalam hidupnya.
Telah banyak pengorbanan yang dilakukan oleh isterinya terhadapnya. Antara yang dikongsikan adalah isterinya akan sentiasa mempersiapkan bekal makanan setiap hari untuk dibawa ke tempat kerja hinggalah pada hari terakhir dia berkhidmat sebagai pekerja di TNB, dan itu sangat-sangat menyentuh hatinya.
Ikuti perkongsiannya di sini.
Tahun 1984 saya mula bertugas di LLN dengan gaji pokok sebanyak RM140 sebulan. Tahun 1986 saya berkahwin dengan hasil pilihan emak. Isteri menerima saya walaupun dia tahu gaji saya serendah itu. Syukur bila dah berkahwin, Allah bukakan pintu rezeki kami. Saya di naikkan pangkat dan gaji.
Bila di kurniakan anak pertama, gaji saya terus melonjak. Saya mula memasang impian akan membawa isteri berjalan2. Dia tidak jemu2 masak untuk saya membawa bekal. Katanya jimat. Ketika berbual, saya berkata bila pencen kami akan pusing Malaysia. Saya nak bawa dia jalan2. Isteri hanya tersenyum
Ternyata kita hanya mampu merancang namun Allah sebaik2 perancang. Tahun 2008 isteri di jemput Allah hasil dengki kianat manusia. Dia hanya mampu menjadi isteri kepada pekerja TNB selama 23 tahun.
Tahun 2009 saya telah di satukan dengan isteri sekarang. Dia pula menyambung tugas membekalkan masakannya untuk saya bawa ke tempat kerja.
Setiap malam isteri akan bertanya esok nak bawa bekal apa. Setelah bersama saya sebagai isteri TNB selama 12, akhirnya hari ini merupakan hari terakhir saya sebagai pekerja TNB. Sambil hulur bekal bihun goreng dan hotdoq isteri berkata…
” Hari ni bekal terakhir abang sebagai pekerja TNB.” Walaupun saya senyum tapi jauh di sudut hati terlalu banyak dugaan sepanjang bertugas di TNB. Sedih, gembira, mistik. Semua tu menjadi kenangan.
Buat arwah isteriku Siti Aishah moga syurgalah tempatmu. Terima kasih Allah kerana meminjamkan dia untukku walaupun hanya sementara.
Dia telah membahagiakan saya. Buat isteriku yang kedua Rosnah. Terima kasih kerana sudi menerima dan meneruskan tugas sebagai isteri dengan baik.
Kolesterol adalah sejenis lemak (disebut sebagai lipid) yang diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Tubuh kita menghasilkan dan mendapatkan kolestrol daripada sumber makanan. Terdapat jenis kolesterol ‘baik’ dan ‘buruk’.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Namun, masih ramai yang tidak tahu apakah yang menyebabkan paras kolestrol menjadi tinggi. Sebenarnya, punca kolesterol yang tinggi adalah disebabkan oleh pengambilan gula dalam makanan.
Semalam saya sempat berkongsi dengan jemaah di Masjid Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya mengenai pemakanan sihat. Oleh kerana ramai jemaah yang hadir dan bertanya, saya sendiri sangat teruja. Saya tak rasa penat walaupun pagi semalam berdiri lebih 3 jam berkongsi pengalaman dan pengetahuan di UKM.
Ramai yang masih keliru. Masih menganggap jika ambil lemak dalam pemakanan, ia berbahaya kerana meningkatkan kolesterol dalam darah. Saya betulkan tanggapan salah ini. Lemak ada tiga jenis. Lemak yang ‘confirm’ berbahaya adalah transfat. Ia banyak terdapat dalam makanan berproses yg disediakan di rak pasaraya. Semua jenis cookies, chips dan marjerine.
Satu lagi jenis minyak, ialah lemak tepu. Ia masih boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang tidak berlebihan, kecuali jika kita benar2 lakukan diet ketogenik dgn panduan dari doktor yg faham.
Dan jenis minyak yang terakhir ialah minyak atau lemak dari tumbuh-tumbuhan yang tidak berbahaya langsung. Malah bermanfaat sebab mengandungi lemak tak tepu (unsaturated fatty acid).
Terutama minyak zaitun yg mengandungi monounsaturated fatty acid dan byk antioksia polyphenol. Sebab itu ia menjadi sebahagian dari diet sihat penduduk Mediterranean. Jadi minyak monounsaturated fatty asid, terutamanya minyak zaitun, bukan saja tidak meningkatkan kolestrole, malah menurunkan tahap kolestrole dalam darah.
Terlopong para jemaah sebab ini pengetahuan baru. Ada yg mengangguk-angguk tanda mulai faham.“Jadi apa yang menyebabkan kolestrol jahat kami tak turun, walaupun kami ambil ubat statin?”Saya beritahu antara yang menyebabkan “kolestrole jahat” meningkat atau tak turun walaupun ambil ubat statin adalah kerana kita masih mengambil gula.
Lagilah para jemaah terlopong sebab sebelum ini mereka hanya diberitahu gula hanya menyebabkan diabetes. Makan yg masin menyebabkan darah tinggi. Makanan berlemak akan menyebabkan kolestrol tinggi.Belum pernah dengar bahawa bila ambil gula yang banyak boleh menyebabkan kolestrol jahat menjadi tinggi dan akhirnya boleh menyebabkan saluran darah tersumbat.
Gula pasir adalah gabungan gula glukosa dan fruktosa. Pengambilan gula yang berterusan dan berlebihan juga menyebabkan hati berlemak (fatty liver).Seterusnya menyebabkan enzim dalam hati (iaitu enzim hati HMG-Coa reductase) tidak berfungsi dengan baik, akhirnya menyebabkan kolestrole meningkat.
Fruktos juga akan mengaktifkan enzim xanthine oxidase yg akhirnya menyebabkan peningkatan asid urik dalam darah. Urik asid yang tinggi boleh menyebabkan gout dan batu dalam ginjal.
Jadi pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan masalah hati berlemak (fatty liver), meningkatkan kolestrol jahat dan meningkatkan uric acid dalam darah.Sementara pengambilan minyak zaitun, terutama OLIVIE yg mengandungi antioksida yg 30 kali dari minyak zaitun biasa, akan menurunkan kolestrol yang jahat dan meningkat kolestrol yang baik.
Alhamdulillah, di akhir perkongsian itu, ramai yg mula faham. Ramai pula yang bertanya, di mana mahu cari minyak zaitun.
Dr Zubaidi Hj Ahmad 14 Oktober 2018 019 7712391
Dalam pada itu, Dr Zubaidi menerusi blognya turut berkongsi tip bagi mengawal kolestrol secara semula jadi tanpa menggunakan ubat.
KAWAL KOLESTROL SECARA SEMULAJADI TANPA UBAT
Penyakit serangan jantung dan strok adalah dua masalah kesihatan serius yang berpunca daripada tahap kolesterol tinggi. Ia berkait rapat dengan faktor keturunan, diet pemakanan dan gaya hidup seseorang.
Biasanya doctor akan memberikan ubat anti-kolestrol bagi menurunkan kandungan kolestrole dalam darah. Walau bagaimana pun kesan sampingannya harus diseimbangkan dengan manfaat yang diperolehi.
Kajian terbaru membuktikan terdapat empat produk sumber semulajadi juga dapat membantu merendahkan tahap kolesterol secara berkesan.
Empat bahan itu adalah Phytosterols, bijirin oat, serbuk minyak ikan Omega 3 dan Psyllium Husk.
1. Sterol tumbuhan yang turut dikenali Phytosterols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Ia terdapat pada minyak sayur-sayuran dan kekacang nut. Pengambilan produk itu akan menurunkan tahap kolesterol sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus.
2. Oat pula bijirin yang mengandungi serat larut dikenali ‘beta glucan’ yang terbukti merendahkan tahap kolesterol mereka yang mengamalkan pemakanannya.
3. Minyak ikan Omega 3 pula adalah asid lemak yang penting bagi metabolisme normal kerana ia mengandungi Asid Lemak Tak Tepu (EPA) bagi mengurangkan inflamasi seluruh badan. Produk ini juga sesuai untuk penghidap masalah kesihatan hipertrigliseridemia, kardiovaskular sekunder dan tekanan darah tinggi. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan kepada pesakit jantung koronari supaya mengambil 1 gram minyak ikan seperti produk ini setiap hari.
4. Psyllium Husk pula adalah biji benih pokok “Plantago ovate” secara lazimnya digunakan untuk menangani sembelit. Ia boleh digunakan untuk menurunkan tahap kolesterol.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Aliff Aziz muncul juara Gegar Vaganza musim ke-8 sekaligus menepati ramalan oleh peminat program berkenaan.
Biarpun mendapat tentangan sengit dari peserta Vikki Palikat Dan Suki, namun kekuatan vokal dan persembahan mantap suami kesayangan Bella Astillah tidak mampu dipertikai lagi.
Ucapan tahniah membanjri ruangan media sosial milik Aliff Aziz, penyanyi dari Singapura ini. Selain peminat, rakan selebriti turut berbuat demikian. Antaranya termasuklah Dato Aaron Aziz yang memuatnaik ucapan Yang cukup bermakna buat penyanyi Sayang ini.
“Tahniah Adik. Abg am proud of you. I know you can do something great and accomplish something not only for yourself but utk Isteri dan anak anak jugak. Ingat pesanan Abg dalam DM conversation kita.
“Don’t look back just forward baru lah kita boleh ke hadapan. Semua rezeki Bukan utk diri kita sebagai Suami dan Ayah Tapi utk keluarga.
Sambil menyatakan rasa kagum, pelakon filem KL Gangster ini turut menitipkan Doa semoga Aliff terus bersikap humble menjauhkan diri dari orang yang bersifat toksik.
“Alhamdulillah ALLAH naik kan you Dan memberkati mu dgn this great comeback. Stay humble always and stay away from toxic people. Congrats once again @iamaliffaziz.
Turut berkongsi kegembiraan dan ucapan tahniah pastinya peminat setia Aliff. Rata-rata melahirkan rasa syukur dan berharap Aliff terus berusaha gigih lagi untuk berjaya tanpa melupakan isteri dan keluarga.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...