Perkongsian daripada seorang ibu dan juga guru ini tentang bagaimana cara yang dipraktikkan dalam mendidik anak-anak di rumah ini wajar untuk dicontohi. Selain dapat membantu anak-anak belajar dalam suasan yang selesa di rumah malah lebih berdisiplin dan dalam masa yang sama tahu untuk menyimpan semula setiap mainan dengan cermat. Jadi tidaklah lagi berlakunya insiden kita terpijak mainan anak-anak yang mana sakitnya memang sukar untuk digambarkan.

Jadi jom kita semak perkongsian bermanfaat ini.

“So today Wina nak share sikit ilmu parenting yang Wina dan suami amalkan. Actually, ada yang bertanya dengan Wina macam mana Wina dengan suami ajar anak kami di rumah. Jadi, boleh baca sedikit sharing ni ye”Wina 

Didik Anak Di Rumah, Cikgu & Juga Ibu Ni Kongsi Ilmu Parenting Yang Diamalkan. Bolehlah Dicuba!

1) WUJUDKAN SATU BILIK SPECIAL

Adakan satu bilik special untuk anak-anak supaya diorang suka berada di dalam bilik tersebut. Maksudnya bagi anak-anak ada rasa excited nak stay dalam tu, menarik bagi mereka. Seolah-olah dalam rumah kita tu takda tempat lain paling best selain bilik tersebut.

2) DECO MENGGUNAKAN TEKNIK LABELLING

Didik Anak Di Rumah, Cikgu & Juga Ibu Ni Kongsi Ilmu Parenting Yang Diamalkan. Bolehlah Dicuba!

Sebab apa Wina pentingkan teknik labelling? Macam dalam gambar, Wina buat label pada trofast dan apa jua tempat simpan atau storage toys anak-anak, sebab Wina rasa dengan cara ini anak-anak akan terdidik dengan berdisiplin, lepas main simpan dalam box mengikut kategori yang Wina sediakan.

IKLAN

Sekali sekala buat acara siapa cepat simpan toys dia menang, atau siapa tak simpan toys abah buang! Haha suara itu selalu terngiang-ngiang di telinga ibu bila abah mereka dah naik tone suara.

Sambil memegang plastik hitam di sebelah tangan sebagai signal mainan tu akan dibuang. Percayalah, toys itu akan tersusun rapi semula sebab anak-anak memang sayang sangat dengan toys diorang. ( Eh, baru perasan ibu ni memang kaki labelling ke? Sebab semua benda nak kena label hihi )

3) DECO DENGAN BAHAN-BAHAN YANG SESUAI

Didik Anak Di Rumah, Cikgu & Juga Ibu Ni Kongsi Ilmu Parenting Yang Diamalkan. Bolehlah Dicuba!

Macam banner yang Wina gunakan tu. Contoh, Rukun Islam dan Rukun Iman. Kita mesti nak anak-anak kita master perkara basic tu kan? So, kena laa letak dekat part yang selalu anak-anak kita lepak dan santai. Jadi, kita pun sebagai ibu abah boleh bacakan pada anak-anak secara tidak langsung .

Kalau nak anak mahir solat, deco dengan bahan yang berkaitan dengan ibadah dekat tempat solat. Kalau nak anak mahir doa makan, doa masuk keluar tandas, jadi deco dekat tempat yang bersesuaian di meja makan dan di dinding sebelum masuk ke tandas. ( Actually banner tu dah lama, dari tahun lepas lagi Wina beli sekali dengan banner surau untuk sekolah )

IKLAN

4. WUJUDKAN SUASANA HOMESCHOOLING

Adakan satu tempat atau sudut untuk anak-anak belajar, ada bahan untuk kita sendiri mengajar mereka. Kalau boleh nak beli mainan pun kita jangan pakai beli je, beli mainan yang educated sikit. So, dalam masa yang sama kita boleh terapkan element bermain sambil belajar. Kan seronok!

5) PERBANYAKKAN BUKU DAN PELBAGAIKAN PILIHAN BUKU

Kita kena adakan pelbagai jenis buku. Yang penting buku tu buku yang anak-anak suka dan menarik. Kita mesti tahu apa yang anak kita suka kan? Trust me, jika persekitaran anak-anak kita penuh dengan buku InsyaAllah anak-anak kita akan menjadi ulat buku automatically.

Nak anak-anak jadi ulat buku? Kat rumah kena la ada buku banyak-banyak. Buat macam mini library orang kata. Lama-lama anak kita akan bersahabat dengan buku dan cintakan ilmu.

IKLAN

6. ADAKAN MASA UNTUK MENGAJAR ANAK-ANAK WALAU SESIBUK MANA PUN KITA

Walaupun kita sibuk dengan kerja, badan penat seharian mencari rezeki, adalah menjadi tanggungjawab kita mengadakan masa untuk anak-anak. Bagi tumpuan pada mereka walaupun sekejap. Lepas Solat Maghrib tu nak tunggu Solat Isyak, ajarlah mengaji sekejap. Buat aktiviti ke, mewarna ke, membaca ke, kitakan nak anak-anak kita cemerlang. Kita pun kenalah cemerlang.

InsyaAllah kalau di rumah kita dah touch up, di sekolah pun cikgu-cikgu mereka tambah touch up, InsyaAllah cemerlanglah mereka di dunia dan akhirat. Amin.

Pengalaman sendiri, setiap hari Wina menyaksikan dikalangan anak-anak murid Wina perbezaan seorang anak yang dipeduli oleh ibu bapa mereka dan seorang anak yang tidak dipeduli oleh ibu bapa mereka. Jadi, kita sendiri yang kena pilih dan tentukan!

Nota Comel : Sebenarnya Wina sendiri tak habis lagi deco bilik anak-anak Wina ni. Sebab katil belum sempat beli. Cadangnya nak beli katil ikea je, tapi disebabkan Wina dan suami bz melampau tak tahu bila nak pegi ikea lagi.

Didik Anak Di Rumah, Cikgu & Juga Ibu Ni Kongsi Ilmu Parenting Yang Diamalkan. Bolehlah Dicuba!

Nasib anak-anak ibu cermat bila main toys, kebanyakan toys masa Abang Long kecil-kecil dulu still boleh main. Sekarang dah jarang beli toys sebab Abang Long dah besar. Adik-adik pun sambung main toys Abang Long dulu je. Selamat duit ibu abah.

sumber : Nurul Syazwina Sazali 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI