Isnin lalu, sesi persekolahan bagi tahun 2023 sudahpun bermula. Pelbagai ragam murid-murid dapat dilihat menerusi laman sosial yang dimuatnaik oleh ibu bapa dan juga guru sekolah.
Ada yang menangis, ada yang teruja dan ada yang steady memandangkan sudah dilatih untuk ke sekolah. Ada juga murid-murid yang hadir begitu teruja untuk bertemu rakan-rakan baru.
Namun ketika kanak-kanak di sekolah lain seronok berkenalan dengan rakan baru, lain pula situasi yang berlaku kepada seorang murid darjah enam di Sabah, apabila menjadi satu-satunya murid di dalam kelasnya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh guru kelasnya dikenali sebagai Cikgu Aben di Facebook, murid tersebut dikenali dengan nama Errone Erwine dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ruminding, Sabah.
Seorang sahaja murid saya tahun ini, dia ketua kelas, dia pengawas, dia juga tukang sapu, tukang lap tingkap semua hari-hari. Hari-hari dia, tiada orang lain,” tulis cikgu itu.
Difahamkan juga, jumlah murid yang mendaftar di sekolah itu pada tahun ini adalah sebanyak 10 orang sahaja. Sehingga kini, hantaran tersebut telah mendapat 5,500 tanda suka, 931 komen dan 1,100 perkongsian.
Ads
Di ruangan komen mendapati ramai yang terhibur dengan kejadian yang jarang-jarang berlaku ekoran kebiasannya jumlah murid adalah ramai dalam satu kelas.
Kalau dia tidak hadir macam mana? Terpinga-pinga cikgu sendirian dalam kelas,” komen Nasfarina.
Kalau perhimpunan macam mana itu? Tetapi senanglah dia terpilih wakil sekolah untuk sukan olahraga itu cikgu,” komen Stenz Chang.
Untung murid ini. Macam kelas persendirian dan ‘homeschool’,” komen pengguna yang lain pula
Sebagaimana semua ketahui, anak bongsu pelakon Oki Setiana Dewi iaitu Sulaiman disahkan mengidap sindrom Prader Willy (PWS) iaitu penyakit genetik yang disebabkan oleh gangguan pada kromosom 15, sehingga menyebabkan kelainan pada banyak sistem tubuh.
Berkongsi perkembangan terkini anak bongsunya itu, Oki memaklumkan anaknya telah selamat menjalani pembedahan di akaun intagram miliknya.
Pada posting terdahulu, Oki turut meminta agar warganet mendoakan kesihatan dan kesembuhan segera untuk Sulaiman.
Oki melahirkan anak keempatnya itu di Hospital Ibu dan Anak Bina Medika, Bintaro, Jakarta pada 16 November tahun lalu. Ketika dilahirkan, Sulaiman mengalami masalah pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU). Ketika dilahirkan Sulaiman juga tidak menangis seperti kebiasaan bayi yang normal.
Meninjau di ruangan komen, nyata warganet bersimpati dan mendoakan kesejahteraan buat Sulaiman.
Antaranya komen daripada _irishbella_ : Weeee Love you ka Okiii❤️❤️❤️🥰 semangattttt! Cepet Sehat ya Sulaiman, doaaa dari aunty irish untuk Sulaiman 🥰🥰pelukkkkk❤️
Begitu juga irnamutiara mendoakan agar Sulaiman cepat sembuh ujarnya : MaaSyaa Alloh Sulaiman sehat teruss…InsyaaAlloh jadi penghapal Qur’an ya Nak…❤❤❤
Memasak bihun goreng walau dianggap antara menu yang ringkas untuk disediakan namun ramai juga yang gagal menyediakan bihun goreng yang sempurna.
Kadang-kadang, bihun yang masak terlembik atau terasa masih keras dan tentunya tidak enak dimakan.
Mengetahui tip dan trik menyediakan bihun yang sempurna, di sini dikongsikan dan bolehlah dicuba.
TIP GORENG BIHUN SUPAYA TIDAK HANCUR.
Ada ni ha.. sekuali bihun baba buatkan untuk sahabat baba. Goreng bihun Ni Ada yg pandai Dan Ada jugak yg fail kan… tu Ada yg tanya baba mcm Mana nak bagi bihun Tak hancur Masa menggoreng?
Biasanya yang hancur tu silapnya sebelum goreng kita rendam dulu bihun tu dengan air panas yang berasap pastu biarkan lama terendam..aishhh salah tu.. nak masak megi boleh lah buat mcm tu hahaha.. Nak pakai air panas boleh tapi pastikan bila bihun dah lembut ..toskan..jangan biarkan lama bihun tu terendam kalau tak.. hancurlah nanti.
Selain itu, faktor lain yang menjadikan bihun kita cantik time menggoreng adalah bergantung pada brand bihun yang kita beli..baba suka brand yang menggunakan beras siam.. bihun dia senang nak handle.
Style baba masak bihun ni.. Ada dua cara..pertamanya bihun tu kita rendam dulu semalaman dengan air tapis.. Kira nak masak pagi.. malam tu baba dah rendam. Bila bihun yang direndam tu dah lembut barulah start menggoreng.
Tapi baba lebih suka cara kedua iaitu cara express.. Tak perlu nak rendam kasi lembut bagai…hahaha orang cakap cara koboi.
Caranya mudah je..siapkan bahan tumisan dulu.. bawang, cili semua skali tu sampai pecah minyak dan cantik pastu letak sekali lauk dan perasakan dengan gula dan garam. Tambah air panas dalam pes yang kita tumis tu.. bagi mengelegak barulah masukan bihun yang keras tu…
Sebelum lebur bihun dalam kuali, pastikan bihun basuh dulu ya kalau tak bihun akan berbau beras bila siap masak hahaha…
Kacau sampai bihun yang keras jadi lembut dan cantik.. baru masukkan Sayur (Sayur kena masuk last. Masuk awal² nanti sayur hancur hahahah)…goreng sampai sayur masak dan mesra dengan bihun.
Kaedah ni baba suka sebab bihun jadi lebih sedap sebab time menggoreng bihun yang keras dia akan serap air tumisan untuk jadi lembut..jadi bihun ni bila dimakan kita akan terasa rencah dia meresap di dalam bihun tu…lagi terangkat.
Sumber : Wan Muhammad Hafiz Satar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sudah tentu ramai yang bercita-cita untuk memiliki tanah sebagai pelaburan untuk aset jangka masa panjang.
Maklumlah dengan memilik tanah sebegini akan memberi pulangan yang lumayan jika dijual semula.
Malah ada juga yang membeli tanah untuk dijadikan kediaman setelah bersara. Lantaran itu, sudah tentu iklan tanah akan menjadi tumpuan.
Namun hati-hati, bimbang ada yang tanah yang murah tetapi ia tidak boleh dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sebagaimana jenis tanah lot lidi. Pasti sesiapa sahaja akan rambang mata.
Nak tahu lanjut mengenai kesannya membeli tanah lot lidi ikuti 7 sebab yang dinyatakan oleh pakar kewangaan, Azizul Azli Ahmad ini.
RUMAH CANTIK, TAPI?
Semalam saya ziarah satu rumah selepas tuan rumah maklumkan nak jual rumahnya. Bila saya minta salinan geran, tuan rumah kata ada dengan peguam.
Katanya namanya ada dalam geran tanah ini. Saya mula rasa ada yang tak kena. Tuan tanah ini beli tanah pada harga RM70,000 . Kos bina rumah cantik begini pada harga RM170,000.
Dalam iklan yang ditawarkan, bunglow ini hanya pada harga RM165,000 sahaja. “Dulu dia janji masukkan nama dalam geran”. Ceritanya laju.
Akhirnya saya faham bahawa kediaman ini dibina atas Lot Lidi kita sebut. Lot lidi adalah lot pertanian yang belum dipecahkan menjadi lot individu yang berstatus bangunan.
Penjual bila pembeli dah seronok dan bina bangunan, akan mintak duit lagi nanti nak tukar status atau pecah lot dan sebagainya.
“Saya jual murah sebab tuan tanah mintak tambah lagi RM30,000 untuk tukar status tanah bang”.
Nampak permainan mereka? Ramai yang gila beli tanah konon sebab harga murah. Mereka nak buat rumah sendiri dah pencen nanti katanya.
“Saya dah beli tanah kat kampung bang, murah RM56,000 saja”. Cerita yang selalu saya dengar.
“Orang kampung jual, murah murah. Saya buat personal loan senang bang”.
Saya dah banyak kali tulis, kelemahan Lot Lidi ini kawan. Elakkan beli Lot lidi ini sahabat sekalian.
Ini Sebabnya
1. Tanah kita buat rumah itu bukan kita punya, ia tetap tuan tanah punya walau nama kita kononnya masuk dalam geran. Proses pindah milik tak berlaku.
2. Ketiadaan geran individu yang berasingan, bagaimanakah tanah lot itu boleh dipindah milik kepada nama pembeli?.
3. Pembinaan rumah tidak boleh dilakukan di atas tanah lot lidi tanpa kebenaran PBT.
4.Tanah tanpa geran sudah pasti tanah ini juga tidak boleh digadaikan kepada bank untuk dapatkan pembiayaan. Apa guna ada tanah tiada nilai?
5. Pemilik Lot lidi tidak layak mendapat pampasan jika tanah diambil oleh kerajaan. Hanya tuan tanah yang layak dapat.
6. Dari segi perundangan tanah yang dibeli pada harga puluhan ribu ringgit itu sebenarnya masih menjadi hak pemilik asal kerana ia tidak dipindah milik secara rasmi kepada pembeli.
7. Walau ada perjanjian, cop lawyer dan sebagainya kata si penjual. Ia tetap tidak diperakui sah Di bawah Kanun Tanah Negara.
“Kalau geran lengkap semua nie saya nak jual RM300,000 nie bang”. Ceritanya semalam. Kawan kawan,
Hindari membeli Lot Lidi dan tanah tanah lot murah ini. Ia tak jadi milik kita sepenuhnya. Banyak penyelewengan berlaku dan duit susah dapat balik nanti.
“Padanlah tanah nie murah, lot lidi rupanya”. Lebihkan hati hati agar tak jadi mangsa tipu nanti. Dikampung banyak kisah begini.
Keluarga akan mengadakan program e-keluargagader : Jom Masak Menu Iftar Kegemaran Keluarga secara virtual pada 2 April ini jam 2.30 petang- 4.30 petang. Jom daftar ramai-ramai, kita belajar buat 2 menu berbuka yang istimewa daripada chef terkenal, Chef Amer. Hanya RM 20, dan anda layak menerima satu tiket Farm In The City secara PERCUMA dan banyak lagi hadiah menarik ditawarkan untuk peserta. Jadi usah tunggu lagi, jika anda berminat, daftar di link ini https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/ Anda juga boleh whatsapp admin di 016-9647520 untuk info lanjut.
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.