Inilah yang dikatakan biar gambar yang berbicara! Meruntun jiwa melihat, seorang wanita duduk merenung jauh nasib diri dan keluarga dengan berlatarkan pandangan rumah yang musnah akibat banjir, baru-baru ini.

Sedih pasti menerpa dalam dirinya melihat kediaman untuk keluarga berteduh selama ini, musnah sekelip mata. Benar kata perpatah, berat mata memandang berat lagi bahu yanga memikul.

Setelah tular gambar ini menerusi laporan sebuah akhbar  telah menarik perhatian ramai warganet.

“Penduduk Kampung Ajai Rafiah Jamaludin, 69, termenung mengenangkan nasib selepas rumahnya hanya tinggal tapak ekoran banjir besar. Menurut Rafiah, dia terkejut selepas mendapati rumahnya dibawa arus banjir dan tersekat di pokok-pokok tidak jauh dari tapak asal rumah.”

Sayu Hati Tengok, Rumah Pula Tersangkut Di Pokok Besar. Ustaz Ebit Sebak Santuni Mangsa Banjir Ini.
Foto: Bernama

Kisah ini juga telah mendapat perhatian, Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sebagaimana yang dipaparkan menerusi facebooknya.

Sayu hati 

IKLAN

Sayu Hati Tengok, Rumah Pula Tersangkut Di Pokok Besar. Ustaz Ebit Sebak Santuni Mangsa Banjir Ini.

Sayu hati tadi tengok rumah makcik Rafiah di kg Ajai Ulu Dong Pahang. Ramai tag saya di Metro dan media lain. Rumah di bawa arus banjir dan rumah tersangkut di pokok besar.Ujian makcik yer. Berat rasanya. Masa sampai makcik ini sedang mencari barang boleh pakai bersama anak-anak.

Makcik teringin nak bina rumah di kawasan lain di kebunnya. Mereka nak ambil kayu yang masih elok. Saya beri sedikit sumbangan duit tadi dan nanti akan belikan barang-barang kayu dan lain-lain untuk membina rumah semula. Selesai musim banjir ini.

Makcik Rafeah kata, jika tiada musibah ini tak dapat jumpa ustaz. Rezeki dapat jumpa ustaz. Sempat berbual semuanya ini ujian kasih sayang Allah pada kita semua. Berat ujian makcik.

IKLAN

Besarnya dugaan mangsa banjir.

Dalam pada itu, rata-rata komen turut mengakui sebak dan terharu melihat kejadian yang menimpa keluarga itu.

“Besarnya dugaan mangsa-mangsa banjir. Namun yg pasti ada hikmah disebalik musibah.

IKLAN

“Alhamdulillah..rezeki makcik ni dapat berjumpa ustaz..tq ustaz terus turun utk membantu menyediakan kelengkapan makcik ni.

“Bru smlm terbaca kisah mak cik ni. Hari ini UEL dtg bg bantuan. Semoga dipermudahkan urusan Ustaz Ebit Liew & mak cik.

“Tabah makcik ni..walaupon ditimpa musibah tp still positif Ade hikmah tersembunyi yang Allah nak bagi.terima kasih ustaz,” tulis beberapa netizen

Sumber: Harian Metro Ebit Lew

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI