“Sayu Tengok Senyuman Mak Cik Tu.” Ajak Shiro Serahkan TV Di Rumah Buat Mangsa Banjir Bikin Ramai Terharu

Share

Tidak hanya Sukarelawan, NGO bahkan ramai selebriti termasuklah Ajak Shiro yang turun padang menghulurkan bantuan ketika banjir.

Bapa kepada tiga cahaya mata ini telah bertemu dengan sebuah keluarga yang turut mengalami kerosakan harta benda disebabkan musibah banjir.

Sebak dengan nasib yang menimpa keluarga tersebut, pemilik nama sebenar Mohd Hanaffi Razak bermurah hati menghadiahkan sebuah televisyen di rumahnya.Kisah tersebut dimuatnaik isteri kesayangannya menerusi Instagramnya baru-baru ini.

“Ni lah laki aku, kalau hati dia terjentik, dia buat apa jerk. Kita bini nie supportlah, asalkan hati dia senang. Sebab dia macam nie lah, ibu tumpang rezeki Baba atas doa orang kat Baba,” ujar Afifah.

Jelas Afifah lagi, suaminya itu jenis yang mudah tersentuh, apatah lagi jika melihat kesusahan yang terpaksa ditanggung orang lain.Bahkan dia mengakui sentiasa memberi sokongan apa jua yang dilakukan oleh suaminya. Dalam masa yang sama, dia memohon orang ramai menitipkan doa semoga keluarga mereka akan sentiasa dimurahkan rezeki.

Rata-rata pengikut memuji keprihatinan Ajak serta mendoakan semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan.

mutyara.kayyibrahim Ya Allah baba..😢😢😢 Ya Allah kau muliakanlah dia. Limpahkanlah kemewahan padanya. Hidup yang bahagia bersama ibu & anak². Aamiin Aamiin Aamiin
_waki1_ Alhamdulillah.. terima kasih ajak sebab bantu family saya dan beri hadiah tv. semoga dimurahkan rezeki. Aminn
dilaleo Allahuakbar 😔😔😔 ingatkan beli baru, benda yg Kita sayang,Kita bagi kt orang memerlukan, mulianya, MasyaAllah 😢😢❤️❤️❤️❤️
e_yanz80 Rezeki makcik dpt tv dr ajak…rezeki ajak dr allah jumpe makcik…….moga murah la rezeki ajak sekeluarga dunia dan akhirat….mmg mulut riuh bising tp hati nye sgt baik….maaf airmata sy keluar sikit je td…betoi sikit je ..
atfiibrahim Terima kasih Ajak 👍🏻😭berlinang airmata sis!semoga Allah murahkan rezeki Ajak sekeluarga & team dgn rezeki yg x putus2🤲🏻🤲🏻amin
suzana_jamaludin Ajak insan hebat…👏👏👏👏 Insyaallah Allah permudahkan segala urusan ajak sekeluarga 🤲🤲🤲

Sumber: ajakshiro

 

 

 

IKLAN