Cuba lihat keadaan peti ais yang telah kita gunakan puluhan tahun lamanya, mesti keadaan luarannya nampak ada kekurangan. Jika hendak ditukar baharu terasa sayang pula sebab masih berfungsi dengan baik.
Kalau ikutkan hati teringin juga memiliki peti ais yang cantik sempena sambutan hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi. Barulah ruangan dapur nampak bergaya. Tapi bukankah cara ini merugikan?
Alangkah baiknya jika ibu-ibu mencuba lebih kreatif dengan memberikan ‘solekan’ pada peti ais dengan menggunakan teknik tampalan yang mampu bukan sahaja menjadikan peti sejuk nampak lebih menarik malah terlihat cukup unik.
Mencetuskan gaya ruangan dapur nampak lebih faminin, olahan stiker berbunga seperti ini pada bahagian pintu peti sejuk cukup memberi impak yang hebat. Biarpun ringkas namun cukup mempersona.
Gaya sepertinya ini amat sesuai buat anda yang mempunyai karakter yang periang. Melihat rekaan sebegini cukup mencuit hati dan tentu sahaja anak-anak juga suka dengan sentuhan sebegini di ruangan dapur.
Wujudnya garisan-garisan dengan ritma warna senada memberi impak rekaan peti sejuk dan sekali gus menyumbang pada gaya ruangan dapur. Cukup istimewa.
Sememangnya mencuri tumpuan. Peletakan stiker aiskrim pelbagai warna ceria secara bebas aturannya cukup luar biasa. Anak-anak tentu sahaja akan suka dengan hiasan sepertinya ini.
Paling ringkas dan mudah untuk digayakan. Letakkan sahaja gambar ahli keluarga di sini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buat mereka yang belum semak secara online, boleh check wang tidak dituntunt. Manalah tahu, dapat duit terpijak. Rezeki hujung tahun.
Pernah viral dulu, tapi buat yang belum boleh lah cuba-cuba semak. Mana tahu ada! Dapatlah penuhkan beg duit bulan ni! Betul tak!
DUIT TERPIJAK.
Dengan kata lain, duit yang tak disangka sangka. Purple mata hitamku sekejap bila tengok angka tertera. Betul ke ni? Terkelip kelip mata aku tengok? Tulisan kecil sangat, takut tersalah tengok pula. Dah la ada orang tua kat rumah ni kaki bahan jugak. Hahaha..
Macam dapat bonus bro! Nikmat apa lagi yang aku nak dustakan? Tak pernah mimpi boleh ada amount sebanyak ni tersimpan kat Akauntan Negara. Aku pun hairan apa yang aku buat dengan duit duit tu dulu..
Tak pernah peduli pun pasal wang tak dituntut sebelum ni. Rasanya pernah viral pasal wang tak dituntut ni 2-3 tahun lepas. Tapi tak ambil pusing sangat. Entah kenapa tiba-tiba pagi tu tangan ringan je register masuk nak tengok. Senyum sampai telinga wehh
U all kalau belum check wang tidak dituntut, cepat cepat pergi check. Mana tau ada duit terpijak jugak. Apapun, semestinya itu duit dan hak kita. Ada sikit boleh simpan bank, ada banyak terpaksalah bekukan tukar jadi emas. Itu rahsia duit kekal lama
Since ada yang tanya nak check kat mana, ni saya kongsikan :
1) Layari https://egumis.anm.gov.my/
2) Untuk yang pertama kali, register dulu (sign-in). Isi semua maklumat yang diperlukan.
Check email untuk verify link yang diberi.
3) Log in semula. Kemudian, masukkan semua maklumat yang diperlukan.
4) Masukkan IC kita. Boleh bantu check untuk ibuayah kat kampung jugak.
Maksimum boleh check dua nombor IC sahaja.
Sekian, semoga bermanfaat.
Sumber: Nurazlina Aini Mahamad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pembelian rumah adalah suatu pelaburan yang cukup menguntungkan dan tidak hairanlah ramai juga anak gadis membeli rumah sebelum berkahwin untuk dijadikan aset untuk jangka masa panjang.
Pun begitu, timbul juga kekeliruan status harta yang dimiliki oleh seorang perempuan sebelum berkahwin andai meninggal dunia, adakah harta tersebut akan menjadi hak milik sepenuhnya kepada suami atau perlu juga dibahagikan kepada waris yang lainnya.
Memahami situasi ini, jom kita baca penjelasan daripada pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, semoga dapat memberi pencerahan sepenuhnya tentang perkara tersebut.
Soalan
Assalamualaikum Dato’ Mufti. Sekiranya isteri ada membeli rumah sebelum berkahwin, adakah selepas kematian isteri, suami berhak ke atas rumah tersebut melalui faraid walaupun suami tidak penah bayar duit installment rumah bulan-bulan, bahkan tak tahu pun kewujudan rumah tersebut?
Jawapan
Waalaikumussalam. Alhamdulillah segala pujian bagi Allah SWT atas segala nikmat diberikan serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW
Apabila seseorang meninggal dunia, segala hartanya akan diklasifikasikan sebagai harta pusaka. Harta pusaka atau harta peninggalan ialah semua harta yang mempunyai nilai dan dimiliki semasa hayatnya serta berterusan sehingga kematiannya. Berdasarkan penetapan daripada pihak Baitulmal MAIWP[1], harta-harta itu termasuklah:
-Semua harta yang diperolehi secara halal melalui jual beli, hibah, wasiat, pembahagian pusaka, hadiah, sedekah dan sebagainya.
-Sewa yang masih belum dijelaskan kepada si mati.
-Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematiannya.
-Dividen/faedah yang terbit daripada harta si mati.
-Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
-Barang yang terbit selepas kematiannya dari usaha semasa hayatnya, misalnya ikan yang masuk ke dalam bubu yang ditahan oleh si mati.
Berdasarkan pembahagian kategori harta di atas, rumah yang dibeli isteri sebelum berkahwin dan berterusan menjadi hak milik isteri selepas berkahwin merupakan harta yang dikategorikan sebagai harta pusaka yang wajib dibahagikan kepada ahli waris yang mempunyai perkaitan atau disebut sebab perwarisan.
Antara ahli waris utama yang mempunyai bahagian harta pusaka ialah suami, anak-anak (lelaki dan perempuan) dan ibu bapa. Jika kesemua ahli waris ini ada dan masih hidup, maka harta si mati akan dibahagikan keseluruhannya kepada mereka selepas ditolak kos pengurusan jenazah si mati, hutang-piutang dan wasiat yang ditinggalkan.
(Lihat: al-Mughni al-Muḥtaj, 4/7)
Sementelahan itu, rumah yang dibeli isteri di atas tidaklah menjadi hak milik penuh si suami. Sebaliknya akan dibahagikan berdasarkan ketetapan Syarak. Sebagai contoh, jika kita mengandaikan kesemua ahli waris seperti suami, seorang anak lelaki, dua orang anak perempuan dan ibu bapa si mati masih ada.
Suami, ibu dan bapa si mati akan dapat bahagian masing-masing terlebih dahulu. Kemudian, keseluruhan baki harta (BH) akan diberikan kepada anak lelaki dan anak perempuan dengan nisbah anak lelaki dua kali ganda anak perempuan.
Pembahagiannya seperti berikut:
Jika si mati hanya mempunyai aset sebuah rumah sahaja dan nilai harga semasa rumah tersebut ialah RM700,000 contohnya. Maka, suami hanya dapat 9/36 bahagian rumah sahaja, berjumlah kira-kira RM175,000. Selebihnya diberikan kepada ahli waris seperti yang tertera pada jadual di atas.
Situasi akan berbeza jika sebelum isteri meninggal dunia, isteri sudah menjual atau menukar hak pemilikan rumah kepada orang lain. Kesannya, rumah tersebut tidak tergolong di bawah harta pusaka lagi dan ahli waris tidak layak menuntut harta tersebut.
Kesimpulannya, suami mempunyai hak terhadap aset rumah si mati sebanyak 1/4 bahagian sahaja. Pembelian rumah sebelum berkahwin ataupun selepas berkahwin tidak memberi kesan terhadap kelayakan suami mendapat bahagian harta pusaka rumah tersebut melainkan rumah tersebut sudah dipindah milik kepada orang lain.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.