Sayur pucuk manis memang enak rasanya, sama ada dimasak ringkas dengan direbus atau dimasak dengan santan nyata mampu membuka selera ketika dijamah bersama lauk pauk pilihan. Umumnya, pokok pucuk manis ini sangat mudah didapati di kampung-kampung. Andai teringin dimakan, terus boleh dipetik di laman rumah.

Menyedari pucuk manis ini bukan sahaja kerana bila dimasak enak rasanya, malah mengandungi banyak khasiat. Pun begitu menurut perkongsian Dr Suri Roowi, ada memberi peringatan agar berhati-hati menikmati pucuk manis ini.

Nak tahu apa sebabnya, ini katanya;

PUCUK MANIS – SEDAP TAPI PERLU HATI-HATI

Sayur Pucuk Manis Sedap & Banyak Khasiatnya. Tapi Nak Makannya Kena Hati-hati & Ni Pesanan Dr, Sila Takenote!

Pucuk manis;

  1. secara tradisi digunakan untuk tingkatkan pengeluaran susu ibu
  2. sumber provitamin A yang baik, vitamin B dan C, protein dan mineral.

iii. lebih tinggi kandungan protein berbanding sayuran berdaun yang lain

Walaubagaimanapun…..

– pucuk manis tinggi kandungan alkaloid (dikenali sebagai papaverin)

Justeru….

IKLAN
  1. Pengambilan ekstrak pucuk manis yang berlebihan boleh sebabkan toksik.
  2. boleh juga sebabkan pening, mengantuk dan sembelit.
  3. Di Taiwan, lebih daripada 30 individu mengalami masalah paru-paru selepas meminum ekstrak pucuk manis mentah untuk kurangkan berat badan.
  4. Lima pesakit pula terpaksa menjalani ‘lung transplant’

Justeru….

  1. Elakkan makan pucuk manis mentah
  2. Sebaiknya masak dulu dan jangan makan berlebihan

Wallahu’lam

Sumber : Dr Suri Roowi

Buat anda yang ingin mencuba menikmati keenakan rasa pucuk manis, bolehlah dimasak lemak seperti yang dikongsikan oleh Roslinda Abdul Hamid ini. Menurutnya, walaupun senang dan rasanya semua orang tahu tapi dia share untuk anak-anaknya dapat rujuk cara penyediaan menu Masak Lemak Pucuk Manis Dengan Keledek pada bila-bila masa kelak.

Sayur Pucuk Manis Sedap & Banyak Khasiatnya. Tapi Nak Makannya Kena Hati-hati & Ni Pesanan Dr, Sila Takenote!

Pucuk Manis Masak Lemak

IKLAN

Bahan2 tumbuk/kisar

6 biji bawang kecil (beli online di sini)

2 ulas bawang putih

segenggam Udang kering / Ikan bilis

Bahan lain

1 biji keledek

IKLAN

1 ikat Sayur Pucuk Manis

2 cawan santan pekat

2 cawan air

1 1/2 sudu teh garam

Cara memasak:

  1. Masukkan ubi keledek ke dalam periuk. Kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk bersama air dan perasakan dengan garam. Pastikan ubi keledek tenggelam dan rebus sehingga empuk.

2. Setelah ubi keledek empuk masukkan santan dan kacau selalu sehingga mendidih.

3. Kemudian masukkan daun pucuk manis yang telah dicuci ke dalam periuk.

4. Biarkan mendidih dan sedia untuk dihidang.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI