Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’ adalah peribahasa yang tepat bagi menggambarkan pengorbanan ibu bapa ini membesarkan anaknya yang merupakan anak autisme dan epilepsi.

Jauh disudut hati, seluruh jiwa raganya untuk anak tersayang, namun apakan daya, kudrat tidak sekuat dulu, kala badan sudah dimamah usia.
Seperti perkongsian oleh Natipah Abu, sukarelawan yang aktif membantu masyarakat ini diharap dapat membantu keluarga ini.

Sebab Susah, Keluarga Ini Mohon Bilik Untuk Uruskan Anak Autisme Dan Epilepsi. Sebak Perkongsian Ini

“Ketika hajat Pak Cik Abdul Rahman Bin Ahmad dan Mak Cik Rahmiah Binti Wahab disampaikan oleh pihak ketiga .. timbul sedikit pertanyaan .. apa relevannya permintaan pasangan itu, iaitu bilik tidur dan bilik air dengan anak istimewanya.

Lawatan ke rumah akhirnya memberikan jawapan. Ismail Bin Abdul Rahman atau nama timangannya Mail, anak ke 6 dari 8 adik beradik ini hidup dalam dunianya tersendiri sejak kecil . Mail tidak pernah keluar rumah .. dunianya hanya di dalam rumah.

Masalah autisme dan epilepsi

IKLAN

Mail anak syurga .. ada masalah autisme dan juga epilepsi. Dia hanya boleh bercakap beberapa patah perkataan saja tetapi dia mampu memahami apa yang kita perkatakan. Tidak boleh berjalan , Mail bergerak hanya dengan mengesot perlahan . Mail juga adakalanya hilang daya imbang tubuh.

Selain suka melihat ayam-ayam yang berkeliaran di luar rumah … Mail suka bermain dengan dua plastik lusuh bekas lampin pakai buangnya dan juga sebatang kayu sebagai hiburan hatinya.

Di dalam plastik bekas plastik yang sudah lusuh itulah Mail menyimpan beberapa keping wang sedekah orang kepada nya selain sedikit gumpalan tali. Mail juga akan mengetuk-ngetuk lantai dengan kayu itu sekali-sekala …

Mail cukup suka duit. Tetapi dia hanya suka dan kenal not seringgit saja. Pantang sungguh Mail kalau ada sesiapa mengusik beberapa keping not biru yang ada di dalam plastiknya . Mengamuk dia … walaupun dengan ibunya yang sudah berusia 66 tahun itu.

IKLAN

Mail juga suka makan mee segera. Mail boleh makan sendiri. Selera makannya sama seperti insan normal yang lain.

Dalam usia 79 tahun …. dalam keadaan kesihatan yang tidak menentu dan kudrat yang tidak lagi seperti dulu, Pak Cik Rahman masih perlu menoreh getah bagi meneruskan kesinambungan hidup kerana hendak mengharapkan bantuan anak-anak , mereka juga berjuang untuk hidup dengan tanggungan masing-masing.

Mengharapkan bilik tidur lengkap dengan bilik air

IKLAN

Sebab Susah, Keluarga Ini Mohon Bilik Untuk Uruskan Anak Autisme Dan Epilepsi. Sebak Perkongsian Ini

Kini .. pasangan ini sangat mengharapkan sebuah bilik tidur yang lengkap bilik air seadanya .. kerana kudrat mereka yang sudah di usia senja ini, sudah tidak segagah dulu untuk mengheret Mail ke bilik air. Pak Cik Rahman akan memeluk Mail yang duduk di lantai dari belakang dan mengheretnya setiap kali hendak ke bilik air.
Alhamdulillah … Mail ada menerima wang bantuan bulanan dari JKM. Dengan wang itulah , mereka membeli lampin pakai buang Mail.

Rasanya …
Hanya mereka yang senasib dengan pasangan ini saja mengerti betapa runsingnya hati memikirkan keadaan anak yang bakal ditinggalkan andai dijemput pulang Yang Maha Esa kelak. Menitis air mata si ibu bila bercakap tentang masa depan Mail. Walaupun ada adik beradik lain, tetapi kasih sayang, perhatian dan jagaan itu tidak akan pernah sama dengan ibu atau ayah … yang tiada galang gantinya .

Dengan lafaz .. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
acc ini dibuka untuk sedekah yang kita niatkan kepada Ismail Bin Abdul Rahman.
Semoga sumbangan kita kelak, akan merealisasikan hajat sepasang ibu ayah yang sudah dipenghujung usia ini.
Jazakukumullah khairan katsira …

ISMAIL BIN ABD RAHMAN (31 THN )
AUTISME & EPILEPSI
KEPERLUAN KHAS.
SUMBANGAN MAYBANK NATIPAH ABU 552107617521

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI