Menyayangi ibu ayah kita selain boleh ditunjukkan dengan cara sentiasa berbuat baik pada mereka, sebagai anak hakikatnya terlalu banyak cara kita boleh lakukan.
Umpamanya dengan memohon keampunan untuk ibu bapa kita. Bagaimana caranya, ayuh kita baca perkongsian ini.
Hanya dengan istighfar, masa depan kita cerah dunia akhirat insya-Allah. Ada yang bertanya, macam mana nak istighfar untuk mak ayah?
Maksud istighfar adalah memohon keampunan. Istighfar untuk diri sendiri adalah memohon keampunan untuk diri sendiri. Manakala istighfar untuk mak ayah pula maksudnya memohon keampunan untuk mak ayah.
Ads
Macam mana nak sebut?
رب اغفرلي ولوالدي
Maksudnya: Ya Rabb, ampunkan dosa aku dan kedua ibu bapa aku.
Ads
Tak reti baca atau tak mampu hafal yang Arab? Ungkapkan saja dalam bahasa Melayu. Tuhan itu Maha Faham segala apa bahasa yang kita perkatakan.
Ads
Anak soleh itu bukanlah pada jubah dan serbannya. Bukan juga pada mengaji tinggi bertingkat-tingkat sijilnya. Bukan pada pak imam semata-mata. Anak soleh itulah yang sentiasa mendoakan ibu ayahnya tika hidup dan mati.
Bagi yang suka melakukan aktiviti berkhemah atau camping bersama keluarga, bolehlah persiapkan meja camping seperti yang dihasilkan oleh Muhamad Dzulfikri ini.
Ini memandangkan seakan menjadi fenomena baru keluarga masa kini, bila hendak melakukan aktiviti camping pasti akan menggunakan setup yang lengkap dari khemah, peralatan memasak hingga ke aksesories perkhemahan.
Tujuannya untuk benar-benar dapat merasai pengalaman dan keistimewaan percutian dengan rasa selesa.
Oleh itu, bolehlah anda gunakan idea yang dikongsikan ini untuk menghasilkan meha camping secara DIY yang bukan sahaja praktikal di mana boleh dilipat dan disimpan jika tidak digunakan, kos membuatnya juga sangat rendah iaitu bawah RM10!
Projek DIY Meja Camping
Projek meja camping diy saya akhirnya siap juga tinggal nak syelek bagi menarik saja .
Saya bukanlah campers tegar macam tuan dan puan yang serba lengkap peralatan dari A sampai Z. Saya ikut mood kadang semangat kadang tak haha jadi saya buatlah meja kecil diy dari barang buangan untuk dijadikan meja minum minum kopi. Modal saya hanya bawah RM10.00
Bahan-bahan yang digunakan:
Kayu pallet : Kayu buangan
Kayu pine (secondhand) : RM2-RM3
Paku dan skru : RM3.00
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet teruja untuk memiliki meja yang cukup praktikal yang dibuat oleh Muhammad Dzulfikri ini. Bahkan ada juga yang ingin cuba membuatnya memandangkan bajet yang digunakan cukup rendah.
Istimewanya juga meja tersebut boleh dilipat dan bolehlah disimpan jika tidak digunakan.
Bukan main bersemut lagi ucapan hari jadi menantu kepada ibu mentuanya. Isteri kesayangan Fattah Amin ini sememangnya seorang yang lemah lembut dan begitu mementingkan hubungan kekeluargaan. Patutlah dia sangat disayangi oleh peminatnya.
Semalam, dia dan Fattah telah menyambut hari jadi ibu mentuanya dalam satu majlis yang cukup ringkas. Malah, Fazura turut memuat naik beberapa keping gambar serta video berkenaan majlis tersebut.
Sanah Helwah buat seorang wanita istimewa yang Allah SWT kurniakan buat saya sebagai Ibu mertua yang amat dikasihi. Beruntung nya saya dikurniakan Ibu mertua yang hatinya sentiasa penuh dengan rasa kasih-sayang, rendah diri dan sentiasa memilih untuk berfikiran baik pada setiap manusia dan keadaan.
Terima kasih Ibu kerana menerima Faz seadanya dan melahirkan seorang Imam yang cukup membahagiakan Faz, di dunia dan akhirat InsyaAllah. Doa Faz buat Ibu semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, rezeki, dipanjangkan umur dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT. Love you Ibu .
Tidak ketinggalan para pengikut di laman instagramnya turut mendoakan serta memuji Fazura yang beruntung memiliki ibu mentua yang baik hati dan penyayang.
ayuazuraAlhamdullilah..kamu sngt beruntung Faz.. smga perhubungan ini kekal kesyurga?? @missfazura
adeq_aten95Seronoknya tengok kak faz & mother in law. Rasa bahagia sangat tengok muka. Moga suatu hari nanti saya dikurniakan ibu mertua mcm sifat ibu mertua kak faz.
sofeasopheaFaz, sebak i baca coretan you buat your mom in law tersayang. Semoga segala kebaikan untuk ibu Fattah , Faz and Fattah akan Allah berikan ???
fattfazzforeverAlhamdulillah… @missfazura you are so lucky sbb mendapat seorang ibu mertua yg Sgt baik budi pekertinya sama seperti menantunya?? semoga Allah sentiasa memelihara melindungi kali an sekeluarga didunia dan akhirat insyaallah?????
ciknorms33Mari puji memuji kpd Tuhan..nikmat diberi melimpah seluruh alam..mari puji memuji Tuhan yg esa..AllahumaSolli Ala Muhammad Wa ala ali muhammad..tiada kata yg mampu diucapkan selain segala puji bg Allah atas segala nikmat dan kurnia yg diberikan kpd kita semua dan saling kasih mengasihi sesama kita,hormat menghormati dan saling sayang menyanyangi..happy birthday ibu mertua faz..semoga panjang umur murah rezeki dan diberikan kesihatan yg baik.Aamin
einaznlAamiin….sanah helwah buat ibu @fattahaminz ….semoga sentiasa dirahmati Allah dunia dan akhirat, diberi kesihatan yg baik, dilimpahi rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta ???
asrina_mpAllahuakbar beruntungnya kamu dikelilingi oleh kluarga mertua yg menutupi aurat.. Moga 1 day kamu pun mampu bhijrah.. Insyaallah fatah mampu mmbinbing kamu nanti..
“Setiap hari bangun tidur hanya menangis hanya untuk mulakan hari supaya saya boleh tersenyum.”
Ini adalah antara luahan isi hati penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari (BCL) setelah kehilangan suami tercinta Ashraf Sinclair.
Luahan hati Bunga Citra Lestari itu penuh emosi itu membuatkan ramai yang sebak di konsert BCL Blossom Intimate di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) malam tadi.
Menerusi perkongsian di Toktik akaun @miraaaroslan di lihat Bunga Citra Lestari tidak dapat menahan rasa sebak sewaktu dendangan 12 Tahun Terindah yang mengambarkan rindu yang tidak padam kepada arwah suaminya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Lebih menyedihkan lagi, ketika persembahan turut memaparkan koleksi foto momen indah Bunga bersama Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair.
Menurutnya yang mesra disapa sebagai BCL, lagu tersebut terhasil daripada semua memori pahit manis sepanjang 12 tahun bergelar isteri kepada Ashraf.
ANAK BCL TURUT ADA
Selain momen sedih, penonton turut diberi kejutan apabila anak lelaki BCL, Noah Aidan Sinclair tampil menyanyi bersama ibunya untuk lagu terakhir, Dance Tonight.
Bukan sahaja menjadi ‘rapper’ untuk persembahan ibunya, si cilik berusia 12 tahun itu juga lincah menari persis penari profesional sekali gus mengundang sorakan gemuruh penonton.
Jus tembikai tanpa air tular selepas konsep 100% isi buah segar diperkenalkan. Peniaga asal berlapang dada apabila idea ditiru dan anggap ia soal rezeki.