“Sebagai Ayah Usaha Jadi Yang Hebat Di Mata Anak!”- Begini Triknya & Ambil Peluang Masa Anak Masih Kecil Lagi!

Share

Dalam mendidik anak-anak tidak dinafikan betapa besarnya tanggungjawab seorang ibu dan ayah. Bahkan jika ingin dibandingkan, besar lagi tanggungjawab bagi seorang ayah sebab ayah adalah pemimpin keluarga.

Difahamkan menurut perkongsian daripada Dr Reza Zainol,  anak lelaki bila bermula usia 6-13 tahun, anak lelaki akan mula tertarik kepada lelaki lain yang lebih dewasa. Mereka itu boleh jadi ayah, pakcik, datuk, ayah tiri atau saudara lelaki yang lain.

Pada usia ini juga, ayah menjadi lebih penting kerana anak lelaki mula tersedar yang satu hari nanti mereka juga akan jadi lelaki dewasa.

Akan timbul minat untuk anak belajar bagaimana untuk menjadi seorang lelaki yang sebenar.

Jika lelaki dewasa yang rapat dengannya ialah ayah, dia akan mula mendekati, belajar dan meniru setiap kelakuan si ayah.

Pada waktu ni juga, secara fitrahnya dia bersedia untuk belajar dan mendengar kata-kata dari ayah.

Ambillah peluang ini supaya:
1. Anak lelaki belajar berhujah dan berkata-kata daripada ayahnya.
– Anak lelaki akan belajar, lelaki boleh berhujah dengan tenang tanpa menyakiti sesiapa.

2. Anak lelaki belajar meluahkan perasaan dengan memerhati ayahnya.
– Penting untuk anak melihat cara si ayah mengawal diri ketika dirinya penuh dengan emosi.

3. Anak lelaki perlu lihat ayahnya bersama-sama menguruskan kerja di rumah bersama ibunya.

4. Anak lelaki perlu diajar oleh ayah yang ibunya bukan bibik di rumah. Ibunya perlukan rehat, makan dan tidur yang secukupnya.

5. Yang paling penting, ayah mesti ajarkan pada anak lelaki, wajib hormat pada wanita terutama pada ibu sendiri. Anak perlu lihat ayahnya sentiasa mempertahankan maruah ibunya dalam apa jua keadaan.

Membuka aib wanita, bercerita perkara yang lucah dan mencarut bukanlah ciri-ciri maskulin yang kita nak anak lelaki belajar.

Lantaran itu juga, sebagai ayah berusahalah jadi ayah yang hebat di mata anak-anak.

1. Jadi pendengar setia setiap kali anak bercerita. Walaupun remeh, tapi itulah terapi bahagia untuk anak-anak.

2. Pandang mata anak bila berbual.

3. Selalu guna nada suara yang lembut bila bercakap.

4. Tetapkan “Bonding Time” dengan anak. Yang penting, kita luang masa yang berkualiti bersama dengan anak.

5. Jadi ayah yang sentiasa kagum dengan idea dan pendapat anak. Anak kita pun nak rasa yang diri mereka bijak di mata ayah.

6. Jaga tutur kata depan anak dan isteri walaupun tengah penat atau marah.

7. Jadi tempat yang selamat untuk anak bercakap, meluah rasa dan bermain.

8. Selalu peluk cium anak tanpa pilih kasih.

9. Rajin ambil dan kumpul gambar anak sebagai kenangan.

10. Jadi insan yang paling banyak memuji dan menyokong usaha anak walaupun tidak sempurna.

Sumber : Redza Zainol 

 

ARTIKEL MENARIK : “Kenderaan Adalah ‘Monster’ Yang Telan Banyak Duit…”-Lelaki Ni Pesan, Ada Betulnya!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN