Seakan menjadi kebiasaan apabila kita melihat seseorang anak yang berjasa kepada ibunya dengan melakukan kebaikan, ada satu ungkapan yang biasa disebut-sebut, iaitu ‘sejuk perut ibu mengandung’.

Begitulah kisahnya jika ingin dikaitkan dengan Ameena Sofia, walau baru berumur tiga tahun lebih, namun anak kecil ini seakan sudah memahami banyak hal dalam melakukan kebaikan kepada ibunya Shakilla Khoriri.

Apatah lagi saat  ibunya kurang sihat. Tidak hanya mendengar kata malah dengan senang hati membantu dan merawat untuk redakan kesakitan yang ditanggung.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Ini dapat dilihat menerusi  laman Instagram, Shakilla memuat naik video yang menampakkan dia kurang sihat dan di dalam video tersebut dilihat Ameena begitu setia berada di sisi ibunya dan rajin pula menjaga ibunya itu.

Keprihatinan Ameena Jaga Ibunya Sakit Tarik Perhatian. Ramai Puji, Anak Solehah!

“Paling takut kalau diuji dengan sakit ketika ni. Lebih risaukan keadaan Ameena dari diri sendiri. Apa perasaaan dia.

“Actually dah berapa hari badan bagi hint macam nak sakit. Tapi digagahkan juga. But not today. Cramp belakang sampai tak daya nak bangun buat apa pun. Baring since pagi tadi. But still bangun juga untuk uruskan Ameena,” kongsi Shakilla.

IKLAN

Lumrah naluri seorang ibu, meskipun kurang sihat namun anak-anak menjadi keutamaan. Akan diusahakan untuk lakukan yang terbaik untuk menjaga mereka.  Pun begitu, bila mendapat perhatian daripada anak sekecil Ameena, tentu sahaja hati seorang ibu mudah tersentuh dan membuatkan Shakilla berasa sebak.

Keprihatinan Ameena Jaga Ibunya Sakit Tarik Perhatian. Ramai Puji, Anak Solehah!

“Risau terlelap takut Ameena buat apa-apa luar jangkaan. Tapi today Ameena main depan TV ni je. Sambil dia cakap, Umi sleep lah REST. Ameena tak buka pintu. Ameena tak main jauh. Ameena tak pergi naik atas. Ameena main depan eyes Umi je. Hmmm… sebak !,” luahnya lagi.

Bukan itu sahaja, Ameena juga menunjukkan kerisauan terhadap keadaan ibunya bila tidak berselera untuk menjamah makanan. Bertubi-tubi soalan diajukan dan hinggalah menawarkan diri untuk merawat kesakitan ibu tercinta dengan memicit-micit kepala ibunya.

“Lepas bagi dia makan, dia tanya why Umi tak makan? Tak suka makan dengan Ameena ke? Sebab kalau waktu makan memang kitaorang akan makan sama-sama. Aku simbat juga lah makanan walaupun hujung tekak dah nak termuntah. Lately ni loya nak muntah tak sedap tekak.

“Dah settle makan Ameena kata, Umi pening kepala ke?? Ameena picitkan. Hmm… pandai dah budak ni.
“Tak sangka banyak ajaran yang aku tak sedar aku ajar dan tunjukkan dekat dia , dia APPLY dalam kehidupan dia.

IKLAN

Ya Allah. Walaupun hujung-hujung dia magickan aku. Thank you sayang @ameenasofia_,” kongsinya panjang lebar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

 

Meninjau di ruangan komen ramai yang mendoakan agar Shakilla segera diberi kesembuhan dan ramai puji kebaikkan dan keperihatinan Ameena dalam menjaga ibunya.

“MasyaAllah Lovely Ameena..anak bijak,” komen warganet.

“Good girl..jaga mummy baik-baik, semoga dilindungi,” doa yang lainnya.

IKLAN

“Comelnya Ameena, jadi anak yang solehah ye jaga umi,” tulis yang lainnya.

“Sejuk tengok Ameena layan umi dia…caring betul…anak solehah,” komen yang lain.

Sumber :shakillakhoriri

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Keprihatinan Ameena Jaga Ibunya Sakit Tarik Perhatian. Ramai Puji, Anak Solehah!

 

Cuti sekolah hujung tahun ini  kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link TOKO NI.

Keprihatinan Ameena Jaga Ibunya Sakit Tarik Perhatian. Ramai Puji, Anak Solehah!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI