Tentunya waktu ini ibu bapa sibuk menguruskan persekolahan hari pertama anak-anak. Pastinya ada segelintir anak-anak yang menangis tetapi ada juga yang dapat mengawal perasaan.
Waktu ini juga, cikgu adalah individu yang popular yang akan menjadi perhatian ibu bapa. Ketika ini cikgu akan menjadi rujukan utama untuk pelbagai masalah dan perkara berkaitan persekolahan. Begitulah tanggungjawab cikgu ketika ini, sebagaimana yang dipaparkan oleh Pakar Kekeluargaan, DrTaufiq Razif perihal peranan cikgu.
5 Benda Mak Ayah WAJIB Tahu Tentang Cikgu
Ads
1. Cikgu ni tempat anak kita bertanya dan menuntut ilmu. Tugas mengasuh dan mendidik anak tu tetap 100% di bawah bahu kita mak ayah
2. Cikgu ni tetap manusia biasa. Bila ada salah dan silap tu tegurlah tapi biarlah dengan saluran yang betul dan dengan cara yang berhikmah
3. Cikgu ni walaupun sporting macam mana pun mereka bukannya kawan anak kita. Mereka tu GURU mereka. Jadi ajarlah anak kita untuk jaga adab dan kata kata dengan guru. InsyaAllah berkat hidup anak kita bila mereka pandai hormat orang yang beri mereka ilmu
Ads
4. Cikgu ni besar jasanya pada anak kita. Walaupun nampak cikgu cuma ajar benda yang remeh pada mata kita tapi kita tak tahu mungkin benda remeh tu la yang paling anak kita perlu suatu hari nanti
5. Cikgu ni bebannya banyak dan berat. 1 guru tu kadang nak kena jaga sampai 30 orang murid. Tak mampunya mereka nak fokus kat anak kita sorang je. Jadi, tanggungjawab kita la untuk bagi fokus secara eksklusif pada anak kita sendiri.
Lelaki baru 3 minggu kahwin, kemalangan di Singapura, keluarga mohon bantuan kos rawatan. Seorang rakyat Malaysia kini terlantar di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Universiti Nasional (NUH) Singapura selepas terbabit kemalangan di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) Khamis lalu.
Akif-Zarr Ukasyah Shuhaimi, 28, yang dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru dari tempat kerja, digilis sebuah motosikal berkuasa tinggi setelah dia terjatuh dari motosikalnya kerana cuba mengelak kemalangan lain.
Berikutan kemalangan itu, Akif memerlukan bantuan orang ramai untuk membiayai kos rawatannya di republik itu. Keluarga Akif meminta jasa baik rakyat Malaysia, bermurah hati untuk menghulurkan sumbangan.
Akif-Zarr yang berasal dari Kelantan dan bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat makanan dan minuman (F&B) di Bencoolen Street, baru sahaja mendirikan rumah tangga tiga minggu lalu.
Lelaki itu mengalami cedera serius di bahagian tulang belakang, patah tangan kiri selain pendarahan dalaman akibat kecederaan paru-paru.
Isterinya, Nur Syahirah Md Zohir yang bekerja di Kulim, Kedah berkata keluarga diminta membayar sekurang-kurangnya 50 peratus kos rawatan di NUH sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
“Sebelum ini suami memang dinasihatkan untuk tidak dipindahkan kerana belum stabil. Hospital baru sahaja maklumkan petang tadi bahawa Akif-Zarr sudah boleh dipindahkan,” katanya.
Nur Syahirah yang kelihatan sugul berkata mereka sekeluarga kini runsing memikirkan bil hospital yang perlu diselesaikan. Bil setakat 23 Oktober berjumlah S$110,537.60 (S$1=RM3.29).
Ibu Akif-Zarr, Ku Amazon Tuan Yusof, yang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah negeri di Kelantan berkata mereka sekeluarga kini berulang dari Johor Bahru setiap hari bagi melawat anak keduanya itu.
Beliau berkata mereka kini menumpang di rumah kawan Akif-Zarr dan akan berada di hospital sehingga waktu melawat berakhir pada 8 malam setiap hari.
“Saya tengok keadaan dia, Akif-Zarr memang perlukan sokongan kami sekeluarga. Jadi, walaupun dengan keadaan yang kurang sihat, kami akan tetap berulang sampai dia boleh pindah ke HSA,” katanya yang menghidap hipertensi, selain bapa Akif-Zarr yang mempunyai penyakit jantung.
Ku Amazon berkata, beliau memohon jasa baik orang ramai untuk menyumbang bagi membayar bil hospital, selain mendoakan semoga anak kedua daripada enam adik beradik yang selama ini menjadi harapan keluarga cepat sembuh dan tabah menghadapi proses penyembuhan yang panjang.
“Doktor beritahu masih ada beberapa pembedahan yang perlu dilakukan. Kami hasrat untuk buat di Johor nanti.
“Keutamaan kami, selesaikan bil di sini dan kemudiannya fikirkan langkah seterusnya.
“Doktor juga ada minta kami sediakan kerusi roda. Kami sekeluarga ada ikhtiar untuk jual apa yang ada namun semua itu perlukan masa, dan kami kesuntukan waktu,” katanya.
Ku Amazon berkata buat masa ini walaupun dalam keadaan yang lemah, Akif-Zarr sudah mampu berkomunikasi dengan menulis.
“Kami berterima kasih pada NUH sebab bagi rawatan selain prihatin. Pekerja sosial juga ada jumpa tanya keadaan kami.
“Kami juga berterima kasih pada yang telah dan akan menyumbang,” katanya.
Beliau berkata setakat ini, sumbangan yang telah diterima adalah sebanyak S$7,000.
Sumbangan boleh disalurkan kepada nombor akaun berikut: Ku Amazon Tuan Yusof (ibu) (Maybank – 153039098822) atau Nur Syahirah Md Zohir (isteri) (CIMB – 7612785947).
Masihkah anda ingat dengan Azah Aziz, pelakon popular yang membintangi drama Astana Idaman?
Usai mendirikan rumahtangga bersama Daud Leroy Abdullah, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak. Dia kemudiannya mengikut suami berhijrah ke Montreal, Kanada.
Kini, anak-anaknya sudah meningkat dewasa. Begitupun, bekas model ini tetap kekal awet muda.
Tidak hairanlah setiap kali Azah berkongsikan gambar bersama anak-anak, ramai yang mengatakan dia kelihatan seperti kakak sahaja kepada anak-anak terunanya itu.
Pemilik nama sebenar Norazah Aziz ini sering berkongsi kehidupan nya menerusi laman Instagramnya.
Terbaru, dia memuatnaik sekeping gambar terbaru bersama anak keduanya, Ryan.
Mereka dalam perjalanan untuk bercuti bersama ke Cancun. Begitupun ahli keluarga yang lain tidak dapat turut serta dek kerana komitmen terhadap kerja dan sekolah.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Rata-rata memuji Azah dan anaknya itu seperti kakak dan adik.
Tidak kurang juga yang memuji wajah kacak yang dimiliki oleh Ryan ini. Malah dia juga tampak cukup manja dengan ibu kesayangannya itu.
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tepung jagung tidak sekadar digunakan sebagai bahan masakan tetapi tepung jagung mempunyai pelbagai kegunaan lain. Umumnya ramai antara kita hanya terbiasa menggunakan tepung jagung untuk membuat kuih atau dijadikan ramuan gorengan agar adunan lebih ranggup.
Pun begitu, tahukah anda sebenarnya tepung jagung juga sesuai untuk digunakan sebagai bahan pembersih. Nak tahu lanjut, di sini ada 10 kegunaan lain yang boleh dimanfaatkan oleh kita semua.
Taburkan serbuk tepung jagung ke dalam kasut untuk menyerap peluh dan bau yang kurang menyenangkan.
2.Pudarkan kesan kotoran pada fabrik
Kotoran yang terdapat pada material fabrik seperti darah, dakwat dan kesan terbakar seterika dapat dihilangkan dengan menggunakan campuran tepung jagung dan air. Lapisi permukaan kesan kotoran itu sedikit tebal dan biarkan ia mengering. Kemudiannya tanggalkan lapisan tepung jagung.
3.Bersihkan kesan air kencing bayi
Bersihkan kesan atau sisa air kencing bayi mahupun haiwan dengan melapisi permukaan tersebut dengan sebatian tepung jagung dan juga air. Biarkan ia mengering dan sental atau gunakan vakum.
4.Kilatkan kuali
Semasa anda memberus atau membasuh periuk dan kuali, tambahkan sedikit dengan serbuk tepung jagung untuk mengembalikan kilatan perkakas.
5.Bersihkan kesan lumpur
Untuk kotoran degil seperti lumpur ataupun kulat gunakan campuran 1 sudu makan tepung jagung, 1 sudu baking soda, 1 sudu jus lemon dan ¼ cawan air. Sapukan ke kawasan tersebut dan biarkan seketika. Bilas seperti biasa.
6. Pelembut kain
Alternatif untuk menggantikan pelembut fabrik, campurkan 2 sudu tepung jagung dengan ¼ cawan baking soda dan beberapa titis minyak haruman essential mengikut citarasa anda.
7.Pengilat perabot
Jika anda ingin membersihkan atau menggilap perabot kayu, tambahkan sedikit serbuk tepung jagung dan bahan cecair penggilat anda. Ia akan menambahkan kilatan pada permukaan perabot kayu anda.
8.Hilangkan kesan minyak
Untuk menyingkirkan kesan minyak yang terpalit pada kertas dinding anda, sapukan sedikit dengan serbuk tepung jagung dan dicampurkan dengan sedikit air. Biarkan ia kering dan sental sehingga hilang.
9. Bahan pembersih
Campurkan serbuk tepung jagung dengan air dan biarkan ia menjadi sebatian yang pekat. Bahan ini boleh dijadikan sebagai ejen skrub yang lembut dan praktikal untuk mencuci bahagian atas hud dapur, hob memasak dan sebagainya.
10. Hilangkan kesan contengan
Jika terdapat contengan krayon pada dinding anda, gunakan sebatian yang sama iaitu serbuk tepung jagung yang dicampur dengan air dan sapu pada dinding yang terkena kesan tersebut. Biarkan kering dan lapkan sahaja.
Sumber: Petua ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di