Bagi yang mengenali pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin semestinya mengetahui kisahnya yang berjuang untuk mendapatkan rezeki zuriat.
Baru-baru ini, Siti Elizad berkongsi rasa gembira dan terharunya atas keprihatinan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menitipkan doa supaya dikurniakan zuriat.
Perkara ini dikongsikan olehnya di laman Instagram yang mengatakan Tuanku Azizah bukan sahaja mendoakan, tetapi turut mengusap perutnya sekali gus berkongsi berkat selepas baginda pulang dari mengerjakan ibadah haji.
“Terima kasih Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atas keprihatinan dan doa indah daripada TuanKu yang tak henti-henti dari dulu lagi,” tulisnya.
Ads
Hantaran tersebut memaparkan beberapa keping gambar Siti Elizad dan baginda bertemu di sebuah acara golf amal di Impian Golf & Country Club, Saujana Impian, Kajang.
Pada masa sama, penyampai radio Sinar FM itu memohon doa orang ramai agar dirinya dapat memiliki cahaya mata selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya dan juga rakan artis mengaminkan doa berkenaan. Malah, mereka juga sempat menitipkan kata-kata positif buat Siti Elizad
Ads
Sebelum ini, Siti Elizad pernah menerima panggilan Tunku Azizah yang berkongsi pengalaman melakukan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dalam usaha untuk memperoleh cahaya mata.
Difahamkan, baginda yang juga Penaung Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) menempuh perjalanan rawatan tersebut sebanyak 17 kali.
Sumber: Instagram Elizad Sharifuddin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila ada di antara ahli keluarga diuji dengan tahap kesihatan yang semakin merosot, sama ada serius atau sebaliknya tentu sahaja kita akan usahakan untuk mencari rawatan bagi memastikan ahli keluarga kita kembali jalani hidup sihat dan ceria.
Pun begitu, perkongsian daripada seorang doktor ini dalam menyentuh dalam usaha untuk menghadapi ujian kesakitan, ada satu perkara yang disentuh tentang perlu juga merawat dari aspek spiritual. Ini penting, kerana daripada itu akan timbul rasa tenang bagi setiap pesakit ketika berdepan dengan ujian yang diterima.
Ikuti perkongsian penuh daripadanya dan semoga mendidik diri kita dan seisi keluarga memahaminya dengan cara yang lebih baik.
Ini perkongsiannya.
Satu ketika seorang isteri pada pesakit saya datang ke klinik. Kebetulan dia adalah “pesakit” pertama. Jadi dia masuk dengan penuh perasaan.
Sebak. Sedih. Menceritakan apa yang berlaku pada suami beliau pada minggu lepas yang diserang stroke. Dikejarkan ke hospital dan baru semalam dibenarkan pulang ke rumah.
“Doktor, ada tak suplemen yang boleh saya ambil supaya dia cepat sembuh. Saya risau kesihatan suami saya. Saya mahu dia cepat sembuh dengan cara yang lain. “
Saya diam. Saya faham perasaan beliau. Isteri mana yang tidak risau kalau suami sedang sakit. Tentu akan terus berusaha untuk memastikan suami akan segera sembuh.
Tapi malangnya usaha untuk sembuh agak lambat timbul dalam diri. Hanya wujud setelah diserang penyakit yang sebenarnya boleh dielakkan.
Kebanyakan orang kita bersikap begitu. Bersikap reaktif iaitu mengambil tindakan apabila musibah telah berlaku. Tidak bersikap proaktif, iaitu berusaha untuk mengelakkan atau mencegah musibah yang menimpa.
Kita lebih suka memadamkan api setelah rumah terbakar, tetapi tidak berusaha mengelakkan kebakaran.
Padalah bersikap reaktif lebih banyak memakan belanja berbanding dengan sikap proaktif yang hasilnya tidak dapat dilihat.
Kita lebih nampak usaha orang yang cuba memadamkannya api, berbanding dengan usaha orang mengelakkan berlakunya kebakaran.
Mereka tidak sedar terdapat banyak langkah yang boleh dilakukan dengan belanja yang lebih murah dalam meningkatkan tahap kesihatan dan mencegah penyakit.
Islam sendiri mengajarkan kita agar berusaha untuk sihat agar mudah kita beribadah (akhirat) dan menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah yang mentadbir dunia (keduniaan).
Ia meliputi kesihatan fizikal, mental dan spiritual. Inilah dikatakan pendekatan kesihatan yang holistik.
Kita nampak jika seseorang itu mengalami masalah kesihatan fizikal. Ia mengganggu rutin kehidupan, tidak mampu bekerja dan terpaksa berehat di rumah atau ditahan di wad.
Kita nampak jika seseorang itu mengalami masalah kesihatan mental, mereka menjadi tidak mempunyai emosi yang stabil apabila mereka bila berkomunikasi dengan orang lain. Panas baran, mendera, membuli dan pelbagai sikap buruk ketika berhubungan dengan orang lain.
Namun kita tidak nampak aspek kesihatan spiritual. Padahal kesihatan spiritual ini sangat penting. Jika tidak, pesakit tidak akan mendapat ketenangan diri, tidak mampu menguruskan stress dan tidak tahu hala tujuan hidupnya lalu membazirkan masa yang diberikan dengan cara yang tidak produktif.
Kita gagal merawat masyarakat secara lebih holistik. Kita merawat sebahagian dari tubuh kita, tetapi meninggalkan sebahagian lain.
Kita merawat masalah kemurungan tetapi kita gagal merawat hati dan kepercayaan (iman) mereka terhadap penyakit yang dihadapi sebagai ujian kepada mereka. Jadi mereka akan sentiasa marah, sedih atau putus asa dengan penyakit yang mereka ada. Ini menyebabkan stress dan keresahan yang memburukkan lagi kesihatan mereka.
Pendekatan yang holistik inilah yang ditunjukkan oleh Nabi kita.
Selama ini kita tidak perduli tentang asas soal halal dan haram dalam usaha mencari ubat, tidak tidak perduli jika cara pengubatan kita tidak mengikut cara yang ditunjukkan malah kita melakukan cara pengubatan dengan cara yang salah dan bertentangan.
Kita mengabaikan pendekatan spiritual seperti doa, solat, sedekah yang mana kita tidak dapat mengaitkan secara eksperimen bagaimana kaedah ini membantu penyembuhan. Pada hal inilah antara kaedah yang ditunjukkan oleh Nabi kita untuk mengukuhkan iman dan mencari kesembuhan.
Apakah yang kita perolehi dari rawatan yang sekerat-sekerat seperti ini? Penyakit akan bertambah dan sukar dikawal. Jiwa tidak tenang. Iman kita terhadap Allah juga berkurangan. Jadi kita gagal.
Carilah langkah yang holistik dalam merawat penyakit kerana kematian adalah pasti. Kita tidak mampu menangguhkannya. Dengan cara yg lebih holistik dan sempurna, kita mendapat kebaikan dunia (lebih sihat, bertenaga dan tenang) dan kebaikan akhirat (iman menjadi lebih kuat).
Pak Nil atau Datuk Aznil Haji Nawawi bukanlah nama asing dalam bidang seni. Daripada deawasa sehinggalah kanak-kanak cukup kenal dengan figura ini. Tidak hairanlah beliau dilantik menjadi Ikon Pendidik.
Dalam satu temu ramah baru-baru ini, Pak Nil mengulas mengenai usaha memupuk kembali minat golongan pelajar ke sekolah usai wabak pandemik. Sekali gus membiasakan anak-anak dengan norma baharu.
Justeru tegasnya, usaha tersebut tidak seharusnya dicemari atau ditakuti dengan perkara tidak perlu. Termasuklah mengenai isu pemeriksaan haid dikalangan pelajar perempuan yang tular baru-baru ini.
“Kita tak mahu wujud lagi golongan pendidik yang membiasakan lawak lucah termasuk yang ‘double meaning’ hingga menggalakkan perbuatan rogol membabitkan guru dan pelajar. Baru baru ini ada dakwaan pula masih ada amalan pemeriksaan haid secara fizikal dalam kalangan murid perempuan di sekolah.
“Saya harap pihak berwajib dan KPM ambil tindakan tegas kepada golongan guru yang bersikap sebegitu. Sudahlah pelajar ini sejak sekian lama tidak ke sekolah dan membiasakan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Sekolah itu bukan satu tempat yang ditakuti.
“Sebaliknya peringkat awal ini, ia patut dianggap lokasi seperti taman permainan untuk menarik minat semula selepas lama ‘bercuti’. Kemudian lama lama diterapkan pembelajaran yang menjadi nadi persekolahan,” tegasnya lagi.
Dalam pada itu, di usianya sekarang yang akan genap 59 tahun 6 November ini, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil dilihat kekal menjaga tahap kesihatannya.
Malah rezekinya sejak awal fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu turut diberi rezeki sebagai duta produk kesihatan, Eskayvie.
“Ketika PKP pertama, saya sendiri rasa hidup macam gelap. Kerja seni yang sudah dipersetujui pun ditunda malah ada yang dibatalkan. Tapi saya beroleh rezeki sebagai duta jenama produk itu.
“Sebagai Ikon Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), saya sendiri teruja nak pusing sekolah bertemu mereka sambil bercakap soal perlindungan diri, ilmu dan menekankan kepentingan pengambilan vitamin C dan D,” katanya.
Anne Ngasri hantar anak daftar universiti, terus teringat drama Dunia Baru, Madihah nak register unisel. Video Datin Anne Ngasri menghantar anaknya Abdul Warits memasuki universiti mendapat perhatian warga maya.
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Anne kelihatannya menghantar anak lelaki sulungnya itu mendaftar di universiti. Bagamanapun Anne tidak menyatakan di universiti mana anaknya itu menyambung pengajian.
Alhamdulillah fasa baru hidup anakku. @imwarits
Hadha min fadli Rabbi. Semoga Allah memberkati dan memberi rahmat sepanjang hidupmu.
Mama sentiasa berdoa semoga Warits membesar menjadi hamba yg taat anak yg soleh.
Hormat pensyarah dan disenangi teman-teman….
Belajar elok-elok dan semoga kejayaan milikmu dunia dan akhirat.- tulis Anne di ruangan kapsyen.