Kebanyakan ibu setiap kali memasak pasti merasa dahulu masakan yang dimasak. Selain untuk memastikan hidangan yang dimasak cukup rasa, sebenarnya ada kebaikan lain yang mungkin ada yang tidak tahu.
Ini dijelaskan lagi melalui perkongsian daripada Puan Sarah Saifuddin, ibu kepada lima orang anak berkenaan apa perlunya seorang ibu merasa dahulu makanan sebelum memberi anak makan. Nak tahu lanjut ini perkongsiannya.
Ok. Ini kisah benar yang pertama. Ada seorang suami yang suka memaksa. Memaksa isteri makan suapan makanan dari tangan dia selepas dia merasa dahulu makanan tersebut.
Tapi bila part isteri nak suapkan, suami tolak awal-awal. Kenapakah??
Sampai hati kan…
Suatu hari isteri tergerak bertanya.
“Kenapa abang taknak makan setiap kali saya suapkan?”
“Hehehe..
Sebab sayang tak rasa dulu makanan tu.”
“Kenapa mesti rasa dulu?”
“Sebab dah banyak kali suap abang, kena makanan masin ke pahit.
Ads
Takkan nak sembur makanan pulak?
Suami soleh macam abang kena telan je masin tawar.”
Erkkk…
Sadis kan?
Kalau fikir logik, betul jugak tu.
Kesianla kalau kena anak yang disuap. Sifat anak ni telus. Jujur.
Ads
Apa perasaan kalau time tu jugak anak menyembur? Of course yang terasa kecik hati dulu si ibu kan..
Tapi sebenarnya, Tahukah kita?
KENAPA IBU MESTI MERASA DAHULU MAKANAN SEBELUM ANAK MAKAN?
Selalu kan kita nampak mak memasak, cicip dulu makanan. Kadang cicip dari periuk terus, letak ditapak tangan.
Begitu juga untuk anak-anak. Rasalah dahulu. Biar makanan yang anak makan nanti adalah dari “sisa” makanan seorang ibu. Orang tua dulu pernah berpesan, biar anak makan sisa kita. Jangan kita makan sisa anak. Kerana bila anak yang makan dari sisa ibu, Anak akan lebih mengingati ibubapanya sekalipun dia tercampak jauh ke kerak bumi.
Ads
Tapi jika ibu yang makan sisa anak, terbalik jadinya. Pernah saya tanya perihal ini pada seorang ustaz. Tapi ustaz tinggalkan saya dengan senyuman dan membalas..
“Sebab itulah kalau ibu yang makan sisa anak , makanan yang tak habis, makanan tu tetiba jadi sejuk dan dingin.”
Bila difikirkan semula..
Kenapa Baginda Rasulullah saw minum dari cawan yg sama dgn Saidatina Aisyah ra. Betapa Baginda kasih pada isteri kesayangannya.
Mungkin begitu juga perihal mencicip makanan ini.
Anak, walaupun dah besar. Jangan malu suapkan makanan ke mulutnya. Kerana kesannya di hari tua, Suatu hari nanti dia kenang siapa ibu dan ayahnya..
Nampak kecil dan mudah. Tapi kesannya sepanjang zaman. Itulah sebab saya minta abanf-abang suapkan adik. Supaya bila besar, dia kasih sesama mereka.
Apabila salah seorang ahli keluarga tidak sihat tentu risau dibuatnya. Pastinya akan mengganggu pemakanan harian. Misalnya jika anak sakit atau pasangan serta ahli keluarga lain mengalami sakit tekak tentu hilang selera makan, maklumlah nak telan makanan pun agak sukar. Bagaimanapun, cara Taufiq Razif yang menggunakan garam sebagai penyembuh sakit tekak, sekali gus mengembalikan selera makanan sungguh bermanfaat. Ikuti caranya hanya mengunakan garam dengan campuran air. Bagi yang boleh tahu, boleh jadikan ia amalan apabila alami situasi sebegini.
Dua hari lepas saya gunakan air ni la untuk hilangkan sakit tekak ( sore throat) mak saya. Tak sampai 1 hari dah hilang dah sakit tekaknya.
Siap makan seafood lagi semalam sebab selera makan dah kembali pulih ?
Caranya mudah je :
1. Ambil segelas air panas coway tu. Jangan panas sangat. Adjust sampai suam sikit
2. Campurkan setengah sudu garam
3. Kacau perlahan
4. Berkumur sebanyak 3-5 kali. Bukan berkumur biasa tapi gargle, iaitu berkumur dengan mendongak ke atas
5. Sebaiknya berkumur sebanyak 4 kali sehari
6. Tertelan sikit sikit air garam tu takpe sebab air garam tu ada efek hydration untuk tubuh yang dah hilang banyak cairan semasa demam
Berkumur air garam ni bukan cuma untuk sakit tekak ( sore throat ) je. Berkumur air garam ni juga bagus untuk rawat :
+ ulcer/lepuh mulut biasa + anak yang ulcer mulut sebab HFMD + sakit gigi + mencegah Upper Respiratory Tract Infection ( URTI )
Apa pun kumur garam ni bukan ubat atau antiviral tau. Ia cuma memberikan kelegaan ( symptomatic relief ) sementara dan bersifat preventif untuk jangkitan kat area mulut dan tekak tu.
Air garam tu kan bersifat “magnet” kepada air disebabkan ketumpatan garam yang tinggi. Jadi garam ni akan “tarik” air daripada tisu di sekeliling tekak dan mulut tu. Secara tak langsung kuman pun terbasuh sekali ?
Cuba la buat kat anak anak yang sakit tekak untuk kembalikan selera makan mereka Cuba la sendiri
P/s : Bagitahu juga kat mak ayah yang belum tahu ye
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bunga lawang yang sering digunakan dalam masakan mempunyai bentuk yang cantik seperti bunga layaknya dan mempunyai aroma yang tersendiri. Selain untuk masakan, rempah ini juga sering digunakan dalam petua orang dulu-dulu umpamanya untuk penjagaan kesihatan dalaman, menyerikan kulit wajah yang kusam dan pelbagai lagi kegunaan bunga lawang ini.
Pun begitu, tahukan anda bunga lawang ini ada yang jenis beracun? Ini sebagaimana perkongsian daripada saintis Dr Suri Roowi berkenaan perkara tersebut. Pendedahan info ini telah menarik perhatian warganet dan buat anda yang belum mengetahuinya, di bawah ini adaperkongsiannya.
Semoga ianya bermanfaat dan menjadikan kita lebih berhati-hati memilih bunga lawang selepas ini.
BUNGA LAWANG ada yang BERACUN?
1. Terdapat 2 jenis bunga lawang iaitu Bunga Lawang Cina dan Bunga Lawang Jepun. Bunga Lawang CINA TIDAK BERACUN manakala Bunga Lawang JEPUN BERACUN.
2.Bunga Lawang Jepun (Rujuk Gambar) mirip Bunga Lawang Cina, tetapi buahnya lebih kecil dan baunya kurang.
3.Bunga lawang Jepun biasa digunakan sebagai racun ikan dan juga racun perosak. Ia juga digunakan untuk mengatasi masalah sakit gigi dan sakit kulit
4.Bahan toksin dalam Bunga Lawang Jepun dikenali sebagai ANISATIN
5.Terdapat kemungkinan produk Bunga Lawang Cina dicemari dengan Bunga Lawang Jepun. Ini kerana, agak sukar membezakan kedua-dua jenis bunga lawang ini menggunakan mata kasar. Satu-satunya cara untuk membezakannya adalah melalui analisis kimia atau dengan melihatnya di bawah mikroskop.
6.Terdapat laporan seorang bayi mengalami masalah serius dan hampir maut setelah diberi minum air bunga lawang. Insiden ini berlaku mungkin disebabkan oleh Bunga Lawang Cina dicemari dengan Bunga Lawang Jepun. Justeru, ELAKKAN memberikan ekstrak air bunga lawang kepada bayi dan kanak-kanak
7.Di Eropah, Bunga Lawang Cina sering digunakan sering dicampurkan dalam minuman teh untuk kurangkan stress. Walaubagaimanapun, terdapat laporan dari Perancis, Sepanyol dan Switzerland menunjukkan peminum air bunga lawang tercemar dengan Bunga Lawang Jepun boleh menyebabkan masalah seperti halusinasi dan loya.
Meninjau di ruangan komen Zaharinah Hussin berpendapat selepas ini sebagai pengguna perlu lebih berhati-hati. Tulisnya “Kena lebih alert lepas ni. Kira bucu bunga lawang. Nampak pelik jer, kita asingkan.”
Begitu juga komen Rose Zeta Jalaluddin, “JazakAllah khyr.. Atas info ni.. Selalu beli je.. Lepas ni kena berhati2..Semoga dirahmati Allah”
Bahkan ramai yang mengucapkan terima kasih kepada Dr Suri Rowwi kerana berkongsi fakta dan info yang bermanfaat. Antaranya seperti Marz Mary. Tulisnya, “Alhamdulillah Moga beri kebaikkan kepada yang membaca info ini. Mubarak Dr. Suri Roowi”
Dek angkara harta pusaka, lima anak membuat laporan polis mendakwa ibunya telah mengadaikan geran tanah arwah ayahnya.
Berita ini telah mengemparkan para netizen yang memberikan pelbagai komen. -Sebagaimana laporan Kompas.com baru-baru ini.
Wanita tua dikenali sebagai Rodiah yang berusia 72 tahu sebak tidak dapat menahan tangisan apabila mengetahui dakwaan itu dilakukan oleh anaknya sendiri.
Tiga hari selepas suami meninggal 5 anak tuntut harta.
Lapor Kompas.com lagi, warga emas itu memberitahu, anak sulungnya, sering meminta empat geran tanah seluas hampir satu hektar itu yang disimpannya selepas suaminya, Zein Choir meninggal dunia.
Malah, semua anaknya, seramai lima orang telah mendesak supaya tanah tersebut diagihkan segera. Kejadian itu berlaku selepas tiga hari bapa mereka meninggal dunia.
Ambil geran secara senyap
Wanita itu mendakwa tidak menyangka tindakannya yang tidak mahu memberikan geran kepada lima orangnya telah mengakibatkan anaknya membuat laporan polis, sedangkan secara senyap-senyap telah menggambilnya.
“Saya tidak menyangka anak sendiri akan laporkan ibu mereka kepada polis. Anak-anak mendakwa saya gadaikan kesemua geran tanah itu dengan harga 500 juta rupiah (RM146,840).
“Saya ada lapan orang anak dengan tiga daripadanya tinggal bersama saya dan lima yang lain duduk berasingan. Kelima-lima anak itulah yang laporkan saya kepada polis,” katanya yang lumpuh kedua-dua kaki akibat strok dan hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda, .
Trauma
Perlakuan mereka itu telah membuatkan dirinya menjadi trauma dan sering merasa takut apabila mendengar bunyi pintu rumahnya diketuk. Dia takut didatangi kelima anaknya kerana sering diancam.
Perlakuan lima anaknya itu membuat dirinya trauma. Dirinya sering merasa takut ketika mendengar bunyi pintu rumahnya diketuk. Bimbang sering diancam oleh anak-anaknya.
“Saya pasrah saja dibuat begini. Saya punya Allah SWT, serahkan semua nasib kepadanyaNya,” katanya sambil mengusap air mata.