Merancang untuk membeli rumah, macam-macam aspek perlu kita ambil tahu. Ini penting agar tidak tersalah buat pilihan.
Pelbagai sumber info perlu kita baca, dan salah satunya apa kata kita dengar pandangan pakar dalam hal hartanah dan jual beli rumah, Dr Azizul Azli Ahmad ini. Semoga perkongsian dan nasihat ini bermanfaat untuk semua.
1. Jika belum ada pengalaman beli rumah. Rumah pertama sebaiknya sekitar RM300,000-RM350,000 sahaja.
2. Bila ada yang kata, ” Jangan ambil hak M40 dan B40 bro. Itu rumah untuk untuk mereka”. Sama ada yang cakap ini ejen hartanah atau orang yang dapat referral fee dari pemaju agar kita beli rumah mahal mahal sahaja.
3. Min pendapatan golongan Melayu T20 adalah RM14,098 sahaja. Bagi M40 mereka dibawah RM 5953. Gaji ini bukan untuk beli rumah saja, mereka juga ada ibubapa, adik abang kena jaga.
4. Teori bahawa hartanah akan kekal naik harga telah berakhir sejak 2016-2018 lagi. Kita mula ada lebihan hartanah luar biasa. Lebihan ini bukan hartanah RM500,000 keatas sahaja. Malah bawah RM300,000 juga banyak lebihan.
5. Jika kita telah beli hartanah pada harga maksimum disesuatu kawasan. Apakah peluang hartanah akan naik masih ada?
Jika kawasan itu sekaki persegi RM450-500psf dan kita jangkakan akan naik jadi RM600-700 psf berapa lama jangkaan kita. Bagaimana jika kekal tak naik macam gaji kita?
Ads
(Selepas 20 tahun kenaikkan gaji masih sekitar 2%-6% sahaja)
6. Ada banyak hartanah yang dijual dengan harga RM450,000 dapat cash back balik RM50,000 lepas siap nak jual balik RM400,000 pun tak der orang nak beli. (Itu selepas 36 bulan lepas beli). Malah ada sahabat saya sanggup juap pada harga RM355,000 sahaja
7. Pembelian hartanah bertingkat juga perlu hati hati. Kita belum sampai tahap sebuah negara maju. Kecekapan guna tanah masih rendah. Kita masih banyak tanah, dan besok atau lusa sebelah apartment kita naik unit baru lebih luas, lebih murah orang akan cabut lari.
“Mana boleh jadi macam tu bro?”
8. Boleh jadi, sebab harga unit kediaman di Malaysia bukan ditentukan oleh pasaran sangat kalau perasan. Ia ditentukan oleh Persatuan Perumahan Rehda. Ikut suka hati mereka nak letak harga kediaman berapa.
Jika kita perasan, harga teres dua tingkat di Perlis lebih kurang sama saja harga dipinggir bandar Selangor. Di Ipoh ada juga apartment harga RM400,000 dengan fasaliti sama dengan RM400,000 di KL dan Selangor. Siapa tentukan harga ini?
Ads
9. Maka jangan terlalu PERCAYA dan ghairah nak beli hartanah yang mahal harganya. Teori hartanah boleh dicipta berdasarkan angka dan fakta. Selagi namanya teori ia boleh gagal sebelum sampai dan dibuktikan pada waktunya.
10. Beli hartanah yang memang “untung waktu beli bukan tunggu matang atau 5 tahun lagi”. Bagaimana jika 5 tahun lagi tak menjadi?
Ahhh, tunggulah 10 tahun lagi!
Waktu itu nak menangis pun dah tak guna. “Penasihat” dah jadi kaya raya.
Ads
11. Akan banyak hartanah mula turun harga lepas moratorium ini. Tenang dulu, jangan gelabah ketiak nak membeli. Banyak sumber lihat harga mula nampak pembetulan.
Lelongan akan mula ketara awal tahun depan. Pasaran lelong banyak melatih pelabur sejati dalam hartanah. Kita perlu kotorkan tangan untuk dapat hartanah bawah 30%-40% dari harga pasaran
Jangan ikut orang atau mudah percayaan sesiapa untuk buat satu keputusan buat hutang.
Akhir kata
Sebelum beli dan buat hutang sampai hampir sejuta. Banyakkan berdoa pada yang maha Esa. “Ya Allah, bantu aku dalam buat keputusan ini. Jika baik, permudahkan urusan ini. Jika tidak kau jauhkan aku Ya Allah”.
Kita masih ada Tuhan, mengapa percaya teori tanpa yakin kepada Tuhan
Syarikat Khairulaming telah mengumumkan penutupan operasi kilang selama 5 hari bagi memberi penghargaan kepada 100 orang stafnya dengan percutian mewah di Pulau Pinang. Dalam percutian ini, kesemua staf akan menginap di hotel bertaraf lima bintang dengan bilik seaview, selain menerima duit poket untuk shopping.
Pelbagai aktiviti menarik turut disusun termasuk bermain di Escape Park, parasailing, banana boat, jetski, serta jelajah bandar bersejarah Georgetown. Selain itu, staf juga berpeluang menikmati nasi kandar asli dan menghadiri grand dinner istimewa.
Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada semua staf untuk berehat dan bercuti dengan penuh kegembiraan sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka selama ini.
Kita tutup kilang selama 5 hari untuk bawa kesemua 100 staff Khairulaming bercuti di Penang. Semua staff dapat hotel 5 star bilik seaview, duit poket untuk shopping, main escape park, parasailing, banana boat, jetski, explore bandar georgetown, makan nasi kandar, grand dinner dan macam-macam lagi. Yang penting semua staff dapat berehat and bercuti dgn happy.
Menjengah di ruangan komen ramai yang meluahkan rasa gembira dan kagum melihat usaha yang dilakukan oleh pempengaruh terkenal ini. Terbaik Khairul Aming!
Sebenarnya ada banyak cara untuk kita menghilangkan bau hapak, busuk, kepam dan sebainya itu. Selain cara mudah dengan menggunakan alat penyegar udara, kita juga sering dengar kemampuan arang dalam mengatasi masalah bau. Hal ini memang tidak perlu disangkal lagi.
Pun begitu, andai kita sekadar meletakkan arang di sebahagian sudut rumah, tentu akan sedikit sebanyak mengganggu dekorasi kediaman. Apatah lagi jika ada anak kecil, bimbang juga akan dibuat main pula bila ternampak.
Untuk itu, apa kita kita ikut cara Yatie Eimra ini dalam menggunakan arang di setiap sudut ruangan kediamannya tanpa tidak menampaknya fizikal nyata arang tersebut. Menarik bunyinya bukan, dan jom semak perkongsian ini.
Tip Hilangkan Bau Busuk, Hapak & Kedap
Sekarang ni walaupun musim panas tapi petang-petang kerap jugak hujan. Kasut pun selalu je lembap..Salah satu masalah orang duduk rumah takde tanah ni, pintu utama dan rak kasut tak kena cahaya matahari. Kalau kena panas matahari tu, boleh gak kasut yang lembap kering dengan sekata. Ni paham-paham ajelah macam mana baunya bila kasut selalu lembap.
Walaupun guna pewangi udara, bau hapak tu tetap ada dan sesekali terhidu juga bila angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Heheh.. Banyak bahan-bahan boleh diguna untuk kurangkan bau-bauan yang tak menyenangkan ni seperti soda bikarbonat, serbuk kopi, cuka, dan lain-lain.
Saya gunakan arang biasa je sebab murah dan boleh dapat banyak. Boleh gak gunakan arang untuk bakar-bakar (briquette) tapi harganya lebih mahal dan ia gak cepat berkulat. Bila berkulat kena bersihkan (kikis & buang bahagian berkulat dan jemur matahari) sebab tak elok untuk kesihatan nak-nak kalau anak ada eczema, asthma, masalah pernafasan atau alergi.
Arang Mengurangkan Masalah Bau
• Bau hapak/kasut lembap
Simpul arang dalam stokin lama (yang nipis) dan masukkan ke dalam kasut atau simpan arang dalam bekas. Jika guna penutup, pastikan ia berlubang-lubang.
• Bau kedap di dalam kereta/rumah/almari
Bergantung pada tujuan penggunaan, korang boleh gunakan bekas atau hancurkan sedikit arang agar jadi serpihan kecil dan bungkus dalam uncang kecil untuk digantung. Boleh juga gunakan arang dalam hiasan bunga/pasu. Titiskan essensial oil jika suka. Arang juga boleh kurangkan bau durian yang kuat dalam kereta/rumah.
• Bau makanan (yang dah bercampur baur) dalam peti sejuk
Sebaik-baiknya masukkan arang ke dalam bekas supaya tak mengganggu ruang penyimpanan. Kalau korang rajin, lap peti sejuk dengan kain lembap yang sudah dititiskan esen vanila untuk bau yang segar.
• Bau busuk dari tong sampah
Letakkan bekas berisi arang berdekatan tong sampah (terutamanya sampah basah & berbau). Yang ada anak kecik yang masih poo² dalam pampers pun elok la guna arang ni haa..
• Bau hancing tandas
Letak bekas berisi arang atau gunakan arang untuk hiasan bunga di dalam tandas. Kesannya lebih efektif lagi kalau gunakan bersama homemade spray serbaguna (boleh tengok post saya yang lama)
• Bau najis kucing/haiwan peliharaan
Letakkan bekas berisi arang berdekatan bekas pasir kucing/cat litter untuk mengurangkan bau
Sambil-sambil gunakan arang untuk serap bau busuk, boleh jadi idea dekorasi jugak tau. Ni saya kongsikan beberapa idea cara guna/dekorasi dari arang dan bahan-bahan recycle je.