Kalau dulu ketika anak dara haid jadi baik dan lancar, kini selepas kahwin haid setiap bulan jadi tak teratur. Apa sebabnya?

Haid yang tidak teratur menyebabkan sasaran untuk hamil menjadi sedikit sukar. Kenapa keadaan ini berlaku kepada kebanyakan wanita? Pakar Obstetrik & Ginekologi, Dr Anna Liza Roslani ada jawapannya.

 

Bila saya mendengar ungkapan ini, soalan seterusnya kepada wanita itu ialah ‘berat badan puan sekarang berapa? Berat sebelum kahwin berapa?’

Biasanya, jawapannya ialah ‘berat saya sekarang 72Kg. Berat sebelum kahwin 60Kg’. Dan apabila saya minta wanita tersebut berdiri di atas alat penimbang saya, dia akan terkejut dan berkata ‘Alamak! 74Kg!!!!’

Sebelum Kahwin Haid Ok, Lepas Kahwin Tak Teratur. Pakar O&G Jelaskan Jangan Ambil Mudah!

IKLAN

 

Jaga berat badan

Maka, masalah sebenar bukannya masalah kahwin atau tidak kahwin, bukannya masalah ada hubungan kelamin atau tidak.

Masalah sebenar ialah tidak menjaga berat badan setelah berkahwin! Sebelum kahwin elok menjaga badan, tetapi selepas kahwin ada ‘teman makan tetap’! Memang naiklah berat badan!! Ada juga yang menjadi isteri mithali dan asyik memasak untuk si suami, sampai masakan berlebihan. Nak buang, sayang, maka dimakan sehingga habis walaupun tidak lapar!

IKLAN

Sebelum Kahwin Haid Ok, Lepas Kahwin Tak Teratur. Pakar O&G Jelaskan Jangan Ambil Mudah!

Apabila berat badan meningkat, ia boleh menyebabkan hormon menjadi tidak seimbang. Hormon tidak seimbang akan menjadikan haid tidak menentu, kadangkala terlalu lama, dan kadangkala tidak datang haid berbulan-bulan. Ini terutamanya berlaku kepada wanita yang mengalami PCOS (polycystic ovarian syndrome).

Oleh itu, sebelum anda risau ada cyst atau fibroid, timbanglah diri anda terlebih dahulu. Jika memang ketara berat badan anda telah meningkat, usaha untuk turunkan terlebih dahulu.

IKLAN

Sebelum Kahwin Haid Ok, Lepas Kahwin Tak Teratur. Pakar O&G Jelaskan Jangan Ambil Mudah!

Juga, jangan menyalahkan PCOS untuk kenaikkan berat badan. PCOS tidak bersalah. Yang salah adalah ‘keberatan’ anda. Jika berat badan anda normal, PCOS tidak akan menyebabkan masalah hormon.

Marilah kita sama-sama menuju ke arah gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan, dan mengamalkan senaman.

Menarik: Nak OOTD Sama Anak Jangan Sampai Tak Selesa, Ayda Jebat Kongsi Tip Mudah Bawa Anak Bercuti Ke Luar Negara!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI