Siapa yang tak kenal dengan pengusaha kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri. Sikap gila-gilanya adakalanya membuatkan orang kurang senang namun tak kurang yang terhibur.
Namun, dia juga rajin membuat kejutan terutama buat orang tersayang. baru-baru ini Aliff membuat kejutan kepada ibu mentuanya dengan menghadiahkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).
Menurut Aliff, kenderaan jenis Honda CR-V itu merupakan kereta yang diidamkan mentuanya, Rohani Hassan sejak dari zaman mudanya.
“Saya gembira sangat hari ini sebab dapat belikan kereta kegemaran mak mentua saya. Bukan main gembira dia dapat kereta ni.
Ads
“Maklumlah dari zaman muda mengidam nak pakai, akhirnya dapat juga. Kalau tak ada mereka, tak pasti saya ada isteri sebaik Shahida,” katanya menerusi satu entri di Instagram.
Dalam hantaran tersebut, Shahida turut mendedahkan bahawa Aliff juga adalah menantu kesayangan ibunya kerana merupakan satu-satunya menantu lelaki dalam keluarga tersebut.
Ads
Pada masa sama, Aliff turut menasihati orang ramai agar sentiasa berbakti bukan sahaja kepada ibu bapa sendiri, tetapi juga mentua.
“Bagi saya, kita kena berbuat baik dengan mentua sebab kalau tak kerana mentua kita, mungkin saya tak dapat isteri saya seperti sekarang.
Ads
“Disebabkan didikan mentua juga kita dapat pasangan yang baik. Selagi ada hayat, berbaktilah pada ibu bapa dan mentua kita sebab doa-doa mereka kita berjaya sehingga kini,” katanya.
Di ruangan komen, rata-rata memuji sifat pemurah yang ada pada Aliff.
shahira.amiera Rasa Terharu masa mak mertua peluk datuk😭mengalir air mata teman
shafiq080605Terbaik la dato memang menantu yg baik👏❤️
c_berries__dylaalhamdulillah semoga bertambah rezeki dato bahagia mak mertua😍
ifah.19MasyaAllah, mengalir air mata tengok vidio,saya ikut bahagia, saya teringin nk bahagiakan org tua saya jugak,, doa kan saya Dato 😭
dhiaumar_amylianaTerharuuu😢😢 makin murah rezeki dato n datin.. alhamdulillah x rugi kt berbakti pd makayah n mertua kt..moga2 sy pn dimurahkn rezeki mcm dato utk membahagiakn keluarga sy..🥰🥰
aindylingTerbaik Dato’ moga murah rezeki diberikan kesihatan dan bahagia selalu bersama family, alhamdullilah suka tgok mertua Dato’ happy
ummi_imanbusyroAlhamdulillah i love this kind of content…sgt bermakna,dato tunjuk contoh yg sgt baik pd masyarakat,saya doakan dato sentiasa dimurahkan rezeki yg berpanjangan..
Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, siapa yang tahu. Rezeki remaja lelaki 17 tahun ini telah membuatkan ramai teruja untuk menabung. Remaja berkenaan adalah pemenang untuk cabutan bertuah utama bagi bulan April.
Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil, berkata remaja berasal dari Teluk Kumbar, Pulau Pinang itu mula menyimpan dalam BSN SSP dengan bantuan ibu bapanya yang memulakan simpanan itu sebagai saluran untuk beliau menyimpan wang.
“BSN sentiasa komited untuk menggalakkan tabiat menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia terutama golongan muda. Usaha berterusan telah kami laksanakan dan ditambah baik dari semasa ke semasa seperti produk terunggul kami iaitu BSN SSP,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu untuk cabutan BSN SSP Istimewa bagi bulan Mei dimenangi oleh Dzulkfley bin Zanudin dari Selangor.
Tahun ini BSN menawarkan hadiah bernilai lebih RM30 juta untuk lebih 19,000 pemenang dengan majlis cabutan yang diadakan mematuhi SOP ketat serta disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial rasmi Facebook BSN Malaysia.
Khas untuk Jun dan Disember sahaja, dua pemenang bakal diumumkan sebagai jutawan berbanding hanya seorang pemenang pada bulan lain.
Menurut kenyataan itu, pelanggan sedia ada yang ingin menambah simpanan BSN SSP boleh berbuat demikian di kaunter Cawangan BSN, Mesin Teler Automatik (ATM), Mesin Deposit Tunai (CDM), perbankan Internet myBSN atau menerusi saluran Ejen Bank BSN (EB BSN) manakala pelanggan baharu boleh membeli SSP di kaunter Cawangan BSN di seluruh negara.
Meninjau FB BSN Malaysia ramai yang bertanya bagaimana syarat untuk mendapat cabutan istimewa berkenaan. BSN Malaysia menjelaskan bahawa pembelian minimum SSP adalah RM 10 bagi 1 unit dan layak untuk cabutan yang diadakan pada setiap bulan.
Manakala untuk layak cabutan istimewa RM 1 Juta, simpanan minimum diperlukan adalah RM 3,000 dan tempoh simpanan minimum 90 hari sebelum tarikh cabutan.
Sumber: BSN Malaysia dan Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kemahiran ini mungkin berguna pada yang belum tahu,ibu tunggal,pasangan berjauhan atau sesiapa sahaja yang belum ada pengalaman.
Kalau saluran paip tersumbat,ini langkah awal boleh dibuat sebelum anda panggil tukang sebenar.
Jom baca perkongsian dari saudara Ben Safwan menerusi page Tukang Apa Hari Ini.
JANGAN SESEKALI JOLOK DENGAN BATANG PENYAPU/BENDA KERAS/TAJAM PADA SALURAN AIR. Nanti pecah,banyak kerja dan kos tinggi.
Pergi hardware/Mr DIY cakap nak dawai spring bagi salur air tersumbat. Ada 3 meter dan 5 meter. Pilih. Saya pilih yang 5 meter tapi potong spring depan yang lembut sebab susah nk masuk ke saluran. Tinggalkan sikit je yang lembut lebih kurang sejengkal.
Jolok hingga masuk ke saluran. Guna lah 3-4 cara agar dia masuk.
Dah masuk,putar wayar. Dia sekali datang dengan pemutar manual. Saya pakai drill. Baru puas hati wayar berbelit menangkap punca tersumbat.
Saya kepitkan hujung dia dengan chuck drill dan ketatkan.
Tapi ianya sesuai untuk saluran yang jenis lurus ya untuk digunakan bersama drill. Kalau tak yakin/tak nampak saluran air camna,putar je manual pakai tangan.
Putar je sampai air mula mengalir. Putar sampai puas hati dan secukup rasa.
Dah tengok laju,cuba curahkan air sebaldi besar tengok kelajuan turun.
Dah ok,tarik wayar naik.
Siap.
Satu tips berguna jaga saluran sinki dapur : SEMINGGU SEKALI JIRUS AIR PANAS KE SINKI DAPUR UNTUK BAGI LEMAK MAKANAN MENGALIR.
Ika Nabella baru-baru ini berkongsi pengalaman yang mengecewakan apabila percutian pelakon ini bersama keluarga sepatutnya disambut gembira, namun menjadi sebaliknya.
Ini berikutan aircond di villa yang diduduki Ika Nabella sekeluarga tiba-tiba sahaja mengalami masalah tidak berfungsi. Yang paling terkesan dengan insiden itu adalah anak lelakinya, Noah yang terpaksa tidur dalam keadaan berpeluh dan panas.
Ika Nabella memuat naik pengalaman tersebut di Instagram Story miliknya baru-baru ini. Menurutnya lagi, percutian tersebut membuatkan dirinya berasa seperti ibu yang teruk kerana tidak dapat melakukan apa-apa hanya disebabkan kecuaian pihak lain.
Lebih mengecewakan apabila pihak pengurusan villa seolah-olah tidak mengendahkan aduannya dan membiarkan mereka sekeluarga berpanas sehingga jam 4 pagi.
“Dah tempah sebuah villa cantik di Janda Baik semuanya berjalan lancar sehinggalah kami perasan pendingin hawa di bilik Noah rosak. Panas. Allah uji bukan hanya pintu kaca saja rosak tak boleh kunci.
“Bowie cuba menghubungi pengurusan selama lima jam dan mereka membiarkan kami tertunggu-tunggu dengan alasan ‘saya minta penyelia usahakan’ dan hanya satu tick selepas berkali-kali panggilan telefon.
“Tak boleh buat apa-apa sebab biliknya tak ada pendingin hawa dan pintu tak boleh kunci. Saya harap mereka akan membetulkannya pada pagi nanti sebab saya dah belanja RM3,000 untuk anak saya tidur dalam keadaan tidak selesa.
Servis yang sangat teruk apabila anda membiarkan pelanggan menunggu lima jam tanpa tindakan apa-apa. Akhirnya kami menukarkan bilik Noah dan meletakkan dia bersama-sama dengan sepupunya.
“Bayangkan kalau ada bayi yang tidur dalam satu bilik seorang mengigau dan menangis, apa akan jadi kepada mereka semua?” kata Ika lagi.
Ika yang telahpun membayar lebih RM3000 demi menghadiahkan percutian khas tersebut untuk anak lelaki tunggalnya bersama sepupu yang lain. Bukan itu sahaja, Ika juga turut membuat pembayaran penuh ketika pendaftaram masuk.
“Noah terjaga pukul 2 pagi dan baru tidur balik. Allahu, untuk pertama kali dalam hidup saya pasang kartun untuk menenangkan dia daripada menangis sebab tidur bilik berkongsi ramai-ramai.
“Saya rasa seperti ibu yang teruk. Saya tak mampu lakukan apa-apa apabila anak saya kurang selesa kerana sikap orang lain yang pentingkan diri.
“Tak boleh buat apa-apa sebab biliknya tak ada pendingin hawa dan pintu tak boleh kunci. Saya harap mereka akan membetulkannya pada pagi nanti sebab saya dah membelanjakan RM3,000 untuk anak saya tidur dalam keadaan tidak selesa,” tambahnya yang memberitahu anaknya tidak selesa tidur tanpa penghawa dingin.
Hanya sempat melelapkan mata kurang daripada tiga jam, kongsi Ika lagi Noah bangun seawal pukul 7 pagi disebabkan keadaan tempat tidurnya yang kurang selesa.
“Rasa nak termuntah tak tidur lagi. I yang tua pun nak termuntah terus rasa tak sihat bila tak cukup tidur inikan budak dua tahun yang berjaga lebih pukul 2 pagi. Sedihnya…” tambahnya lagi.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...