Hari Raya Aidiladha ataupun hari raya korban mungkin tidak semeriah hari raya Aidilfitri, namun suasana raya tetap dirasai. Ramai selebriti yang berkongsikan detik – detik indah hari raya mereka di akaun media sosial masing-masing sebagai kenangan.
Menerusi akaun Instagram Lisa Surihani, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan Datin Lisa bersama 2 orang anaknya iaitu Yahaira Leanne dan Yusof Leonne. Datin Lisa seperti biasa tampil ringkas dan polos wajahnya tanpa solekan yang tebal.
Seperti komen warganet, paling simple tetapi terpaling cantik. Yahaira atau mesra dengan panggilan Yong juga mengenakan tudung dan kelihatan comel. Satu-satunya anak perempuan Datin Lisa ini memang sering menjadi perhatian warganet.
Tidak kelihatan Dato’ Yusry dalam gambar ini dan melihat kepada suasana sekeliling, Datin Lisa berada di tempat sembelih lembu untuk ibadah korban. Datin Lisa turut mengucapkan ucapan selamat hari raya buat semua dengan ucapan yang cukup ringkas berbunyi ‘Eid Mubarak’.
Ads
Anak dan ibu sama-sama sopan dan ayu. Tentu apabila Yong sudah meningkat remaja nanti bakal secantik ibunya itu. Tidak dinafikan anak-anak Datin Lisa memiliki rupa paras yang cantik dan handsome diwarisi daripada Datin Lisa dan Dato’ Yusry.
Untuk rekod, Lisa dan Yusry telah mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2023 dan dikurniakan tiga orang anak, Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.
Pengumuman oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan memperkukuhkan Pakej Ransangan Ekonomi 2020 pastinya ramai yang berlapang dada.
Apatah lagi dengan bantuan kewangan sebanyak RM600 untuk tempoh maksimum enam bulan kepada setiap pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji susulan kemelut ekonomi yang melanda negara ketika ini.
Pastinya pengumuman ini membuatkan sekurang-kurangnya ringan sedikit beban kewangan yang ditanggung dalam keluarga.
Selain itu, memetik laporan penuh di akhbar Sinar Harian, PUTRAJAYA – Kerajaan akan memberi bantuan kewangan sebanyak RM600 untuk tempoh maksimum enam bulan kepada setiap pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji susulan kemelut ekonomi yang melanda negara ketika ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muh LPyiddin Yassin berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) hari ini.
Menurutnya, keputusan itu juga diambil sebagai langkah untuk menambahbaik dan memperkukuhkan lagi Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang diumumkan bulan lalu.
“Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM120 juta dan dijangka dapat memberi manfaat kepada 33,000 pekerja.
“Bantuan ini juga hanya layak dinikmati oleh pekerja yang diberi notis tanpa gaji mulai 1 Mac lalu,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat EAC di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, langkah tambahan lain yang diambil adalah diskaun caj elektrik untuk sektor komersial, perindustrian dan pertanian, pelaksanaan projek-projek kecil bernilai RM2 bilion dan pembayaran asal bagi Bantuan Sara Hidup (BSH).
“Kerajaan akan memastikan pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 seperti yang telah diumumkan 27 Februari 2020 diteruskan.
“Selain itu, pelaksanaan semua projek yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2020 termasuk ECRL, MRT2 serta Pelan Gentian dan Kesalinghubungan Negara (NFCP). Kerajaan juga akan meneruskan dasar fiskal yang bertanggungjawab dan dasar mesra perniagaan bagi menarik pelaburan yang berkualiti juga diteruskan,” katanya.
Sekeping gambar yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah bersama tiga anak lelakinya menjadi perhatian ramai.
Gambar Tan Sri Dr. Noor Hisham bersama tiga anak bujangnya iaitu Khalis, Khazin dan Khair yang sedang meluangkan masa bersama di Hyde Park, London membuatkan ramai yang menawarkan diri jadi menantu.
“Berjalan kaki di pagi hari di Hyde Park bersama tiga anak lelaki saya ketika ini, kami menikmati suhu sejuk di London.
“Britain bersiap sedia untuk menikmati suhu 0 Celcius selama seminggu.
“Namun begitu, ia adalah saat berharga dan momen tidak dapat dilupakan bersama anak-anak lelaki saya yang sudah dewasa; Khalis, Khazin dan Khair,” kongsinya menerusi X.
Apa yang menarik perhatian pastinya gelagat wargamaya yang berseloroh dan berebut-rebut untuk menjadi menantu dek kerana ketampanan tiga jejaka, buah hati kesayangan Tan Sri Dr. Noor Hisham dan isteri.
Tan Sri Dr. Noor Hisham turut berkongsi foto bersama isteri, Puan Sri Datin Seri Nik Suwaida Nik Mihammad Mohyideen dan anak-anak lelaki sedang berehat di sebuah kafe ketika bercuti ke London.
Terdahulu, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan iaitu Khairin Afiqah yang telah mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan hatinya.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Amalan kunjung berkunjung Di Hari Raya kini diteruskan lagi dengan menghadiri jemputan rumah terbuka daripada kawan-kawan sepejabat dan sahabat handai.
Pun begitu, sedang kita ikhlas menghadiri jemputan, jangan pula melakukan beberapa amalan negatif di Hari Raya sebagaimana apa yang disenaraikan oleh Akhtar Syamir ini. Jom semak.
Elakkan Amalan Negatif di Hari Raya Ini.
Saban tahun kita buat perkara yang sama. Kadangkala kita tidak menyedarinya tetapi apa yang kita lakukan itu adalah tidak baik sebenarnya.
1. Menilai orang dari duit raya yang diberi.
Duit raya ialah salah satu cabang sedekah dan bukannya sebagai medium untuk menunjuk-nunjuk. Berhentilah memandang rendah kepada orang yang tidak mampu untuk memberi duit raya yang banyak. Kita tidak tahu situasi kewangan dia dan kita tidak tahu infaq atau sedekah yang dia telah lakukan selama ini.
2. Berbangga dengan pencapaian anak secara berlebihan.
Pantang jumpa saudara, kita akan canangkan anak kita dapat Anugerah Dekan, dapat nombor 1, wakil sekolah pertandingan mewarna dan lain-lain lagi. Bercerita itu tak salah, tetapi kalau dah setiap orang yang jumpa akan diceritakan perkara yang sama, dengan secara tak langsungnya, kita termasuk ke lembah riak.
3. Body Shaming.
Tak kira la gemuk ke, kurus ke, hitam ke, pendek ke, kita selalu dengar perkara ni apabila keluarga berkumpul di hari raya. Alasan berterus terang itu adalah alasan sampah yang mementingkan diri sendiri. Jika semua orang berterus terang tanpa menjaga adab dan hati orang lain, patut ke kita kutuk OKU? Atau kalau suka sangat orang berterus terang, suka tak kalau orang tegur kita “kau ni buruk, huduh tak berubah-ubah, raya tahun lepas buruk, raya tahun ni buruk jugak”.
Body shaming ialah perkara keji yang tidak patut dilakukan pada bila-bila masa pun, inikan pula di hadapan orang ramai. Dah la setahun sekali nampak muka, jumpa je terus buat sakit hati. Lepas tu boleh terfikir kenapa orang tak ziarah bila bukan hari raya.
4. Mengutuk baju raya orang lain.
Mentang-mentang baju raya dia bersinar-sinar jenama retis, orang lain punya habis dikutuknya. Tak cukup dengan itu, yang mana pakai baju tahun lepas, habis kena umpat semacam. Sedih sangat bila jadi macam ni. Terlalu mudah memandang rendah orang lain.
5. Tak habis-habis bertanya bila anak orang lain tu nak kahwin, bila nak tambah anak, bila nak tambah bini, bila nak tukar kereta.
Tahun lepas dah tanya, tahun ni tanya lagi. Susah hati sangat dia. Tau la orang tu nak kahwin bila. Ingat benda senang ke nak berteman lepas tu nak kahwin? Yang paling sedih orang yang bertahun-tahun terpaksa memberi senyuman kepada soalan-soalan sebegini. Saya rasa diorang pun dah menyampah tengok muka yang bertanya tu.
Bab anak pun bukanlah suatu yang di dalam kawalan 100%, berhentilah menyinggung perasaan orang lain.
6. Bising rumah di kampung panas.
Mengeluh orang-orang bandar ni sekali-sekala balik kampung takde pendingin hawa. Habis bising dia kepanasan macam kena panggang. Bukan semua orang mampu, kalau dah tau tak boleh panas, bawa la kipas sendiri. duduk je depan kipas tu masa tidur.
7. Bersalaman tetapi tidak memaafkan.
Apa gunanya salam cium tangan kalau hati masih lagi simpan perasaan dendam? Bertahun-tahun lamanya orang tu buat salah. Sampai sekarang, dibenci. Lepas tu selalu mengelak untuk berjumpa ahli keluarga lain disebabkan krisis dengan seorang sahaja. Buanglah yang keruh, ambil yang jernih.
8. Pantang nampak yang cantik, yang hensem, semua nak ngorat.
Bila berjumpa sanak saudara ni, perlu hati-hati. Kadang-kala yang kita jatuh hati tu mak atau bapak saudara. Kadang-kadang anak buah kita sendiri. Jangan tersalah mengorat, buat malu je nanti.
9. Mengumpat ahli keluarga yang tak balik kampung.
Semua orang ada sebab tersendiri kenapa tidak dapat balik beraya. Bukan semua benda dalam kawalan sendiri. Berhentilah mengumpat dan mengeji adik beradik sendiri. Hari ini mungkin masa dia, esok lusa mane tahu hari kita pulak kan?
10. Memilih nak beraya rumah yang ada masak sedap je. Siap telefon atau whatsapp tanya masak ape.
Ziarah dan mengeratkan silaturrahim ni tak perlu la bergantung kepada masakan Tuan Rumah. Biasa tak dengar, “rumah si polan wajib pergi, dia tiap-tiap tahun masak laksa!”. Yang laksa wajib, yang biskut raya je jadi tak wajib. Harap jangan la jadi macam ni.
_____________
Semoga hari raya kali ini dapat kita raikan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Tinggalkan segala masalah dan pertelingkahan lalu. Bersyukurlah yang kita masih lagi diberi kesempatan untuk beraya bersama. Tahun depan kita pun tak tahu boleh berjumpa lagi atau tidak.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...