Nak nasi lemak tu rasa sedap, dua benda je perlu dinitikberatkan. Satu, nasinya yang lemak dan dua, semestinya sambal yang padu! Kalau sambal tak berapa nak masak atau terlebih itu ini pun tak best juga, bak kata orang rasa ‘tak sampai’!
Selain dari makan dengan nasi lemak, kalau sambal tu sendiri dah sedap nak makan dengan benda lain pun boleh seperti lempeng, roti, nasi dan sebagainya!
Jadi… Dari mulut tu tak puas hati dengan nasi lemak yang jual kat kedai tu sebab sambalnya kurang ‘kick’, apa kata jom buat sendiri je ikut selera yang kita nak. Tak susah pun, tapi yang penting sedap! Jom ikut resipi yang dikongsikan oleh Yayar B.Awang Noh ni. Letsss masak!
Cara Masak Sambal Bilis Nasi Lemak Yang Mudah & Sedap
Bahan-bahan:
Bawang besar 5 labu**
Bawang putih 5 ulas**
Secubit ikan bilis untuk kisar**
Sedikit belacan**
Sehelai daun pandan
Asam keping 2 keping
Cili kering kisar
Gula melaka (nise) 2 keping
Sos cili 3 sudu
Sos tomato 3 sudu
Ikan bilis
Hirisan bawang besar
Garam
Ajinamoto
Gula (jika suka)
Ads
Cara-cara memasak:
1. Kisar bahan-bahan yang bertanda (**).
2. Dalam kuali panaskan minyak, masukkan sehelai daun pandan yang disimpul.
3. Masukkan asam keping dan bahan kisar tadi. Masak sehingga perang atau separuh masak.
Ads
4. Masukkan pula cili kering kisar dan masak sehingga pecah minyak.
5. Masukkan gula melaka, sos cili dan sos tomato. Gaul rata.
6. Kemudian masukkan ikan bilis secukupnya bersama hirisan bawang besar.
Ads
7. Perasakan dengan sedikit garam dan ajinamoto. Jika kurang manis, boleh tambahkan gula.
8. Masak dengan api perlahan sehingga pecah minyak dan pekat.
Antara semua resipi western, ini yang paling mudah dan cepat untuk disediakan.Selain gunakan seafood, ibu-ibu boleh juga jika anda nak masukkan hirisan isi ayam atau daging. Sosej pun boleh juga dimasukkan kalau suka.
Jumaat lepas saja la gua masak-masak sikit utk jamu kawan-kawan kat sekolah
Asyik gua makan makanan deme je, naik segan pulak
Kali ni gua masak Spageti Aglio Olio..pertama kali gua masak spageti aglio olio ni..tengok resepi macam senang je
Asalnya tak nak up resepi kat fb sebab bila gua rasa tak le sedap mana gua masak spageti ni, tapi bila kakak cantik Mata Hati kata sedap dan mintak resepi dan mama manis Noor Hadisah kata rasa macam spageti easy cafe terus gua bersemangat up resepi hahahaha
Gua tau depa bukan ikhlas pun memuji tu, saja ambik hati gua..kawan-kawan gua memang semuanya mulut maneh leting..mama noor tu lagi la nampak penipuannya, tak telan lagi spageti gua masa gua suap dia, terus dia kata sedap 🤣
Nah la resepi bodo-bodo spageti aglio olio kaka ida
Rebus terlebih dahulu spageti.Panaskan minyak dan masak bawang putih sampai agak perang.Masukkan udang dan sotongMasak hingga layu kemudian masukkan garam dan serbuk ayam.Masukkan segala mala daun tadi lalu kacau sebati.Agak-agak dah naik bau masukkan spagetiDah siap.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jagung rebus yang sememangnya enak dan menjadi kegemaran anak-anak. Baik direbus mahupun dibuat cucur jagung, sememangnya ibu-ibu dah tak payah nak fikirkan menu lain. Jom cuba resipi jagung cheese yang dikongsikan oleh puan Aszulia Tajuddin Meeracle ini. Anak-anak yang sukakan cheese pasti gemar akan terpikat dengan menu yang disediakan ini.
Menu petang.Untuk yang ada jagung dirumah ya maok cuba kelainan apa kata try jagung cheese tok.Perghhh… kompom uols Sik cukup makan Jagung cheese is done! Ajuh pergi rumah #maksinga Resepi simple debah tok.
Jagung direbus dolok biar kasi empuk.
Dah mendidih jagung ya tek, buang separuh air rebusan jagung ya untuk digantikan dengan susu cair
Masuk gula dan garam secukup rasa kitak. Masokkan marjerin 2 sudu.
Sebenarnya mudah je nak masak pulut walaupun tak ada periuk pengukus yang khas tu.
Jom cuba tip yang dikongsikan Puan Siti Asrien Mohd Hassan yang diberikan oleh rakannya. Cukup mudah!
Panjangkan pahala seorang kawan..
Tips/cara dari seorang kawan utk tanak pulut dengan rice cooker.
Basuh beras bersama sedikit garam,utk dapat efek berkilat..basuh 3/4 kali basuhan..
Sukat air guna jari telunjuk,separuh dari line pertama jari…(jari diatas beras)
Lapik tutup periuk menggunkan kain/tuala kecil dengan kedap..xboleh longgar..(supaya wap panas xkeluar)
Tekan COOK dan tunggu sehingga masak dan bertukar ke WARM…Jangan bukak tudung periuk langsung sehingga masak..insyaAllah pulut cantik.
*edit-lepas WARM pun jgn terus bukak biar 5-10 min baru bukak penutup..bagi pulut masak dengan wap panas..
Dah setahun lebih guna tips/cara ni tanak pulut…buat tapai pun senang,xpyh kukus…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di