Selalu kalau ada stok jagung kat rumah, kalau tak rebus mesti buat sweet corn. Kan? Tapi.. Kadang-kadang jemu juga asyik makan cara yang sama je.
Pernah dengar cucur jagung? Haaa yang mana tak pernah makan tu, apa kata try buat pula lepas ni. Mesti sekali makan terus nak lagi! Nak-nak bila guna resipi dari Ana Mariana Ismail, meletup habis! Jom cuba!
RESIPI CUCUR JAGUNG
Bahan-bahannya :-
Jagung
Tepung Gandum (agak-agak dengan bahan lain)
Bawang besar
Udang (nak guna ikan bilis pun boleh)
serbuk kunyit
Garam
Gula
Serbuk ikan bilis (sikit je)
Cili kisar (nak guna cili kering tumbuk kasar pun boleh)
Telur sebiji
Air
Cara-caranya :-
- Kupas bersih jagung, dan hiris isinya. Masukkan ke dalam bekas.
2. Dalam bekas isi jagung tadi, campurkan semua bahan sekali kecuali air. Kacau sebati.
3. Masukkan air sikit-sikit, agak-agak bancuh adunan jangan terlalu pekat atau cair. Kiranya sampai senang kita nak jemput guna tangan.
4. Dah siap, panaskan minyak masak dan mula menggoreng. Guna api sederhana sahaja, biar sampai agak garig baru alihkan bahagian bawah pula.
Dah garing, boleh diangkat. Jangan lupa cuba resipi ni!
Resipi McShaker Homemade, Buat Sendiri Lagi Jimat. Tak Payah Kecewa Kalau Sold Out!
McDonald’s Malaysia baru-baru ini telah mengembalikan semula McShaker Fries yang menjadi kegemaran ramai sebelum ini. Ramai peminat yang teruja namun pasti akan sold out.
Tak perlu kecewa, apa kata kita cuba buat sendiri McShaker versi homemade seperti dikongsikan oleh Rayyan Raaniya.
What!!! Mcd Mc Shaker Fries Da Keluar.No Worries.Buat Sendiri Sudahhhh 🤭🤭🤭
Bahan-bahan:-
1) FunFries
2) Gula Halus
3) Serbuk Perasa
4) Serbuk Cili
5) Paper Bag (Mcm Owg Juai Buh Ayam Seringgit Tuuuuuu)
Cara-cara :-
1) Goreng Fries Hingga Garing & Tos Kan Minyak Then Ketepi Kan
2) Gula 2 Sudu + Serbuk Perasa 1 Sudu + Serbuk Cili 1 Sudu = Gaul2 Kan Bersama (Ikot La Korang Nk Pedas Mana)
3) Amik Paper Bag Buh Fries Then Add Bahan Tadi
4) Last!!! Shake & Shake Kan
Rahsia Kari Ikan Sedap & Padu, Buat Sendiri Rempahnya! Gerenti Makan Hingga Jilat Jari
Selalunya kalau nak buat kari, mesti akan beli serbuk kari ekspress. Kalau tak serbuk, beli yang readymade orang jual macam pes kat pasar pagi. Balik tinggal campak jela bahannya, siap!
Tapi.. tahu tak pes yang macam kita beli kat kedai tu sebenarnya boleh buat sendiri je kat rumah. Tak ada lah susah sangat cara nak buatnya. Kalau rajin, buat banyak-banyak jadikan stok terus. Nak guna, keluarkan je!
Cara membuat rempah kari sendiri ini telah dikongsi oleh Normah Bahari. Inilah rahsia nak hasilkan kari ikan yang sedap.
Cara Membuat Rempah Kari Homemade
Bahan-bahan:
10-12 biji cili kering
3 sudu besar rempah biji (ketumbar)
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bawang kecil
Kunyit hidup sebesar ibu jari
10-15 biji lada hitam
2 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
Cara membuat:
1. Basuh semua bahan, tapis dan rendam pula dalam air panas selama 10 minit kecuali bawang dan kunyit hidup.
2. Kisar semua bahan hingga halus (boleh juga guna penggiling, jika ada lagi sedap hasilnya). Siap!
3. Rempah yang dah dikisar halus ini boleh terus digunakan untuk masak kari seperti biasa.
Cara Masak Kari Ikan
5 ulas bawang kecil/1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1⁄2- 1 cawan minyak untuk menumis
1 sb halba campur
1 biji tomato ( dipotong kecil )
1⁄2 kg ikan
1 cawan santan ( 1/2 biji kelapa )
Asam jawa ( agak2 )
1 cawan air
Sayuran
Cara membuat:
1. Tumis bawang yang dipotong, masukkan halba campur serta tomato dan daun kari.
2. Bila dah wangi, masukkan rempah homemade yang dikisar, kacau dengan api perlahan.
3. Bila dah bau harum semerbak, baru tuangkan air. Tunggu sehingga pecah minyak (pastikan betul-betul pecah minyak).
4. Curah santan, asam jawa dan tambah air lagi, kemudian masukkan ikan, perasa dan akhir sekali masukkan sayuran.
Sumber : Normah Bahari
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Petua Goreng Ikan Tak Melekat, Meletup & Rangup Yang Mungkin Ramai Tak Tahu. Mak-Mak Patut Cuba Ni!
Ikan memang sedap bila digoreng. Tetapi ada satu masalah yang sering dialami oleh kaum ibu di dapur tatkala menggoreng ikan. Sama ada ia melekat di kuali atau meletup-letup semasa menggoreng.
Ikan goreng, tak kiralah ikan keli, kembung, siakap, bawal dan sebagainya, memang sedap apabila diratah. Namun, nak mendapatkan ikan goreng yang sempurna kalau tak tahu caranya. Lebih-lebih lagi ikan yang berlendir seperti ikan keli. Memang meletup-letup la jawabnya!
Itu belum bab kulit ikan yang digoreng akan melekat pada kuali. Bila diangkat, habis isinya hancur. Berikut dikongsikan petua goreng ikan tak melekat di kuali, tidak meletup dan tidak hancur isinya.
Petua Goreng Ikan Tak Melekat Di Kuali Dan Tak Meletup.
Cuci Ikan Sebelum Menggoreng
Antara punca utama ikan meletup-letup semasa menggoreng adalah kerana ia masih mempunyai banyak cairan di dalamnya, seperti ikan keli yang berlendir.
Dua cara untuk membersihkan ikan yang berlendir:
Gunakan limau nipis dan sedikit garam halus.
Gunakan tepung gandum untuk mencuci ikan. Disarankan juga untuk perap ikan dengan tepung gandum lebih kurang 15 minit.
Dengan kaedah ini bau hanyir ikan juga dapat dikurangkan selain menghilangkan lendir.
Perap Ikan Sebelum Menggoreng
Setelah dicuci bersih, disarankan untuk memerap ikan dengan asam jawa supaya isi lebih enak dan tidak melekat. Asam jawa juga dapat memejalkan isi ikan. Jadi, tidaklah ia berderai dan meletup-letup semasa menggoreng.
Perapan asam jawa ini selalunya dilakukan kepada ikan yang kurang segar atau yang sudah lama berada di freezer.
Panaskan Kuali
Terlebih dahulu, panaskan kuali sebelum menuang minyak. Setelah menuang minyak, pastikan minyak cukup panas sebelum memasukkan ikan.
Uji kepanasan minyak dengan beberapa butir beras atau keropok. Sekiranya ia menembang dengan cepat, ini bermaksud minyak dah cukup panas dan sedia untuk menggoreng.
Jangan biar terlalu lama dan minyak terlalu panas kerana ia akan membuatkan ikan garing di bahagian luar tapi tidak cukup masak di bahagian isi dalam. Minyak yang terlalu panas juga boleh membuatkan kulit ikan melekat di kuali.
Minyak Yang Banyak
Penggunaan minyak yang banyak membuatkan ikan mengembang dengan baik dan dapat mengelakkan ikan dari menyentuh dasar kuali. Ini sedikit sebanyak mengelakkan kejadian ikan melekat di kuali ketika menggoreng. Dengan itu, ikan akan masak di semua bahagian dengan sekata.
Bahan Salutan
Kepada yang suka hasil gorengan yang rangup, bolehlah gunakan tepung beras untuk meyalut ikan. Salutan membantu mengelakkan ikan melekat di kuali. Boleh juga gunakan kunyit untuk menyalut ikan.
Salah satu lagi cara untuk mendapatkan gorengan yang rangup adalah dengan mencelupkan ikan ke dalam celupan telur. Kemudian salutkan dengan tepung atau serbuk roti sebelum di goreng.
Petua Orang Lama Goreng Ikan Tak Melekat Di Kuali
Menurut orang-orang lama, beberapa bahan berikut boleh mengelakkan ikan dari melekat ketika menggoreng:
Asam Keping – goreng beberapa keping asam keping terlebih dahulu sebelum mesaukkan ikan.
Garam – taburkan sedikit garam ke dalam minyak panas, kemudian goreng ikan seperti biasa.
Halia – gorengkan beberapa keping halia sebelum menggoreng ikan.
Kulit bawang – Masukkan kulit bawang semasa menggoreng ikan.
Bungkus Daun Pisang
Untuk ikan yang bersaiz besar, anda boleh bungkuskan dengan daun pisang semasa menggoreng.
Caranya mudah. Terlebih dahulu bersihkan daun pisang. Balut ikan dan goreng dalam minyak panas seperti biasa. Daun pisang berfungsi untuk menyerap panas dan mengelak dari ikan meletup-letup semasa menggoreng. Bila cukup masak, daun pisang akan terlerai dengan sendirinya. Hasil masakan juga akan lebih berbau wangi.
Penutup Periuk
Sediakan penutup periuk berdekatan untuk menutup kuali jika anda bimbang minyak akan terpercik. Kecilkan api sebelum membuka penutup masa nak terbalikkan ikan.
Diingatkan supaya berwaspada ketika nak membalikkan ikan, agar ia cukup masak terlebih dahulu. Jangan terlalu awal dan terlalu lambat. Sekiranya diterbalikkan berkali-kali, ikan boleh pecah dan isinya berderai.
Selamat Menggoreng
Dengan beberapa kali percubaan, anda pastinya akan berjaya mengoreng ikan dengan baik. Semoga dengan petua ini, anda akan mahir mengoreng apa jua jenis ikan dengan baik.
Sumber: Sehinggit