Amalan berpantang secara tradisional ini amat penting walaupun ibu-ibu muda kebanyakannya tidak percaya kepada amalan tradisional ini. Namun ia penting juga untuk kesihatan dalaman dan luaran.
Ia termasuk amalan pemakanan. Bagi yang bercadang untuk berpantang di rumah tanpa orang tua, ia perlu ada perancangang teliti. Maklumlah ibu berpantang ini tidak boleh makan seberangan tapi menu yang dihidangkan perlu berkhasiat.
Menarik perkongsian wanita ini apabila kongsi 20 menu berpantang. Moga jadi inspirasi buat mereka yang ketandusan idea lauk berpantang.
____________________________________
Alhamdulillah dah 20 hari saya berpantang. Ini adalah menu saya dalam 20 hari ni. Saya bersalin normal tanpa jahit. Baby 3.4kg. Dan anak ke 5.
Ads
Semua menu ni dimasak oleh suami dan sesuai dengan badan saya dan saya dh amalkan dari anak2 yang lepas lagi. Mohon jangan berdebat ye✌🏻
Kalau rasa sesuai dengan badan anda, bolehla jadikan ikutan. Kalau rasa tak sesuai tak perlu ikut. Jaga pemakanan yg sihat bukan saja dalam pantang malah berterusan sampai bila2 dan sebab itu saya amalkan Suku Suku Separuh dalam pemakanan harian saya. Alhamdulillah badan saya cepat sihat, bertenaga dan boleh BF bayi dengan tiada masalah dan berat pon turun.
20 MENU PANTANG
Ads
Beli ubat ni prepared tak nak bagi sembelit tp sy makan hanya sekali saja sbb tak sembelit pon sebab sy makan cukup khasiat.Alhamdulillah.
Gambat last sekali saya buat senarai sebelum bersalin hari tu. Senang nak sediakan barang dan suami nak masak
Spaghetti adalah antara menu yang menjadi pilihan keluarga terutama anak-anak. Memang menjadi pembuka selera buat anak-anak. Oleh itu, ia menjadi hidangan popular di kalanga seisi keluarga.
Malah tidak mustahil, ada yang sanggup membeli pes untuk membuatnya di rumah. Namun, kadang kala, sebagai ibu bapa yang mementingkan kesihatan keluarga, kadang kala, terdedah dengan bahan pengawet tidak digalakan.
Bagi yang mementingkan kualiti penyediaan makanan secara sihat tanpa pengawet, boleh cuba membuat sos spaghetti di rumah.
Walaupun banyak step yang kena buat, tetapi berbaloi, kena sosnya boleh tahan sehingga 6 bulan jika di simpan di peti beku. Jom ikuti perkongsian ini oleh puan Dahlia Kamaruza di halaman Masak Apa Hari Ini.
Homemade pasta sauce. Gigih hakak kau pulun demi anak-anak si peminat tegar pasta. Seminggu mesti 2-3 kali makan pasta. Asik nak beli je sosnya. Bengkok mummy. Zaman2 ni kena pandai jimat2. Tambah anak berderet kan.
Jadik lah. Dari 10kg tomato. Dapatlah 3 bekas besar 1 bekas kecik. Boleh lah makan pasta hari2 gini.
RUPANYA INI CARANYA.
BAHAN-BAHAN
Tomato 10kg Bawang holand 4 biji (dadu) Bawang putih 2 labu (tumbuk)
Capsicum merah 4 biji
Cendawan shitake dalam 1/2 bekas (dadu)
Sweet basil 2-3 batang (ambil daun je)
Bay leaf 2-3 helai
Blackpepper sedikit
Mixed herbs sedikit
Cili powder 2 tbs (optional)
Cbs/cfs/serbuk ayam homemade (optional)
Minyak olive/masak dalam 1-2 cup
CARA PENYEDIAAN
Basuh bersih tomato kemudian kelar kulit luar dia silang. Rebus air dalam kuali hingga didih dan celur tomato sekejap.
Kemudian angkat dan rendam dalam bekas berisi air yang mengalir. Nak bagi dia cool down.
Kopek kulit dan asingkan dengan isi. Belah 2 dan picit biji keluar.Blend biji dan kulit. Ambil air je.
Masak semua dalam periuk hingga air berkurangan. Biar sejuk. Blend separuh.
Jadi lah macam ni. Masuk dalam kuali. Hidupkan api. Tak payah letak air. Sebab nanti air dari tomato tu keluar.
Biji dengan kulit tu jangan buang pulak. Blender dan tapis ambil jusnya. Jus pada biji tu yang sedap. Sebab dia manis.Tak payah tambah air pun masa blend. Sebab akan keluar air.Ini lah hampas hasil dari blend kulit dan biji tu….kenapa buang. Sebab nak sos yang halus…. Kalau tak buang biji dan kulit tu tak hancur bila masak… Tak sedap lah sosnya
Kemudian, capsicum tu bakar je atas dapur sampai kulit dia hangus… Lepas tu lalukan bawah air paip.. Buang kulit dan biji dia. Blend. Campurkan dengan sos tomato.
Tomato yang dah didihkan atas dapur tu bila dia dah kecut sikit air dah kurang boleh cedok sikit keluarkan. Yang lain blend halus. Hakak pakai hand blender je. Senang. Blend sekali jalan je.
Tumis bawang holand, putih dan cendawan sampai layu. Kemudian blend. Taknak blend pun takpe. Boleh add on terus dalam sos.
Tapi anak2 mummy nanti tak makan. Dia pilih2. So mummy blend halus je terus. Transfer dalam kuali dan masak hingga kering.
Yang ni hasil selepas di masak hingga kering betul. Nak tahu kering betul ke tak.Masak sampai sos dia lompat2. Kalau melompat ke dinding. Lantai tu. Kering dah la. Lepas blend semua tu campur balik semua dalam kuali.Buka api then masak je sampai kering. Boleh add on herbs masa ni. Sweet basil tu local punya. Tanam sendiri.Sedap. Wangi. Tapi dia taklah kuat sangat baunya. Bila campur dalam sos tu memang sedap sangat.Rasa dah sama macam sos dalam botol tu tau. Lagi sedap dan pekat.
Add on serbuk cili, serbuk blackpepper, mixed herbs, sweet basil dan bay leaf. Dah kering matikan api. Dan biar cool down baru masuk bekas dan simpan.
Sos tomato ini tahan selama 2 hingga 3 hari di dalam peti sejuk bahagian Chiller. Bahagian peti beku pula sehingga 6 bulan. Sos ni pekat tau. Tak macam dalam tin tu. Ni macam paste. Boleh buat sos untuk pizza, lasagna, bake macaroni. Macam2 lah.. Simpan freezer… Tahan lama tau. Kena simpan freezer sebab tak ada bahan pengawet.
Menariknya perkongsiannya ni. Boleh cuba resipi ni. Yang paling penting tiada bahan pengawet!
Tentu masih banyak lagi stok tempoyak yang dihasilkan sepanjang musim durian yang lalu. Jika ditanya, menu apa agaknya yang telah anda sediakan untuk famili ye dengan tempoyak tersebut?
Selain biasanya enak dijadikan sambal tempoyak atau buat masak gulai Ikan Patin Tempoyak, sebenarnya macam-macam lagi menu boleh kita sediakan dengan menggunakan stok tempoyak yang ada.
Jadi apa kata kali ini anda sediakan resipi Sambal Udang Tempoyak yang dikongsikan oleh Azlina Ina di group masakan.
Ujar Azlina Ina, kalau tempoyak arwah mak suka buat sambal udang macam ni. Memang balik sekolah tengok lauk ni happy sangat sebab dulu-dulu nak dapat udang susah sangat. Memang lawan kan nasi panas, ulam-ulam segar dengan ikan masin gelama ke, Allah lupe diet mentar.
Turut dikongsikan resipi untuk anda mencuba rasa keenakan sambal udang yang dimaksudkan olehnya. Selamat mencuba.
Sambal tempoyak udang petai
Bahan-bahan:
Udang 10 ekor
Tempoyak 4-5 sb
Cili padi ikut keperluan- kalau suka pedas desing letak la lebih lagi sedap kalau pakai cili padi kampung
Ikan bilis halus ( wajib) tujuan dia bagi lg sedap lemak kat sambal dan masa tumbuk cili cepat halus dan tak melompat ke mata
Tidak menggunakan bawang ya. Jangan bubuh bawang nanti bunuh rasa dan bau tempoyak kita.
Serai 2-3 batang di titik
Cara-caranya :
1.Tumbuk cili dengan bilis tadi
2. Bila agak lumat tumis kan dengan minyak sederhana, sampai agak garing
3. Masukkan 3-4 sb gula( ikut tempoyak kalau baru die manis kurangkan gula) tapi biasa rasa last nanti korang ejas la
4. Tempoyak dan air lesung dalam 1/4 atau kalau suka berkuah letak separuh lesung tuang kedalam. Kata orang petua masak sedap biar mendidih dan naik minyak
5. Ok masukkan udang dan sudah betukar merah letak garam dan perasa serta masukkan petai
Kat sini boleh tengok kalau rasanya dah balance dan korang suka dia tak bekuah sangat tak yah letak kuah kalau nak bekuah siket letak air siket. Tutup api dah hidangkan,
ya Allah nikmat dunia alhamdulilllah.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Ikan pekasam kalau dijamah bersama nasi panas ketika waktu sahur memang puas hati rasanya. Sedap tak terkata. Penambah selera kala buntu dan jemu dengan sajian menu setiap hari.
Kebiasaannya kita hanya membeli pekasam di kedai sahaja. Maklumlah tak pernah terfikir cara untuk menyediakannya sendiri di rumah. Pun begitu rasa yang kadang-kala sedap dan ada juga yang kurang buat kita rasa geram dan tak puas
bila makan.
Jawapannya tentu sahaja buat sendiri di rumah adalah pilihan terbaik. Sebenarnya mudah sahaja nak hasilkan sendiri ikan pekasam di rumah. Ikuti perkongsian ini. Senang je nak buatnya.
Bahan-bahan:
Beras yang siap dibasuh & ditoskan sehingga kering
Garam kasar
Ikan yang siap dibersihkan
Caranya:
Langkah 1:
– Gaul rata ikan yang siap dibersihkan tadi dengan garam kasar.
– Masukkan juga garam kasar ke dalam bahagian dalam ikan.
– Perap ikan tersebut di dalam bekas yang ditutup rapat selama 3 malam
Langkah 2:
– Goreng/sangai beras yang siap dibersihkan tadi hingga menjadi keperangan.
– Goreng dengan api yang sederhana.
Langkah 3:
– Kisar beras yang siap digoreng tadi.
– Kisar jangan terlalu halus.
Langkah 4:
– Masukkan sedikit air putih ke dalam beras yang siap dikisar tadi.
– Gaul rata
Langkah 5 :
– Bersihkan dahulu ikan daripada garam kasar.
– Gaul ikan yang siap dibersihkan tadi bersama beras yang siap dikisar yang dicampur dengan air.
– Gaul rata
– Masukkan sekali beras ke dalam bahagian dalam ikan.
Langkah 6 :
– Perap ikan yang siap digaul dengan beras perang yang siap dikisar di dalam bekas yang rapat.
– Pastikan tiada lalat atau serangga kecil dapat masuk ke dalam bekas tersebut.
– Perap sekurang-kurangnya 14 hingga 21 hari.
Setelah 21 hari diperap di dalam bekas.
Selamat mencuba!
Kredit: Sue Ketom Ketom
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di