Ketupat pulut antara menu wajib ketika pagi raya. Pun begitu bila mana sudah ketiadaan ibu, ketupat pulut tradisi ini tidak lagi dapat dinikmati seperti biasa. Jika ada pun, rasa dan keenakkan sekian lama seperti dijamah sebelum-sebelum ini sudah tidak lagi dirasakan.
Tidak mahu belajar daripada ibu atau nenek-nenek kita pada waktu dahulu adalah kegagalan terbesar kita hari ini. Sudahnya ketupat yang sepatutnya menjadi tradisi kita tak dapat kita jamah. Sedih memang sedih namun apakan daya.
Tak mahu kejadian seperti itu berlaku pada generasi muda kini ada baiknya kita belajar buat ketupat sendiri daripada ibu atau pun ibu mentua. Tak sama hasilnya seperti ibu kita tak menjadi soal, asalnya mahu mencuba.
Sebenarnya menghasilkan ketupat sendiri tidaklah sesusah mana. Ini caranya jika anda mahu belajar. Seperti yang dikongsikan oleh blog airtanganku.blogspot.com, wajib kita cuba.
KETUPAT PULUT DAUN PALAS
Bahan-bahan:
2 kg pulut (kami guna pulut susu)
2 1/2 kg santan (nak sedap guna santan original)
Garam secukup rasa
Daun palas secukupnya
Cara-cara:
1. Basuh beras pulut sehingga bersih dan toskan.
2. Masak santan dengan api yang perlahan sambil mengacau sehingga mendidih.
3. Perasakan dengan garam. Biarkan mendidih seketika dan kecilkan api.
4. Masukkan pulut dan gaul sebati dengan santan.
Ads
5. Bila pulut dah separuh masak dan santan sudah kering, matikan api.
6. Masukkan ke dalam kelonsong apabila pulut telah sejuk atau suam-suam.
Cara Merebus:
1. Masukkan semua ketupat yang telah disiapkan ke dalam periuk.
2. Tuang air sama paras dengan ketupat.
3. Tutup periuk dan rebus ketupat sehingga air kering. Sesekali balik2 kan ketupat tersebut.
Didihkan santan.
Ads
Tos pulut yang telah dibasuh.
Masukkan santan beras pulut ke dalam santan yang telah mendidih.
Bila santan dah kering… pulut akan nampak berminyak.
Proses membalut pun bermula… isi pulut penuh-penuh ke dalam kelonsong dan tekan-tekan biar padat.
Ketupat ni selain sedap dimakan begitu saja sebab dah lemak masin, makan lah dengan rendang, serunding atau gulai yang akak nak cuba esok ni ialah makan dengan susu. Depa biasa makan gitu jugak naa… atau dengan gula.
Sesudah siap.. samada nak terus direbus, atau simpan saja di dalam freezer kalau nak makan kemudian.
Proses merebus.. air cuma setakat paras ketupat. Tutup periuk dan rebus sampai air kering.
Siap untuk di makan!
Kredit: airtanganku.blogspot.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bergelar ibu dan dalam masa yang sama memiliki kerjaya bukanlah semudah yang disangkakan. Apatah lagi, masa untuk kedua-duanya penting. Mana yang nak didahulukan dan mana pula yang nak diutamakan. Tapi andai ibu itu bijak membahagikan masa, tidak timbul masalah.
Demikian juga dengan selebriti yang satu ini. Disebalik kesibukan dengan urusan bisnes, akui Mawar Rashid, terselit rasa sedih kerana terpaksa meninggalkan anaknya yang masih kecil di rumah. Apabila berjauhan dengan anaknya,hati seorang ibu mula dibaluti rasa rindu dan hampir-hampir mahu give up.
KADANG2 RASA NAK GIVE UP EVERYTHING SEBAB RINDU ANAK @radenrafaelraf . CAREER sbgai CELEBRITY & USAHAWAN bukan mudah.. perlukan bnyak masa untuk settle VIDEO SHOOT, LIVE DLL (thank you to my manager @beydatorashid bnyk memudahkan kerja i) , perlukan banyak masa untuk meeting business @mawarosehq , kene perah otak untuk @mawarosehq lagi..
UNTUK my family mawarose squad lagi.. masa ngan suami ok lagi, sbb suami sentiasa setia menemani.. tapi.. rafael ni.. rinduuu.. kdg2 pagi sampai mlm x dpt jumpe 🥺 ni nak masuk anak ke-2 dah @mawarafjunior .. kadang2 terlampau busy sampai rasa nak give up🥺
Perkongsian yang disertakan dengan sebuah rakaman video bersama Rafael itu dimuat naik di Instagramnya baru-baru ini. Malah, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid akui tidak boleh berhenti separuh jalan demi mencapai cita-citanya untuk membayar zakat sebanyak RM1 juta dan juga membina sebuah masjid.
TAPI… I CANNOT GIVE UP!!! Mawar x boleh STOP! Mawar WAJIB TERUSKAN demi BIG Y MAWAR. DEMI FAMILY MAWAR. DEMI MAWAROSE SQUAD. DEMI CUSTOMER TERSAYANG MAWAR. DEMI NAK BAYAR ZAKAT SATU JUTA! DEMI NAK BINA MASJID BERSAMA2 kalian semua!
Akui Mawar lagi, ibu bapa mana yang tak rindukan anak-anak namun demi kehidupan keluarga yang lebih baik maka pengorbanan ini harus dilakukan.
KaMawar faham ramai ibu bapa kat luar sana terpaksa korban rasa ‘RINDU’ kat anak2 ni demi mencari rezeki dan demi membantu org diluar sana, sama macam Mawar.. tapi YAKINLAH.. PENGORBANAN YANG PALING MENYAKITKAN NILAH YANG AKAN MENDATANGKAN HASIL & BEKALAN UNTUK KE AKHIRAT NANTI.. i’m with you.. be HAPPY, KEEP ON GOING, YOU ARE A GREAT MOM, A GREAT DAD, your kids are PROUD OF YOU! THEY LEARN A LOT FROM YOU! PROVE TO THEM! YOU ARE AMAZING! . LOVE YOURSELF 🤍
Ain Edruce dan suaminya Amirul Hafiz semalam berkongsi berita gembira apabila bergelar ibu dan ayah.
Berita gembira tersebut dimuat naik menerusi laman instagramnya tanpa mendedahkan wajah dan jantina bayi mereka.
Namun, dalam perkongsian tersebut, Ain sempat berkongsi gambar-gambarnya yang berada di dalam wad bersalin hampir berbelas jam lamanya demi melahirkan cahaya mata sulung.
Hari ini, Ain dan suami akhirnya mendedahkan yang mereka menimang cahaya mata perempuan.
Bayi dengan berat 2.79 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya
“Ain awalnya meneka akan melahirkan anak lelaki, manakala suami pula menebak anak sulung kami jantina perempuan.
“Nampaknya tekaan suami saya yang betul. Apapun jantina, saya dan suami menyambut tanda cinta kami ini dengan penuh kesyukuran,” katanya
Alhamdulillah. Welcome to the family. The long waited. Mummy and daddy love you❤️ Mummy teka boy, daddy teka girl… nampak nya daddy menang ini kali. 😜 👶🏻👶🏻👶🏻
“Memang kalau cakap dah jadi ibu, saya sendiri rasa macam di awang awangan. Tapi semestinya saya dan suami mengharapkan rumah tangga kami akan diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung.
“Harapnya tanggungjawab baru ini akan saya pikul sebaik mungkin. Insya-Allah,” ujar Ain lagi kepada Berita Harian.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai termasuk rakan artis dan juga pengikutnya di instagram. Masing-masing mengucapkan tahniah atas kelahiran tersebut.
Sebagai ibu bapa moden yang bekerjaya, masa berkualiti dengan anak-anak amat terhad. Sehinggakan anak-anak terabai. Mana taknya, pergi kerja awal pagi, hampir malam baru balik rumah. Nyata bonding dengan anak-anak amat kurang.
memang sungguh inspirasi. Hanya makan dalam dulang pun boleh mengerat bonding dengan anak-anak.
Anak aku taklah ramai sangat, 4 orang saja. Tapi macam mana pun makan dalam dulang ini hampir pasti dibuat setiap kali makan.
Jarang-jarang aku makan asing, melainkan bila ada yang sakit, tak nak menyebarkan kuman. Kalau tidak, beginilah kami makan hari-hari.
Aku mulakan amalan makan dalam dulang ini sejak di UK lagi. Ketika itu kami baru bertiga. Sekarang dah berenam, alhamdulillah masih boleh sendal lagi. Muat juga makan ramai-ramai.
Kau pernah baca saranan seorang artis yang kata suami isteri kalau gaduh pun jangan tidur asing-asing?
Samalah juga macam makan dalam dulang.
Ia merapatkan hubungan yang kadang-kadang ada terusik perasaan atau terkedu.
Anak-anak kadang-kadang tengah merajuk. Namun bila panggil makan, hilang merajuknya sebab perut pun dah lapar. Mau tak mau, kena makan sama-sama juga. Akhirnya senyum pun terukir.
Makan dalam dulang juga menggalakkan sikap bertolak ansur dan berlebih kurang. Kau tau bahagian nasi depan mata kau. Sama ada kau nak tolak pada orang keliling atau kau nak kaut lebih banyak.
Ini kau belajar waktu makan. Kalau nampak orang sebelah macam lapar lebih, kau tolaklah nasi sikit pada dia. Kalau ada yang susah nak habis, kau tolong habiskan.
Perkara mudah tapi banyak yang kau boleh guna dalam interaksi sesama manusia.
Bila makan ramai-ramai, macam-macam benda kau boleh bincang bersama. Waktu inilah kau boleh selitkan pelajaran dalam hidup pada anak-anak. Bagaimana menghargai rezeki, hidup muafakat dan lain-lain.
Tak adalah mata masing-masing ke TV waktu makan, atau buat hal sendiri. Kau nak tegur pun susah.
Inilah juga waktu “bonding” antara kau dengan anak-anak dan isteri. Anak-anak akan bercerita tentang aktiviti seharian mereka. Isteri pun ada gossip terkini. Kau pula buat lawak sikit-sikit lalu masing-masing tergelak.
Sedar tak sedar, habis satu dulang kau kerjakan. Perut kenyang, hati pun gembira.
Selain dari jimat lauk, pinggan pun tak payah basuh banyak-banyak. Sekali makan, basuh dulang itu sajalah. Ini kalau masing-masing makan tak sama timing, letih nak mengemas.
Ada juga orang kata kotorlah, tak hygienic. Yalah, kalau kau tak basuh tangan, kotorlah jadinya. Kau kena pastikanlah semua jaga kebersihan, potong kuku, gosok gigi. Yang sakit, kita bagi makan asing. Insya-Allah selamat semua tak sakit perut.
Aku cadangkan kalau ada masa, bolehlah cuba makan sama-sama dalam dulang. Banyak kebaikannya untuk kehidupan kau sekeluarga.
Selagi badan masing-masing masih muat nak duduk keliling tu, Insya-Allah aku akan teruskan amalan begini.
Mudah-mudahan dari aktiviti makan pun Tuhan turunkan rahmat dan ketenangan pada keluarga kita
Manakala perkongsian lain beliau seterusnya ada menyentuh mengenai cara lain bonding untuk dengan anak-anak
9 CARA JIMAT UNTUK BONDING DENGAN ANAK-ANAK
Zaman sekarang ini sungguh mencabar. Kita jadi ibu bapa kadang-kadang terlalu sibuk cari duit sebab nak sara hidup keluarga. Maka adakalanya terlepas pandang masa berkualiti dengan anak-anak.
Aku senaraikan beberapa aktiviti yang boleh kau lakukan tanpa mengeluarkan duit yang banyak untuk bersembang dan bermesra dengan mereka.
1. Makan dalam dulang/talam
Ini aku pernah tulis dahulu (perkongsian di atas). Mungkin ramai yang tak biasa makan dalam dulang ini, tapi kau cubalah. Banyak kebaikan yang kau boleh dapat.
Waktu inilah kau boleh banyak selitkan nasihat-nasihat kehidupan. Tutup TV, semua mengadap nasi dan lauk di tengah.
Kau boleh cerita tentang baiknya Tuhan bagi rezeki. Kau boleh cerita tentang konsep bertolak ansur sesama ahli keluarga. Anak-anak boleh bercerita tentang aktiviti mereka seharian. Sedar-sedar nasi pun habis.
Kenyang dapat, bonding pun dapat. Insya-Allah keberkatan pun kau dapat.
Petikan yang disiarkan di laman facebooknya pada tahun lepas mengenai amalan makan dulang bersama anak.
2. Memasak
Memasak atau menyediakan makanan juga aktiviti bonding yang baik. Lagipun, memang hampir setiap hari kena masak, kan?
Kalau anak kau ramai, kau bahagi-bahagilah tugas. Ada yang potong sayur, ada potong bawang, ada gaul bahan, ada yang masukkan bahan dalam kuali.
Kalau aku, paling seronok waktu kami buat sandwic sama-sama. Sandwic ini memang antara kepakaran aku. Jadi anak-anak semua sangat teruja bila aku kata nak buat sandwic. Nanti aku kongsikan resipinya.
Masing-masing berebut nak sapu mentega atas rotilah, nak letak tomatolah, nak kapit rotilah.
Ia jadi satu aktiviti yang menyeronokkan dan merapatkan hubungan dengan anak-anak. . . 3. Cuci kereta atau motor.
Kalau kau tak hantar kereta ke kedai, bolehlah kau cuci sendiri beramai-ramai dengan anak-anak.
Waktu aku kecil dulu, ini antara aktiviti yang aku suka buat dengan arwah Abah.
Kerja aku senang saja, Abah suruh aku cuci tayar, sebab kawasan yang tinggi-tinggi aku tak sampai. Lepas itu yang seronok sebab dapat main air waktu nak bilas.
Basah lencun tapi penuh dengan gelak ketawa. Penat pun tak terasa. . . 4. Buat hobi sama-sama.
Kenalpasti hobi anak kau, kemudian kau sama-samalah buat dengan dia, atau temankan dia waktu dia sedang beraktiviti itu.
Dulu anak aku minat main Gunpla atau Gundam. Alah, yang robot plastik main cantum-cantum tu. Aku pun sama-sama buat robot itu dengan dia. Dia gunting, aku cantum. Aku gunting, dia cantum.
Main lego pun begitu juga. Sama-sama cantumkan blok dan bina rumah contohnya. Bila siap, masing-masing rasa bangga sebab buat sama-sama.
Kalau hobi anak kau melukis, kau pun sama-samalah melukis dengan dia. Ataupun kau sokong aktiviti dia, contohnya bawa dia pergi jumpa pelukis, beri idea nak lukis apa, belikan buku-buku lukisan dan lain-lain.
Kau tunjuk minat yang sama dengan anak-anak, memang anak-anak akan hargai dan ingat sampai bila-bila. . . 5. Solat jemaah
Aktiviti pergi masjid dan surau juga salah satu aktiviti yang sangat baik untuk kau bermesra dengan anak-anak.
Waktu jalan kaki untuk sampai ke masjid itu, banyak benda kau boleh sembangkan. Fadilat solat berjemaah jangan ceritalah. Rapatkan saf itu antara sebab yang boleh menyatukan hati kau dengan anak-anak dan ahli jemaah yang lain.
Kalau tak dapat ke masjid, kau solat berjemaah di rumah. Dapat sehari satu waktu pun cukuplah sebagai permulaan. Ini aktiviti spiritual yang boleh merapatkan hubungan yang renggang insya-Allah.
6. Hantar dan ambil anak dari sekolah/kelas
Mungkin ramai yang tak berkesempatan buat aktiviti ini disebabkan kesibukan kerja dan ‘timing’ yang tak selaras. Namun jika ada kesempatan, kau cubalah usahakan
Benda ini nampak biasa saja, tapi waktu kau dalam kereta itulah masa untuk kau kenali anak kau dengan lebih rapat.
Kau tanya apa aktiviti dia hari itu, dia belajar apa, cikgu baik ke tidak. Anak-anak pun biasanya akan teruja untuk beritahu dia buat apa, kawan mana yang menangis, budak mana yang muntah, budak mana yang bawa duit bekal RM50 dan lain-lain.
Yang ibu bapa mahu begitulah. Anak-anak mesra dan bebas bercerita apa saja dengan kita. Maka masa hantar dan ambil dari sekolah itulah peluang untuk kau bersembang bagai nak rak dengan anak-anak. Jangan kau diam layan radio saja.
7. Majlis taalim
Majlis taalim ini biasanya aku buat sebelum tidur.
Kau bacakan buku-buku yang bermanfaat untuk anak-anak contohnya kisah para Nabi, sejarah hidup Nabi Muhammad, kisah para sahabat dan lain-lain.
Kalau kau ada ilmu lebih sikit, kau bacakan buku-buku hadis berkaitan adab dan akhlak, contohnya kitab Riyadhus Solihin, Hadith 40, Adabul Mufrad atau Fada’il A’mal.
Kemudian kau tutup dengan tadarus beramai-ramai. Dapat satu malam satu mukasurat Quran, jadilah.
Anak-anak aku paling suka kalau aku bacakan kisah para Nabi. Selalu jugalah mereka mendesak.
Sambil cerita itu, kau selitkan juga pengajaran dan kaitannya dengan kehidupan kita sekarang. Barulah anak-anak boleh faham dengan lebih jelas. . . 8. Berkebun
Kalau kau ada laman, gunalah laman yang ada itu untuk berkebun bersama anak-anak.
Benda mudah macam cabut rumput pun jadi satu aktiviti yang menyeronokkan. Contohnya kau lumba siapa cabut rumput paling banyak ke, atau siapa dapat jumpa cacing ke.
Kemudian kau ajar anak-anak teknik tanam pokok. Macam mana nak pindahkan dari polybag ke tanah atau pasu, macam mana tabur benih, bila nak siram pokok.
Biar anak-anak kembali kepada ‘nature’. Pegang tanah, biar tangan kotor, keluar peluh jantan.
Lepas itu, kau beri dia seorang satu pokok untuk dijaga. Ini melatih anak-anak untuk rasa tanggungjawab dan cintakan alam sekitar juga. Bila pokok dah besar, kau boleh kata dengan bangga pada dia,
“Tengok, itu pokok yang awak tanam dulu, kan? Dah berbunga dah.”
Mesti anak-anak pun seronok. . . 9. Main masak-masak atau play pretend
Biasanya ini dibuat waktu anak kau masih kecil.
Kau buat khemah dalam rumah guna tali rapia dan selimut. Duduk dalam itu dengan anak, lepas itu guna periuk dari dapur, konon-kononnya tengah masak dalam hutan. Kertas-kertas yang diracik kononnya sayur dan lauk pauk.
Anak lelaki pula biasanya main lawan pedang atau tembak-tembak. Imaginasi anak lelaki aku biasanya begitulah. Anak lelaki orang lain, mungkin lain imaginasinya.
Kau pun pakailah topeng dan segala aksesori untuk masuk dalam dunia anak kau. Jadi budak-budak sekejap.
Jadi kawan mereka yang paling rapat, sebelum mereka mencari kawan-kawan yang lain.
================ . . Begitulah yang aku boleh kongsi setakat pengalaman aku membesarkan 4 orang anak.
Masing-masing lain kerenah dan karakternya. Namun biasanya bila buat aktiviti bonding ini, semuanya akan seronok dan boleh beraktiviti bersama-sama.
Cubalah di rumah. Mudah-mudahan hubungan kekeluargaan kau dengan pasangan dan anak-anak bertambah erat dan mesra setiap hari. .
.
Ahmad Affzan Abdullah.
Pelukis Kaligrafi Eksklusif
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.