Kos membeli sos cili, sos tomato, sos tiram dan aneka sos lain setiap bulan juga memerlukan belanja yang bukan sedikit. Lagi pula kalau ada anak ramai. Ranap juga perbelanjaan setiap bulan.
Sebenarnya kalau nak lebih jimat, ibu-ibu boleh mencuba buat sendiri di rumah. Tak susah pun nak sediakan aneka sos ini. Memang jauh lebih jimat.
Perkongsian resipi oleh Puan Rohaizan Shaari di facebooknya yang cuba menghasilkan resipi sos sendiri ini cukup menarik. Bagi yang berniaga pula, kosnya lebih jimat. Jom cuba!
“Mayonis, sos lada hitam, sos cili Thai semuanya saya buat sendiri. Jimat! Lagi-lagi kalau buat untuk berniaga ni, semua nak save. Lagi satu buat sendiri terjamin kebersihannya kan!. Dapat pujian, sedap dan kekalkan rasanya!!..aminnn. Tak perlu beli lagi. Kalau nak kuantiti yang banyak gandakan je ye resepinya ni ya kawan-kawan.
Kuantiti resepi yang saya kongsi ni tak banyak, mayonis dan sos chili, boleh tahan dalam sebulan kalau simpan dalam freezer dengan penyimpanan yang betul.
Resepi Mayonis
Bahan-bahan:
4 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1/2 biji lemon (air perahan lemon, kalau tak ada boleh gantikan dengan sesudu besar cuka makan)
2 cawan minyak masak
Cara-cara:
1. Masukkan semuanya kecuali minyak dan kisar.
2. Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan kisar lagi hingga putih dan likat.
Ads
3. Kemudian masak dengan api kecil. Kacau hingga pekat (jangan smpai mendidih)
4. Apabila dah masak, sejukkan dan kisar lagi hingga dapat tekstur yang halus.
Resepi Sos Black Papper
Bahan-bahan:
2 sudu lada hitam -direndam selama 4 jam
3 sudu makan tepung gandum
1 biji bawang Holland -dicincang
1 kiub ayam
1 cawan air
3 sudu besar mentega
2 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
Cara-cara:
1. Cairkan mentega.
Ads
2. Masukkn bawang dan lada hitam sehingga naik bau.
3. Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan air dan kiub ayam kemudian kicap untuk warna yang kita mahu.
5. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Masak hingga pekat.
Resipi Sos Cili Thai
Ads
Bahan-bahan:
10 biji cili besar
5 biji cili merah kecil
3 ulas bawang putih
1 cawan gula
3 sudu tepung jagung -untuk pekatkan
Sedikit garam
2 sudu makan cuka
4 cawan air
Cara-cara:
1. Kisar cili bersama bawang putih.
2. Masukkan ke dalam periuk dan masak sehingga medidih.
3. Masukkan gula kemudian cuka dan garam.
4. Masukkan air dan bancuhan tepung jagung.
5. Sentiasa kacau dan jangan sampai berketul. Kacau lagi hingga berkilat dan pekat.
Di dalam sesebuah rumah tangga kena ada ‘give and take’. Tidak boleh hanya sebelah pihak melakukannya. Demikian juga dalam bab menguruskan rumah tangga. Banyak hal yang berkaitan keperluan keluarga yang perlu mendapat kerjasama dari kedua belah pihak. Tidak hanya boleh mengharapkan si isteri atau suami sahaja melakukannya.
Mungkin ada yang menganggap perkara sebegini remeh dan boleh dilakukan sendiri. Tetapi percayalah, andai suami isteri bekerjasama dan saling tolong-menolong itu menambahkan lagi keharmonian dalam rumah tangga.
Jangan sampai pasangan menjeruk rasa dek kerana sikap anda begini. Waima hal kecil pun, lama-kelamaan hati yang terguris akan menimbulkan impak yang besar pada hubungan anda. Lagi-lagi bagi isteri yang memendam rasa.
Berbeza dengan lelaki yang sememangnya diketahui tak banyak cakap, tetapi lain pula dengan situasi si isteri. Jika kurang bercakap maka adalah yang tak kena dan suami harus cepat-cepat menyelesaikannya. Kerana diam si isteri bukan saja-saja, pasti ada yang tak kena.
Satu hari isteri minta tolong belikan pampers anak. Sebabnya pampers anak memang dah nazak sangat, tinggal sekeping je tak boleh survive sampai ke malam.
Kisahnya kami biasa beli pampers dengan seorang seller ni, jarang jarang beli di kedai atau shopee. Sekali beli 1-2 kotak terus, tahan lama sikit.
Kebetulan waktu nak beli tu seller tersebut pergi bercuti. Outstation seminggu lebih juga. Nak tak nak terpaksa beli di kedai.
Pada mulanya isteri cakap balik kerja nanti dia belikan. Saya pun ok la, keluar kerja macam biasa.
Tup tup, tepat jam 3 petang dapat meseg di whatsapp.
“Abg kat mana, nanti tolong belikan pampers terlupa, dah sampai rumah baru ingat”
Saya reply ok je.
Sepanjang laluan balik ada berpuluh kedai termasuk shopping mall untuk berhenti beli pampers tapi malas punya pasal saya cakap dalam hati,
“Kedai depan rumah pun ada pampers, beli dekat situ je la”
Terus menonong tekan pedal sampai kedai di rumah. Cari parking, tutup enjin kereta terus masuk kedai.
Tak buang masa dah, terus ke bahagian pampers. Cari punya cari pampers yang selalu beli tu tak ada. Tanya pekerja kat situ,
“Dik pampers macam ni tak ada ke?”,
“Semua pampers ada kat situ”, itu je jawapan dia.
Ah sudah. Tak kan nak pusing balik semata-mata nak cari pampers. Rumah dah dekat ni.
Sekali lagi malas punya pasal saya buat keputusan selamat beli je dulu pampers apa yang ada.
Terus buat screening dari satu rak ke satu rak pampers, akhirnya ambil keputusan pilih pampers yang sama nama.
Baik, masa ni hati rasa lega sebab dapat beli. Mesti semua akan ok.
Sampai je rumah, bawa pampers tu masuk terus letak atas lantai. Saya pun duduk menyandar kat sofa, penat screening tadi.
Isteri pun datang tengok pampers yang di beli. Dengan tidak semena-mena dia naik marah.
“Abg pampers ni aisy tak boleh pakai, kulit dia sensetif”, isteri
“Dah tak ada lain kat kedai, ini je yang ada”, saya
“Abg pergi la beli kedai lain, kesian aisy melecet nanti”, isteri
“Awak pergi la beli”, saya
Dengan tidak semena-mena suasana jadi sepi, bunyi angin kipas pun boleh kedengaran kuat bila tak ada orang bercakap.
Seharian muncung.. sampai ke malam bila tukar pampers aisy, boleh dengar bunyi suara mengeluh. Tapi saya ego, biarlah nanti lama-lama dia ok la tu.
Selang beberapa hari, baru saya dapat tahu kisah sebenar yang berlaku.
Rupa-rupanya isteri dah pergi cari pampers di kedai berhampiran rumah. 3 buah kedai dia pergi semuanya. Oleh sebab tak ada yang sesuai dia tak beli.
Pada asalnya memang dia nak beli di mall tapi dalam perjalanan balik dia terlibat dengan kemalangan kecil. Tak serius cuma calar sedikit kereta.
Disebabkan oleh kemalangan tu dia jadi terlupa langsung tentang pampers ni. Terus menonong balik ke rumah.
Sampai di rumah baru teringat pasal pampers. Teringat suami kat area bandar, terus minta tolong belikan pampers. Dia pun terlupa nak pesan, beli di mall. Mungkin masih terkejut sebab kemalangan tadi.
Balik tu ingat nak cerita la pada suami tentang kemalangan tadi tapi suami pula dah buat dia terasa. Terus potong niat nak berkongsi cerita.
Bila hati dah terguris jangan kata nak mengadu, nak bercakap pun mulut jadi berat.
Muncung sampai ke malam tu bukan sebab pampers salah beli, tapi muncung sebab suami salah adab bila berbicara.
Aduh, pengajaran sungguh!
Mulai dari saat itu saya dah tekad. Walau apa pun keadaan tak kira penat, marah, stress atau kelaparan sekalipun perkara pertama kena jaga ialah adab bicara.
Bukan dengan isteri sahaja, tapi dengan orang lain juga. Usah berbicara ikut sedap mulut tapi berbicara la untuk beri orang sedap mendengar.
Dari mulut bawa ke hati, mulut yang baik akan bina hati yang baik adabnya. Hati yang baik adabnya akan jauh dari rasa buruk sangka dan busuk hati.
Isteri kalau jenis kuat berdikari dan jarang mengadu apa-apa dengan suami tu baik periksa adab berbicara korang ada kemungkinan isteri tu termakan hati. Diam bukan tanda setuju sahaja, tapi diam juga tanda sakit hati.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais Kita semua perlukan hati yang bersih untuk rasa gembira dan rasa di sayangi.
p/s : Jika korang nak banyak lagi tips dan info kekeluargan seperti ini, ada banyak dalam channel telegram saya. Percuma dan mudah hadam. Klik sini 👉 t.me/CoretanFhais
Tular kisah pasangan Mizz Nina dan suaminya Noh Hujan yang mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Musa.
Apa yang menyentuh hati apabila dikongsikan wanita cekal yang cukup aktif dalam misi kemanusiaan ini sanggup menjalani proses menyusukan bayi lelakinya itu.
Kisah tersebut dikongsikan Pakar Laktasi usai isteri kesayangan Noh membuka cerita tentang pengambilan anak angkat.
Menurut wanita berkenaan yang dikenali sebagai Owh Dydiana Melalui Facebooknya dia membuka cerita bagaimana bermulanya perjalanan Mizz Nina dalam misinya untuk menyusukan si kecil.
Alhamdulillah..
“Since Kak Nina sendiri dah revealed baru Kakdy berani nak cerita ❤️
“Ceritanya memang indah dan kelang kabut macam nak tercabut lari je masa dihubungi oleh beliau 😂
“Kami dijodohkan oleh founder Sentuh.my, Puan Nadia (confinement care yang support breastfeeding. Mommies go and hire them!! (ni lg sorg..sweet and soft spoken juga)
“Nervous tu jangan cakap sebab knowing her yang mmg super positive buatkan Kakdy mcm “boleh ke ni? Boleh ke?”
“Discussion kami sekejap-sekejap tapi keep on going.Daripada checkup. On meds. And pumping.
Akuinya bukan mudah proses tersebut sementelah Nina sendiri sangat sibuk orangnya. Namun Allah permudahkan segala urusan.
“Masa mula-mula banyak juga cabaran sebab Kak Nina super busy orgnya. Dalam kepala Kakdy “boleh ke ni?”..😂 again and again and again. Cuak tu lebih.
“Tiap kali nampak WA Kak Nina masuk je mesti dah cuak…ha kenapa pulak kalini?
“But yet alhamdulillah everything ok. Berjalan lancar.
Apa yang membuatkan pakar ini kagum dan ‘salute’ dengan Nina adalah semangatnya yang kuat dab tidak mudah putus asa.
“Simpan semua kenangan buat kami berdua saja. Kakdy taknak cerita. Tapi apa Kakdy boleh share Kak Nina ni bukan seorang yang cepat patah semangat.
“Induce lactation bukan mudah tau. Dia punya busy tu mmg memula buat Kakdy rasa RISAU ya amat!
“Finally dapat baby tudia susu dah banyak! Syukur masyaallah.
“Apa yang boleh Kakdy share sikit je. Kak Nina ni masyaallah lembut betul orangnya. Lembut sangat-sangat! Penuh dengan ucapan yang indah islamic je tau. Dari kita kalut jadi tenang haha. Tapi Kakdy tetap juga kena jaga disiplin dia dalam menjayakan Induce Lactation ni. Sorry Kak Nina if i garang 🤭
Bahkan katanya lagi, sehingga kini Walaupun sudah tiga bulan berlalu, Nina masih lagi menyusukan bayinya.
“Btw Tahniah again Kak Nina and husband. Alhamdulillah dah 3 bulan masih bersusu lagi.
“Trust me dia dah macam Perdana Menteri punya busy 😝 tapi berjaya mahramkan baby Musa! Dia power!
“Jadi for those yang tertanya-tanya comment kt socmed “betul ke dia dah mahram kan anak angkat dia tu? Betul ke ada susu” 🤦🏻♀️
“Ya Kakdy yang guide Kak Nina. And baby Musa is her Mahram.
“Jangan ingat orang yang tak pernah mengandung dan melahirkan tak boleh hasilkan susu. BOLEH.
“Cantik secantiknya ciptaan Allah swt.
“Sama ada kita nak bersyukur dengan nikmat Dia bagi atau sebaliknya.
Dalam pada itu, dia turut menitipkan nasihat bagi yang ingin menyusukan bayi perlu ada ilmu. Tak mudah tetapi kena usaha.
“Sesuatu tak datang dengan mudah. Sebaliknya kita perlu usaha.
Founder Happy Breastfeeding Malaysia , HBM Breastfeeding Centre
Btw, with all my heart, Kakdy nak ucapkan thank you to my LC friends yang Kakdy rujuk few cases untuk kita mix and match kan the scenario sepanjang Kakdy jadi lactation counselor untuk guide all the mommies-mommies yang nak mahramkan anak angkat melalui induce lactation. Laili Aswanni Harun Tengku Nur Atiqah . My sifu Siti Mariam Ali .